Pokok Serai Kayu

Pucuk Serai Kayu ni sedap dibuat ulam dan antara ramuan dalam nasi kerabu. Masa google, dikatakan serai kayu ni adalah daun salam @ bay leaf. Err…….. betul ke ? Kalau betul senanglah kita kutip dan bubuh dalam masakan. Orang kata kalau kita bubuh beberapa helai daun salam ni, masakan kita bertambah sedap. 😆

Serai kayu banyak khasiatnya.Antaranya adalah untuk mengubati penyakit kencing manis, cirit-birit dan darah tinggi. Baru-baru ini abang kita bawa balik buah serai kayu ini (dari rumah mek dia… kita tak ikut balik sebab budak-budak tu sibuk dengan sekolah.)


.

.

.

Buahnya  nampak menarik, kan ? Burung-burung gemar memakannya. Abang kata rasanya manis. Jadi bila time berbuka je, kita terus ngap  sebiji. Rasanya memang manis ………

Tapi,

Tapi,

Kelat sangat-sangat !! Terus melekat kelatnya di langit-langit !!

Aderk !! Tie-pah tertipu rupanya…………………….. :mrgreen:

50 Comments (+add yours?)

  1. Zymazara
    Aug 17, 2010 @ 08:20:45

    Morning Kak Tie……

    Hihihihihii…….t`Tiepu ye !!!!

    Mcm buah ceri merah tu ye……agak2 boleh buat acar buah tak?

    🙂

    Reply

  2. pB
    Aug 17, 2010 @ 09:27:44

    salam

    sedap bau daun pokok nieeeeee

    rindunyo nok kelik Koto Baruuuuuuuuuuuu

    Reply

  3. DrSinga
    Aug 17, 2010 @ 09:38:54

    hehehehe!!!
    kelat tak pe!!!!
    jangan beracunnnnn!!!

    Reply

  4. somuffins
    Aug 17, 2010 @ 09:44:23

    Tie
    I fobia dengan buah ceri selepas tengok kumuhan burung ada bijik2 ceri juga, hehe.

    Tengok pada pokok tu, rasanya I pun ada tanam sebatang dpn rumah. Betul ke boleh buat ubat? atau betul ke pokok tu pokok salam/bay? Jom jual dipasaran gelap, kayo kita Tie, hehe.

    Reply

    • Tie
      Aug 17, 2010 @ 13:36:58

      Aderk !!
      .
      .
      Eh… betul la tu daun salam @ bay leaf. Jom kita pakat keringkan dan jual macam dalam botol spices tu. Teringin gak nak rasa kaya…….. ekekeke………

      Reply

  5. kutaksempurna
    Aug 17, 2010 @ 12:25:13

    seperti biasa,

    .
    .

    angie mmg cetek ilmu dgn pokok2 camni… errr… tggu kawin dgn org kg eh…
    😀

    Reply

    • Tie
      Aug 17, 2010 @ 13:38:35

      Err……

      Betul ke angie nak kahwin dengan orang kampung ?

      Boleh ke menimba air telaga tu ?

      Kang nangis, mama tak tau, ya, ekekeke………..

      Reply

  6. zulkbo
    Aug 17, 2010 @ 13:01:08

    salam ziarah..
    semoga anda selalu
    sihat untuk menjalani
    ibadah di bulan Ramadhan
    Al-Mubarak ini..saya
    tak pernah makan lagi
    daun ni..

    Reply

  7. maza
    Aug 17, 2010 @ 13:36:14

    wakakka.. akhirnya tekena gak ghupernya….

    wah! maza tak tau lah fulaks serai kayu, yg maza tahu serai mcm pokok lalang yg meliang-lentuk tu ler.. huhuhu

    Reply

    • Tie
      Aug 17, 2010 @ 13:40:41

      Maza, serai yang macam lalang pun ada sejenis lagi, iaitu serai wangi. Daunnya boleh direbus dan air rebusan itu dibuat mandi. Baunya wangi tau, nyamuk pun lari….

      Reply

  8. bcp
    Aug 17, 2010 @ 15:44:00

    kak tie,daun salam ya,memang sedap.,buh lam nasi pilau,nasi tomato pun sedappp..tryla..sini daun salam/bay ni dh dikeringkan.

    Reply

    • Tie
      Aug 17, 2010 @ 16:47:05

      Tu laa… kak tie tak pernah cuba lagi. Ingat daun salam tu tak de kat sini, rupanya daun serai kayu, ekekeke…… Orang kata bila keringkan, baunya macam serai.. betul ke ?

      Reply

  9. kuina
    Aug 17, 2010 @ 15:52:15

    oooo kita panggil pucuk salam.. yeahhhh utk wat nasi kerabu…

    errkkkk kemarin mak kita wat.. sedap…

    apasal bila wat sendiri x sedap a…. ngeh3x….

    Reply

    • Tie
      Aug 17, 2010 @ 16:48:11

      Ooo… tak aci la, mak buat ! Mak kita jauh tau… huhu.. sedih ni…

      Aaa..? Buat sendiri tak sedap ?
      Mesti laa.. mak dah expert, kan … ekekekeke……….

      Reply

  10. Azrina3.7
    Aug 17, 2010 @ 20:41:35

    Salam Tie,

    festaim nampak lagi..

    comei2 jer buahnya rupe-rupenya kelat..
    tak sangka lak kat mesia pun ade gak pokok ‘daun bay’ ni yea..
    nama pun spesel .

    Reply

  11. suzi
    Aug 17, 2010 @ 21:47:49

    macam biasa nampak pokok ni tapi sebelum ni tak tahu namanya…ooopokok serai kayu rupanya…
    dpt satu ilmu…

    Reply

    • Tie
      Aug 18, 2010 @ 17:54:38

      Kat ganu ada la Suzi, kak tie snap gambor pokok tu kat rumah kawan di Manir. Yang kat rumak mek kak tie lupa nak snap gambornya.

      Reply

  12. en_me
    Aug 18, 2010 @ 07:05:27

    macam buah cherry kanns.. ehehe

    Reply

  13. Kak Long Mawar Merah
    Aug 19, 2010 @ 05:31:48

    Tie,
    Kalau ‘bay leaf’ tu, memang selalu digunakan untuk pelbagai ‘western food’.
    Tak pernah pula tengok pokok yang asli. Selalu tu, Kak Long beli dalam botol je yang dah dikeringkan tu.
    Harganya boleh tahan…
    Lepas ni bolehlah Tie berniaga daun serai kayu pulak!
    Memang buah tu cantik lah Tie. Nasib baik cuma telan sebiji, kalau berbiji-biji, mahunya seminggu kelat agaknya ya?

    Reply

  14. ROSE PURPLE
    Aug 19, 2010 @ 09:54:11

    pucuk serai kayu ni kutip yang muda hiris nipis buat ulam laksam atau laksa kuah kelate..buah dia bermusim tau..kalau bukan musim takde buah..boleh pakai pucuk aje..kutip banyak2 buh dalam tupperware masukkan gula dgn garam goncang2..biar sekejap..then makan..sedap macam makan buah kerian masa kecil dulu…nnti tanya hubby mcm mana buah kerian colour purple tp sure hubby tak leh figure out bila dgr pronounciation tie dalam bahasa tulisan ni..

    Reply

    • Tie
      Aug 19, 2010 @ 13:13:25

      Ooo ye.. dalam laksa kelate pun ada. Tie lupa, ekekeke….. Haa.. buahnya bermusim, ekk ? Patutlah masa balik kampung dulu tak pernah tengok pun.

      Abg pun kata gaul dengan garam, tapi Tie ni kalau tak de geng tak terliur lak. Lastly Tie sedekah je pada burung2 kat sini, hihihi…

      Err…. pronounciation macam mana tu ? Waaakakaa…..

      Reply

  15. ahbond
    Aug 19, 2010 @ 16:33:03

    Bestnyer cara berlauk nie….nak sikit boleh pos ke?…Indonesia nie…kat sini takder…Buka makan gorengan aje bersama sup buah..hahahaa. Selamat berpose Kak Tie sekeluarga.

    Reply

    • Tie
      Aug 25, 2010 @ 10:47:14

      Sup buah ? Macam mana tu ? Cubalah sekali sekala tepek gambar2 berbuka tu kat blog Zoff… nak gak Kak tie tengok. 😛

      Reply

  16. Mak Su
    Aug 25, 2010 @ 09:51:49

    aiks? lain rupanya dari pokok serai biasa ek… so, ta da batu permatakah?

    Reply

    • Tie
      Aug 25, 2010 @ 10:48:27

      Batu permata ? Err…. Tie tak tahu lak. Tapi, ada gak dengar cerita pasal batu serai ni….

      Nama di serai sebab daunnya bila kering ada bau serai sikit….

      Reply

  17. oktant
    Jan 11, 2011 @ 15:26:17

    Assalamualaikum Puan,

    Saya minta izin untuk menggunakan gambar Pokok Serai Kayu di atas pada blog saya.

    Sekian, terima kasih.

    Reply

  18. Aliyah
    Sep 19, 2011 @ 22:52:11

    tidak dinafikan daun serai kayu sedap dicicah budu, macamana pula rupa pokok ulam ni , jenerih, otak udang,sepanjang adatak member yg tau

    Reply

  19. fazlin
    Feb 28, 2012 @ 21:42:07

    serai kayu,salam,samak adalah pokok yg sama….
    sila tambah/masukkan 3 helai daun ni(yg dah di kering kan) ke dlm masakan anda..
    memang tambah sedap !!! tak perlu dah guna serbuk perasa…

    Reply

  20. emy
    May 03, 2012 @ 09:37:32

    Salam kak…boleh tak saya nak dapatkan daun, bunga dan buah serai kayu ni? saya nak guna utk kajian..puas cari pokok ni..kalau ada pun, pokok die tak berbuah la. mintak tolong sgt kat akak huhu

    Reply

    • Tie
      May 03, 2012 @ 09:50:37

      Salam emy, kalau betul2 nak, sila email kak tie di kaytieze@gmail.com. Kalau kebetulan kak tie balik, mungkin boleh tolong kirimkan, tapi emy kena bayar duit postage (rm6) di masuk dlm acc kak tie (maybank). Kak tie guna pos laju sebab kalau guna cara lain selalunya tak sampai.

      Reply

  21. Maidin Tinggal
    Oct 13, 2012 @ 16:50:02

    Kalau lah pokok serai kayu ini @ bay leaf….orang Italy kalau masak sphagetti membubuhkan sedikit bay leaf untuk mewangikan lagi sos sphagetti mereka…..

    Reply

  22. rubiah
    Apr 24, 2013 @ 17:42:45

    kat selangor ni mana boleh dapat pokok serai kayu ni yer?

    Reply

  23. Abu Sholihin
    Jun 19, 2013 @ 11:15:08

    Rupa daun serai kayu dan daun salam hampir sama pada rupa , warna ada sikit berbeza. Bila dimakan, rasanya sama.

    Reply

  24. fiezza
    Jul 03, 2013 @ 14:36:23

    betul ke ulam ni boleh hentikan pedarahan (pariod)…sbb saya mengalami lebih sebulan datang…. xd effect apa2 kan

    Reply

  25. Rashid Rashid
    Jul 29, 2013 @ 09:24:44

    baru semalam saja buat kerabu pucuk samak ni dengan sardin.makan dengan nasi kosong pun dah sedap

    Reply

  26. afifah
    Aug 08, 2014 @ 12:27:39

    SEKITAR GOMBAK OR KL…. DIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN POKOK NI…. NIK TANAM

    Reply

  27. haqimi
    Oct 01, 2014 @ 09:55:36

    boleh tolong carikan tak daun serai salm nak tanam kat rumah

    Reply

  28. ali
    Oct 01, 2014 @ 20:44:38

    daun serai kayu dengan daun salam berbeza. Kalau sekali imbas memang kelihatan sama. Rumah saya ada pokok serai kayu, pokok salam, pokok ajaib,pokok tenggek burung dan pokok lemak ketam. semua jenis daun buat ulam.

    Reply

  29. hapizah hassan
    Nov 18, 2015 @ 04:27:50

    Saya nak beli pokok nie mana boleh saya dptkan kalau ada djual boleh tolong saya wsap pd no nie 0136149305

    Reply

Leave a reply to somuffins Cancel reply