Home > Adat dan budaya, kehidupan, Makan, Pengetahuan, Rezeki > Fiesta mengemping di Kampung Tok Lawit

Fiesta mengemping di Kampung Tok Lawit

Hmm… Tie tak pergi, abang yang jadi wakil, ekekeke………. Berikut adalah gambor-gambor yang dia snap untuk tatapan bersama. Sila bukak mata luas-luas, ya…. hihi….

.

.

Inilah anak padi. Ada sesiapa tak kenal lagi padi ni ? Aaaa...? Ada ? Uwaaaaa..........

.

.

Haaa..... Nampak tak ? Siapa tak nampak mesti tak mandi lagi, ekekeke......

.

.

Ada pertandingan mengemping. Ramai yang mengambil bahagian. Tapi majoritinya kaum hawa. Biasalah, kitakan rajin, hihihi....

Padi direndam dulu semalaman. Lepas tu digoreng tanpa minyak. Bila dah nak jadi bertih ( mula pop sana sini), cepat-cepat di tumbuk dengan benda tu, adoi laa….. lupa lak nak tanya abang.  Ooo…. baru ingat.  Alu dan lesung laa., waakakaaa……..  Kalau dah jadi bertih, emping tak menjadi sebab ianya akan pecah-pecah.

.

.

Inilah emping padi yang terhasil. Kalau makan gitu sahaja tak rasa apa-apa pun melainkan sengal gigi, hehe...

.

.

Kuih luk lik emping... tentunya mengandungi emping.

.

.

Makanan sampingan yang dihidangkan. Ada ketupat daun palas, pulut dakap dan lemang. Err.... rugi lak kita tak pergi.

.

.

Tapi

Tapi…..

Abang ada bawa balik bingkisan dari sana……

.

.

Yeh! Abang bawa balik jajan!. Ada pulut, emping, serawa telur , err.. pulut dakap ada satu je, uwaaaaa................

.

.

Sebenarnya emping tu dimakan dengan serawa telur. Macam quaker oat gitu. Tapi gigi Tie sengal, jadi Tie makan dengan pulut je laaa... Sedaplah pulak!

Emping juga boleh dimakan dengan parutan nyior muda.

.

.

Biasa, bila nak makan, rendam dulu emping tu dalam serawa beberapa minit, bagi lembut sikit. Barulah boleh makan. Kalau nak makan dengan parutan nyior muda, rendam dalam air panas 2 minit. Dan kalau nak makan dengan susu pun boleh laa… guna  susu panas, supaya emping tu lembut.

Emping (rice bran) amat berkhasiat. Ada dijual di supermarket, tapi cara prosesnya tak sama. Jadi rupanya pun jauh berbeza dari emping padi yang ditumbuk dengan lesung ni.

~ Ooo…. malamnya ada program lain. Makcik pun cepat-cepat bersiap takut kena tinggal. Nanti Tie ceritakan di entri baru ekk!

  1. July 15, 2010 at 8:42 am

    emping mkn dgn susu!!
    sy xbrape ngam sgt dgn emping ehe~

    • Tie
      July 15, 2010 at 8:56 am

      Ooo.. itu emping jagung! Emping padi makan dengan serawa laa…. Ish ! budak bandor nih!

  2. kak ct
    July 15, 2010 at 9:52 am

    salam kenal..

    sedapnyer..huhu..

    kak ct org kl..teringin sgt nk rasa..bole poslaju ke..

    • Tie
      July 15, 2010 at 11:11 am

      Salam…

      Rasanya bergantung kepada bahan yang dimakan bersama, macam quaker oat tu laa. Tapi kalau betul-betul nak rasa Tie boleh poskan sikit, tak perlu pos laju kot, pos biasa pun boleh. Bagi alamat kat email Tie ni. Kaytieze@gmail.com

  3. nahmy
    July 15, 2010 at 3:20 pm

    salam…bestnye nih! budaya tradisi dgn kuih-muih tradisional…terhingin plak nak rasa pengalaman cam ni

    • Tie
      July 15, 2010 at 4:07 pm

      Haa.. itulah untungnya tinggal di hulu ni. Adalah peluang nak rasa suasana mesra di kampung. Tie cuma tumpang suami je.

  4. July 15, 2010 at 3:54 pm

    salam tie..eh dimana kampung tu sebab makcik tak pernah dengar..tenguk gambar2 tie terkenang masa makcik budak2 dulu, berlesung kaki n tangan menumbuk padi untuk dijadikan beras..penatnya bukan main lagi..budak2 sekarang mana tahu semua tu,baguslah kampung tu membuat pertunjukkan n pertandingan agar budak2 sekarang tahu akan kehidupan orang2 dulu…semuanya susah.

    • Tie
      July 15, 2010 at 4:09 pm

      Kampung ni di hulu terengganu. Dekat Kuala Ping. Ada la sawah padi walaupun tak luas. Jadi bila dah menuai tu mereka buat Fiesta Mengemping untuk memberi peluang golongan muda dan yang tak pernah merasainya seperti Tie ni, hehe…

  5. July 15, 2010 at 10:09 pm

    anak padi ke tu??

    .
    .

    err.. ingatkan anak lalang.. hihihi.. tak pernah tgk pokok padi bebetul😀

    dulu pernah cuba makan emping, tp macam tak sedap je.. terus tak suka smpi sekarang.. rupa2nya, sbb angie makan begitu sahaja… hahaha.. patutla sengal gigi😀

    • Tie
      July 16, 2010 at 7:47 am

      Haha.. mama pun sama. Ingat makan gitu saja, ekekeke……

  6. July 15, 2010 at 10:49 pm

    k tie… zan x pernah makan emping… lempeng zan tau larr hehehe… abg k tie tak bawak jajan lebih ke untuk d promosikan …

    • Tie
      July 16, 2010 at 7:47 am

      Banyak tu je zan. Orang lain pun nak jugak, hehe..

  7. July 16, 2010 at 11:12 am

    masa mak maza muda2 dan berkederat mengerjakan sawah, pernah gak dia buat emping..
    di Muar pun ada juga dipanggil pesta emping dulu2.. skrg ni entahlah..huhhu

    pss.. maza sudah lupa bagaimana rasa emping beras ini.. rasanya kalau tak silap, kosong (0)! hmmm

    • Tie
      July 16, 2010 at 1:37 pm

      Di Johor lain sikit, tak pasti lak. Ada yang guna padi pulut, dengar-dengar gitu lah.

  8. July 16, 2010 at 1:38 pm

    nampak macam best je kuih luk lik tu…

    • Tie
      July 16, 2010 at 1:43 pm

      Tie tak rasa pun, sebab suami yang pergi.

  9. July 16, 2010 at 4:19 pm

    sedap emping makan dgn nyior muda kak tie, dulu kecik2 masa duduk kat Telok Rimba, Muar selalu tgk atuk buat tapi generasi sekarang dah tak tau kot …. lagipun milla dah jarang balik Telok Rimba tu, dah takde sapa2….

    • Tie
      July 16, 2010 at 4:30 pm

      Bertuah juga Milla ni, kecik-kecik dah rasa, kak tie ni dah jadi makcik barulah berpeluang, hehe….

  10. riduwan dbp
    September 17, 2015 at 8:57 am

    Assalamualaikum,
    Boleh saya mendapatkan keizinan puan untuk menggunakan gambar mengemping padi yang terdapat dalam blog puan ini untuk buku teks Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)? Saya Mohd Riduwan, editor DBP. Mohon maklum balas segera daripada puan. Saya boleh dihubungi di talian 017-3099171. Terima kasih.

    • September 18, 2015 at 6:26 pm

      Walaikum musalam
      Ya boleh jer asal kreditkan gambar tu kepada nama Kaytieze. Kemudian bila dah cetak minta maklumkan saya, kalau poskan buku tu kepada saya lagi baik sebagai kenangan.

  11. zaiton Ismail
    September 17, 2015 at 1:06 pm

    Assalamualaikum, Puan Tie, Saya Zaiton Ismial, editor buku sekolah DBP.Mohon bertanya, ada tak koleksi gambar mengemping padi selain yang dipaparkan. Saya ingin tahu, berapa harga sekeping jika saya mahu masukkan dalam buku teks sekolah sebagai bahan rujukan murid. Mohon maklum balas drp puan. Teima kasih.

    • September 18, 2015 at 6:34 pm

      Walaikummusalam. Semua gambar ada di sini rasanya. Saya tak jual tapi kalau nak bagi sebarang bayaran saya terima saja. Saya nak nama Kaytieze dikreditkan di gambar tersebut nanti. Walaubagaimana pun saya telah berhubung dengan En Riduwan di atas yg juga dr DBP.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: