Home > Bincang, Pengetahuan > Alkohol dalam minyak wangi

Alkohol dalam minyak wangi

Sebenarnya dah lama terfikir tentang ini. Baru buka satu link yang menjelaskannya. Ish ish ish….. rupanya makcik ni dah lama ketinggalan , hihi…

Q: Apa hukum minyak wangi yang ada alkohol? Sahkah solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol?

A: Pertama, saya ingin jelaskan bahawa alkohol bukanlah najis. Oleh itu minyak wangi yang ada alkohol tidak najis dan solat menggunakan minyak wangi yang ada alkohol juga adalah sah.

Persoalan alkohol berpunca dari kekeliruan tentang arak kerana dalam arak ada alkohol. Malah istilah alkohol juga digunakan untuk arak sehingga difaham bahawa arak itu alkohol dan alkohol itu arak (alkoholik adalah merujuk pada orang yang ketagihan arak). Maka orang menghukum alkohol sama seperti arak – najis dan haram.

Sebenarnya tidak begitu. Alkohol hanyalah salah satu dari bahan yang terkandung dalam arak. Bahan2 lain adalah air, gula dsb.. Jika diasingkan air yang terdapat dalam arak itu (dengan proses penyulingan atau proses lain), sudah tentu ia (air tersebut) suci dan tidak najis. Begitu juga dengan gula, alkohol yang terdapat dalam arak itu.

Yang haram dan najis adalah arak. Yang mudarat adalah arak. Yang memabukkan adalah arak berpandukan hadith Nabi s.a.w yang bermaksud “Tiap yang memabukkan adalah arak (khamar) dan tiap arak adalah haram”. Jika arak terkena pada pakaian maka pakaian itu najis dan solat dengannya tidak sah.

Link dari

http://drbadrulamin.blogspot.com/2009/07/hukum-minyak-wangi-ber-alkohol.html

.

.

Tapi kan… kenapa pula sekarang ni banyak product-product non-alcohol perfume di pasaran. Untuk apa ?Β  Sedangkan perfume yang ada alkohol masih boleh digunakan dalam solat.

Hanya minyak wangi yang mengandungi bahan-bahan dari haiwan yang diharamkan sahaja dilarang. Biasanya minyak wangi jenis mahal guna lard (lemak babi) dalam proses pengeskraktan tu, aderk!

.

.

Err…… kalau Tie silap faham tentang ini, sila perbetulkan, ya.

Categories: Bincang, Pengetahuan Tags: ,
  1. July 17, 2010 at 8:55 pm

    k tie.. hari itu kwn suami zan bg 2 dari luar negara.. takut nak pakai tapi zan confirm dgn kakak jiran … katanya, kita tak makan … jadi boleh dibawa solat … nak jelaskan cara terperinci mmg susah d perjelaskan, tp zan pakai juga sikit…

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:29 am

      Hmm…

      Kalau Zan yakin dengan kesuciannya, tak apa kan…πŸ˜›

  2. July 17, 2010 at 9:31 pm

    salam tie..terima kasih berkongsi maklumat..ramai orang keliru tentang hal ni..kakyam memang tak suka perfume..pening kepala kalau memakainya..tak boleh dekat dgn orang yg pakai perfume yg keras baunya..hehe..

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:31 am

      Oh…

      Memang keliru.

      Tie dulu tak suka perfume, tapi kalau yang lembut baunya seperti shampoo baby atau fruity smell tu, suka sangat. Boleh buat kita jadi teransang untuk ceria.

  3. July 17, 2010 at 9:33 pm

    tie, kakpah tak pakai perfume hehe..

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:31 am

      Ha….

      Senanglah Kakpah. Tak payah fikir lagi, hihi…

  4. July 17, 2010 at 9:47 pm

    Salam Kak Tie…..

    Byk produk2 yg ada dlm pasaran sgt mengelirulan kita. Yg HALAL d`katakan HARAM.
    Yg HARAM d`katakan HALAL.

    Hmmmmm…..
    πŸ™‚

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:32 am

      Err…. kesian kita sebagai pengguna, kan ?:mrgreen:

  5. July 17, 2010 at 10:27 pm

    Salam. OMG, dah lama tak jengah, terkejut tgk dasyat sudah blog tuan rumah ni. Intensive renovation nih. Tahniah. Kembali pada posting di atas. ianya satu isu yg baik utk diketengahkan sbb mmg kita kerap terkeliru dlm hal nih. Even ustaz yg saya tanya cakap SAH sembahyang tp dia kata janganlah spray kat badan sebelum sembahyang. Apa lah maknanya tu????

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:34 am

      Ooo…. dasat, ek ?

      Hihi… mekasihlah atas compliment tuπŸ˜†

      .
      .
      Err.. ustaz tu buat confuse je. Kalau tak pasti lebih baik diam je kan….

  6. nahmy
    July 17, 2010 at 10:42 pm

    salam.. susah nak cakap gak tu. kena tanya mereka yg benar2 arif. saya ada terbaca mengenai kekhilafan ulamak berkenaan alkohol dlm minyak wangi tu. masing2 ada nas dan dalil masing2…

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:37 am

      Tie rasa, mereka takut nak buat keputusan. Macam kes yoga tu. Orang yang telah menjadikan yoga sebagai cara hidup mereka akan memberontak kerana tidak mahu menerima kenyataan.. atau malu kot.

      Banyak perkara halal haram yang belum diwartakan secara serius. Kita yang cetek dalam pengetahuan agama naik risau lak.

  7. July 18, 2010 at 6:18 am

    mengenai perfume nih kan…pada kita kalau was2 tu tak payah la pakai kan…sbb mcm2 fatwa yg keluar dr ulama nih…ada yg kata halal..ada yg kata haramπŸ™‚

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:40 am

      Oh, memang seharusnya begitu. Tak boleh was-was.

      Mungkin kalau kita berani untuk menerima kenyataan, kenapa tidak pergi sendiri ke kilang buat perfume tu. Kalau kita tengok sendiri cara pembuatan minyak wangi, tentu dah tiada rasa was-was lagi.

  8. July 18, 2010 at 9:49 am

    Well, I can still accept alcohol in perfumes. Not other than that…hehe!

    Luckily my Hubby is a non-alcoholic n smoker.πŸ˜€

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:58 am

      Haha…. you’re very lucky. Nowadays most men smokes. It’s frustrating when you have to breathe the stinky smell.

  9. July 18, 2010 at 1:34 pm

    product non-alcohol just an option…

    tak salahkan memperbanyakan option yg ada?
    tentunya memeriahkan lagi pilihan pengguna..
    produk non-alcohol punya kelebihan tertentu..sambil2 itu juga kita tidak harus lupakan nikmat pemberian Tuhan dlm bentuk lain pula…

    non-alcohol perfume juga diwujudkan utk memenuhi segmen pasaran utk mereka yg punyai alergic pada alcholo atau sesetengah adunan tersebut… kewujudan non-alcohol perfume utk golongan tersebut dpt memberikan nikmat hampir serupa dgn manusia yg sempurna…

    lagipun product non-alcohol memberikan pilihan kepada mereka yg sering dlm keraguan…

    dan mcm2 bau wangi kan best.. betul tak..hehehhe

    yg pasti keyakinan kita ttg kehalalan sesuatu product itu amat penting.. kalau ragu2, tinggalkan ajelah.. kita punya pilihan lain, kan?!

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:06 pm

      Ooo…..begitu……….

      Satu pandangan yang bagus.

  10. July 18, 2010 at 4:03 pm

    sbnrnya k tie.. zan was2 wlpun dtgnya dari negara yg boleh kita yakini.. tp org kita skrg dah banyak menghasilkan minyak wangi tanpa alkohol dan kandungan yang diragui… yg pasti mmg digalakkan pemakaian wangian untuk memberi keyakinan diri… bgmanapun untuk org fomfuan spt kita ni ye k tie… mmg kurang digalakkan utk diluar lingkungan rumah…

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:08 pm

      Kak tie ni suka guna yang bau ‘mild’ je. Dan guna di rumah. Nak hilangkan bau-bau bawang dan ikan lepas masak tu laa.. hehe..

    • July 19, 2010 at 12:27 am

      wah! kata2 izan ini mengingatkan maza.. terima kasih..

      maza setuju! heheheh

  11. July 18, 2010 at 5:28 pm

    salam kak tie…
    lamanya tak ziarah kak tie…

    dulu pun sy keliru pasal perfume ni…kalau yg alkohol blh pakai kenapa nak kena ada perfume tanpa alkohol…rupanya ada sbb lain…

    sy pun tak brp suka sgt perfume..byk baunya yg memeningkan kepala …kadang2 je pakai kat rumah hehehe…

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:09 pm

      Salam Suzi..

      kak tie dulu pun tak suka perfume. tapi sekarang dah ada perfume yang bau lembut-lembut… kak tie guna di rumah je. Bau pun tak kuat. Kalau yang berbau keras dan kuat tu memang memeningkan kepala.

  12. zareda
    July 18, 2010 at 7:39 pm

    kata orang kalau non-alcohol perfume tu memang tak de lard tapi tak tahan lama lah baunya. Kalau adapilihan yg lebih baik eloklah kita amik pilihan yg lebih baik.. macam makanan jugaklah kan. Kalau ada pilihan yg lebih kita yakin kesuciannya eloklah kita amik pilihan itu. Apapun zar memang suka perfume.. hehehhe

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:11 pm

      Biasa perfume murah ni guna air sebagai bahan untuk pengekstraktan… Memang cepat hilang baunya. Tie biasa guna jenis ni laa…

  13. July 18, 2010 at 8:43 pm

    biasanya minyak wangi yg mahal yg guna lard??

    .
    .

    err.. minyak wangi murah camane??

    angie pki minyak wangi murah je…πŸ˜€ sepuluh minit lepas spray dah takde bau

    hihihihi

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:17 pm

      Tak semua minyak wangi mahal guna lard. Tapi yang guna lard tu memang mahal, hehe…Tu yang kena siasat dulu. Kalau betul-betul nak tahu mungkin boleh hantar sample ke pusat penyelidikan untuk mengkaji kehadiran DNA babi tu. Tapi kan… mungkin ciri-ciri kimianya berubah.. entahlah.
      .
      .
      Minyak wangi murah ? err… mama guna yang tu laa, hehe.. Satu hari entah berapa kali nak spray, ekekeke…………

  14. July 18, 2010 at 9:32 pm

    Salam Tie.. kalau takut ada lard, gunakan ajer minyak wangi yang dibuat di Malaysia… boleh juga bantu meningkatkan ekonomi negara… “belilah barangan buatan Malaysia”… hehehe… (tolong kempen pulak!)…

    • Tie
      July 18, 2010 at 9:49 pm

      Salam Nekcun,

      Haha.. betul tu. Tie memang guna buatan Malaysia. Lagipun baunya tak kuat. Kalau yang kuat baunya boleh buat sakit kepala.

  15. July 18, 2010 at 11:12 pm

    Info yang berguna…..
    Bagus Tie…

    • Tie
      July 19, 2010 at 7:27 am

      Mekasih..πŸ˜›

  16. sya
    July 19, 2010 at 3:14 pm

    hehe..
    ni lah salah satu yang jenuh nak terangkan dekat student tiap kali masuk bab alkohol..πŸ˜›

    • Tie
      July 19, 2010 at 3:22 pm

      Haha….. sabor aje laa….

  17. July 21, 2010 at 8:36 am

    Salam,

    Saya secara peribadi dengan tahu hukum pemakaian perfume beralkohol..
    Sekarang banyak produk perfume tanpa alkohol, jadi saya lebih dengan tanpa was2 memilih perfume tanpa alkohol –[saya pakai di rumah saja, keluar tidak].

    Apapun setelah tahu hukum halal haramnya, bagi seorang wanita yang wajib diambil berat ialah tentang larangan memakai wangian di luar rumah. Boleh cari artikel berkaitan di laman web ustaz Zaharuddin. Niat tidak menghalalkan cara.

    • Tie
      July 21, 2010 at 12:05 pm

      Betul tu Sakinah.

      Kita orang perempuan ni tak dibenarkan memakai wangian bila keluar. Kak tie memang selalu pakai di rumah je. Tapi bau-bau yang lembut, tak kuat pun. Sekadar untuk menyegarkan diri sendiri……

  18. December 6, 2010 at 6:09 am

    Salam ziarah,

    Baru jumpa blog you. Link di atas memang agak logik, tapi kalau rasa was-was lebih baik pakai yang non-alcoholic je.

    dodie

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: