Home > Adat dan budaya, Makan > Pembuka Selera

Pembuka Selera

Sembang sekejap dengan Jie tempoh hari, lalu terbukalah satu cerita… Kisah durian laa, hihii…. Memang sekarang ni musim durian, dan di hulu ganu ni pun ada la berlambak-lambak tu. Durian kampung ni isinya biasa je, tapi okaylah jugak.

Suami Tie dan keluarganya  peminat durian tegar. Selain dari makan dengan pulut bersama santan dan nisan (gula melaka), mereka juga makan dengan budu. Bila sebut makan dengan budu ni, Jie terkejut dengor, waakakaa…..

Macam ni la , Tie tunjuk di bawah tu…

.

.

.

Biasa bubuh tempoyak dalam budu tapi belum sempat nak buat lagi. Tie bubuh seulas je durian tu walaupun sebenornya tak cukup pun. Nanti dia tambah lagi. Digaulnya durian tu, makanlah dengan ulam-ulam tu. Bila tanya , ” Tak masin ke ?” Dijawabnya, ” Sedap ! Meh la rasa !” Kalau ada timun cina (tembikai), dicicahnya dengan budu jugak!!

Hi hi…. Tie boleh sediakan apa-apa yang suami nak makan, tapi belum terbuka pintu hati pun nak rasa….. tekak masih tak boleh terima. Namun, rasa bersyukur sangat. Suami Tie ni makannya teramatlah simple . Kalau ada budu gini dengan ikan goreng (atau ikan bakar tawar) pun dah cukup. Senang nak kaya, kan ? Waakakaakaa………. Tapi, taklah hari-hari begini. Nanti anak-anak Tie tu besar kepala dari badan , ekekekeke…………

Memang keluarga suami begitu. Tak banyak kerenah bab makan ni.  Tak macam keluarga Tie ni yang tekak masing-masing (termasuk tukang masak ni) ngada-ngada, nak makan sedap je.😆

.

.

Oh , ya… kebetulan dalam musim durian ni, selain dari petai, jering pun dah mula muncul. Tie tak makan jering, tapi biasalah suami asal kampung memang suka betul. Dulu sebelum kahwin nak kopek jering pun tak tahu, sebab tak pernah jumpa. Tapi, sekarang ni dah expert laa…. Siapa yang ajar ? Siapa lagi, abang kita laa, hahaha……..

Categories: Adat dan budaya, Makan Tags: ,
  1. zue
    July 23, 2010 at 9:26 am

    salam tie..bila brkahwin dgn org yg bukan 1 negeri mmg byk yg kita telah pelajarikan..mcm zue juga..org johor mana ada mkn tempoyak dan budu….tapi dah kita brkahwin dgn nya nak x nak trpaksa belajar mkn.
    petai dan jering pun zue pndai mkn.

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:01 pm

      Ooo… ye ke ?

      Tie ni makan memilih gak. Kalau rasa terliur, Tie cuba rasa. Tapi setakat ini belum tergerak hati nak makan budu, walaupun selalu kena tipu sebab dalam nasi kerabu ada budu gak, hihi..

  2. July 23, 2010 at 10:09 am

    durian dengan pulut memang sedap tapi dengan budu tak pernah makan pulak.

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:02 pm

      Kak tie boleh makan pulut dengan durian, biasa la, macam serawa cuma santan mentah.

  3. July 23, 2010 at 11:10 am

    dukacita dimaklumkan sy x makan durian termasuk bahan2 yg sewaktu dgnnya… yg diuli 2 digaul bersamanya @ bahan2 yg ada bau D.U.R.I.A.N.

    entah lah…

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:02 pm

      Alaaa……

      Rugilah Kuina tak makan durian, ekekeke……..

  4. July 23, 2010 at 11:43 am

    Tie
    I nih boleh tahan adventurous dengan makanan tapi ada gak mende2nya yang I tolak, hehe. Tolak setelah dicuba tapi memang tak dapat kelazatannya eg tapai.

    I biasa dengan jering (tapi I bukan tangkai jering k?) sebab rumah JB dulu ada satu batang pokok jering namun jering bukan salah satu fevret ulam2an.

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:06 pm

      Tak suka tapai ? Tie suka tapai ubi, tapi tapai pulut (first time rasa bila mentua buat) kurang sikit, sebab banyak sangat gas. Hampir padam nyawa sebab tersedak!

      Tie cuba makan jering dulu, tapi macam tak suka je… macam je…ehehehe….

      Pokok jering kat JB ? Eh…. pokok tu besor kan ?

  5. July 23, 2010 at 12:55 pm

    salam kak tie.

    ye sambal tempoyak memang sedap. dulu masa duduk kat Serdang selalu makan (beli kat kedai) rasa tak sah kalau tak de. tapi bila dah balik dok kampung kat muar ni susah dah nak jumpa

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:07 pm

      Salam dek,

      Eh…. boleh buat sendiri la tempoyak tu. Senang je. Ambil lada kecik segenggam dan garam kasar.

      Tumbuk sampai lumat. Pastu gaulkan dengan isi durian tu. Simpan dalam bekas, tutup rapat, dan sumbat dalam peti ais… Bila nak makan ambil je la sikit. Kak tie biasa buat untuk suami. Kalau yang dah siap tu RM2 satu bekas kecik. Mahal laa….

  6. July 23, 2010 at 2:12 pm

    ‘kaya budaya’ ye kalau kawin orang jauh… kita kawin orang dekat, makan benda yang sama, cakap benda yang sama🙂

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:10 pm

      Sama-sama dapat faedah gak. Mentua dah pandai makan asam pedas dan rendang, sementara mak dapatlah merasa percik dan gulai kerutuk. Tapi yang masak, kita jugak, hihihi…..

  7. zareda
    July 23, 2010 at 4:51 pm

    zar ni suka explore bab makan.. apa aje mesti zar bedal.. sedap makan banyak tak sedap makan sikit, tak boleh makan diam aje.. Tapi ada juga 2-3 benda macam jering, kerdas.. ayooo.. memang tak bleh masuk.. cik hubby pun sama.. semua dia bedal.. senang kan.. tapi kak tie, budu dengan durian tu emmang bes sebenarnya.. ehhehe

    • Tie
      July 23, 2010 at 5:12 pm

      Baguslah Zar, tak cerewet. Tie suka, senang nak ajak makan, hehehe….

      Ooo… bab kerdas tu, Tie pun tak boleh terima. Baunya kuat sangat.

      Durian ngan budu sedap, ek? Patutlah anak bongsu Tie tu berselera makan bila ada durian. Dia siap ambil budu sendiri sepiring untuk makan sorang, ha ha….

  8. July 23, 2010 at 5:39 pm

    kat rumah kita kan kak tie…mmg dah biasa makan budu ngan tempoyak…dr kita kecik2 lagik….maklum ler mak kita kan org dungun ganu…dah biasa ngan budu😉 tp idak ler letak durian sebijik tu…kekekekekeke…mmg masuk tempoyak dalam sesudu besor tu… pastu perah asam limau & letak cili padi bebanyak…confirmmmmmmmmmm nasi tambah 3x…hahahahahahahaaha

    • Tie
      July 24, 2010 at 8:08 am

      Fiza, Eh…. kak tie tak perasanlah Fiza ni asal Ganu, hihihi…..

      Haha…. kak tie tak buat lagi tempoyak ni, sebab tu bubuh durian je. gaul-gaul dengan lada dan limau tu menjadilah jugak! Janji abang tak complain, ekekeke….

  9. cpj
    July 23, 2010 at 7:09 pm

    resepi yang pelik, tetapi apa salahnya mencuba…

    • Tie
      July 24, 2010 at 8:08 am

      Cubalah cikgu, mana tahu tersangkut !😆

  10. July 23, 2010 at 7:34 pm

    Tie, memang terkejut bila tie ckp derang makan durian dgn budu

    aishhh…tak terfikir langsung….entah…adoiii..mcm mana rasa lalu masuk perut

    budu saja pun mcm2 yg berbayang, lagi2 dgn durian

    • Tie
      July 24, 2010 at 8:09 am

      Jie, tekak kita ni boleh makan sambal belacan jer…..:mrgreen:

  11. July 24, 2010 at 12:00 am

    aderkkkkk!!!

    sedapnyaaa…
    mau cuba sehhhhh

    huhuhuu

    • Tie
      July 24, 2010 at 8:09 am

      Maza, kalau ada penyakit 3 in 1 tu , toksah laa….. bahaya nanti.

  12. ROSE PURPLE
    July 29, 2010 at 6:57 pm

    Dah lama tak jenguk Tie…teringin pulak nak komen pasal durian ni..Rose sebelum kawin tak makan durian..bau jer terus migrain..lepas kawin hubby kurung dalam bilik dgn seguni durian..sebab dia takde geng nak lawan makan durian..sekarang hubby mesti menyesal dah kena kongsi dengan Rose..pulak tu memilih..durian longgok tak makan..nak D24 atau yg timbang kilo jer..tapi sampai hari ni boleh makan durian sahaja..makanan yang dimasukkan durian mcm bubur kacang atau budu letak durian atau sewaktu dengannya masih tak boleh telan..tempoyak pun sama..teringin nak merasai lazat atau nikmatnyer makan petai jering dan kerdas macam orang duk cakap tapi dah cuba kunyah cuma tak boleh telan..kesimpulannya tak payah la..banyak lagi ulam yang Rose boleh telan..

    Rose suka masakan Johor..Melaka dan Negeri 9..tapi sebagai orghe Kelate jati..kita tetapi terror masak dan suka makan makanan kelate cuma kita improvise kan mengikut citarasa sendiri..Nasi dagang, laksam, nasi kerabu, lompat tikam…my favourite…sedapnyer srupppp…

    • Tie
      July 29, 2010 at 7:04 pm

      Oh.. Rose, lama tak dengar cerita. Sibuk ekk ?

      Ada juga orang kelantan tak suka durian.. Sampai kena kurung bersama durian, haha…

      Hubby Tie ni mahir betul tang durian. Penah makan ‘kucing tidur’ tak ? Atau yang isinya oren ? Tie suka yang biasa-biasa je. Kalau yang isi tebal tu jadi muak lak.

      Pasal tempoyak tu Tie tak makan, sebab mak tak ajar dari kecik. Selalunya makan gitu atau buat serawa atau bubuh dalam bubur kacang. Tapi ada gak orang buat jemput-jemput, bersama pisang. Rasa sedap juga, Tie pernah buat dulu.

      Tentang masakan ni, Tie tak cerewet. Suka cuba yang baru, cuma spaggeti tu Tie susah sikit nak telan. Tapi masakan kampung ni kebanyakannya Tie makan dengan penuh selera, terutama bila orang lain yang masak!!

      • ROSE PURPLE
        July 30, 2010 at 9:28 am

        Betul Tie..Rose sebok siket skrg…tapi tetap jenguk Kayteeze cume tak sempat nak komen…

        bab kucing tido tu selalu buat Rose konfius..kucing tido ni ialah ulas yang single dalam satu petak kan..bukan name of a durian cam D24 kan…tlg betulkan kalau salah..

        Durian isi tebal muak tapi kalau fresh and masak betul, manis…puashati makan seulas pun..Rose suka durian yang rasanya cam pahit2 siket..kat Kelantan ada orang panggil “durian daun” isi nye nipis, pahit2 siket..buahnyer hijau terang and duri kecik dan runcing..wahhhh….kita dah terror pasal durian ni..ada nama lain tapi Rose lupa plak..mlm tadi buat cekodok durian tapi seperti biasa Rose tak rasa satu pun…tak boleh makan..tak tau kenapa.

        Tie cuba improvise kan sos spaggeti to Malaysian taste..gerenti Tie suka..tapi jangan buh gula lansung..Tie blendkan cili merah fresh dengan carrot..then masukkan dalam sos..masak api pelan jer…selamat mencuba…

        • Tie
          July 30, 2010 at 9:45 am

          Tak pe la sibuk sikit, asal senantiasa sihat dan bahagia.😛

          Tie makan kucing tido tu masa tinggal di Keluang, Johor. Hubby Tie memang pandai juga tang durian ni, boleh kamcing dengan rose laa.. Kali ni durian mentua (sepokok tu je, hihi) tak menjadi. Eh… ke kena makan tupai.. gitulah agaknya.

          Durian pahit ? Oo… hubby Tie suka. Tie cuma suka yang manis-manis tu. Yang keras (hubby kata isi ayam) Tie tolak awal-awal lagi. Atau bubuh dalam bubur kacang atau serawa je.

          Pasal spaggeti tu, ada satu je yang Tie suka. Laksa Johor ! Laksa Johor guna spaggeti, bukannya laksa beras biasa tu, hehehehe……

        • ROSE PURPLE
          August 5, 2010 at 11:36 am

          Rose suke laksa Johor tapi masak tak pernah rasa cam org Johor buat…kesimpulannya tak payah masak..beli jer..kat KL ni berlambak kedai makan Muar…

        • Tie
          August 5, 2010 at 2:47 pm

          Beli aje senang, lagi pun nak makan sorang je kan.. Tie kat sini kena balik rumah mak baru boleh makan. Kalau nak buat sendiri, buat penat je… Makan tak seberapa, sebab tak ramai di rumah ni.

  13. marc
    January 29, 2011 at 5:45 pm

    saya kalau nak makan budu, kena tumis dulu, tambah serai sekali. sedap. mak saya kat kg yg ajar, isteri saya pun dah tahu buat.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: