Hanya mengingatkan

Peringatan untuk yang tersayang,

Rezeki tu datangnya dari Allah. Dan ianya bertambah berkat dari doa ibu bapa kita .

Alhamdulillah, ramai yang pandai membalas jasa ibubapa mereka. Tapi…….. ramai yang lupa, ibubapa suami/isteri kita juga adalah ibubapa kita. Jadi, janganlah nampak sangat ketaranya lebihkan ibubapa sendiri.

Ya, bila makbapak kita datang, bukan main lagi kita layan. Masak sedap-sedap, bawak jalan-jalan, pergi makan sana, pergi makan sini.

Tapi bila mentua kita datang, buat acuh tak acuh je. Pandai-pandailah orangtua tu menyesuaikan diri.

Masa nak kahwin dulu, bukan main lagi bodek. Bagi itu, bagi ini. Tapi bila dah jadi hak kita, terus lupa orangtua yang bela suami/isteri  kita dulu.

Perlu ingat, kiranya orangtua kita menangis kerana kita, walaupun dia mentua kita, dosanya besar. Dan berkatnya kebahagiaan keluarga kita juga bergantung kepada doa mentua kita, bukannya ibubapa kita sahaja.

~ Ingin sentiasa memperbaiki diri sendiri.

 

 

 

 

29 Comments (+add yours?)

  1. kutaksempurna
    Oct 25, 2010 @ 09:15:11

    insyaallah.. akan ingat sokmo

    Reply

  2. maza
    Oct 25, 2010 @ 09:45:04

    wah saya mesti pilih entry ini! huhuhu

    err.. ada butang ‘like’ atau ‘suka’ tak kat blog ini.. maza nak vote ‘like’ nie..
    hhehehehehe

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2010 @ 10:13:24

      Pengalaman, maza….. pengalaman.
      Hidup kita ni singat. Kalau tak nak berubah kepada yang lebih baik, rasa rugi betul.
      .
      .
      .
      Butang like ?
      Ada tersedia di atas tu
      Kalau maza daftar wordpress, baru boleh nampak. 😆

      Reply

  3. nahmy
    Oct 25, 2010 @ 09:56:21

    betul tu…kena ingatkan diri selalu bab nih

    Reply

  4. chekdenoor
    Oct 25, 2010 @ 10:02:59

    Betul…betul..betulll…….. kena adil….. heheheh

    Reply

  5. kaktiny
    Oct 25, 2010 @ 11:13:27

    Betul tu kaktie..
    malah.. jika terputus hubungan / pertalian ikatan perkahwinan antara suami isteri @ bercerai.. pertalian di antara mertua dan menantu tidak terlerai… ramai yg tak ambil peringatan bab ni!!!….

    Ya.. mak bapak suami / isteri adalah mak bapak kita jugak.. ambil emak, jgn buang keluarga… perkahwinan adalah penyatukan keluarga, bukan memutuskan silaturahim yg sedia ada!.. NO GOOD NO GOOD… kan kak tie kan kan kan.. (juga nk ingatkan diri sendiri.. takut lalai dan lupa..).

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2010 @ 16:30:16

      Orang-orang muda sekarang mudah lupa, dapat je kehendak dia, terus lupa jasa orang tua. Ada yang buang orang tua sendiri bila dah berkeluarga… sedih laa…

      Reply

  6. ima
    Oct 25, 2010 @ 13:56:53

    salam kak tie…terima kasih atas peringatan ini…:))

    Reply

  7. makcik yam
    Oct 25, 2010 @ 14:23:17

    ssalam tie..satu peringatan untuk semua ..suami dan isteri..jangan membezakan mertua dgn emak sendiri.

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2010 @ 16:33:48

      Salam makcik,
      memang mustahil untuk tidak membezakan mentua dengan ibubapa sendiri, tapi biarlah jangan nampak sangat hinggakan mentua terasa hati, kan….. Kita kena ingat masa nak mendirikan mesjid dulu mentua tu lah yang bersengkang mata menguruskannya…

      Reply

  8. juliet
    Oct 25, 2010 @ 15:01:51

    best apa ada 2 mak, 2 ayah 😛

    Reply

  9. bcp
    Oct 25, 2010 @ 19:01:34

    kak tie,bukankah ustaz mana ntah ckp ibubapa mentua tu ibarat ibubapa sendiri,bila kita lyn dia acuh tak acuh means kita umpama mlyn ibubapa sendiri dan hukumnya sama seperti kita lyn mak ayah sendiri.Rasanya…not sure.

    situasi cam ni biasa sebenarnya.ada lg teruk lynannya smpi bann pegi umhpun ado…

    Mintak2 dijauhkan perkara sebegini utk kita dan anak2 kita.

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2010 @ 09:43:31

      Itulah, kak tie harap anak-anak kita tak memandang rendah pada mentua sendiri. Takut gak, tuhan tu adil.

      Ada orang, begitu sombong. Mentua datang, dia kurung dalam bilik. Sarapan, lunch, mentua yang masak. Suaminya pulak memang suka maknya masak, tapi dia tak sedar yang isterinya kurang ajar.

      Reply

  10. MysDear
    Oct 26, 2010 @ 09:31:05

    Assalamualaikum…

    kesian kat suami tu…kalo xde mak ayah dia..mana kita leh kenal suami kita.Kalo boleh layanan kita buat sama mcm mak ayah kita sendiri.Peringatan yang baik ni.

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2010 @ 09:45:25

      W’salam Dear,

      Memang Tie selalu fikir begitu. Mak dah nasihatkan awal-awal sebelum berkahwin. Lebih-lebih lagi suami kita harapan ibunya, jadi kita kenalah pandai ambil hatinya.

      Reply

  11. Ismail N
    Oct 26, 2010 @ 10:22:56

    Terima kasih atas ingatan tu. He he rasanya yg dah anak2 tu paham sendiri la kan. Yg bujang tu kena tegur selalu.. 😀

    Reply

  12. ROSE PURPLE
    Oct 26, 2010 @ 14:17:39

    pengalaman kita lain pulak Tie..konon2nya kita nak buat parents dia macam parents kita tapi lain jadinye..ade ke patut bila kita hulur RM masa kita balik cuti pada mertua..dituduhnya kita queen control..katanyer semua kita yang k\control nak bagi duit kat dia pun kita control..padahal RM tu dari poket kita..anak dia tak hulur la sebab nampak kita dah hulur..sekarang takyah nak memandai mandai..senang gitu..

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2010 @ 16:24:42

      Errr….
      Sebenarnya, Tie dulu ada gak dengar angin sepoi-sepoi bahasa tang tu (hubby suruh Tie beri dia duit elaun,saje jer)

      Tapi, Tie ni jenis blur, tak faham org dok sindir, sampailah makan masa (dah banyak kali Tie jadi dispatch lady abang, kira berbulan juga laa..,.), barulah sedar dia fikir yang Tie ni control dia.

      Agaknya dia dah mula fikir yang makcik ni susah nak faham, lalu dia dah malas nak sound lagi. Tambah-tambah pula kita berjaya memikat anak bongsu kesayangannya dengan segala pudding, kek dan masakan kesukaannya. Terus kurang rasa curiga (harap-harap terus hilang) sampailah sekarang.

      Lain orang lain cara penerimaannya. Tie ni lagi lah, masih dichop sebagai orang luar, sabar sahaja ubat duka Tie.

      Reply

      • ROSE PURPLE
        Nov 04, 2010 @ 15:24:42

        Tie dah cuba dengan masakan..Rose bagi idea untuk menangi hati mertua kelate..Tie balik kg kali ni tulong kecek kelate..dgn anok2 skali kecek kelate..biar pekat slang Tie dr yg lain..Tie tgk ado perubahan dr segi layanan ke dok!!!

        Nnt Tie buat report ek?

        Reply

        • Tie
          Nov 06, 2010 @ 17:17:42

          Haha….
          Sekarang pun adalah juga tersembul keluar bahasa Klate yang agak sumbang bunyinya, hihi… mertua senyum jer, budak-budak lak siap ketawa lagi. Tak sengaja sebenarnya, tapi keadaan tak lah setegang dahulu.

          Tie memang tak mahir kecek klate, abang kata macam bunyi orang siam, haha… Mertua lak kekadang kecek luar, jadi kira 2×5 juga laa….

          Sekarang ni, bila dah lama kenal, dah lama faham, Tie taklah ambil hati sangat. Anak dia, tetap dia sayang, menantu dia tetap orang luar. Itu adalah kenyataan. Kerana itu, Tie dah cukup bersedia kiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini kiranya suami Tie pergi dahulu.

  13. suara
    Oct 28, 2010 @ 08:48:45

    Su ada mertua je… dan tempat mereka di hati Su memang paling istimewa. InsyaAllah…

    Reply

Leave a reply to chekdenoor Cancel reply