Home > Makan > Bila mengidam

Bila mengidam

Err…….. Kenal tak benda ni ?

Biji gandum laa… Puas kita cari keliling Ganu ni tak jumpa. Masa balik Johor hari tu, kita nampak benda ni elok je bersusun tergantung di Carrefour. Alhamdulillah…. cepat-cepat rembat dan sumbat dalam troli, hihihi…

Bila kita googled, rupa-rupanya biji gandum ni adalah  makanan ayam selain dari jagung dan dedak. Ish… sayang pulak. Selain dari tu biji gandum juga adalah antara ramuan sebagai medium untuk pembenihan cendawan. Boleh baca di sini.

Tapi tujuan Tie beli biji gandum ni cuma untuk buat bubur gandum je. Tekak ni dah lama mengidam. Tak perlu tunggu bulan puasa, yek. Hehe….

.

.

.

Hmm……….. Dah siap pun !

Silakan. Silakan. Jangan segan-segan. Jangan berebut-rebut. Tak cukup bubur, daun pandan tu pun boleh dikunyah  sekali , ekekeke………… Yang tak gemar bubur gandum ni, err…… tengok aje la. Jangan dengki tau, hihihi….

Burpp…..! Dah try semangkuk. Petang karang boleh makan lagi.😆

Categories: Makan Tags: ,
  1. July 24, 2010 at 1:40 pm

    salam kak tie…

    kegemaran hubby sy ni… dan dah kahwin barulah sy tahu mkn bubur ni…
    mak sy kalau buat bubur gandum pakai gandum tu bancuh2 dan gentel …

    • Tie
      July 24, 2010 at 10:02 pm

      Salam Suzi,

      Kak tie baru tahu beberapa tahun yang lepas. Suami bawa balik, hehe…

      Bubur gandum yang gentel-gentel tu tak pernah rasa. Sedap ke ?

  2. BCP
    July 24, 2010 at 3:39 pm

    kak tie,tak pernh tgk biji gandum sini.mungkin ada tp tak perasan.tp m cm pernh nmpk biji ni.kwn kita dulu,dia buat sendiri.ambik gandun +air,uli jaidk doh,pastu celup lam bubur.ada tu dia buat mcm suap.mkn dgn sup.pasal maknya org cina.katanya mknan org cina.

    • Tie
      July 24, 2010 at 10:03 pm

      Oooo…. macam cha cha ke ?

      Kalau makan macam sup tu pernah dengar. Dia tarik doh tu macam mee gemuk, pastu rebus dan makan macam mee sup.

  3. July 24, 2010 at 7:55 pm

    dulu ada lah makan sekarang ni dah lama pulak tak makan .. nak juga sikit hehe

    • Tie
      July 24, 2010 at 10:04 pm

      Makanan orang dulu-dulu kot. Nak sikit, mehlah sini, hihi…

  4. July 24, 2010 at 9:00 pm

    lama betul tak makan bubur gandum ni. ish…ish…

    • Tie
      July 24, 2010 at 10:04 pm

      Memang makanan orang dulu kala, hehe…

  5. July 24, 2010 at 10:24 pm

    Salam Akak Tie…..

    Bubur Gandum tu Akak taruk gula Melaka ke??

    Sedapnye…….harumnye…….
    🙂

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:28 pm

      Salam Zyma,

      Memang bubuh sikit gula melaka. Kebetulan ada dalam peti sejuk.

      Sedaplah jugak, puji diri sendiri laa… hehe..

  6. July 24, 2010 at 11:23 pm

    Assalamualaikum k tie😀,

    hehe.. zan tak pernah cuba lagi bubur gandum … tapi tengok kuah bubur tu…. mcm nak cuba jugak…. mmm nyum nyum… tuk saya ada simpan tak…

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:29 pm

      Zan… buat bubur kacang pulak laa… taruh durian, hehe… lama tak makan ni.

  7. BCP
    July 25, 2010 at 12:28 am

    chacha ct tau.dia uli n leperkan sendiri pakai tangan.bukan mcm chacha tu..pergh sedap aaa chacha..hukhukhuk.putih kosong dia buat.

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:32 pm

      CT, kak tie suka gak chaca tu. Tapi itu versi Klate, kan ? Versi orang luar guna keledek, keladi potong dadu.. buat pengat. Jadi warna kuning keledek dan purple keladi tu buatnya menarik. Rasa pun berbeza dalam semangkuk. Kak tie teringin nak buat tapi belum jumpa keladi lagi.

  8. July 25, 2010 at 5:05 am

    Salam Kak Tie,
    Bubur gandum gini ke? esh, tak pernah tau pulak. hihihi… ingatkan guna tepung gandum buat bubur🙂 nampak cam bubur kacang tu, mesti la sedap… nak pegi cari biji gandum gak la…

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:33 pm

      Salam Ijan,

      biji gandum tu kena rebus biar betul-betul lembut. Kalau tak macam barli je… tapi apa-apa pun sedap gak.

  9. July 25, 2010 at 11:08 am

    Bulan puasa nanti…..bermacam resepi pengat dan bubur warisan pasti akan keluar balik…😛

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:34 pm

      Bila bulan puasa ni, tekak pun mengada-ngada, kan…😛

  10. July 25, 2010 at 11:24 am

    saya kurang kalau bubur gandum… hari tu cik abg blk dari algeria dia bawa setangkai buah gandum…. dah kering simpan utk kenangan..:p

    jgn silap gandum dgn barli…

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:35 pm

      Ooo… Tie hampir keliru antara gandum dan barli ni.

      Barli sedap dibuat air… lama tak buat..😛

  11. zareda
    July 25, 2010 at 12:13 pm

    bubur gandum versi zar adalah tepung gamdum dibancuh dan digunting gunting… buat bubur.. tapi sekarang teringin nak makan bubur biji nangka ler pulak…

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:36 pm

      Haha…

      Butir biji nangka ? Di kelantan, time puasa ni banyak dijual. Macam-macam pengat. Tie suka juga butir nangka ni. Ajaklah cik Ika tolong gentel. Sorang 5-7 biji pun dah cukup!

  12. cpj
    July 25, 2010 at 12:25 pm

    salam kak tie…cpj amat bersimpati atas apa yang kak tie hadapi, datang baca entri yang cpj tulis untuk kes spt kak tie, maaf atas segalanya.

    • Tie
      July 25, 2010 at 12:38 pm

      Salam Cikgu,

      Macam itu laa… kalau orang tak faham akan anggap kak tie tak redha.. Tapi kan.. kalau berada di tempat kak tie, kekadang tak dapat nak kawal rasa marah. Tak tahu pun nak marah siapa. Marah kan diri sendiri kot.

  13. July 25, 2010 at 4:47 pm

    aslmlkmtie..tenguk bubur dalam mangkuk tu terliur makcik. tak pernah makan,tentu sedap gamaknya.

    • Tie
      July 26, 2010 at 6:10 am

      W’salam,

      Bubur apa-apa pun sedap makcik yam…😛

  14. July 26, 2010 at 12:35 pm

    mengidam jugak nih kak tie,….kena gi tunas manja cari biji gandumlah pulak. nampak sodaplah…

    • Tie
      July 26, 2010 at 3:26 pm

      Haha….. Pergi la cari. Kalau takde, cari kacang ijau, boleh juga buat bubur, hihi..

  15. July 27, 2010 at 2:41 pm

    nie mesti terpengaruh dgn bubur pulut hitam sy tu….

    • Tie
      July 27, 2010 at 3:05 pm

      Uwaaaa……..

      Tau pun !!

  16. ROSE PURPLE
    July 30, 2010 at 9:43 am

    Belum pernah rasa bubur gandum..camana nak buat..kena rendam dulu ke? Tolong..tolong bagi resepi dah terliur ni…

    • Tie
      July 30, 2010 at 9:46 am

      Kena rendam dulu. Cuba klik kat kayteeze’s kitchen di tepi tu… Blog masak-masak Tie. Kalau tak de gandum, buat je guna tepung gandum yang digentel-gentel….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: