Home > kehidupan > Bila hati terguris (saja nak ulang semula)

Bila hati terguris (saja nak ulang semula)

Kita semua dididik supaya ikhlas ketika memberi bantuan. Dan rakyat Malaysia adalah antaranya. Setiap kali jiran atau  saudara kita dalam kesusahan, dengan cepat kita menghulurkan bantuan. Tanpa rasa keinginan untuk menerima pembalasan kebaikan melainkan ucapan terima kasih.

250px-Peta_Asia_Tenggara

Namun sesetengah jiran atau saudara kita ni masih tidak pandai menjaga hati kita.’ Bapaknya’ tidak ambil berat bila ‘anak-anaknya’ bersikap kurang ajar dengan kita. Hati kita rasa amat terguris, namun  perhubungan persahabatan tetap kita cuba kekalkan meskipun luka lama berdarah kembali.

Entry luahan hati ini bukan bertujuan untuk mengapi-apikan kemarahan rakyat Malaysia terhadap jiran serumpun kita. Mokcik cuma berasa amat kesal. Banyak kali kita diganyang, disapu dan lain-lain. Dan banyak kali kita dengan muka tebal memberi bantuan kepada mereka atas dasar simpati dan kemanusiaan.

Malaysia mungkin lembab, Malaysia mungkin tak sedar diri bila dikutuk…..dihina… Namun Malaysia juga terdiri rakyat yang berbilang bangsa, yang tahu harga diri. Kita tak tahu, suatu hari nanti, anak2 cucu kita pula akan memberontak… dengan kata-kata, ” Sudah-sudahlah… kita jaga diri dan negara kita saja laa….” Bagaimanakah rasanya bila itu terjadi ?

Ambillah ikhtibar. Bila kita rasa  tidak puas hati terhadap seseorang…. jangan mudah melenting, cuba ingat kembali kebaikannya… Sekurang-kurangnya dia ada disisi kita ketika dalam kesulitan.

Mokcik ~  Amat-amat tersinggung ……

~ Entri ini dicatat pada Oktober 3, 2009

.

.

Dan sekarang ni, kena baling dengan taik dan dipijak-pijaknya bendera kita. Jenis bangsa apakah itu ??

.

.

  1. cpj
    October 3, 2009 at 9:40 am

    Inilah masalahnya kak tie, kekadang tu kita saja yang lebih-lebih nak menjalinkan hubungan rapat dan nak menjaga hati jiran kita, tetapi sebaliknya mereka langsung tidak ambil kisah tentang hati dan perasaan kita bak kata orang sini ‘buat nohen aje’.Walaupun macam tu tak apelah kak tie, biarlah apa orang nak buat kepada kita, yang penting kita telah melaksanakan tugas dan tanggung jawab kita sebagai jiran.Nabi pun mengajar kita supaya menghormati dan tidak menyakiti jiran.Kita dah buat baik, kita serah saja kepada Allah untuk mengadilinya.ekekekekee…macam baik sangatlah pulak cpj kali ni…kihkihkih…

    • Tie
      October 3, 2009 at 2:14 pm

      Alaa…hai…

      Takkan kita je yang kena jaga hati mereka. Hati kita siapa nak jaga ?

      Rasa malu pulak. Seolah2 kita yang terhegeh2 menjaga nilai persahabatan. Macamlah kita berhutang dengan mereka. Walaupun kita ikhlas menolong, lama-lama, hati jadi bengkak, takut ikhlas jadi dendam… Pahala tak dapat, dosa pula yang ditanggung.

      Bilalah mereka akan sedar.. kita ni serumpun. Susah mereka , susah juga kita.

  2. October 3, 2009 at 10:48 am

    Asalamualasikum

    Maafkan mereka, kerana mereka mungkin buta hati dan mungkin tuhan menggegari mereka supaya terbuka pintu hati mereka, tak perlu kita menjadi jahat kerana untuk membalas kejahatan orang lain. wallahualam.

    terima kaseh salam hormat.

    • Tie
      October 3, 2009 at 2:19 pm

      Waalaikum salam….

      Boleh, maafkan mereka, untuk pertama kali, kedua.., ketiga.. keempat… tapi sampai bila ? Sampai kita hilang harga diri ?

      Kita tak perlu jadi jahat. Kita jaga diri kita sendiri, jaga masyarakat kita, supaya berhati-hati….

  3. October 3, 2009 at 12:02 pm

    Memang amat tersinggun dan terguris hati ini !

    Bila keadaan aman, INDONESIA mengganyang MALAYSIA. Saudara SEAGAMA. Bila turun BALA, kita yang pertama MEMBANTU INDONESIA. Ada ketikanya terfikir … “Ah lantaklah, nak hidup ke nak mati ke ..”

    • Tie
      October 3, 2009 at 2:20 pm

      Itulah yang Tie rasa.

      Entry ini bukan untuk mengkondem orang Indonesia. Cuma nak mereka sedar… langit tak selalu cerah !

  4. October 3, 2009 at 12:59 pm

    Salam tie,
    ada buka paper ari ni. The Star melaporkan kebodohan dan kesombongan indon menjadi-jadi bila 4 buah kapalterbang dari malaysia yang menghantar bantuan makanan ke padang hendak di kenakan cukai. Lepas tu, bantuan makanan dari kapalterbang ke 4, pihak indon tak mahu tolong punggah turun barang. Bodoh ke tak bodoh…???????

    wassallam.

    • Tie
      October 3, 2009 at 2:25 pm

      Ooo… Tie baru tengok tadi, tak sangka, ya….

      Mereka benar2 tak perlukan bantuan kita, agaknya…. Kalau Tie , mesti terus kecik ati, balik Malaysia semula dan agih2kan bantuan makanan kepada rakyat miskin di negara kita. Ramai yang memerlukan bantuan di Malaysia sendiri.. yang tinggal jauh di pendalaman. Mereka-mereka ini tentu bingkas bangun menghulurkan tangan , menyambut kedatangan bantuan yang ditunggu-tunggu.

      Mungkin kita patut ambil pembantu rumah dari India.. Kaum India pembersih, lebih menghormati majikan dan lebih setia. Ramai rakyat india hidup miskin. Mungkin kita boleh membantu mereka. Lagipun, anak2 kita boleh belajar bahasa baru, bahasa Tamil, ekekekeke……. Dan ramai orang India fasih berbahasa Inggeris. Hmm.. tetiba si kecil ‘speaking’ ! Ooo… macam bunyi merajuk pulak mokcik nih!

  5. October 4, 2009 at 11:49 am

    itu lah unik nya malaysia… tapi ada yg hidup aman damai di malaysia ni yg tak sedar diri.. selalu cari pasal nak menghuru-harakan keadaan .. syukur jadi rakyat malaysia..

    • Tie
      October 4, 2009 at 12:09 pm

      Adoi… betul tu Zino. Kita dah cukup bertuah, tapi ada yang tak sedar diri…

  6. October 4, 2009 at 11:57 am

    Salam Kak Tie…

    Milla pun dah ******** dgn diorang ni….bila susah kita dtg tolong, bila senang diorang pijak2 je kita. Tapi kita still tolong lagi, nak jaga nilai2 persahabatan kononnya. Dah nama pun jiran kenalah sentiasa tolong menolong kan….tapi kadang2 rasa mcm kita saja yg terhegeh2 nak jaga hati org kan…sabo je lah. Baik hulurkan bantuan utk org dlm malaysia jer & palestine!!!!!

    p/s:- lepas kena rompak dulu, rasa cuak dgn ‘mrk’ tetap ada & tak boleh hilang!!!!

  7. Tie
    October 4, 2009 at 12:12 pm

    Mila kena rompak ?

    Ooo… takutnya !

    ~ Ramai lagi rakyat Malaysia yang hidup menderita.. terutama di kawasan pendalaman.. di Sabah dan Sarawak. Mereka lebih memerlukan bantuan… Pemimpin kita seharusnya lebih peka. Selalu susukan kera di hutan (lepas tu kena gigit!), sedangkan anak di rumah mati kelaparan, hu hu….

    • October 5, 2009 at 9:55 am

      kami kena rompak hujung tahun lepas kak tie…masa tu cuti sekolah kat rumah mak milla kat kota tinggi. siap berparang lagi…takuuut! peristiwa tu mmg akan sentiasa kami ingat…anak2 milla pun sentiasa ingat peristiwa tu. bila ajak balik kota tinggi jer mesti diorang mcm bimbang jer…kesian mrk.

  8. October 4, 2009 at 12:41 pm

    kak tie..mak sy pun komen yg sama jugak. awai2 lg mak dah kata JGN HANTAQ APA2 BANTUAN PUN KPD DEPA! ehehhehe mengalahkan menteri sharizat jalil mak sy ni kan😉

  9. Tie
    October 4, 2009 at 12:51 pm

    Uwaaaa……… garang juga mak Kenari, ekekeke…………

    Sabor je laa…..hi hi..😛

  10. October 4, 2009 at 2:04 pm

    Alahai cik kak,
    Bukan semua yg cam tu cik kak. Yg buat tu mungkin represent 1% sahaja dr rakyat negara tu. The best kita jgn layan kerenah depa, nanti betul2 jadi konfrantasi, semua org pun tak mahu.
    Semua masaalah dlm dunia berkait dgn “perut” – kalau tak cukup diisi dan bergoncangan, maka byk yg lain timbul. Semua jadi isu utk alihkan daripada yg di depan mata. Syukur negara kita aman damai dan mewah dr kebanyakan negara lain. Harap2 janganlah ada yg cuba rosakkannya.

    p/s: Kata tak marah.. tapi bunyi mcm marah?

    • Tie
      October 4, 2009 at 4:40 pm

      Err…bunyi macam marah ke ? waaakakaaa…….

      Saja nak luahkan di sini.. Tapikan Ismail, kalau betul2 1% saja, dari 470 million rakyat Indonesia. Hmm… kira-kira 4.7 juta tu,. ramai juga….adoi laaaa……..

      Negara kita cuma ada 25.7 juta penduduk. Kalau dibandingkan dengan 4.7 juta tu, err… 18% tau. Mokcik cuma bimbang… ramai gak orang kita di sana, belajar dan ada yang cari makan juga, seperti mereka di sini. Bila ada perasaan benci, rakyat kita tak dilindungi. Boleh baca dalam paper. Sedangkan rakyat Indonesia bebas dan tak pernah diganggu atau dicurigai di sini. Biarlah sama2 menjaga hati. Bukan bertepuk sebelah tangan..hehe..

  11. October 4, 2009 at 3:49 pm

    saya mmg benci menyampah meluat kat org indonesia ni lebih2 lagi dgn kes org gaji bangang yg dah amik semua harta mak tu tapi ape leh buat..dah suami kita lak keje kat sana..cari rejeki kat sana plak..sabo jelah..

    • Tie
      October 4, 2009 at 4:46 pm

      Sabor Nrina…. jangan naik darah ! Bahaya tu, ekekeke……

      Pasal maid Nrina tu.. kak tie tak tahu laa.. dah takdir, tak ada rezeki. Kak tie pun naik takut, sebab adik kak tie sedang dlm proses nak ambil maid gak. Bimbang kalau2 menerima nasib yang sama. Kak tie suruh dia pasang cctv, jadi kak tie boleh tengok online kat rumah ni…

      Entahlah kenapa kerajaan kita hanya fikirkan kepentingan maid Indonesia, hak majikan tidak diambil kira. Nrina cubalah ambil orang yang boleh kerja gaji hari.. Ada gak sykt cleaning service tu… tapi kalau bab2 jaga mak tu memang susah..

      Suami Nrina macam mana ? Time gempa 2 ni dia tak nak balik ke ? Kalau kak tie , eloklah dia ambil cuti dulu.. Sebab kemungkinan ada gempa lagi… eh.. kak tie bukan nak takutkan Nrina.. cuma kena berjaga2 laa…

      • October 4, 2009 at 6:01 pm

        saya berserah kat Allah je utk keselamatan suami kat sana..
        sape tak risau huhu..
        harap takde ape yg buruk terjadi..

        • Tie
          October 4, 2009 at 6:04 pm

          Kak tie doa sama2 ya….

  12. October 4, 2009 at 4:25 pm

    Salam tie,

    Tentang permasalahan ini …hmmm…kekadang ada banyak juga perkara yang kita sebenarnya tak faham …. banyak isi tersirat dan tersurat …… Walau apa-apa pun ….kita ambillah jalan yang terbaik….. biarlah kita yang selalu bersangka baik dan buat baik …. tak rugi pun kalau kita buat baik dan jangan harapkan apa-apa balasan.

    • Tie
      October 4, 2009 at 4:53 pm

      Hmm.. dari sejarah lagi, jiran kita tu macam tak sekutu je.. Entahlah…

      Harap2 yang tersirat tu yang baik2 je. Memang kita harus bersangka baik, tetapi kena berpada-pada juga. Biasanya yang terlalu baik dipijak2 dan diambil kesempatan. Bila nak buat baik pun , mesti tengok kiri kanan.. guna akal supaya tidak terperangkap.

      Contohnya, bila drive di jalan yang sunyi, ternampak satu kemalangan… Niat di hati hendak tolong. Tapi, still kena berwaspada….. ada kes kemalangan palsu, orang yang datang membantu kena rompak dan dicederakan. Mudah-mudahan kita terpelihara.

  13. syayassir
    October 4, 2009 at 10:24 pm

    hmm, tengoklah berita malam ni tadi..
    sangat menyakitkan hati..
    orang dah tolong dia masa bencana, itu yang dibalasnya… hmmm…

    • Tie
      October 5, 2009 at 6:48 am

      Sampailah hati, hu hu…

      Suami kak tie yang selama ini cool je, terus naik berang, ekekeke….. Dulu dia kata kat kak tie, sabor… sekarang kak tie pulak yang kata pada dia gitu, hi hi..

  14. October 5, 2009 at 2:33 am

    erk! ada org kena sigung.. bocor ke tulang selangkanya?

    wakakkakak

    • Tie
      October 5, 2009 at 6:50 am

      Eh… maza gi mana ? Kuat benar beraya, ya.. sampai rumah sendiri pun dikunci dengan mangga besor…..

  15. October 5, 2009 at 2:35 am

    bagi maza, tolong tetap tolong, sebba bukan semua org Indon jahat dan bukan semua org Indon baik2 gitew..

    mana2 yg menyusahkan sangat kita, abaikan sahaja..

    tetapi utk menderma kali ini agak keberatan sedikit. Rasanya lebih ringan tangan ini utk bersedekah di masjid sebelah ini dari mangsa di sana.. huhuhu

    entahlah! kanzzz

    • Tie
      October 5, 2009 at 6:53 am

      Tahu laa… kita manusia ada kelemahan dan kelebihan.

      Tapi kan…kan… kalau dah selalu sangat macam ni, kan lagi elok kita tolong yang benar2 memerlukan di negara kita sendiri. Ada ramai lagi yang hidup susah di pendalaman tu… Tiada erti bila kita nak tolong, sedangkan kapalterbang kita nak landing pun dikenakan charge… nak punggah bantuan makanan pun sendiri angkat.

      Saudara kita yang paling dekatlah yang patut kita tolong… nun di dlm hutan tu, kaum2 pribumi yang tersisih….

      • August 31, 2010 at 7:27 pm

        entah mcam mana statemen Tie ni mcm sedap sangat dan kena aje dengan tekak maza…. huhuhu

        MAZA SOKONG!

        • Tie
          September 1, 2010 at 8:38 am

          Err…… nanti Tie upah kopok lekor satu!!😛

  16. ain
    October 5, 2009 at 9:25 am

    tertinggal keteapi rasaya ni!!!hihihi..x tau apa citer di luar sana!!

    • Tie
      October 5, 2009 at 12:19 pm

      Mereka istiharkan perang terhadap kita la Ain…. Semalam keluar berita.

      Kita tak payah nak perang. Angkat kaki balik je… Mereka fikir boleh hidup dengan pertolongan US dan Australia agaknya.. Biarlah.. mereka bahagia. Kak tie tak marah, tak perlu marah2… cuma rasa buang masa berbaik2 dengan orang yang tak tahu menilai harga sebuah persahabatan.

  17. ima
    October 5, 2009 at 11:40 am

    iyelah kak tie, kalau setakat pasal lagu, pasal kain batik, pasal tarian….dia org nak ganyang kita, dah gile agaknya diaorg semua. Nak makan pun merempat ada ati nak ganyang org…dah panas gak ni….

    • Tie
      October 5, 2009 at 12:23 pm

      Tahap pemikiran mereka tak sama dengan kita la Ima. Pemimpin mereka kurang peka. Media mereka tak sensitif.

      Kak tie heran, kenapa media kita (tv dan akhbar) tidak menyiarkan rasa terkilannya rakyat Malaysia. Rata2 kita semua tahu, rakyat Malaysia tentu rasa tidak selesa. Tapi seolah2 tidak dapat bersuara. Takut sangat ke pada Indonesia tu ? Kalau semua orang Indonesia dihantar pulang, adakah negara kita akan lumpuh ?

      Mungkin salah kita juga. Terlalu baik… tak pandai nak berpada-pada.

  18. Kin
    October 6, 2009 at 6:47 pm

    Ye la kak tie. setuju jugak dgn kak tie. saya tak tau sgt perkembangan terkini ‘perang’ malaysia-indon nih. Tp tulah, kita yg terhegeh2. Kalau bab diorang terkena bencana alam tu, secara kemanusiaan memang wajar kita tolong. apa lg kita sbg jiran yg dekat, serumpun pulak tuh. Kalau mmg diorang taknak bantuan kita, takpe la, kita boleh la angkat kaki. Tp kalau bab2 lain, eg macam bab pekerja/pendatang indon, kerajaan kita mmg patut lebih berkeras dan berpendirian lebih tegas dlm menjaga kepentingan rakyat kita. Ni tak, kerajaan kita macam nak jaga sgt pihak sana. dlm masa yg sama, tak hiraukan sgt kepentingan rakyat sendiri.

    • Tie
      October 6, 2009 at 6:52 pm

      Entahlah Kin, Kak tie ada baca, kat mana, ya…tak ingat pulak. Yang mereka asing2kan bekalan dari Malaysia dari negara lain.

      Kata mereka Malaysia kuat judi.. (ada genting higland tu..) Ada masyarakat Indonesia tak nak terima bantuan dari Malaysia, takut tak halal. Tapi yang dari Amerika tu mereka telan gak!

  19. August 28, 2010 at 9:03 pm

    Mmg tak dapat dipaham sikap rakyat negara itu.. Bagai melepas anjing yang kena sepit. dah dilepaskan, mengigit pula.. aiyo

    • Tie
      August 29, 2010 at 8:43 am

      Tu la, kan…. mungkin kita ni tak layak bersahabat dengan mereka.

  20. kutaksempurna
    August 30, 2010 at 3:13 pm

    mama .. sori komen kat sini.. takut ada org perasan.. hihih

    angie nak tanya sbnrnya.. knp bila guna wordpress angie takleh nak komen org yg guna blogspot??

    kat kotak komen tu, pergi kat OPEN ID kan?? lepas tu taip kutaksempurna kan??

    atau mcmana sbnrnya??

    • Tie
      August 30, 2010 at 4:12 pm

      Mama dah balas dalam email. Pergilah check, ya…

  21. July 6, 2013 at 6:43 am

    Hello there! I just want to offer you a huge thumbs up for your great info you have got right here
    on this post. I’ll be coming back to your site for more soon.streetdirectory

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: