Home > Jenjalan, Kampung > kemarau di selising

kemarau di selising

Baru-baru ini kami pulang ke kampong di Kelantan. Dah lama tak menjenguk orang tua dan rumah atap biru tu. Sebelum ni Mek ada beritahu yang taliair di depan rumah kekeringan. Telaga pun ada sedikit je air.

.

.

.

Agak mengejutkan tatkala melihat keadaan taliair ni. Kalau Tie seberang dengan mengharung air ni pun gerenti tak lemas, (setakat betis je) ekekeke……….

.

.

Ini pula kolam ikan di rumah atap biru tu. Habis semua ikan-ikan kami hilang, uwaaaaa………

.

.

.

Kolam ikan yang lagi satu ni ada sedikit lopak air. Mungkin ada encik-encik Keli dan Baung sedang menyorok di situ, hihi…..

.

.

Haa…… yang ini pula batas-batas yang dipenuhi anak-anak timun cina (tembikai), di belakang rumah. Nanti bila dah berbuah bolehlah tumpang kutip sebiji dua,😆 Bukan kami yang tanam, jiran laa…..

~ Sekarang ni dah mula hujan sekali sekala. Jadi kemungkinan besar taliair dan kolam ikan tu akan dipenuhi air seperti biasa…. Tapi kena ambil masa, kot.

  1. May 3, 2010 at 1:02 pm

    hmmm…kalau tak boleh tengok gambo ikan:)
    nanti bila balik lg, tangkap gambo lagi ye kak tie:)

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:24 am

      Sebelum ni, dah cuba nak tangkap ikan tu, tapi tak pernah berhasil. Pandai pulak ikan2 tu lari bila ditebar jala….

  2. May 3, 2010 at 1:33 pm

    uish.. bestnyer berjiran ngan org ada kebun, leh tumpang hasil.. hehehe..
    minta nak beli sebiji dua.. mesti dapat sebakul dgn harga sebiji.. kehkehkeh..
    .. takpon, tak sempat minta, diorang dh hulur 3 bijik.. hihihi…

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:25 am

      Adoi Tiny, memang suka tinggal di sini. Tiap hari ada je dapat sayur free, buah free… anak pokok free… tapi kena ramah dan rajin bertandang dan bertanya khabar, hehe.. biasa kak tie tumpang abang je. Kak tie ni payah sikit nak bukak mulut kecuali makan, ekekeke……….

  3. May 3, 2010 at 2:31 pm

    salam tie..selising tu rumah mil ke..rumah ditepi jalan besar ke..hujan dah turun tie..ada kemungkinan kolan ikan tu berair n segarlah ikan keli n baung tu..hehe..tak lama lagi bolehlah makan timun cina tu..minta2 manislah ya.

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:28 am

      Ni kali kedua orang tu tanam timun cina. Dulu ada gak dia beri… pada mentua laa sebab kami jarang balik rumah sana. Rumah mil di seberang taliair tu, rumah Tie (di side bar) opposite…. senang je, main lambai-lambai, hehe..

  4. May 3, 2010 at 3:05 pm

    minggu sudah maza pergi ke Perlis dan kedah.. memang panas di bubun kepala lorrr..
    mujur sebelah petang hujan.. kalau tak, boleh pengsan.. aderkkk

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:30 am

      Sebelum tie publish entri ni, memang ada hujan 2-3 hari.. lebat gak, di ganu pun sama. Tapi sekarang dah panas semula. Agaknya kemarau kali ni agak panjang.

  5. May 3, 2010 at 4:03 pm

    kat kl pun panas.. tp masih blum smpi tahap kemarau…

    .
    .

    psssttt… takkan nanti kutip sebiji dua je tembikai tu..😀 hihihi.. err.. ooppsss.. bukan angie nak.. angie kurang suka tembikai…

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:31 am

      Angie tak suka tembikai ?
      Air tembikai pun tak suka ?
      Hmm… rugi laa.. hihi…

  6. May 3, 2010 at 6:53 pm

    Salam Kak Tie…..

    Sesekali kita perlu m`rasai nikmat yg satu ni…..
    Nanti “di sana” lebih lagi tahap k`panasan, kan…

    Di Utara ni mmg panas……hujan sesekali je.

    psssttt : Kanda Maza ada call sy masa dia dtg Alor Setar, tapi takde jodoh nak b`temu. Lain kali je la……huhuhuhu.
    🙂

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:31 am

      Pokcik tu called ?

      Suara dia camna ? Garau atau halus ?

      Waaakakaka…………

      • May 4, 2010 at 10:25 pm

        Suara Kanda Maza mcm Bret Pit gituuuuu……control2 gitu tone suara nya.

        Huhuhuhuhu….
        🙂

        • Tie
          May 5, 2010 at 8:00 am

          Ooo…. gitu ke ?

          Hihihi…

  7. May 3, 2010 at 8:17 pm

    Tie, kt kg kedah pun kalau kemarau mcm gitu le

    negeri2 kt utara semenanjung ni, kalau kemarau mmg xtream keringnya

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:32 am

      Dah musim la tu. Tapi kalau dah hujan, ada kilat petir pulak, ni yang takut.

  8. May 3, 2010 at 9:05 pm

    kak tie,selising tu kampung ibuku!!rindu nk balik sana,dh lama tak blik pas arwah nenek pergi.teruknya kemarau smpi kering kontang.

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:34 am

      Ooo… kak tie lupa, ct asal sana, ekk. Memang kemarau ni, air di telaga hampir kering. Mujur rumah kak tie guna air paip, jadi adik ipar tu boleh tumpang guna sebab telaga di rumah mereka kekeringan.

  9. sya
    May 3, 2010 at 10:23 pm

    kak tie, ikan2 tu nyorok dalam tanah kut..

    ish, teruk ye kemaraunya?
    kat sini Alhamdulillah, hari2 hujan sekarang ni… meh datang sini..😛

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:38 am

      Kak tie ni asyik lupa, Sya ni tinggal di mana sekarang ?

  10. May 4, 2010 at 6:14 am

    sini pun ada kot sminggu dua hari tu panas aje
    dua tiga hari ni baru hujan
    legaaaaa~

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:40 am

      Ooo… dah abis musim snow, ekk… lupa la, dah bulan May, hehehe… Dah besar anak mok!

  11. May 4, 2010 at 7:23 am

    musim panas kemarau sekang nih,

    salamm,

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:40 am

      Betul tu,

      salam…..

  12. ima
    May 4, 2010 at 9:04 am

    salam kak tie…ima pun ada dengar gak, dari keluarga kt kg tentang kemarau ni…ohhh rindunya nak balik kampung…

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:41 am

      Ima, kalau guna air paip, tak rasa sangat. Tapi kalau guna telaga, memang susah sikit, nak mandi bercatu, nak urus apa-apa pun jadi tak ada mood pulak, hehe…

  13. May 4, 2010 at 10:18 am

    sampai merekah tanah. seronok ye boleh beli tembikai segar dari ladang.

    • Tie
      May 4, 2010 at 11:43 am

      Tembikai di sini biasanya banyak biji, kak tie tak berapa gemar sebab malas nak buang bijinya. Tapi kalau orang beri, memang kak tie tadah tangan luas-luas, hihi…

  14. May 4, 2010 at 11:49 am

    tengok kolam tu, kering sungguh ek… sekarang dah mula ujan, moga2 ikan2 dapat kembali bermain2 di sana

    • Tie
      May 4, 2010 at 9:45 pm

      Mak su, dah 4 hari tak hujan ni.. cuaca lak panas terik. Tapi kalau hujan mesti ada kilat dan petir.. takut lak!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: