Home > Bincang, kehidupan > Ilmu Pengasih

Ilmu Pengasih

Tiba-tiba Wanie bertanya mengenainya. Terkejut la jugak. Katanya ada seorang dua pelajar sekolahnya  mengamalkannya.

Ianya menggunakan suatu ayat. Bunyinya macam ayat AlQuran tapi bukan (kata Wanie). Pelajar sekolah tersebut memang ramai rakan lelaki yang menyukainya. Ada rakan Wanie cuba (dengan suka-suka) ayat tersebut, memang menjadi tetapi  setakat beberapa hari sahaja. (kena ulang bila power dah hilang)

Akan tetapi, beliau menghentikannya kerana sedar ayat tersebut ada pendampingnya. Rupa-rupanya, dia diganggu oleh sesuatu yang misteri (bunyi-bunyi aneh dan menakutkan) ketika berseorangan di rumah. Dan beberapa kali makanan yang disediakannya tetiba lenyap begitu sahaja.

Sebenarnya ilmu pengasih yang diamalkannya adalah sesuatu yang syirik, bercanggah dengan agama kita. Tanpa diketahuinya ayat-ayat tersebut memanggil jin. Seram pulak kita, adoi laa…

Kepada yang berminat, hati-hatilah. Kiranya kita inginkan seseorang suka kepada kita, mohon sahaja secara terus dari Allah. Setiap kali selepas solat, mintalah apa-apa pun. InsyaAllah, kiranya ia baik untuk kita, Allah akan tunaikan.

Tentang ayat tersebut… Tie tak berani nak tahu. Jin tidak harus dibuat kawan. Jangan terlalu berani mencuba. Takut menyesal nanti. Silap-silap jadi sahabat Jin…..

Selain dari menyesatkan , Jin juga inginkan sesuatu sebagai balasan ‘jasa’nya. Contohnya darah   dan tubuh kita (termasuk ahli keluarga kita) untuk  memuaskan nafsunya.

Subahanallah.  Minta dijauhkan dan dilindungiNya.

.

.

~ Aaaa? Nak tahu ayat tu juga ke ? Hi hi hi…………..:mrgreen:

  1. zareda
    October 7, 2010 at 1:41 pm

    Ya Rabbi, banyak lagi ilmu lain boleh dibelajar selain drpd ilmu pengasih tu… nak nampak lawa manis sweet, jaga jer muka, jangan malas cuci jangan bercinta nanti jerawat naik, jaga budi bahasa.. ramailah yang suka dan sayang

    • Tie
      October 7, 2010 at 2:10 pm

      Kak tie sendiri tak pernah terfikir pun ada ilmu begini.. budak-budak ni memandai-mandai je…

  2. October 7, 2010 at 1:58 pm

    salam tie..eh takut makcik membacanya..budak2 sekarang berani ya tie,makcik zaman dara2 dulu tak pernah nak tahu tentang ilmu2 pengasih ni sebab tu lepas tingkatan 6 je baru ada kenalan lelaki..hehe pakcik sekaranglah..sekarang ni ting.1 dah ada gewe…
    apa pun jaga personaliti diri,berhemah,berbudi bahasa dan jaga tingkah laku pasti semua tu menjadi daya memikat…

    • Tie
      October 7, 2010 at 2:11 pm

      Salam makcik yam,

      Ni baru je ilmu pengasih. Ada macam-macam lagi budak-budak sekarang sanggup buat. Tak tahulah kenapa mereka ni berani sangat. Agaknya suka terikut-ikut.

  3. October 7, 2010 at 2:03 pm

    kak tie.. takyah la diperturunkan ayat2 camtu..
    tak pepasal kot ada yg dok layan ayat tu, menjadik, kaktie plak dpt label jadik agen jin nih.. uish.. nauzubillah…

    Kot ada sesapa yg nak, kaktie bagi je surah yusuf ayat 4:
    “Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

    Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,”Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku…”

    Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39:
    “Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

    Maksudnya: “Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku.”

    … yg penting hati kena bersih… baru Allah sayang.. kan kak tie kan..
    hihihi..

    • Tie
      October 7, 2010 at 2:13 pm

      Tiny, jangan bimbang.
      Kak tie tak tahu satu habuk pun ayat tersebut. Takut wei….

      Baguslah Tiny turunkan ayat yang sebenarnya. Bolehlah teman2 kita yang berkenan mengamalkan. Terima kasih la banyak-banyak.

      • October 8, 2010 at 10:29 am

        Elok bona Tiny bagi ayat tu. Amalan yang bukan saja baik buat orang sayang, tapi Allah lebih-lebih lagi sayang.
        Selain tu, amalkan doa melihat cermin (kalau rasa org sayang sebab cantik) dan selalu cuba untuk buat diri berada dalam keadaan berwuduk. InsyaAllah.

        Su rasa kan kak tie, bebudak sekarang ni terpengaruh banyak dengan cerita-cerita mistik dalam tv yang memaparkan kisah ayat/ubat pengasih ni. Yang meihat cerita tu kadangnya bukan nak ambik iktibar dan menjauhi, tapi membuatkan mereka lebih ingin mencuba dan mendekati.

        • Tie
          October 13, 2010 at 9:31 am

          Tu laa… cayang Tiny, ekekeke…..

          Tang cerita mistik tu, memang makin menjadi-jadi lak. Rasa malu pada kaum lain, tentu mereka fikir yang orang Melayu ni suka benda-benda gini.

          Dahlah tu, drama kita la ni suka sangat memaparkan ketaksuban wanita terhadap cinta, kebodohan membuat keputusan dan perangai yang melampau-lampau. Macam manalah remaja sekarang tak kemaruk dengan benda-benda gitu…

  4. October 7, 2010 at 2:50 pm

    nak wat mendela ayat2 pengasih bagai ni ye kak tie? padahal klu kita ikhlas kawan ngan orang, tak sombong.. mesti orang senang nak dekat ngan kita kans?

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:11 pm

      Budak-budak ni pemikiran mereka singkat. Susah pulak nak ngajornya…

  5. October 7, 2010 at 2:55 pm

    budak², semua dia ingat boleh buat main², tu yang nak cuba² tu… kalau jin tu pulak yang jatuh cinta, lagi naya! heh…

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:11 pm

      Itulah, ayat tu bukan setakat nak buat orang jatuh cinta, jin pun jatuh hati sama, aderk!!

  6. October 7, 2010 at 3:01 pm

    Assalamualaikum…

    Astagfirullahal’azim….dasyat bdk2 sekarang..guna ilmu pengasih jugak ye…ish2…memang syirik tu kak tie.Meremang bulu badan dengar ada makhluk pendamping.Teringat cite SUSUK yg d tayang raya lepas.

    Sebaiknya, kena amal ayat 3 qul.nak hindar bende2 yang x sepatutnya…

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:12 pm

      Memang ayat 3 qul tu bagus. Selalu baca sebelum tidur gak!.

  7. October 7, 2010 at 4:23 pm

    saya dengar bunyi kucing mngiau pun kekadang tekejut, ni kan pulak nak dgr segala bunyi pelik dan seram, siap dgn efek makanan hilang lagi tu, mau lari tak cukup tanah. kalau kita baik, semua org sayang, tak perlu ilmu pengasih segala kan.

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:13 pm

      Gitu ke ?
      Kat sini bukan setakat bunyi meow, bunyi oink-oink kat belakang rumah pun ada, ekekeke…..

  8. October 8, 2010 at 8:25 am

    Adoi takutnya dengar. Muda2 lagi dah berani wat menda2 gini yer. SPM pun tak lepaih lagi huhu. Betul cakap Kak Tie, kalau ada permintaan, minta direct jer kat Dia Yang Maha Mengasihani.

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:13 pm

      Iza, memang kena direct kepadaNya.
      Kak tie selalu buat, hihihi…

  9. October 9, 2010 at 12:18 am

    Ohhh.. sebenarnya maza pun gunakan ilmu pengasih selama ini….
    dan maza letakkan menteranya di blog itew…

    tu pun kekandang menjadi, kekadang sorg pun tak datang komen.. ahaks…

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:14 pm

      Ha ha ha… ye la tu……:mrgreen:

  10. October 9, 2010 at 3:20 am

    Kak Tie. Takutnya.. Wuu~

    Well actually ada sorang pakcik nie kasi ayat suh org amalkan untuk lembutkan hati lecturers, and saya ada tanya ayat tu dari surah mana (sbb saya nak check kat dalam Quran) and dia cakap ayat tu daripada kitab kitab.. Kadang2 saya baca kadang2 saya tak.. Bila baca entry nie saya rs cuaks. Wuu~

    ps. kak tie delete je la comment previously tu. saya pakai acct lain. ;p

    • Tie
      October 12, 2010 at 7:16 pm

      Eh… Nono ni, bahaya laa..
      Check balik ayat apa tu. Kalau was-was, tok sah amalkan. Baik baca je ayat-ayat yang kita familiar.. Alfateha lagi mudah. Kak tie biasa baca ayat mudah dan selawat terutama masa temuduga. Semuanya berakhir dengan baik, kalau tak dapat pun memang tak sesuai dengan kita, hehe…

  11. October 9, 2010 at 8:25 am

    Tie
    Macam2 hal budak2 nih ek? Ada aje yang boleh membimbangkan hati kita.

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:32 am

      Begitulah Som… kebanyakan mereka ni tak innocent macam kita dulu, kan…

  12. nahmy
    October 9, 2010 at 10:11 am

    alarr..tak payah benda-benda kurafat tu kak. cari yg betul-betul dlm Quran pun ada tanya pd yg arif. tp kalu kita kasihkan-Nya, tentu segala ‘spesis’ kasih yg ada kat dunia ni Dia boleh suburkan..

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:34 am

      Tu laaa…

      Ingat nak suruh ustat kat sekolah tu beri sedikit panduan dalam hal ini.

  13. October 9, 2010 at 5:11 pm

    Ya Allah…takutnya ckLah baca.
    Mak ckLah amalkan suruh amalkan surah al Imran..ayat 200, untuk melembutkan hati anak-anak (tiupkan di ubun2 saat mereka tidur) atau sewaktu memasak untuk mereka…atau sesiapa (termasuk orang yang mungkin kita tak suka)

    Maksudnya:”Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:38 am

      Ya ckLah.
      Ada banyak cara yang halal untuk melembutkan hati anak-anak dan orang yang curiga dengan kita. Tie biasa buat tu, ckLah… Lastly orang tu dah boleh terima Tie.

      Kita kena ikhlas minta bantuan dariNya. Untuk kebaikan bersama, sebenarnya. Tak seronok bila terpaksa berdepan dengan orang yang sentiasa cari salah kita, kan…

      ~ Sambil masak tu adalah jampi sikit-sikit, hihi.
      Semoga orang sayang pada kita😛

  14. jm
    October 9, 2010 at 5:11 pm

    cukup la somi kite sebg pendamping..tak perlu benda2 lain dah.. kateku yg ala2 konon dah kawen ade laki dok kt sbelah..padehal ..ekekeke

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:40 am

      Hihi…
      Sabor, tak lama lagi tak larat nak layan pendamping tetap tu.
      Percayalah, ekekeke…..

  15. October 10, 2010 at 11:17 pm

    Kak tie, mcm2lah bdk2 la ni, semuanya akibat terpengaruh cerita2 mistik yg byk kat tv sekrg ni. Jgnlah berkwn dgn jin2 ni, ramai lagi manusia yg blh dijadikan kwn…

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:41 am

      Salam Milla, sihat ke ?

      Err… jin ni memang selalu cari jalan untuk bersama kita. Memang selalu kena hati-hati.

  16. October 11, 2010 at 4:02 am

    Salam Kak Tie,
    Best of luck untuk Wanie yang sedang menduduki PMR.. semoga Wanie memperoleh kejayaan yang cemerlang insyaAllah…:)

    Hmm,takut la kisah ilmu pengasih tu kak tie… jangan la diamalkan perkara yang syirik2 macam tu😦

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:43 am

      Salam Ijan,

      Terima kasih. Wanie dah merdeka sekarang. Dok merungut sebab boring kat sekolah. Ingat nak suruh dia jadi pembantu kak tie je kat rumah, tapi tak nak pulak tu…

      Budak-budak sekarang ni, macam-macam hal la Ijan…

  17. October 12, 2010 at 5:31 am

    pakey lada hitam takks.. uhuhu

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:43 am

      Lada hitam dan garam kasar…. memang berhasil , insyaallah.

  18. ima
    October 12, 2010 at 9:19 am

    salam kak tie…eee takutnya ima dengar cerita2 mcm ni…dengar pun tak nak ayat2 sebegitu…takut jin dtg…:))

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:45 am

      Salam Ima,

      Kak tie pun takut. Tak tanya pun tentang ayat tu. Aderk!

  19. October 12, 2010 at 4:03 pm

    Wonder kalau artis2 org putih pun pakai ilmu pengasih??? Peminat diaorg lagi ramai ooooo….

    • Tie
      October 13, 2010 at 9:45 am

      Tak de kot. Orang putih ni tak de la merapu macam orang kita.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: