Home > Ucapan > Happy Teacher's Day

Happy Teacher's Day

Sebenarnya Tie hampir terlupa tarikh 16 Mei ni. Anak-anak yang ingatkan. Ya laa… kita dah lama tak bersekolah, hehe…

Terkenang seorang guru bernama Puan Bashariah… masa tu darjah 5. Dalam ramai-ramai guru yang mengajar, Puan Bashariah lah yang begitu dekat di hati Tie. Kami bukannya mesra pun. Malah sama je hubungan guru dengan murid-murid lain.

Bezanya, dia buat Tie rasa istimewa. Walaupun kita ni bukannya murid contoh, tapi dia masih anggap Tie seorang yang berpotensi. Terharu gak !

Kepada semua guru-guru di Malaysia ni, diucapkan selamat menyambut hari guru, selamat mendidik anak-anak bangsa dan selamat berjaya .

.

.

.

~ Tak faham dengan penganjur majlis makan jabatan kerajaan ni.. suka benar hidangkan chinese course. Satu pembaziran yang sepatutnya dielakkan.

Categories: Ucapan Tags:
  1. May 15, 2010 at 7:18 pm

    k tie,

    tu lar kata… tsunami sy sering bertiup akhir2 ni…bukan kata jabatan kerajaan je.. swasta pun sama… x peka langsung. sy nk berpidato je akhir2…

    anak zan suka btl sambut hari guru… dah macam2 disediakan tuk gurunya. dah tu dia ajak sekali menyambut hari guru dalam menyediakan ‘sesuatu’ utk guru dia. kami galakkan aje apa yg dia lakukan… asalkan dia menyayangi gurunya.

    masa zan darjah 2, zan suka pada cikgu norsiah… sebab apa.. dia ada kereta takda bumbung… hon kereta dia boleh berlagu..bestt..

    • Tie
      May 15, 2010 at 10:00 pm

      Zan, kalau swasta tu kita boleh faham sebab bangsa lain yang monopoli. Tapi dalam jabatan kerajaan ni.. memang susah nak masuk akal. Suka sangat membazir dengan perkara-perkara yang tiada berfaedah. Rasa rugi betul. Tapi, kita ni ulat kecik je.. kalau bersuara kang habis lenyek kena pijak lak!
      .
      .
      .
      Ada guru yang memberi kesan kepada kita. Sampai tua gini pun boleh ingatkannya.. hihi..

  2. May 15, 2010 at 8:55 pm

    Teringat ustaz masa sekolah menengah. Lepas saya habis belajar dia jadi Pengetua maktab perguruan,Pengarah KAGAT, Pengarah JAKIM dan akhirnya menteri.

    Apalah yg dibuat beliau skrg?

    • Tie
      May 15, 2010 at 10:01 pm

      Alhamdulillah… semoga beliau terus berjaya.

  3. May 15, 2010 at 8:57 pm

    dulu2 ms sekolah, ingat sgt hari guru
    .
    .

    skrg pun ingat gak.. sbb ramai rakan blogger guru..

    selamat hari guru , mama.. errr mama guru kan??πŸ˜›

    • Tie
      May 15, 2010 at 10:02 pm

      Mama ni guru yang beremosi….

      Bila anak murid buat silap, mama yang nangis ! Uwaaaaa………..

  4. May 15, 2010 at 9:23 pm

    Salam Kak Tie…

    Kita sbg ibu/bapa ni adalah segalanya utk anak2…..kita la ibu/bapa, kita la nurse, kita la chef, kita la cikgu…….dan pendek kata, semuanya kita kene jadi utk anak2 kita, kan…..
    πŸ™‚

    • Tie
      May 15, 2010 at 10:03 pm

      Salam Zyma,

      Betul tu, cuma kak tie ni rasa tanggungjawab tu terlalu berat. Rasa tak boleh nak bangun laa…

  5. May 15, 2010 at 9:35 pm

    best kan…budak2 selalu ingat nama cikgu…tp cikgu susah tul nak ingat nama murid.
    sebab…cikgu nieh superhero, kena ingat ramai sangat.
    kak tie masih ingat lagi puan bashariah:)

    • Tie
      May 15, 2010 at 10:04 pm

      Sha pun pernah jadi guru, sebentar, kan…. Pengalaman tu berharga tau…

      Kak tie masih ingatkannya kerana dialah satu-satu guru yang buat kak tie rasa special…πŸ˜›

  6. May 15, 2010 at 11:30 pm

    anak murid kalau dibagi galakan/perhatian dr cikgu insyaAllah dia akan ingat cikgunya itu sampai dewasa..
    jasa guru mmg besar,moga2 semua guru berbakti dgn ikhlas,baru berkatnya mengalir dalam diri anak2 murid.. : ) Selamat hari guru,Cikgu2

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:07 am

      Selamat hari guru buat Nadine juga..πŸ˜›

      Tie lewat ucap laa.. hihi..

  7. cpj
    May 16, 2010 at 12:35 am

    Terima kasih kepada kak tie kerana ingat kepada guru…
    cpj: Tumpang gembira kerana jadi guru pj (pun jadilah…)

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:09 am

      Ayah kak tie dulu guru gak… dulu tiap kali hari guru, dia nampak ceria betul. Maklumlah anak2 muridnya yang kecik2 tu (darjah 1) bagi dia macam-macam hadiah.. Benda tak seberapa tapi yang penting ingatan…πŸ˜›

  8. sya
    May 16, 2010 at 12:57 am

    salam kak tie..
    ibu pun guru juga kan?πŸ˜€
    bagus betul kak tie masih ingat pada guru..πŸ™‚

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:10 am

      Salam Sya, selamat hari guru.

      Ibu ni memang guru semulajadi. Tapi, tak semestinya guru yang baik. Kak tie laa… banyak sangat kurangnya..

  9. May 16, 2010 at 3:37 pm

    kak tie,ni kan kak tie,saya lgi tak ingt,biasala kak tie,kita surirumah,kdg2 pengiraan mudah pun lupa.huhuhu..otak lama duk relax je.bestkan zaman sekolah tuuuu

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:12 am

      Zaman sekolah kak tie tak berapa seronok la… Mungkin kerana masa tu otak kak tie belum berkembang lagi.. Asyik blur je. Tapi bila sambung belajar, baru rasa best. Minat belajar dan kawan-kawan pun ramai…

  10. nahmy
    May 16, 2010 at 3:59 pm

    salam…
    selamat hari guru utk semua guru-guru. tiada guru dimanakah agaknya kita hari ini? merekalah penyambung warisan ilmu dan tunjang kemantapan generasi pelapis

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:05 am

      Tugas guru sekarang semakin berat, kan….. pelajar-pelajar sekarang tak macam dulu.. dah kurang hormat pada ibubapa, apatah lagi guru….

  11. cpj
    May 17, 2010 at 12:37 am

    cpj :
    Terima kasih kepada kak tie kerana ingat kepada guru…
    cpj: Tumpang gembira kerana jadi guru pj (pun jadilah…)

    cpj bukan gembira sangatpun tu sebab cpj buat teguran kepada golongan guru, pada hari guru…kurang asam betul cpj ni.

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:04 am

      Eloklah gitu, tegur menegur sesama insan adalah satu kebaikan.

      Kalau tak tentu takkan dapat perbaiki mana-mana yang silap.

  12. May 17, 2010 at 8:58 am

    Selamat Hari Guru.

    Kenyatan tentang pembaziran. Dan hidangan yang berbeza. Kita kena terima, rakyat Malaysia terlebih berbangga dengan benda dari luar.

    • Tie
      May 17, 2010 at 11:03 am

      Abang Long… kalau sedap tu tak pe gak.
      Ni macam nak telan ubat je.. masing-masing berkerut-kerut, suruh sesama sendiri habiskan, sebab memang sayang membazir ni.. makanan tu kita dah bayar…. adoi laa..

  13. May 17, 2010 at 2:00 pm

    wah!!! Tie sudah mula berjinak2 dgn dunia fotografi ya.. hehehhe

    good! good!..lepas buat gubahan majlis kenduri-kendara, kita snap2 foto lah fulaks.. gitew.. ahaks.. hehehe

  14. May 17, 2010 at 2:16 pm

    salam tie..sekarang ni orang suka dgn makanan chinese course..makcik pun sama dgn tie..tak adalah istemewa sangat..mahal pula tu..yalah kita yg tekak melayu ni..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: