Home > buah, Pengetahuan, tumbuhan > Jenjalan sambil belajar

Jenjalan sambil belajar

Baiklah anak-anak. Hari ini makcik nak ajak anak-anak ke sebuah ladang di sini. Sila tengok signboard betul-betul ekk!

Ladang ni terkenal dan terbesar di Terengganu. Ada apa ? Meh kita tengok.

.

.

Jauh juga nak sampai. Belok sana belok sini. Kalau kita sorang sudah tentu meraung sebab sesat. Uwaaaaa…………

.

.

Oh ! Dah sampai pun………….  Ini pokok apa , anak-anak ?? Ada kenal tak ??

.

.

Cuba teropong dekat sikit…….

.

.

Haa….. yang ini Tie selak sikit. Boleh nampak kan ? Inilah tembikai batu. Nama glamournya Rock Melon.

.

.

Biasanya modal minima untuk satu lot tanaman rock melon ni dalam RM4000 tapi, kali ini tanaman ni diserang penyakit. Tu yang nampak hangus je. Satu negeri kena penyakit ni. Hanya lot yang kita tunjuk sebelum ni je nampak elok sikit daunnya. Kesian gak, tak balik modal la kali ini.

Inilah rupanya anak pokok rock melon. Mediumnya ialah sabut kelapa yang diproses. Cara penanaman fertigasi di mana air yang sedia disukat dengan baja dititiskan melalui tiub kecil tu. Pokok ni menjalar naik ikut tali tu. Satu pokok hanya boleh hasilkan sebiji buah, hu hu……

.

.

Haa….. yang ini pula tangki air yang dicampur dengan baja yang telah disukat. Air sungai tau. Pakcik tu penat je beri penerangan kat kita, tapi kita ni sepatah haram pun tak faham, ekekeke………… Main angguk je. Kalau tak silap ada 2 jenis baja, ia akan adjust benda tu supaya baja tu disalir dalam kuantiti yang diperlukan… gitu la kot! Waaakakakaa……..

.

.

Yang ini pula timer untuk air tu. Dia akan set pukul berapa , setiap berapa jam, supaya tanaman tu dapat air dan baja secukupnya.  Kita tak boleh tengok benda ni lama-lama. Nanti dapat migrain, aderk !

.

.

Buah ni dijual dalam RM2.50 sekilo. Tak banyak hasil yang dapat. Modal dah hangus. Pakcik tu kata, buah yang muda (putik) boleh dibuat sayur air, kerabu dan lain lain (tak ingat lak… ). Tie suka tengok permukaan kulit rock melon ni. Berselirat jalinan ‘urat’ di seluruh permukaan buah. Kagum sungguh. Orang Jepun sukakan buah ni. Digelar ‘royal fruit’ dan dipackage begitu cantik sekali.

.

.

Inilah rupanya. Warna yang menarik, tapi kurang manis. Buah ni tak berbau harum macam honeydew. Alhamdulillah…….. rezeki juga ni kan…. hihi….

Categories: buah, Pengetahuan, tumbuhan Tags:
  1. July 26, 2010 at 8:00 am

    Salam

    Cikgu Tie, you Rock (melon) bebeh, heheh.
    Timakasih .. tak kesana pun dapat juga pengetahuan; boleh gak bercerita kat anak cucu sambil menggobek sirih🙂

    Mesin yg kalau ditengok lelama boleh dpt migrain tu, diorang guna teknologi dari mana Cikgu Tie?

    • Tie
      July 26, 2010 at 11:49 am

      Teknologi mana ?

      Err……
      Er…….
      Sat !
      Kita nak tanya pakcik rock (melon) tu balik , ekk!

  2. July 26, 2010 at 8:10 am

    siannyerr.. orang len mungkin pakey baja najis khinzir baru x kena penyakit agaknyerr.. uhuhu

    • Tie
      July 26, 2010 at 11:50 am

      Rasanya dia guna baja kimia, Lupa nak tanya😛

  3. zareda
    July 26, 2010 at 8:53 am

    kat Jepun rock melon ni memang mahai..tapi sangat manis dan lembut… Kat sini jarang plak nampak jual kat pasar, kalau supermarket ada kot

    • Tie
      July 26, 2010 at 11:56 am

      Ye laa…

      Kak tie tengok, cantik-cantik dia bungkus rock melon tu. Zar pernah ke sana, ke ?

      Kat sini ada jual di gerai tepi jalan…. sebab kali ni tanaman kurang menjadi. Biasa ada pemborong datang beli.

  4. DrSinga
    July 26, 2010 at 11:04 am

    kita rock head!!!🙂

    • Tie
      July 26, 2010 at 11:57 am

      Oooo…. ye ke ? Nasib baik boleh jadi Dr, hihihi…..

  5. July 26, 2010 at 12:14 pm

    cara fertigasi ni dah terkenal skang kan. Pertanian moden ye?

    • Tie
      July 26, 2010 at 3:28 pm

      Betul tu. Sekarang ni banyak guna cara fertigasi. Tapi kena belajar dulu, ambil kursus sebab ada teknik tertentu. Alat-alatnya lagi nak dibeli.

  6. July 26, 2010 at 1:20 pm

    masa pergi MAHA tahun lepas beli juga sebiji rock melon ni
    masih mahal
    tapi yg tu tanam dlm serkup…hehehe
    segar bugar lah utk pameran

    • Tie
      July 26, 2010 at 3:29 pm

      Ooo….

      Tak tahu pulak buah ni mahal. Tie ni biasanya orang beri, yang kuning tu entah apa nama pun sedap juga.

  7. July 26, 2010 at 9:35 pm

    salam…
    eh Kak Tie…buah tu mcm pumpkin la isinya…subhanaAllah…1st time tgk nie…rasanya mcm ana ek?

    • Tie
      July 26, 2010 at 10:09 pm

      Salam dear, texture macam honeydew tapi baunya kurang. Kurang manis mungkin sebab buahnya belum cukup ranum.😛

  8. July 26, 2010 at 10:30 pm

    berbudi pada bumi.. hasil nya lumayan hehe

    • Tie
      July 27, 2010 at 7:03 am

      Cuma, kali ni tak berapa lumayan…

  9. ima
    July 26, 2010 at 11:00 pm

    salam kak tie…wahhh rajin betul kak tie jenjalan cari ilmu….ima baru pertama kali dengar dan lihat buah ni…nampak cam tak sedap mana…tapi mahal ekk harganya dari tembikai…

    • Tie
      July 27, 2010 at 7:04 am

      Ima, kalau gred baik tu sudah tentu sedap.

  10. July 27, 2010 at 1:15 am

    maza tak biasa makan bendalah tu.. huhuhu

    • Tie
      July 27, 2010 at 7:04 am

      Sama species dengan tembikai….

  11. July 27, 2010 at 9:55 pm

    nama dia rock melon rupenya… baru tau. kat sini ada jual gak kak tie.. cuma kite tak pernah beli sebab tak tau makan. hehhe

    • Tie
      July 27, 2010 at 10:08 pm

      Mahal tak kat sana ? Kalau ada peluang cubala beli. Tak tahulah kat sana manis ke tawar…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: