Home > haiwan, kehidupan > Lembu punya cerita

Lembu punya cerita

Entri ini khas untuk penternak lembu kecil-kecilan.

Tie berhasrat untuk menghabiskan sisa hidup di kampung. Kampung suami, kampung kita juga, hehe..  Kami pun dah bina sebuah rumah kecik tepi sawah di Kampung Alor Hijau, Selising ni . Tanah belakang agak luas, bolehlah bela segala haiwan ternakan jika mampu.

Cuma yang tidak seronok bila ada seorang dua pakcik dan makcik ni yang buat part-time bela lembu. Biasanya lembu mereka 2-5 ekor je. Tiap pagi mereka akan  ‘hantar’ lembu-lembu tu ke ‘padang ragut’ yang dah tentunya tanah milik orang (kalau minta izin tu tak mengapalah). Ada yang ditambat, tapi ada yang lepaskan begitu sahaja.

Almaklumlah lembu-lembu tu punya kaki, sudah tentu merayap dan merayau sampai habis gondol tanaman orang terutama padi tu. Pokok bunga, anak pokok pisang dan ubi pun diragutnya. Ish… yang geramnya empunya lembu ni buat tak tahu je. Dan bila petang mereka akan datang ambil lembu-lembu mereka dibawa pulang kekenyangan.

Amboi, senangnya bela lembu! Tu hasil lembu bagaimana nak kira ? Boleh ke hasil jualan lembu tu untuk makan, korban atau tunaikan haji atau umrah ? Setahu kita, apa yang lembu kita makan tu mestilah halal (macam anak-anak kita juga), supaya hasilnya boleh kita nikmati. Kalau tuanpunya tanaman (padi, pokok bunga , pokok pisang Tie tu… ect..) tidak suka atau tidak tahu , apa yang berlaku, tentu hasil jualan lembu itu tidak diberkati, kan ?

Tapi, tapi………….

Ada juga seorang dua penternak part-time ni begitu cermat. Datang minta izin untuk mencerut rumput di belakang rumah kami. Alhamdulillah… besar tapak tangan nyiru kami tadahkan,ekekeke……….. Datanglah hari-hari. Tie suka. Ish, napalah lembu tak makan lalang, ekk?

Memang suka bila ada orang datang mencerut rumput tu. Aaaaaa? Apa itu mencerut ?

Mencerut ialah memotong rumput dan mengikatnya lalu disusun dalam rangka kayu yang dibuat khas.  Tak pun sumbat dalam guni je. Lepas tu senanglah pakcik ni angkut. Ooo… lupa lak nak ambil gambor hari tu. Abang dah suruh, tapi kita malas nak lari masuk ambil kamera…. Kan dah nyesal!

Biasanya orang-orang tua buat gini. Mereka akan pilih rumput-rumput terbaik (bukan lalang, ya..) Rumput-rumput ini lah akan diberi kepada lembu-lembu mereka. Tapi orang sekarang ni agak malas. Nak senang dan nak untung cepat. Biasa mereka tinggalkan aje lembu-lembu mereka di tanah orang.

Kekadang orang tak dapat menahan kemarahan. Ada yang sengaja bubuh racun atau curah asid (cuka getah) pada lembu tu. Memang kejam, sebab lembu tu manalah ada akal. Yang bersalah empunya lembu tu laa…

Tu yang kami terpaksa buat pagar di sekeliling tanah kami (semput rasa sebab harga barang sekarang mecekik darah!). Kalau tak memang tak naiklah pokok pisang dan nenas tu. Lembu memang suka makan pucuk-pucuk pokok. Pucuk pokok pinang pun habis ditrimnya… Adoi laa…

.

.

Err……. apa tujuan Tie tulis kisah lembu ni, ekk ? Ooo…. mungkin kalian boleh sampaikan kepada saudara atau sesiapa yang bela lembu part-time ni. Supaya berhati-hati sikit. Tak ada faedahnya kalau lembu-lembu tu makan tanaman orang tanpa diredhai tuannya, kan….. Nak makan dagingnya sendiri pun rasa was-was.  Betul tak ??

.

.

~ Oh ya. Dengar cerita ada lembu-lembu di Jepun diberi khidmat urut dan  minum arak (sake). Ia dikenali sebagai ‘Kobe Meat’ yang merupakan daging paling mahal , hati-hatilah takut terbeli kobe meat tu. Atau mana tahu tuhan bagi rezeki lebih, lalu mampu makan  steak mahal .:mrgreen:

.

.

Edit – 22 julai 1.10pm

Lagu khas buat KuJie…..hihi…

Categories: haiwan, kehidupan Tags: ,
  1. July 21, 2010 at 7:05 pm

    stujus dgn tie, kita kalu bela binatang, hati2 jgn lepaskan makan dan berak bersepah2, nanti kita makan, jadi darah daging kita. kalau kita jual – jadi juga darah daging kita kelak…

    take care. meh buat kobe meat sendiri, kasik lembu tu gi spa🙂

    • Tie
      July 21, 2010 at 8:09 pm

      Itu laa…

      Esok-esok bila bela ayam kat belakang rumah tu kena buat pagar tinggi, takut terbang makan padi orang, kena cari tuannya pulak minta halalkan, huhu…

      Err… kalau kita beri lembu air 100++, ok tak ?😆

  2. July 21, 2010 at 9:08 pm

    salam tie..betul tie ada yg bela bonatang tapi dilepas je..dikawasan makcik hanya kambing n ayam je..mujurnya kambing tak masuk pagar hanya ayam je..tu pun sakit hati juga bila diberaknya diatas tiles dikawaasn rumah..bersabar ke lah.

    • Tie
      July 22, 2010 at 9:44 am

      Salam makcik Yam…

      Kambing boleh panjat, kan… pokok puding naik togel dia makan, hehe…

      Bab ayam tu memang leceh laa… nak halau pun tak larat.

  3. July 21, 2010 at 11:11 pm

    hehehe…

    apa2 hal pun lembu yg dibiar lepas dan tidak ditambat tidak boleh dibuat korban dan aqiqah!

    jadinya mcm tak sempurna bersih ler kaedahnya..
    kan tak syok tu.. huhuhu

    bab lembu yg dibiar lepas dgn zakat haiwan pula maza sudah lupa..
    kalau ada kengkawan tahu, boleh ler syer2 ya…

    • Tie
      July 22, 2010 at 9:49 am

      Tu yang kena berhati-hati nak beli lembu untuk korban dan aqiqah. Kena kenal tuannya, supaya kita boleh nilai sendiri.

      Di kampung suami ni memang tiap hari ada ceramah agama (orang ngajar) di surau. Tapi tak de pun ngajar tentang benda2 praktikal gini. Asyik ajar benda2 orang yang dah tahu.

      • July 23, 2010 at 12:52 am

        agaknya dia ngajar takat tok guru tahu ajelah kot.. huhuhu

        maafkan ajelah..
        agaknya sekali sekala kena bawa penceramah dari luar kot.. heheheh

        • Tie
          July 23, 2010 at 8:33 am

          Kami boleh maafkan dan halalkan. Cuma orang lain tu belum tentu, sebab bila hasil banyak yang rosak, jadi perbalahan pulak.

  4. July 21, 2010 at 11:16 pm

    bela lembu kat kampung kakpah,rugi. sebab asek kena curi. hati2 gak kalau beli daging lembu yang dijual di tepi jalan. belum sahih lembu sendiri atau lembu curi…

    • Tie
      July 22, 2010 at 9:52 am

      Ye la kakpah. Kat sana pun ada kecurian lembu ni. Lepas tu senang-senang jual daging tepi jalan. Sebab tu abang kita biasa beli dengan orang yang dia kenal . Itu pun dia tanya lembu siapa.

  5. BCP
    July 22, 2010 at 3:51 am

    ingt mencarut tadi.kekekekekek…dh lama tak dgr word mencerut.kekeke…klassik sungguh ni. kak tie,seidh jah lembu tu..bakpo?

    • Tie
      July 22, 2010 at 9:52 am

      Hehehe……

      Lembu tu pemalu, hihi…

  6. July 22, 2010 at 8:43 am

    klu bole main lepas2 je lembu tu, angie pun bole bela lembu… rasanya laaaaaaaaa…😀

    mencerut tu dah macam menjerut bunyinya.. duk terbayangkan mama duk menjerut leher lembu.. ihihihi

    • Tie
      July 22, 2010 at 9:54 am

      haha….

      Takkanlah mama sanggup nak jerut leher lembu.

      Nak pegang tali lembu pun mama takut.

      Masa nak akad beli lembu dulu (untuk korban), mama pegang tali ujung-ujung je, ekekeke……….

  7. July 22, 2010 at 10:35 am

    lagi satu tak ikat lepas tu lembunya dondang sayang kat tengah jalan… tak pasal² orang nak elak, eksiden, mati (orangnya)… haishh

    • Tie
      July 22, 2010 at 12:36 pm

      Haha…. kat jalan di Telemong ni, siap buat mesyuarat tengah jalan, sambil melepaskan bom-bom lembik.

      Kekadang boleh elak, tapi bila dah penuh atas jalan, terpaksa pejam mata dan redah je, hihi… balik rumah, drebar membebel sorang-sorang basuh kereta !

  8. July 22, 2010 at 11:53 am

    Tie..kat kampung kita banyak tuan lembu macam tu,
    bela …lepas.. gondol habis anak pisang org yg nak tumbuh
    tak boleh tanam apa satu

    lepas tu..tuan lembu jual lembu dia p Mekah, naik Haji dgn gilang gemilangnya

    erk….ada kaitan , kan..hehehe

    • Tie
      July 22, 2010 at 1:07 pm

      Tu laa…

      Tanah Tie kat sawah padi tu pun kena buat pagar. Kalau tak memang tak de hasil pun. Kita nak tegur tuannya baya-baya ayah kita. Rasa segan pulak.

      Ada lagu pasal lembu ni, dialek kelantan…. nanti Tie bubuh kat atas ni, ekk.

  9. July 22, 2010 at 12:39 pm

    kat sini pun ada org bela India bela lembu lepas merata2, bahayakan pengguna jlnraya sebab lembu ni sesuka hati melintas.

    • Tie
      July 22, 2010 at 1:18 pm

      Bahaya tu …. dah banyak kali orang kemalangan kerana lembu ni. Patutnya lembu tu ditambat dengan tuannya sekali, hihi…

  10. July 22, 2010 at 1:23 pm

    tie, sy bela lembu kat FV, x payh pagar, x payah bg makan.. ckup time harvest… wakakaka..

    ceq majuk dgn blog…

    • Tie
      July 22, 2010 at 3:47 pm

      Waakakaaa…….]

      Apa kena dengan blog Kuina tu ? Bukak blog baru laa… hihi…

      Bela lembu kat FV tu memang senang. Tiap hari pungut hasil.

      Tie terpaksa give-up FV tu sebab pc tie ni remnya kecik. Tak cukup memory… asyik sangkut je…

  11. July 23, 2010 at 8:16 am

    Salam kak tie..

    ooo..baru tahu cerita lembu begini..kampung saya kat sabah dan kampung2 dekat tidak bela lembu tu yang tak tahu

    • Tie
      July 23, 2010 at 8:34 am

      Di sini macam tu la Sakinah. Orang suka ambil mudah je. Orang bela kambing pun gitu juga.

  12. July 11, 2013 at 4:05 pm

    Thank you for the auspicious writeup. It in fact was a amusement account
    it. Look advanced to far added agreeable from you! However, how can
    we communicate?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: