Home > Ucapan > Ulangtahun ke 44 : Alhamdulillah

Ulangtahun ke 44 : Alhamdulillah

Hari ini, 44 tahun yang lalu Tie dilahirkan di Hospital Tun Aminah, Johor Bahru. Mak kata, Tie lahir waktu tengahari, ketika semua orang sibuk makan. Agaknya sebab tu kita kuat makan, ekekeke…….

Sebagai anak sulong, dapat bayangkan betapa susahnya untuk dilahirkan. Terima kasih mak kerana sabar dengan kehadiran Tie dan terima diri ini dengan seadanya.

Terima kasih juga kerana mendidik Tie dengan tegas kerana ia banyak membantu ketika menyesuaikan diri , terutama dengan keluarga suami , mengurus rumahtangga dan mendidik anak-anak sendiri. Walaupun mak tak pernah mengajar secara terang-terangan (mak , pendiam orangnya), Tie biasa belajar dari apa yang dilihat.

Berbeza dengan semua adik-adik, Tie tiada kelebihan yang  dibanggakan.  Kerja pun tidak malah ketuk-ketuk kuali pun tak berapa mahir. Maafkan Tie mak, ayah…. Although I’m your first, I’m not the best thing in your life.

Sememangnya Tie tidak sempurna, fizikal, mental (kekadang tingtong gak!) dan kehidupan umpama keju yang berlubang-lubang tu, Tie tetap bersyukur punya keluarga sendiri dan berupaya mengurusnya  tanpa gangguan atau bantuan orang lain. Yes! I did it my way!

Dan kini, sebagai seorang isteri dan ibu , harapan Tie hanya satu. Agar hidup kami , keturunan kami dan semua saudara kita sesama Islam sentiasa  aman, diberkati dan dilindungiNya. Amin.

~

Terima kasih juga kepada kalian yang masih mahu mengikuti perkembangan Tie kini. Penyakit ‘M’ masih lagi melanda.:mrgreen:

Setiap permulaan ada akhirnya. Hari ini Tie raikan permulaan hidup, entah bagaimana pula akhirnya, kan……

Categories: Ucapan Tags: ,
  1. bcp
    October 1, 2010 at 12:42 am

    yeayyy first one maa..hehehe..Happy birthday!! 44 yrs old so young…moga2 kak tie tabah mengharungi ujian dan dugaan Allah,moga2 dgn ujian dan dugaan itu,kak tie akan memperoleh kejayaan di ahkirat kelak!

    Kak tie..jgnla ckp gitu…mak ayah kak tie mesti bangga dgn kak tie cuma tak ckp je.

    • Tie
      October 1, 2010 at 7:19 am

      Terima kasih Ct.

      Semakin tua ni semakin banyak dugaan .. tapi walau macam mana perit pun insyaallah Kak tie tetap ingat tuhan yang satu.

  2. October 1, 2010 at 6:55 am

    salam tie
    happy birthday to you
    happy birthday to
    happy birthday to tie
    happy birthday to you..
    eh..muda tu,makcik doakan agar tie n keluarga beroleh kebahagian,kesihataa n keredaan dari Allah.

    • Tie
      October 1, 2010 at 7:21 am

      Salam makcik,
      Wah.. siap nyanyi lagi, hihihi…
      Dah lama Tie tak sambut birthday… kali pertama dan terakhir ialah ketika umor 3 tahun. Ingat hari ni nak raikan ala kadar😛

      Terima kasih makcik…🙂

  3. October 1, 2010 at 8:32 am

    Assalamualaikum..

    Selamat ulangtahun Kak Tie…semoga panjang umur murah rezeki.
    Hehehe…ting tong tu la best nya..sempoi jer..

    • Tie
      October 1, 2010 at 12:00 pm

      W’salam Dear…

      Terima kasih. Hehe….

  4. October 1, 2010 at 9:27 am

    Happy Birthday dan tahniah. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu.

    • Tie
      October 1, 2010 at 12:00 pm

      InsyaAllah… Terima kasih Ismail.

  5. October 1, 2010 at 10:48 am

    Salam,

    Selamat hari ulangtahun kak Tie.. Semoga dirahmati Allah selalu🙂

    • Tie
      October 1, 2010 at 12:03 pm

      Salam Sakinah,

      Mudah-mudahan begitu laa..

  6. October 1, 2010 at 11:14 am

    Happy Birthday Kak Tie!!! Wish U good health and happiness forever!

    Ada party tak hari ni??? Where cake for us???😉

    • Tie
      October 1, 2010 at 12:04 pm

      Thanks Love!
      Party ?
      Err…. hihi…. kak tie ni dah tua nak buat party. Cake pun dah abis kak tie buat dulu..

  7. October 1, 2010 at 2:12 pm

    Salam
    Happy birthday Tie, semoga sentiasa rajin (ehem) dan ceria selalu.

    My family ramai gak selebret besday bulan Oktober.

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:22 am

      Salam Som..

      Hehe.. masih malas lagi.

      Terima kasih… atas ucapan itu.😛

  8. October 1, 2010 at 2:24 pm

    betul ke 44??

    .
    .

    .
    .

    eh.. mcm tak percaya je….

    .
    .

    apa rahsia sentiasa nampak muda??
    😀

    selamat hari lahir mama… nak hadiaaaaaaaaaaaaaahhhh.. org kata klu kita bg hadiah masa hari lahir kita, lg murah rezeki kita…. hihihi😀

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:24 am

      Betul laa..

      Nampak muda ? Tak de laa… tu gambar dari jauh. Kalau zoom sikit tentu nampak kedut seribu, ekekeke…..
      Hadiah? Mama sendiri tak dapat apa-apa hadiah pun.

  9. October 1, 2010 at 3:02 pm

    SELAMAT HARI ULANGTAHUN YANG KE 44 TIE!

    SEMUA YANG TERBAIK DAN TERINDAH UNTUK TIE SEKELUARGA

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:24 am

      Terima kasih Shah!
      Memang itulah diharapkan.

  10. October 1, 2010 at 4:46 pm

    44? ingat 24😛

    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan kamu
    Allah selamatkan Kaktie
    Allah selamatkan kamu.

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:25 am

      Ha ha…

      Wah.. siap nyanyi lagik!

      Terima kasih Juliet!

  11. October 1, 2010 at 6:08 pm

    tahniah kak tie! selamat ulangtahun! moga hari2 mendatang kak tie terus berbahagia dengan keluarga

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:25 am

      Insyaalah….

      Terima kasih Dek!

  12. October 1, 2010 at 11:20 pm

    Selamat menyambut ulangtahun ke 44. semoga di berkati segala amalan dan bahagia sokmo.

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:25 am

      Alhamdulillah… Terima kasih Dr!

  13. October 2, 2010 at 6:51 am

    happy birthday!!!😀
    kak tie buat kek tak? NAAAKKK!!! hiiikkkssss~😛

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:26 am

      Kak tie tak buat pun. Malas lak, hehe…

  14. October 2, 2010 at 8:54 pm

    Selamat hari jadi kak Tie….

    Confirm kena panggil kakTie dah ni…he..he

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:26 am

      Ekekeke…

      Tu laa… kita lebih tua!

      Terima kasih ckLah…

  15. nahmy
    October 2, 2010 at 10:59 pm

    salam tambah umur! semoga terus diberikan-Nya kemakmuran.

    • Tie
      October 3, 2010 at 8:27 am

      Salam…

      Tambah umur tak pe, jangan tambah berat lak, hihi…

  16. October 4, 2010 at 10:25 am

    (*** bunyi rebab dan gendang bertalu. Jejari dilentikan. kemudian membuat pusingan 360 sambil hendak duduk bersila..)

    uweii.. uweiiii.. tahniahlah uweiiii, umur dipanjangkan Tuhan… mudah-mudahan dilimpahkan rezeki dan kesihatan yg sempurna.. aeiii, yeaiiii, mek yong laaa weiiiiii

    (lirik lagu Mak Yong di atas terus dilagu2kan, macam doa syaidina ali & fatimah-bukan kacip, minta rahmat gitew..)

    happy birtday gitew…
    hehehhe

    • Tie
      October 4, 2010 at 10:26 am

      Terima kasih Maza..

      Terharu rasanya, hihihi…🙂

      • ROSE PURPLE
        October 5, 2010 at 11:38 am

        Happy belated birthday Tie..syukur pada Allah kita masih dilimpahi keberkatan oleh Nya..masih sihat untuk kita menjalani kehidupan hari2 dan beribadat (sakit siket2 tu biasalah), masih ada suami yang menyayangi kita, masih ada anak2 yang sentiasa bersama kita..di umur2 begini..panjatkan syukur setiap kali bangun pagi kerana kita masih diberi peluang untuk berada di dunia ini…hahaha tazkirah pagi ini untuk peringatan kepada diri kita juga..

        Apa hadiah istimewa dari Abe?

        Rose pun nak panggil Kak Tie jugak la..bulan puasa hari tu kita singgah Ganu, overnight kat Batu Buruk sebelum balik KB..saje nak cuti2 malaysia sebelum cuti raya..anak-anak nak makan sata and keropok losong..

        • Tie
          October 7, 2010 at 12:37 pm

          Terima kasih Rose.
          Alhamdulillah, Tie bersyukur dengan apa yang ada ni…😛
          Tiada hadiah istimewa pun. Kehidupan yang tersedia ada ni pun sudah cukup bagi Tie.

          Ooo… Tie lebih tua, ekk ? Tak pe laa… hihi….

          Overnight di Batu Buruk ? Uwaaa….. Tie jarang ke sana. Kalau ke bandar pun malas nak singgah. Anak2 dah besar, dah tak main pantai-pantai ni….

  17. October 7, 2010 at 5:01 am

    tahun 66 kanns.. gerek bebb

    • Tie
      October 7, 2010 at 12:38 pm

      Hahaha…… memang pon!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: