Home > kehidupan, Tingtong > Bila tiada rasa simpati

Bila tiada rasa simpati

Err……..

Tak tahulah mengapa, semenenjak, dua menjak ni emosi kita agak terganggu. Bukan masalah keluarga tetapi sikap media dan blogger  yang semakin melampau.

Hal rumahtangga orang sering dicanang dan seolah-olah mengapi-apikan pihak keluarga mentua. Hal yang buruk-buruk dihebohkan tanpa rasa malu . Bukan nak bantu menghuraikan yang kusut tapi dilihat seperti suka membangkitkan api kemarahan antara dua pihak yang terbabit.

Kekadang hati tertanya-tanya, adakah ini jalan terakhir untuk meningkatkan pembaca akhbar , majalah, atau laman web. Kenapa mesti rasa bangga menghebahkan berita keruntuhan rumahtangga orang dengan meleret-leret. Cukuplah sekadar memberitahu apa yang perlu, bukannya secara detail dan memberi pelbagai tanggapan pembaca.

Begitu juga perihal mangsa pembunuhan Puan Sosilawati dan sahabat-sahabatnya. Sampaikan eset beliau juga dikira dan dipamerkan. Tidakkah ia mendatangkan bahaya kepada ahli keluarga beliau. Dahlah keluarga mangsa dalam kesedihan, hal-hal peribadi pula diselongkar habis. Di manakah rasa simpati kita?

Ada wartawan yang sanggup menyiarkan berita terperinci tanpa mendapat maklumat dari pihak polis secara rasmi. Berebut-rebut mengisahkan cerita tanpa memikirkan perasaan keluarga mangsa yang terbabit. Apalah nak jadi dengan orang kita. Di manakah etika kewartawanan kita. Tiadakah rasa bertanggungjawab ?

Akhir-akhir ini pula kisah kemalangan yang menyayatkan hati. Walaupun ianya dah ditakdirkan, mengapakah gambar-gambar mangsa dipaparkan dalam sesetengah laman web yang tiada berkaitan. Seharusnya kita menghormati mangsa dan keluarga mereka.  Apakah kita rasa bangga dengan menayangkan gambar-gambar ngeri itu. Tidak terfikirkah perasaan keluarga mangsa yang terbabit.

Walaupun kita tidak terlibat, tetapi sebagai seorang manusia, Tie rasa amat belas dan sedih bila terlihat gambar-gambar tersebut. Hati rasa begitu tersentuh, bila terbayangkan kiranya kita  atau  orang yang kita kasihi adalah antara yang tayangkan. Fikirkanlah. Bertanggungjawablah atas apa yang kita pamerkan. Apakah kita rela diri kita dipaparkan dalam keadaan yang menyayatkan hati ?

~ Tak perlulah nak komen, komen-komen kalian yang lepas pun masih ada yang belum dijawab. Kesian gak pada kalian yang bersungguh datang sini.

  1. October 12, 2010 at 7:46 pm

    Bila populariti menjadi tumpuan…yang lain-lain diketepikan…

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:46 am

      Hingga hilang sifat-sifat kemanusian..

  2. October 12, 2010 at 8:05 pm

    huhuhu.. ingatkan maza sorg jer punya perasaan, kenapa gambar menyayat hati kemalangan di KM223, Lebuhraya Utara Selatan itu dipamerkan sedemikian rupa kpd public tanpa tapisan & tidak kasihankah kpd keluarga mangsa?… (sebenarnya maza ni pemabuk darah dan kaki ngeri… tengok pun seriau seh).. huhuh

    tapi entahlah.. sekadar gambar maza boleh toleransi lagi, tetapi bila dibikin eloborasi yg melampau, berlebih2an dan membuat andaian sendiri tidak berdasarkan fakta, spekulasi sombrono, walhal kes tersebut menuntut sensitiviti, fakta dan siasatan; lagi ler membuatkan maza rasa menyampah! huhuhu

    • Tie
      October 13, 2010 at 10:00 am

      Entahlah maza,
      Kekadang tertengok gambar mangsa dibunuh, mangsa serangan seksual dalam keadaan memalukan (termasuk kes Nurin tu..), aderk.. sedih betul. Mungkin mereka tak terfikir, bagaimanakah rasanya kalau diri mereka berada di tempat mereka..

      Gambar-gambar tersebut hanyalah untuk simpanan fail polis, bukan untuk tontonan. Tapi ada insan yang bengong, curi dan pamerkan di website, dan ada di kalangan kita yang punya penyakit gila, suka tengok gambar-gambar ngeri….

      Tentang wartawan yang melampau (bukan semua), mereka ni agak tongong, sebab bila mereka buat andaian, mengganggu polis dengan berada di tempat kejadian, sebenarnya mereka ini boleh menyebabkan bukti terhadap suspek tersebut diragui. Kalau ada DNA orang lain (akan mempengaruhi bahan bukti), seperti rambut reporter tersebut, dengan senang je suspek akan dibebaskan.

      Bukannya mudah nak tangkap penjenayah…. lebih-lebih lagi bila bukti terhad dan tiada saksi. Terutama dalam kes pembunuhan Nurin dan yang terkini ni.. Aderk, kesian betul mangsa dan keluarga mereka.

      • October 13, 2010 at 2:04 pm

        wah tie.. heheheh

        betul2 sang suami sudah limpahkan ilmu penyiasatan ni.. heheh
        ker terlebi tengok CSI disaluran berbayar ASTRO?

        wakakakka

        anyway, well said sis..well said… huhuhu

  3. October 12, 2010 at 8:30 pm

    Tie, media mestilah lapurkan apa yg orang nak dengar.😀 Nampaknya org M’sia (melayu) mmg suka berita panas cam tu. Kalau tak takkan Harian Metro #1 skrg. !

    • Tie
      October 13, 2010 at 10:04 am

      Wartawan dan penulis sekarang (bukan semua ) pun gila glamour. Dah tak ada adab lagi, dah tak tahu menghormati sesama insan. Agaknya kalau anak, ibu atau isteri mereka terbabit, tentu mereka takkan siarkan gambar atau tulis tentang keburukan mereka.

      • October 15, 2010 at 2:54 am

        Alamat, wartawan lain la yg kasi keluarkan tu!😀

  4. October 13, 2010 at 7:17 am

    salam tie, lama tak datang sini….

    • Tie
      October 13, 2010 at 10:04 am

      Salam kakpah, Tie pun sama gak.

  5. October 13, 2010 at 7:26 am

    Salam …..

    jom joint blog baru chekdee di http://www.butik-sayang.blogspot.com

    Shopping mata pun ok……

  6. October 13, 2010 at 8:51 am

    komen juga walau tuan blog kata tak payah komen (degil kan), hehe…

    paling tak minat orang letak gambar jenazah dah siap kapan dalam berita tv/ suratkhabar

    • Tie
      October 13, 2010 at 10:07 am

      Ramai orang sekarang ni dah kehilangan sifat menghormati. Buat kerja main redah je….

  7. October 13, 2010 at 10:23 am

    membuka aib orang memang suka, kalo cerita ilmu kecik je kolumnya.

  8. nahmy
    October 13, 2010 at 11:41 pm

    salam.. takpe klu komen tak dibalas. bab kisah-kisah tu mmg le media kena lapor sbb ia adalah ehwal-semasa dan sensasi (utk lariskan paper). kita yg baca…kena sematkan konsep ‘la tahzan’. wlu ada yg mmg mengganggu emosi tapi itu utk jadikan kita lebih ‘rapat’ pada-Nya..melalui syukur, insaf & taubat kita. tp saya sendiri pun jarang sgt beli paper metro sbb kekadang sensasinya terlebih sgt..

  9. October 14, 2010 at 3:19 pm

    salam tie..inilah akibatnya kalau kita tak tase ke kita…kalau kita kena buat atau difitnahkan macam mana rasa..sebab tu dalam bab ni kita mesti berhemah .

  10. October 14, 2010 at 4:05 pm

    seronok sgt cerita hal org……… smpi lupa, satu hari nanti, MUNGKIN perkara2 tu boleh terjadi kat kita

    .
    .
    .

    terima kasih kerana mengingatkan…🙂

  11. October 15, 2010 at 8:51 am

    salam jumaat dr me dikejauhann tuk kaktie itteww..

  12. zue
    October 15, 2010 at 11:59 am

    bila sudah dipaparkan di dlm akhbar..ianya sudah mnjadi satu isu dan x abis cerita nak2 kat opis zue…lebih kpd mengata jadinya.

  13. bcp
    October 15, 2010 at 5:59 pm

    nak komen jugak

    walaupun tak balas…

    hahahha..

    eh memang..sakit mata baca paper yg mengembur hal peribadi org,mcm la dia tak pernh khwin sipenulis tu..suka suki je tulis hal lam kain….pm shud sekat la derang ni..FB pun sama….sharing gmbo kematian…cuba dia mati stail gitu,komfem malu giler org tgk.

  14. ima
    October 17, 2010 at 11:04 pm

    kak tie tak kasi komen,ima tak nak komenlah…tapi ima setuju sgt…:)))

  15. zareda
    October 18, 2010 at 4:31 pm

    mungkin gambar itu disiarkan untuk dijadikan iktibar.. apa apa pun memang perlukan izin ahli keluarga mangsa..

  16. October 18, 2010 at 7:26 pm

    Salam Kak Tie….

    I`m backkkkk………..
    Apa khabar, Akak Tie??

    Biasalah……nama jugak manusia, Akak.
    🙂

  17. October 20, 2010 at 10:04 am

    salam kak tie…

    sy setuju dgn apa yg kak tie tulis…

  18. October 21, 2010 at 2:56 pm

    salam kaktie..

    ye betul kan kak.. mmg menyampah kalau dengar berita rumahtangga dalam kain baju seluar orang dibongkar wartawan (nk plak akhbar tabloid) dgn begitu rakus dan terbukanya!.

    Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat 49 : Ayat 12 bermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

    Tak pasal2 kita yg membaca dan mendengar berita tumpang berdosa.. dan dpt dosa mengumpat jugaks!.. huhuhu..

    sedih.. sedih..

    (takpe kaktie.. jgn rasa bersalah sbb tak jawab komen.. bukan ada dlm peraturan yg setiap komen WAJIB dibalas.. it is just a COURTESY.. hehehe… dan yg meninggalkan komen juga sbb diaorg terasa nk meninggalkan komen, bukan juga satu kewajipan utk komen setiap entry yg dibaca, it is just a SHARING.. hehehe).

  19. October 22, 2010 at 3:09 pm

    maksu mls nak sentuh2 hal peribadi orang…tak elok bergunjing tentang hal orang lain😦

  20. October 22, 2010 at 11:39 pm

    mencqri kesempqtqn dqlqm kesulitqn … surtkabo kita tak boleh pakai punya

  21. October 23, 2010 at 2:53 pm

    saya pun semakin jarang membaca dan mendengar media aliran utama sekarang. selain daripada kesuntukan masa, berita-berita yang dipaparkan secara pukul ratanya kurang membina minda namun lebih kepada nilai-nilai komersil semata. apatah setengahnya macam cerita bollywood, boleh diramal kesudahannya.

  22. October 24, 2010 at 10:45 am

    Ass’kum Tie, lama tak menyinggah sbb agak bizi pulak semenjak dua menjak ni… Nekcun pun sependapat dengan Tie, tu yang kekadang naik malas nak baca surat khabar atau pun majalah sbb macam dah tak ada cerita lain selain menceritakan buruk orang, aib orang dan macam-macam yang sewaktu dengannya!… Kekadang, itulah dia jadinya kalau semua orang sudah lebih mementingkan duniawi dari alam akhirat!… Sebuk mencari kekayaan / kebahgian dunia tetapi tak bahgia-bahgia juga malah ada bertambah teruk pulak. Kalaulah semua orang hanya berlumba-lumba mencari keredhaan Allah bagi persediaan menghadapi hari akhirat, pasti dunia ini akan aman tenteram kan?…. Wallahualam.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: