Home > kehidupan > Bila Allah limpahkan kemewahan

Bila Allah limpahkan kemewahan

Entri ini ditujukan kepada diri sendiri, anak-anak dan semua yang dikasihi.

Taraf hidup kita kini kian meningkat, syukur atas rezeki ini. Kerana itu, hargailah nikmat yang Allah berikan dan berkongsilah dengan saudara-saudara kita yang kekurangan. InsyaAllah, ia tidak akan luak pun, malah bertambah-tambah nanti.

Tapi, malangnya ada yang tidak sedar atau tidak sengaja membazirkan rezeki dari Allah. Perkara-perkara ini nampak remeh, tapi tidak bagi Tie.

[Rezeki tanpa diduga. Seorang sahabat memberi kami setandan pisang nangka… alhamdulilah. Nanti nak beri 2-3 sikat pada sahabat2 lain. Tak habis makan pun]

Antaranya :

  1. Janganlah beli terlalu banyak mainan@pakaian untuk anak-anak hinggakan rumah sentiasa berselerak, sampai nak jalan pun susah. Ajarlah anak-anak menghargai apa yang ada. Walaupun kita mampu, didiklah anak supaya menjaga mainan yang sedia ada dengan baik (susun, simpan sebaiknya), dan jika sudah tidak berkehendak, boleh kumpul dan sedekahkan kepada yang lebih memerlukan. Janganlah membiarkan ianya rosak dan membuangnya hanya kerana kita fikir kita banyak wang untuk menggantikannya dengan yang lain.
  2. Jangan membeli terlalu banyak makanan, hingga membazir. Tie pernah lihat sebungkus biskut dibuka, tapi dibiarkan sahaja atas meja sampai masuk angin. Lepas tu dicampaknya dalam tong sampah. Sedih melihatnya. Kalaulah biskut itu disimpan dalam bekas tentu boleh dimakan di lain waktu. Mentang-mentanglah duit banyak, esok boleh dibelinya lagi. Sayangnya….
  3. Makanan lain tidak diusaha untuk disimpan. Dibiarkan basi, dan dibuang. Ada yang boleh dikitar semula (contohnya ayam goreng, ikan goreng…) boleh dimasak cara lain.. Atau diambil isinya (boleh ditumbuk dibuat perencah mee goreng, nasi goreng, atau sayur lemak@air.. dan lain-lain lagi.
  4. Ada orang membiarkan anak-anaknya meratah milo, susu… adoi… kalau mak kita nampak mesti dia bagi ceramah panjang. Memang orang dah biasa tak terasa pun, tapi bila orang susah tengok, tentu mereka rasa hiba.. Tidak semua orang mampu… Walaupun hidup mewah, berpada-padalah.
  5. Janganlah terlalu kerap makan di luar,(kecuali sememangnya tak ada masa nak masak), kerana bila dah selalu sangat, nanti anak-anak tak tahu menghargai, makan tak habis dan tak dapat rasa nikmat pun. Macam anak-anak Tie, nampak sangat perbezaan bila mereka jarang dapat makan di luar. Barulah mereka makan dengan bersungguh, ceria dan habis licin!
  6. Sesekali buatlah amal jariah. Beli kain sembayang, kain pelikat atau apa-apa pakaian atau makanan (jangan lak heboh sekampung). Semoga bila orang yang kita sedekahkan itu menggunakannya untuk solat (atau buat kebaikan), dapat juga tumpang pahala…ย  Dan setiap kali ke Masjid (solat jumaat) boleh sedekahkan seRial dua… InsyAllah, esok-esok kita mati dalam keadaan baik dan tidak memalukan.
  7. Senyum. Selalulah senyum, bertegur sapa. Janganlah sombong dan buat orang lain rasa hina. Walaupun kita rasa kita kaya, esok-esok bila mati, pasti perlukan orang untuk mengurus jenazah kita.
  8. Err… abis idea daa…………… hehe.. Ada sesiapa nak tambah??

~ Maaflah kiranya ada yang berasa hati. Sekadar untuk mengingatkan sahaja.

  1. October 3, 2010 at 9:49 am

    salam tie..satu info yg berguna.makcik sangat setuju dgn pendapat tie tu.Tapi ada orang yg hanya memberi makanan yg lebih contohnya pisang pada orang bila pisang tu dah tak elok,dah lebu.masa pisang tu elok masaknya sayang..inilah sifat kedekut yg sukar diatasi w/p ilmu banyak didada.

    • Tie
      October 3, 2010 at 1:07 pm

      Salam makcik,

      Tie pernah terima pemberian seseorang, sayur dah lecuh.. tapi Tie tetap sayang nak buang semuanya (walaupun abg marah sebab rasa terhina), Tie pilih yang elok utk dicampurkan dengan sayur lain.

      Kadang-kadang, orang yang rasa dirinya lebih mewah tak sedar… hinggalah dia ‘terkena’. Sebab tu, sebelum kita beri seseorang, kena belek betul-betul, hanya beri yang elok je…

  2. October 3, 2010 at 9:50 am

    Salam kak Tie…
    Sungguh kak Tie…semua yang dicatat kak Tie benar belaka…apatah lagi ckLah pernah merasai kepayahan hidup mak dan bapak membesarkan 10 anak di kampung dulu….Segalanya perlu berjimat, dan berbagi sama rata, sama rasa. Sampai sekarang, masih tersentuh melihat pembaziran….terutama dalam hal makanan.

    ***Kak Tie. ckLah masih berkubang diblog (xiiinam751.blogspot). WordPress tu baru cuba-cuba…..tak mahir lagi!

    • Tie
      October 3, 2010 at 1:11 pm

      Salam ckLah,

      Tu laa… zaman kita kecik2 dulu memang susah. Makan nasi dengan margerin je sebelum ke sekolah. Kita pun rasa tersentuh bila nampak makanan membazir, terutama di restoran…

      Haa… baguslah nak pindah sini. Ikut jejak Kts..๐Ÿ˜›

  3. October 3, 2010 at 2:30 pm

    jgn berlebihan…. kesannya mendalam… seboleh mungkin apa yang kita ada belajar untuk berkongsi (rezeki)…. insyaAllah kitakan dapat yg lebih baik dari perkongsian itu.. selalunya jika x penting beli sekadar merasa… jika punya niat .. boleh disediakan lebih dan teruskan kpd niat… maka kurang pembaziran…

    k tie … tandan kedua saya dah abis… skrg tunggu tandan ketiga lak … kali ni yg dibelakang rumah … Alhamdulillah… walau sekadar pisang….๐Ÿ˜€

    • Tie
      October 3, 2010 at 6:41 pm

      Betul tu Zan.. sentiasa elak dari membazir. Kak tie masak pun cukup-cukup je. Kerana itu kak tie lebih suka tetamu call dulu sebelum datang rumah.

      Pisang pun best, kan.. kak tie ada setandan pisang kapas di rumah Kelantan.. tapi patah ditiup angin, jadi mentua ambil (mujur dah nak masak)…

  4. bcp
    October 3, 2010 at 3:31 pm

    benar kata mu itew kak tie..alamak terasa aa..kikiki..ctpun kdg2 terbazir..kekeke…tp takdelah smpi bg barang busuk n tak elok kt jiran.itu pantang tau..bab bg mknan kt jiran,kdg2 bg yg elok,kita lak mkn yg tak elok even kalau jamu org pun sama kaedahnya.kak tie,sesetengah org,kalau dh terbiasa bg lauk kt jiran yg tak elok,jamu org pun sama kdg2.ada ke jamu org dgn makanan semalam???tak senonoh betul..

    kdg2 kita lupa,ada org fussy sgt tentang mknan,nk pulak jenis perut takleh mkn makanan semlm.mkn je asyik tercirit.

    mcm2 orang kan kak tie..kitapun agaknya org ckp mcm2..tp bab bg mknan tak elok kt jiran tu,memang melampauuuu

    • Tie
      October 3, 2010 at 6:43 pm

      Sekadar mengingatkan, Ct… kita ni memang asyik terlupa juga.

      Suami kak tie pulak punya perut yang sensitif. Jadi kalau ada orang beri makanan, kak tie rasa dulu… kalau lulus baru boleh beri dia makan, ekekeke…..

      Kekadang lak terlebih rasa, hahaha…

  5. ima
    October 3, 2010 at 4:22 pm

    salam kak tie…memang bagus pendapat kak tie tu…sesetengah tu terkena kat batang hidung sendiri…tapi bukan bab bagi kat jiran tu…tapi dgn anak…terlalu banyak belikan mainan kat anak kecil…hari2 tapi kt kedai rm2 je…hihi,sampai umah ni dah bersepah jadinya…huhuhu.

    pisang nangka tu payah nak dptkan kat johor ni…

    • Tie
      October 3, 2010 at 6:44 pm

      Salam Ima,

      Biasalah tu, susah juga nak kawal kemahuan anak-anak. Ada yang pandai buat perangai di kedai.. tu yang terpaksa beli juga, hihi… Sabor aje laa…

      Pisang nangka memang susah nak dapat di Johor. Biasa ada pisang nipah, tanduk dll…

  6. October 3, 2010 at 5:19 pm

    Assalamualaikum…

    Benar tu Kak Tie…kan membazir itu kawan syaitan.Nau’zubillah..

    • Tie
      October 3, 2010 at 6:45 pm

      W’salam,

      Kena ingatkan diri sendiri . Kak tie ni banyak kelemahannya…๐Ÿ˜›

  7. October 3, 2010 at 6:07 pm

    Salam,

    tima kasih sangat ingatkan kak tie..dlm hal2 kecil kadang2 tak sedar membazir padahal membazir jg namanya..

    • Tie
      October 3, 2010 at 6:47 pm

      Salam Sakinah,

      Kekadang benda-benda kecil ni laa kita tak perasan, kan….๐Ÿ™‚

  8. October 4, 2010 at 10:20 am

    maza dari dulu sampai sekarang… belum kawen sampai beranak penak.. huhhu…
    penyakit maza ialah MERATAH!

    meratah kicap jalen dengan nasi, kekadang dgn buah pelam masam itew, tak pun nenas.. huhuhu

    bolehkah maza begitu kak tie?! ahaks..

    • Tie
      October 4, 2010 at 10:29 am

      Eh… maza ni macam ipar-ipar Tie di kampung suami tu.
      Mereka memang suka makan benda-benda masam. Tengok mereka makan, Tie pulak rasa nyilunya, huhu…. Aderk!
      .
      .
      Err.. makan kicap dengan nasi je ?
      Ooo…… patutlah … cepat kaya kalau gini, hihihi…..

      • October 4, 2010 at 10:56 am

        GULP! wakakakakaka

        • Tie
          October 4, 2010 at 12:06 pm

          ๐Ÿ˜†

  9. zareda
    October 4, 2010 at 11:53 am

    kak tie
    satu perkongsian yang berguna. kadang2 kita ni lalai dan perlu diingatkan selalu

    • Tie
      October 4, 2010 at 12:08 pm

      Ya la Zar….
      Saling mengingatkan sesama kita.
      Kita ni bila senang sikit dah mula lupa, kan…. Kak tie la tu, hehehe…

  10. October 5, 2010 at 9:09 am

    salam kak Tie.. suka dgn entry akak ni.. mmg byk benda yg kita anggap sikit dan tidak berguna adalah menjadi sesuatu yg paling berharga buat org yg tidak mampu. sy selalu pesan kt anak2.. mkn apa yg ada jgn byk komplen. mkn jgn tamak.. sikit2 dan habiskan.. jgn suka buang2. org lain kadang2 tak dpt pun makan.

    • Tie
      October 5, 2010 at 11:13 am

      Salam Aida,

      Tu lar kan… Anak-anak sekarang ni dilahirkan dalam kesenangan. Kak tie selalu ugut, kalau tak habis makan, esok kena recycle balik, hehehe…. Dan bila ada yang komplen, memang kak tie naik angin, hahaha…

  11. October 9, 2010 at 3:27 am

    saya like entry ini!๐Ÿ˜‰

  12. August 6, 2014 at 7:30 pm

    Hi there, after reading this remarkable post i am as well delighted to share my experience here with mates.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: