Home > Uncategorized > Kemalasan tahap maksima

Kemalasan tahap maksima

September 20, 2010 Leave a comment Go to comments

Sejak balik raya dari Kota Tinggi hari tu, kita ni semakin malas lak. Setelah selesai ‘mengerjakan’ timbunan kain baju, kemas rumah (baru nak kemas, ya kengkawan..hihi..) dan urus makan minum budak-budak tu (termasuk bapak budak yang semakin berselera- tentu mek dia suka tengok anak dia yang kurus dulu makin ‘tubuh’), makcik ni rasa nak jadi silent reader jer……

Tapi, memandangkan esok start UPSR, kita nak ucapkan selamat buat semua anak-anak yang akan bertarung, termasuk sibongsu kita… mudah-mudahan semuanya beres, tanpa ada apa-apa kesulitan.

Semalam sekolah Isha adakan solat hajat terakhir, tapi malangnya ibunya tak dapat hadirkan diri atas sebab-sebab ‘teknikal’. Mujur ayahnya dapat wakilkan diri, alhamdulillah. Guru-gurunya siap susun air berbotol-botol, segala alat tulis pensel, pemadam pun termasuk dalam aturcara solat hajat. Siap pesan pada murid-muridnya tak perlu bawa air minuman nanti, air solat hajat akan diagihkan sorang sebotol setiap hari😛

Begitulah tiap kali ada peperiksaan UPSR di sekolah ini. Abang dan kakaknya telah melalui suasana kekeluargaan dan  kemesraan guru-guru yang mengajar. Gurubesar sempat berpesan, ibubapa kena sediakan pakaian sekolah yang bersih, galakkan pakai wangian (mujur dia dah ada perfume sendiri), masak makanan yang sedap-sedap.. (eh.. memang pun, ekekeke…) , halalkan makan minumnya (macam nak gi perang lak!) dan jangan marah-marah pada anak. Kalian yang terlibat sama ikutlah nasihat ni tau!

Mudah-mudahan anak-anak kita dapat melalui peperiksaan ini dengan tenang, insyallah.

Akhir kata, selamat berjaya anak-anak semua !!!.

.

~ Kena fikir menu istimewa untuk bekalan sekolahnya esok, lusa dan tulat. Aderk..!!

Categories: Uncategorized Tags:
  1. September 20, 2010 at 1:08 pm

    Assalamualaikum …

    salam aidilfitri buat Kak Tie sekeluarga.

    Samalah dengan saya ..malas terlampau jer rasanya ni.Tp kena kuatkan diri dan hati.Karang tak pasal-pasal byk keja yg tertangguh.Nak update blog pun malas.Idea pun macam kering jer..Last2 jd silent reader dulu la..hehe..

    Apapun nak ucapkan good luck utk sibongsu Kak Tie.Semoga sukses menempuh UPSR yg akan berlangsung esok.Dan memperolehi keputusan yang cemerlang.Amin..

    • Tie
      September 20, 2010 at 4:41 pm

      W’salam……

      Salam aidilfitri buat Dear sekeluarga juga.

      Terima kasih atas ucapan itu. Insyaallah.. amin.

  2. September 20, 2010 at 2:28 pm

    haip! haip!

    .
    .

    dah! jangan malas2😛

    cepatnya masa berlalu… rasa baru je upsr.. dah dtg lg upsr thn ni…. buat elok2 ya isha!

    • Tie
      September 20, 2010 at 4:42 pm

      Hehe….

      Angie baru UPSR ? Err…. ni dah ambik PMR ke belum ??:mrgreen:

  3. kak ct
    September 20, 2010 at 2:58 pm

    salam tie..

    sama-sama la kita mendoakan yg terbaik utk anak/cucu kita dlm peperiksaan tersebut..

    AMIN….

    • Tie
      September 20, 2010 at 4:43 pm

      Salam Kak CT,

      Mudah-mudahan semua anak-anak kita berjaya.

      Err… Kak CT ni memang tak ada blog, ya ?

  4. bcp
    September 20, 2010 at 6:49 pm

    ha..baru menjelma…ingt dh hilang lam ketupat da..kekekkee…

    kak tie…rasa beratnya baca entry kali ni…terbyg2 anak kita nanti..huhuhuhu…bagusnya cikgu,siap wat solat hajat bagai.bgusla sejk tu,mesti pencapaian murid cemerlang je

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:39 am

      Haha…

      Nanti sampai juga giliran Ct.

      Sekolah di Ganu ni memang gitu, terutama tang UPSR. Tahun ni kalau boleh Ganu nak score lagi buat kali ke 10.

  5. September 20, 2010 at 7:12 pm

    Salam Tie…buang aje ke Tasik Kenyir penyakit malas tu :p
    Anak saudara sy Along juga bakal menduduki UPSR esok lusa dan tulat. Adik sy dan isterinya dah mula terasa debaran dan ke-tension-an anak nak periksa. Maklum lah anak sulung. Didoakan mereka semua dapat melalui fasa alam persekolahan ini dgn jayanya

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:40 am

      Ekekeke……

      Tie tak de la stress sangat, cuma kerana dia yang bongsu, ada rasa sedikit bimbang… dia tu selalu cuai, terutama soalan mudah… aderk.

      Semoga semua anak-anak kita berjaya hendaknya.

  6. September 20, 2010 at 8:18 pm

    Saya kepenatan tahap maksima! Balik KK ni pulak budak2 kena chicken pox… lagi sengsara dibuatnya. Tetapi hati ini tabah utk terus blogging.. All the best to Isha.. make mommy proud ok.

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:42 am

      Chicken pox? Ooo… kesiannya. Mesti tak tahan gatal-gatal tu. Anak-anak Tie walaupun dah besar panjang belum kena lagi. Ada sekali macam nak kena tapi separuh jalan je….

      Terima kasih atas ucapan untuk Isha😛

  7. DrSinga
    September 20, 2010 at 9:23 pm

    adehhh….
    tahun depan kita pulak stress macam ni….
    best of luck …

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:43 am

      Thanks Doc!😆

  8. jm
    September 20, 2010 at 9:51 pm

    gud luck for isha kak..

    masak sedap2 ye kak.. pas tu tepek la kt blog..hehe

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:44 am

      Thanks Jm,

      Err… memang sepanjang minggu ni cuba masak sedap-sedap (selama ni kurang sedap, ekekeke…..) tapi malas pulak nak tepek gambor.:mrgreen:

  9. September 21, 2010 at 1:43 am

    Yuhuuu… maza sudah balik.. tapi dalam mood senak2 kuih raya gitew.. heheheh

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:45 am

      Alhamdulillah,

      Dengar ‘suara’ macam dah sihat jer…

      Kita kat sini masih sibuk kunyah mini popiah (sebab kepek ubi dah abis!)

      • September 21, 2010 at 5:50 pm

        alhamdulilah sihat..

        apa tidaknya, kena kayuh perahu dari Sg. Muar ke Kuala Lumpur.. katanya buat pembuang malapetaka dan badi.. tu yg terus sihat tu.. huhuhu

        more info in my blog lorr..
        hehehhe

  10. pB
    September 21, 2010 at 8:35 am

    sama-samalak kita berdoa agar anak kita berjaya dlm upsr kali ni …

    masa taip komen ni , anak dara tu tengah jawab paper BM 1

    • Tie
      September 21, 2010 at 9:46 am

      Mudah-mudahan gitu la, Pb.

      Ya, betul… mereka semua sedang sibuk menjawab soalan. Sedangkan mak-mak pula sibuk blogging, hihihi….

  11. September 21, 2010 at 10:56 am

    jgn malas bgun udah la….

    • Tie
      September 21, 2010 at 8:41 pm

      Setakat ni belum lagi, hihihi……

  12. September 21, 2010 at 12:46 pm

    slamat berjaya utk upsr buat si bongsu🙂

    • Tie
      September 21, 2010 at 8:42 pm

      Terima kasih Mak Su 😛

  13. September 21, 2010 at 1:51 pm

    Salam Tie

    Bestnya dpt balik ke KTinggi. My SIL duduk KT juga. Diorang husband n wife cikgu kat sana.

    Tie, kalau you dapat pil rajin, tolong pos kat I sedozen eh? Bill me pls.

    • Tie
      September 21, 2010 at 8:44 pm

      Salam Som,

      Memang best. Tapi, kali ni jalan ke JB tiap hari jem. Dari simpang Kota Tinggi lagi. Bagaimana pun sempat juga ke Jusco, hehehe….

      Pil rajin ?

      Err…. kalau ada biar Tie cuba dulu..😛

  14. September 21, 2010 at 6:42 pm

    Salam Kak Tie,
    Best of luck buat Isha…hari ni dah mula kan. semoga dipermudahkan semua urusan dan dapat jawab dengan tenang. InsyaAllah.

    • Tie
      September 21, 2010 at 8:44 pm

      Salam Ijan,

      InsyaAllah. Amin………😆

  15. nahmy
    September 22, 2010 at 8:03 am

    seram plak rasanya…bila anak nak amik UPSR ni, walaupun ia insyaAllah berlaku tahun depan. harap air botol utk bapak pun disediakan..

  16. September 23, 2010 at 8:42 am

    Salam Akak Tie….

    Best of luck buat Isha.
    🙂

  17. September 23, 2010 at 2:35 pm

    Eid mubarak buat Tie sekeluarga. sama-sama kita mendoakan kejayaan semua anak bangsa kita yang sedang berjuang sekarang. saya hanya mampu berdoa dari kejauhan dan memberi semangat kepada anak saya kali ni. semoga semuanya berjalan dengan baik.

  18. September 23, 2010 at 9:36 pm

    Salam Tie, selamat hari raya dan ma’af zahir batin… nekcun do’akan agar anak Tie akan dapat ‘straight A’ dalam UPSR itu… InsyaAllah!… Semoga bertambah ramai anak Mleayu yang cemerlang dalam pelajaran!..

  19. Azian
    September 24, 2010 at 3:55 pm

    Salam Pn Tie, bukan nak komen pasal post ini tapi kalau di Ghanu kat mana agaknya nurseri yang jual pokok Serai Kayu a.k.a Salam a.k.a Bay ni. Saya nak g Ghanu 22-10 ni. Kat kawasan rumah saya dah cari tapi tak jumpa lagi.

    • dyg
      September 25, 2010 at 1:57 am

      Selamat hari raya kak tie & famili🙂

      untuk isha..pastikan x tido lewat time exam ni…nanti ngantuk pula dlm dewan periksa..all the best. Insyaallah🙂

  20. September 26, 2010 at 6:45 pm

    malass kanns.. uhuhu

    salam kaktie dr me dikejauhannns..

  21. September 28, 2010 at 4:23 pm

    salam tie..hehe lama sungguh tak singgah,kurang sihat..
    seronok baca..makcik dah lama dah lepas semua tu..
    orang2 muda macam tielah pula ya..
    memang lepas raya ni makcik pun malas sangat nak masak..agaknya penat masak masa puasa n raya kot..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: