Home > blog, kehidupan > Baru kutahu

Baru kutahu

Oh….. Tie baru sedar.

Bila tulis kisah-kisah ceria, ramai yang suka datang. Komen dan gurau.

Tapi bila Tie tulis kisah duka, masih lagi datang, bersimpati dan beri nasihat.

Terima kasih. Walaupun tiada niat nak minta simpati.

Bila Tie luahkan rasa sedih, tujuannya nak kurangkan rasa beban. At least ada orang tahu yang Tie dalam kesukaran.

Tapi, Tie perasan, ada yang fikir yang kita ni macam tak redha dan suka mengeluh. Oh…. begitu rupanya.

It’s okay. Setiap orang ada pandangan masing-masing. Mungkin dia tak pernah rasa apa yang Tie lalui sekarang. Tie tak boleh cerita, sebab akan mengaibkan diri sendiri. Itulah yang buat Tie lebih tertekan.

Kekadang, rasa macam menipu diri sendiri. Sengaja buat entri ceria, semata-mata nak buat orang lain gembira…. sedangkan hati ni remuk dan kecewa.

Categories: blog, kehidupan Tags: ,
  1. BCP
    July 27, 2010 at 1:51 pm

    kak tie.itulah manusia.dia dtg membawa seribu perasaan negatif,maka negatifla ulasannya.kak tie.try buat secret blog utk invite certain people yang kak tie percaya utk berkongsi luahan hati.public sgt,bahaya.nanti kena tembak.

    • Tie
      July 27, 2010 at 3:08 pm

      Hehe… datang juga CT ni..

      Tak pe laa… kak tie ada diary online, kak tie privatelah. Tapi kekadang nak gak dapat respond dari kawan-kawan.

      Cuma kita pun sedar, semua orang ada problem tersendiri. Tak semua orang suka baca kisah sedih dan duka.. Kak tie sendiri suka baca kisah ceria, sebab ia boleh membantu positifkan diri.

      Tak apalah ct, catat di sini pun okay. Sebab tiada paksaan untuk orang membaca atau memberi komen. Lainlah blog utama tu, tentu ramai yang rasa kurang selesa… sebab nak komen jadi serba salah…

  2. nur
    July 27, 2010 at 8:33 pm

    salam kak tie
    bukan semua manusia hidup dgn gembira dan duka
    keluhan waktu kesedihan memang sikap manusia
    siapa yang suka bila dilanda kedukaan
    namun kesedihan blh dirawat dgn pelbagai cara dan salah satunya berkongsi dgn Allah dan pada org yg kita syg.

    tapi kalau tak ada yg sudi nak dgr luahan kak tie
    aku ada.. heeeee… beres dong
    luahkan perasaan yg terpendam atau kesedihan tu
    insyaallah akan rasa lega

    baca tip@petua aku jika ingin tenangkan hati
    senyum selalu.. jgn sedih2 ok

    • Tie
      July 27, 2010 at 8:42 pm

      Terima kasih nur…. kak tie hargai nya.

  3. July 28, 2010 at 1:44 am

    Salam Kak Tie,

    Masih rasa serba salah lagi ye Kak Tie.? Tak pe Kak Tie, luahkan apa yg terbuku.Tapi jgn luahkan yang terlalu peribadi.Sy pun kekadang luahkan apa yg terbuku dlm blog sy..ringan skit beban.Kalo dlu time masih bekerja ada gak kenkawan buat berborak.Kalo part yg terlalu peribadi, sy luahkan secara simbolik jer.

    • Tie
      July 28, 2010 at 6:29 pm

      Ya, Dear…

      Salam.

      Kak tie selalu kias-kias je.. tapi kekadang over lak, hehe…

      Sedih la Dear, apa yang kita harapkan jadi sampah je.. amat-amat kecewa.

  4. DrSinga
    July 28, 2010 at 6:24 pm

    elloooooooo…..
    saja melawatttt…๐Ÿ™‚
    sebab kat sini… sejukkk mata memandang….

    • Tie
      July 28, 2010 at 6:30 pm

      Opocot !

      Terkejut kita!

      Theme ni cantik, tapi masalahnya tak boleh nak align entri ni.. sakit hati betul. Nampak buruk sangat tulisan kita.

      • DrSinga
        July 29, 2010 at 10:04 pm

        laaa….
        ok lah tu…๐Ÿ˜›

        • Tie
          July 30, 2010 at 7:26 am

          Ooo… ye ke ?

          Tapi still tak puas hati.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: