Home > kehidupan > Digigit lipan

Digigit lipan

Dua tiga hari yang lepas, kita digigit lipan, agaknya laa.. Masa tu kat luar rumah, nak buang sampah. Tong sampah besar terletak beberapa metre dari rumah. Biasa kita pergi buang selang sehari, waktu malam sebab malas nak keluar siang hari.

Malam tu lepas hujan. Macam biasa mokcik ni jalanlah terkedek-kedek ditemani anak. Takut nak keluar sorang sebab mana tahu ada ular ke…

Malam tu kita terpijak sesuatu berduri, ingat ranting kayu ke apa, jadi kita sepak je bila rasa terkait pada selipar. Tapi lepas buang sampah, tetiba rasa sakit di belakang, just above my pants, kita pakai long pants dengan baju tidur.

Perit, pedih dan bisanya tak tahu nak cakap. Kita terus pegang di belakang (berlapikkan baju tu) dan rasa macam lipas tapi panjang.. Kemungkinan besar seekor lipan… saiz jari kelingking kot.. kira besorlah tu. Tak sempat nak tengok rupanya terus lari-lari balik rumah.. Takut pitam kat tong sampah tu, kan niaya pulak!!

Nasib baik ada anak temankan… Sampai rumah suruh budak tu bubuh mopiko… Takut juga. Takut terus pejam tak sempat nak mintak ampun pada abang, uwaaaa…………..

Gambar dari Priendah Weblog

[Mungkinkah lipan tu sebesar ini ?]

Sakit betul laa…. abang ajak ke klinik, tapi kita malas lak. Tahan je sakit tu.. bubuh cuka laa.. bubuh air batu lagik! Tapi sakitnya tak berkurang pun. Pastu teringat pain killer (sakit gigi hari tu), terus telan sebijik. Lepas setengah jam baru kurang sikit. Sikit jer…

Dalam sakit-sakit tu teringat lak…. kalaulah umor tak panjang, tentu makcik ni dah tak de laaa.. Walaupun bisa lipan je, tapi ada yang allergic tu boleh bawa maut. Terutama yang sedang hamil. Dulu pernah dengar orang pengsan gak. Herannya Tie boleh tahan sakit tu, dan tak nangis pun. Agaknya sebelum ni dah rasa stress sangat , sakit dan bisa lipan tu jadi kebal lak..

Sekarang ni dah takut nak pergi buang sampah lagi.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. July 5, 2010 at 11:42 am

    salam…ziarah cni…aiyoo..geli dgn lipan..so cmner ngn gigitan lipan tu? dh ok?🙂

    • Tie
      July 5, 2010 at 1:59 pm

      Salam,

      Dah okay.. tapi jari lak kena pisau. Dah susah nak menaipnya, hehe… sabor je laa…

  2. July 5, 2010 at 6:44 pm

    oooooo….kat sini menyorok yer…he he he. Takpelah kak tie…insyaallah kak tie akn ceria mcm dolu2 lagi. eeee….gelilah tgk lipan tu, besarnya….mmg pantang dgn benda2 yg merayap nih.

    • Tie
      July 5, 2010 at 7:49 pm

      Hihihi…… suka rasanya bila Milla datang.

      Kak tie pun geli tengok benda gini. Ni masih bengkak lagi. Nanti nak suruh anak snap gambor, susah nak tengok sebab kat belakang.

  3. July 6, 2010 at 9:13 am

    hehehe…cobaan ….teruk ek kene pisau tu? pekabar ri ni? sehat? cantik jugak wordpress nie ek.saya tahu yg blogspot jer.

    • Tie
      July 6, 2010 at 9:28 am

      Teruk sikit.. mula-mula darah tak henti, panik kejap. Dah dekat 2 jam baru henti. Sekarang ni dah okay sikit.

      WordPress senang nak reply komen.. ada threading macam ni. Cuma themenya tak banyak pilihan. Cubalah bukak akaun satu, bubuh gambar2 peribadi ke… pastu boleh privatekan.

  4. July 6, 2010 at 9:37 am

    Salam kunjungan balas kak, salam kenal..

    Isk takutnya dengan lipan..kenapa akak tak g klinik? lipan ada bisa kan? bahayalah.. (macam membebel la pula..opps sorry)

    • Tie
      July 6, 2010 at 9:51 am

      Masa tu akak pakai baju tidur je.. Malas nak tukar. Dahlah sakit pulak. Tapi rasa boleh bertahan. Lipan memang berbisa. Macam tebuan juga.

  5. ROSE PURPLE
    July 6, 2010 at 3:44 pm

    ishhhhh….berani nyer Tie tak pegi klinik…membebel la jugak..

    • Tie
      July 6, 2010 at 4:44 pm

      Hehe….. sebenarnya Rose… bila dalam keadaan Tie yang kesedihan ni.. (tak abis-abis sedihnya..) rasa macam redha pulak kalau nak abis nyawa, hihi…

  6. July 6, 2010 at 5:50 pm

    uiks…2 jam…besar kot luka nya tuu….saya penah kene luka sampai terbelah isi.Pisau sy guna yg bru d asah.Mana taknye…besh je hiris jari..hehe

    owhh…wordpress ni bleh private ye…bru tahu..sbb mmg dlu hanya tau blogspot jer..Nnt try buka akaun cni.

    • Tie
      July 6, 2010 at 6:51 pm

      Luka nampak kecik, tapi mungkin dalam, tembus kuku jari telunjuk. Sekarang ni dah boleh taip. Tapi rasa denyut-denyutnya, hehe..

      WordPress ni, ada kelebihannya. Kita boleh detect visitors, malah boleh edit komennya. So, kalau tak suka komen seseorang, boleh edit,haha.. Cuma Tie tak pernah buat pun. Biasa kalau komen orang tu agak keterlaluan, Tie trash je. Satu lagi, kita boleh spam, dan visitors yang bubuh link bebanyak tu memang kena spam..

  7. July 12, 2010 at 4:30 pm

    Alahai cik Tie ni…tak sudah sudah dia, kejap kena ketit lipan, pas tu kena pisau…cubalah jaga diri tu baik-baik…risau kita dibuatnya…( mesti baca dgn gaya ala makcik-makcik pot pet)

    • Tie
      July 15, 2010 at 8:52 pm

      Ekekeke….. dah nasib badan……………😆

  8. Azman
    January 19, 2011 at 9:16 am

    nGERIIIIIiiiiIiIiIi

  9. zura
    August 16, 2011 at 2:51 pm

    Mlm td terserempak dengan lipan dalam bilik air. P ambil pisau kat dapur tgk2 lipan dah hilang. x lama lipan tu klr semula. Dlm takut dan risau coz tgh pregnant 5bln dengan anak kecik baru 2thn lbh, beranikan diri bunuh lipan tu yang tengah merayap bawah kaki katil. Tawakal jela coz orang tua-tua ckp tengah pregnant x boleh bunuh binatang. Lipan tu mmg besar sama dlm gambar kat atas.

  10. khairul
    December 1, 2011 at 7:35 pm

    macam mane la yer tak nak kasi haiwan ni membiak??saya ni kak oi..hari-hari berperang ngan cik lipan ni,,seklai keluar mak ai…bukan main semangat2…ade sape ker yang boleh bagi petua??pasang ubat nyamok ke,asap kemenyan ker??huhuhuhuhu…

    • December 1, 2011 at 7:52 pm

      Alaalhai… seramlak. Lipan ni suka tempat lembab, bawah2 batu… Cer curah minyak tanah atau racun serangga ke, kat celah2 rekahan simen … Dah berdiri bulu roma bila bayangkan lipan besar2 tu…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: