Home > kehidupan > Dua kisah yang berbeza namun sama akhirnya

Dua kisah yang berbeza namun sama akhirnya

Kisah pertama.

Seorang pemuda kebingungan. Ibunya dah berminggu-minggu dalam keadaan nazak yang kelihatan tiada akhirnya. Dia menjemput seorang ustaz untuk mendapatkan nasihat dan pertolongan.

Sebaik sahaja ustaz itu melangkah masuk ke rumahnya, dia terhidu bau busuk. Keadaan ibu pemuda itu menambahkan lagi rasa terkejutnya. Ibunya kelihatan seolah-olah telah lama mati. Tubuhnya membusuk dan kulit serta dagingnya hancur. Malah boleh nampak tulang-tulangnya.

Ustaz menanya khabar ayahnya. Menurut pemuda itu, ayahnya telah lama menghilang. Rupa-rupanya ibunya sering memaki hamun suaminya ketika sihat. Suaminya kecewa lalu membawa diri.

Kerana rasa insaf, ustaz membaca suatu surah dengan niat membantu ibu pemuda itu. Setelah beberapa lama, akhirnya ibunya dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Kisah kedua.

Seorang wanita juga menghadapi kesukaran untuk mati. Tubuhnya semakin kurus, terlantar tidak bermaya dalam nafas yang sekat-sekat. Saudara-saudaranya rasa pilu melihatkan keadaan dirinya. Rupanya cengkung dan tidak dapat dikenali.

Adiknya mendapatkan seorang ustaz dengan harapan dapat membantu kakaknya. Ustaz itu menyuruh saudara-saudaranya membaca Surah AlRaad (kalau tak silaplah). Akhirnya wanita itu meninggal dunia.

Cuma, dengan rasa amat terkilan, adik-adiknya amat sedih bila mendapati keadaan kuburnya. (Tie tak sampai hati nak ceritakan di sini)

Menurut salah seorang saudaranya, wanita itu pernah menengking arwah bapanya dahulu. Mungkin kerana arwah bapanya lupa mengampunkannya, wanita itu menghadapi kesukaran di saat akhir.

Hanya untuk berkongsi rasa kesedaran…….

~ Jangan menderhaka pada suami, ibu dan bapa.

~ Sebagai seorang ibu atau bapa, jangan lupa ampunkan dosa anak-anak kita setiap hari. Bukan apa, takut tak sempat kerana kita tak tahu bila kita akan mati.

~ Jangan lupa mohon ampun dan maaf pada ibu, ayah dan suami kerana kekadang kita tak sedar yang kita telah menyakiti hati mereka.

Categories: kehidupan Tags:
  1. June 15, 2010 at 5:54 pm

    Sangat menginsafkan…..
    Semoga kita sentiasa muhasabah….

    Tie sihat ke?

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:02 pm

      Tie sihat… harap ckLah pun sama….πŸ˜›

  2. June 15, 2010 at 6:11 pm

    terima kasih kak tie berkongsi cerita..
    cukup terkesan.. kita manusia ni sentiasa ada yang ter jer kan..

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:03 pm

      Kak tie cuma nak ingatkan diri sendiri….

  3. June 15, 2010 at 7:00 pm

    salam tie..satu article yg bagus n menginsafkan…
    betul tie tak rugi kiranya setiap hari kita meminta ampun daripada suami n mengampunkan anak2 kita..
    terima kasih tie berkongsi infi ni.

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:03 pm

      Insyaallah, makcik yam….

  4. June 15, 2010 at 7:01 pm

    tq tie untuk perkongsian ini

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:04 pm

      πŸ˜†

  5. June 15, 2010 at 8:45 pm

    Salam Kak Tie…

    Bukan hanya pd ibu, bapa, suami atau isteri…..tapi dgn semua saudara-mara,sahabat, jiran yg mana kita juga adakalanya pernah sakiti hati diaorg, adalah amat perlu kita minta maaf sebelum t`lambat.

    Terima kasih di atas p`kongsian ni, Akak Tie….
    πŸ™‚

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:05 pm

      Betul tu Zyma…. takut lak !

  6. June 15, 2010 at 9:53 pm

    Tie….setiap malam sebelum mata terpejam lena elok kita maafkan setiap individu di sekeliling kita…baik yg jauh mau pun yg dekat

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:05 pm

      Insyaallah… akan selalu Tie lakukan.

  7. June 15, 2010 at 9:55 pm

    salam tie, satu kesah yang menginsafkan. boleh dijadikan teladan untuk kita semua.

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:06 pm

      Salam Kakpah,

      Mudah-mudahan begitulah hendaknya.

  8. BCP
    June 16, 2010 at 6:21 am

    wow..ingt silap dtg umh org lain tadi.kak tie,cetelah kt blog ct,bakpo dgn wanita itu?apa yang terjadi pada kuburnya?takut pulop

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:08 pm

      Sedih gak…. kita tak tahu keadaan diri kita dan tempat kita dikuburkan nanti.

      Segalanya ditentukan olehNya. Bila kita berhadapan dengan sakaratul maut, hanya amal kita sahaja yang dapat membantu, tak kiralah betapa berat penyakit kita sebelum itu.

  9. ima
    June 16, 2010 at 10:31 am

    salam kak tie…lama rasanya tak singgah sini…umah pun dah bertukar wajah…

    terima kasih berkongsi cerita diatas…sungguh menginsafkan diri…

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:09 pm

      Salam Ima,

      Kak tie dah lama nak renovate, tapi ada saja yang tak berkenan.

      Theme ni cuma experiment je….. Nampak macam ganas lak, hehe..

  10. zue
    June 16, 2010 at 11:07 am

    kekdang tu bila kita marah kat suami kita…kita tentu brkata2 didlm hati mcm2 sumpah seranah…tapi itu dlm hati x ada lah smpai trkeluar kat mulut.

    setiap pagi bila gi keja zue selalu salam dan cium tgn suami tapi x pernah nak ucapkan mohon maaf…nape ek susah sgt utk ucapkan maaf.

    moga citer tie ni menjadikn diri ni insaf…

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:10 pm

      Itulah…. memang rasa insaf sangat.

  11. June 16, 2010 at 11:14 am

    moga kita dijauhkan dari menglaami hal2 sebegini.

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:10 pm

      Insyaallah Juliet…

  12. DrSinga
    June 16, 2010 at 11:17 am

    insaf saya…

    • Tie
      June 16, 2010 at 12:11 pm

      Tie pun sama.

  13. sya
    June 16, 2010 at 2:28 pm

    insaf…
    sentiasa lah kita bermaaf2an kan….

    cantik theme baru ni kak tie..πŸ˜€

    • Tie
      June 16, 2010 at 6:20 pm

      Ya Sya, tak perlu tunggu raya untuk bermaafan.

  14. June 16, 2010 at 2:46 pm

    angie minta ampun mama.. ampunkan sgl dosa angie

    .
    .

    err.. dosa mama pun angie dah maafkan.. hihihi.. ooppsss.. memain plak budak ni.. sorry

    mmg betul, ibu bapa kena sllu maafkan anak2.. anak2 plak jgn nak sktkan hati ibu bapa

    .
    .

    pssstt.. lawa cat baru.. ;D

    • Tie
      June 16, 2010 at 6:25 pm

      Mama sentiasa ampunkan anak-anak… jangan bimbang Angie, hihihi…

      .
      .
      .
      cat lawa ? err… sama lawa dengan mama tak ??πŸ˜†

      • June 17, 2010 at 3:38 pm

        Anak Kak Tie baca blog Kak Tie ke? Hehe..

        Terima kasih sbb share benda yang begini. Terima kasih kerana mengingatkan. Uwaaa. Saya banyak gile dosa ;(

        • Tie
          June 18, 2010 at 5:47 pm

          Haha…. Angie ni anak angkat kak tie.

          Err… anak2 kak tie pun ada baca blog ni..

  15. June 16, 2010 at 3:18 pm

    insaf kanns..

    • Tie
      June 16, 2010 at 6:26 pm

      Insyaallah….

  16. June 16, 2010 at 5:57 pm

    aduhaiii………… terasa sungguh di hati…

    takut maza membaca kisah ini..
    dosa maza dgn emak, dan emak mertua sikit punya bertambun-tambun…

    aduhaiii
    mcm2 lah maza mati nanti ya! aduhaiiiii…

    • Tie
      June 16, 2010 at 6:27 pm

      Tu laa… kekadang kita tak perasan, bila komen itu ini pada mak atau ayah…. mungkin dia tersinggung dan simpan dalam hati.

  17. cpj
    June 16, 2010 at 10:25 pm

    Sebagai ibu, bapa dan suami, mestilah ada sikap berlapang dada.Ampun dan maaflah semua kesalahan.Biarlah setakat dunia saja salah faham dan kesilapan tu.Jangan di bawa hingga mati walau sebesar mana sekalipun kesalahan yang dilakukan.

    • Tie
      June 17, 2010 at 9:48 am

      Insyaallah cikgu…

  18. June 17, 2010 at 2:17 am

    rasanya, arwah mak tak maafkan lagi dosa Jue~

    • Tie
      June 17, 2010 at 9:51 am

      Jangan bimbang Jue,

      Seorang ibu yang amat kasihkan anak-anaknya sentiasa maafkan mereka. Kita sebagai anak kena sentiasa memohon padaNya agar dia aman di sana. Insyaallah.

      • June 17, 2010 at 1:14 pm

        ntah la kak tie. bila dilihat balik apa yang Jue lalui selama ni & pada detik ini, jue ni asyik bad luck aje. rasanya dosa dengan arwah mak tak terampun. hmmm,… what else can I wish right? betul la bak kata semua orang, Jue is such a loser. Big one,….. and I can’t deny it anymore. titik.

        • Tie
          June 17, 2010 at 1:52 pm

          Jangan kata gitu, Jue.

          Kita boleh selalu mohon ampun dari Allah. Dia maha penyayang dan adil. Apa yang berlaku pada kita hanya Dia sahaja yang tahu hikmahnya.

          Kak tie pun ada fikir tentang kehendak kak tie yang tak kesampaian. Selalu je orang lain yang dapat dan Kak tie hanya jadi pemerhati bukan yang alaminya. Sungguh-sungguh cemburu. Kalau nak cerita hidup kak tie, tak habis pun. Tapi still masih ingin mengharap dan tak henti berdoa.

          Jue, ada satu perkara yang selalu buat kak tie tenang. Keraplah bersedekah. Tak kira dengan doa, ataupun wang dan harta. Ia buat kita berasa puas dan aman. Dan insyaallah satu hari nanti yang kita inginkan akan dikabulkanNya. Kalau tak di dunia ini, di akhirat nanti.

          Be strong. Kak tie pun kena gitu gak.

  19. ROSE PURPLE
    June 17, 2010 at 9:45 am

    Salam Tie..entri yang cukup menginsafkan…mcm mana pula kalau orang yang tak mau memaafkan orang lain..orang yang rasa dia tak bersalah..

    • Tie
      June 17, 2010 at 9:57 am

      Rose,

      Tie ada alami peristiwa itu. Kita maafkan dia dahulu.. dan kita kenali diri kita.

      Setiap hari lepas solat, kita mohon pada Allah agar dilembutkan hatinya, dan diberi hidayah… semoga kita diberi ketenangan dalam keinsafan.

  20. June 17, 2010 at 11:24 pm

    k tie,

    perasaan amarah jgn keterlaluan…. sentiasa maafkan semua orang kan… tak kiralah siapapun…

    cantiklar teratak k tie niiii… hehe..

    • Tie
      June 18, 2010 at 4:06 pm

      Tu la kan… bila kita terlalu marah, rasa macam nak sumpah orang je.. adoi laa….
      .
      .
      Cantik ?
      Mekasih… hehe…

  21. June 18, 2010 at 12:19 pm

    wah.. cantik umah kaktie.. hihihi..

    mak tiny citer, awal tawon hari tu ada sorang pompuan ni dia lumpuh sebelah badan.. masa org nk mandikan mayat dia, org nampak ada kesan gigitan “tikus” di kemaluan dia..
    tapi, satu kampung tau yg semasa hayatnya, dia tak hormat suami dia dan sesuka hati bwk jantan tido (berzina) kt rumah.. NAUZUBILAHIMINDZALIK!!.. kt dunia lagikan Allah dh tunjuk, apatah lagi di alam kubur dan akhirat kelak??.. Astaqfirullah hal’aziim…

    Kena sentiasa beringat akan tujuan dan matlamat hidup.. LILLAHI TAALA..
    Semoga kita semua terhindar daripada fitnah dunia, fitnah kubur dan azab neraka..

    kan kaktie kan kan kan…

    • Tie
      June 18, 2010 at 4:12 pm

      Rumah baru nampak ganas sikit, hihihi…
      .
      .
      Dulu, masa kecik, kak tie pernah dengar kisah seorang remaja perempuan.
      Dia cuba picit dan hilangkan jerawat di muka (dia geram sebab banyak sangat jerawat). Tapi malangnya muka dia membengkak, mungkin kerana jangkitan kuman. Dia demam beberapa hari dan meninggal dunia akhirnya.

      Namun, bila nak mandikan jenazahnya, semua orang hairan. Wajahnya bersih dan berseri-seri, seolah-olah tiada sebijik jerawat pernah tumbuh .

      …… Bila kita hadapi sakratul maut, hanya amal kita dapat membantu… termasuk keredhaan ibu dan bapa.

  22. June 18, 2010 at 5:52 pm

    Salam Tie… memang betul tu… Ustaz tempat nekcun belajar pun selalu pesan macam tu… Sebab itulah kita digalakkan supaya mema’afkan semua orang setiap malam sebelum kita tidur. InsyaAllah, kalau kita suka mema’afkan orang, nescaya orang lain akan sentiasa mema’afkan kita… Wallahualam.

    • Tie
      June 21, 2010 at 9:35 pm

      Salam Nekcun,

      Selalu nak maafkan orang tapi ada setan dalam hati ni asyik dok ingatkan yang buruk-buruk tu… subahanallah….

  23. hanzie
    June 19, 2010 at 6:07 pm

    ya benar… kita sentiasa buat silap, sengaja & tak sedar. Besar & kecil. Dulu, kini & selamanya. Mari kita memaafkan orang lain terutama ahli keluarga sendiri walau betapa pedih & perit salahnya kd kita. & tak lupa kita sentiasa mencari redha-Nya dgn menuntut kemaafan drp orang yg kita bersalah. Moga kita diampun-Nya. Selamat dunia & akhirat.

    • Tie
      June 21, 2010 at 9:35 pm

      Mudah-mudahan begitulah hendaknya. Amin.

  24. June 23, 2010 at 6:29 am

    erk! thanks utk peringatanπŸ˜€

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: