Home > kehidupan > Tips memikat mentua

Tips memikat mentua

Haha…. mungkin kalian ingat mokcik ni dah betul-betul mereng. Selepas beberapa entri yang agak panas, tajuk ni tentu mengharukan.πŸ˜›

.

.

Selipar baru orang dapur… hihi…

.

.

Err….. tahu la , Tie tak layak nak beri nasihat tentang ini, tapi tetiba rasa rajin lak nak kongsi beberapa tips buat kebaikan adik-adik yang bakal melayari alam rumahtangga dan kepada yang masih baru dalam alam rumahtangga. Janganlah buat kesilapan seperti di bawah ni.

.

.

Mula-mula yang paling penting ialah

1. Persediaan dari segi emosi dan fizikal.

2. Kalau dah cukup semuanya, bolehlah belajar mengurus rumah dan memasak. Jangan fikir kita akan pandai dengan sendirinya. Tie dulu setiap hari minggu, dapur jadi hak milik Tie. Tie akan masak ikut suka dan mak akan komen. Tapi Tie tiada banyak masalah kerana dari kecil suka tengok mak masak dan bantu mak mengemas rumah.

3. Rajin. Sifat rajin itu penting. Kalau kita malas, apa pun tak menjadi.Jadi, buang jauh-jauh sifat malas dari sekarang. Malas itulah akan menyusahkan kita nanti.

4. Setiap pagi, buatlah air untuk suami. Samada di rumah sendiri atau di rumah mentua, pastikan ada air secawan untuk suami kita. Ia adalah pengikat kasih sayang, bukan sahaja antara kita dan suami tapi , bila mentua tengok, rasa sejuk hati dia kerana ada orang yang jaga makan minum anaknya. Ada orang jenis malas nak bangun pagi. Di rumah mentua pun buat begitu. Naik sesak nafas orang tua tu dibuatnya.

5. Jangan biarkan suami kita makan seorang. Makan bersamanya, temankan dia jika kita kenyang. Hidanglah apa-apa kegemarannya . Terutama bila berada di rumah mentua. Pastikan mentua kita tahu yang kita sayangkan anaknya. Tapi janganlah over sangat. Sampai ada yang beriba depan mentua dan ipar duai…… Rasa naik loya tengok! Kalau nak beriba atau berdukung tu buat dalam bilik je laa…. ekekeke……

6. Kebiasaan sifat seorang ibu, amat cemburu bila anaknya beri layanan lebih kepada menantunya. Kerana itu, kita sebagai menantu kena pandai ambil hatinya. Masa mula-mula berkahwin, hadiahkan mentua sepasang dua kain sepersalinan, tanda menghargai restu darinya. Dan rajin-rajinlah bantu dia di dapur tu. Jangan segan pulak. Jadikan dapur tu milik kita .

7. Jangan kedekut. Kalau kita keluar bersama mentua, belanjalah dia sesuatu. Atau sekurang-kurangnya bayarkan apa-apa yang dia beli. Jangan berkira dengannya. Kalau kita terpaksa tinggal bersama mentua, belilah barangan dapur sekali sekala.Kalau kita bertandang ke rumahnya bawalah sesuatu… kuih atau masakan yang kita sediakan sendiri. Ingat, jangan beli makanan di kedai!

8. Tonjolkan kelebihan kita. Samada seorang yang berkerjaya, pandai masak, pandai menjahit, pandai buat kraftangan, pandai menyanyi… opps ! :oops:Β  Kalau pandai jahit, boleh jahitkan bajunya, tapi janganlah mintak upah pulak!Β  Ada kes mentua punyai 2 orang menantu yang pandai jahit. Seorang tak pernah minta upah, malah kekadang ada sedekahkan pakaian yang dijahitnya sendiri. Seorang lagi kenakan bayaran. Kalau kita jadi mentua, agak-agak kita suka yang mana, ekk ?

Mentua dan suami banyak habiskan masa, tenaga dan wang untuk perkahwinan kita. Janganlah buat mereka menyesal pulak! (Tie pernah dengar ini – menantu aku ni tak tahu satu apa pun , kecuali buat anak!). Tie pasti, setiap orang ada kelebihan masing-masing. Jadi, janganlah rasa rendah diri. Tie ni mujur boleh ketuk-ketuk kuali, walaupun ada sedikit sumbang… hihihi…

Haa… ada satu lagi … elakkan dari memerap dalam bilik . Malu macam mana pun kena ramahkan diri. Ni, bila suami ada barulah nampak batang hidung. Kalau suami tak ada, entah apalah dibuatnya dalam bilik tu. Takkan tidur kot ? Kadang-kadang di rumah sendiri pun buat begitu. Mentua yang datang bertandang duduklah tercongok sorang-sorang… masak sendiri, makan sorang…. kesian gak! Ada ke patut ??

Sebenarnya semuanya ini adalah dari pengalaman Tie sendiri. Kes beriba tu berlaku depan mata.. depan anak-anak sedara. Sampai malu kita dibuatnya… Walaupun Tie bukanlah menantu pilihan tapi mentua selalu harapkan Tie. Kalau dia nak buat kenduri, dia akan susah hati kalau Tie tak dapat balik (kita dan suami ni tukang masak dan tukang cuci pinggan).

Sekarang ni diaΒ  dah ketagih masakan Johor, terutama asam pedas dan rendang. Tiap kali bila balik, mesti masakkan untuknya. Dia tak suruh, tapi kita fahamlah… bila dia kias-kias tu, hihi…..

Sedangkan lidah boleh tergigit, inikan pula menantu dan mentua, kan… eh.. kita tak de lah sampai gigit-gigit. Cuma tersinggung je sekali sekala. Tapi walau macam mana pun perasaan itu cepat hilang bila tengok dia sorang-sorang di dapur. Tak sampai hati tengok orang tua ni. Mentua umpama ibu kita sendiri. Semua orang akan buat silap juga. Kena selalu maafkan dan saling mengerti. (bunyi macam kerek je, waaakakaa……..)

.

.

~Kerek – maksudnya berlagak, sombong atau cakap besar.:mrgreen:

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. April 16, 2010 at 5:45 pm

    k tie,

    bukan senang nak mikat hati mentua k tie kan… dan bukan semua boleh terima cara kita kan… apapun kita insan biasa… cuba berusaha memenangi hati semua orang… — agak-agaknya camane pulak lah bakal menantu kita cuba memikat hati kita ye… mesti macam ragam juga kan k tie..

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:20 pm

      Haha… tu la.. harap-harap menantu kita nanti dapat terima kita sebagai mentua yang tak banyak kerenah!
      .
      .
      .
      Err… kak tie minat yang rajin je…. Esok-esok cucu pun jadi rajin..πŸ˜›

  2. April 16, 2010 at 5:51 pm

    tq tie utk petua2 ini, mmg betoi semuanyaπŸ™‚

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:21 pm

      Tie ni nak asah semula la mana-mana yang tumpul.
      Maklumlah dah jadi menantu lama.. hehe…

  3. DrSinga
    April 16, 2010 at 7:10 pm

    kerek tu…bahasa ‘kita’ ek??
    ingatkan semua orang paham…

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:23 pm

      Mungkin orang Johor dan S’pore je tahu…serta orang KL kot.

  4. April 16, 2010 at 7:14 pm

    nice tips kak tie..
    memang benar2 belake tu..
    kak tie mesti menantu yg baik ni!

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:24 pm

      Sedang berusaha ke arah itu dek!

  5. zareda
    April 16, 2010 at 8:00 pm

    saya pun bukan menantu pilihan, dan sangat malas bangun pagi sediakan sarapan terutama hari cuti even kat kg pun saya tido terbongkang lepas subuh.. ehheheh tapi saya adalah menantu harapan mertua sebab saya jenis tak menjawab, tak melawan tapi bila saya bercakap mertua terima dan tempat mertua luahkan suka duka sebab saya juga pendengar yang baik..

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:27 pm

      Alhamdulillah Zar, semua orang ada kelemahan dan kelebihan.

      Kalau kita tahu kelemahan kita, kenalah kita tampung dengan kelebihan lain pula, kan.. bagus tu. Mudah-mudahan hubungan baik tu terus berkekalan.πŸ˜›

  6. April 16, 2010 at 8:24 pm

    suka! suka! suka!

    tips yg sgt berguna ;D hihihihihihihihihihihihihi

    no.3 tu akan angie igt sampai mati… RAJIN RAJIN RAJIN… jgn malas… ya!!πŸ˜€

    thanx mama

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:30 pm

      Haaa…….

      Mama yakin Angie boleh jadi menantu yang baik.. malah yang diidam-idamkan para mentua… Menantu yang pandai jahit manik pulak tu. Bukannya senang nak dapat kemahiran begitu, sayang ooii!!
      .
      .
      .
      Lepas ni ambik kursus masak dan cuci longkang dengan mama, ya.. mama bagi makan minum free je, ekekeke……..πŸ˜†

  7. ima
    April 16, 2010 at 9:01 pm

    salam kak tie…bagus juga kak tie berkongsi tips ni..sekurang2nya pada yang lama macam ima ni, dapat mengingatkan kembali mana yang dah terlupa..hehehe,maklumlah kita hanya insan biasa…

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:32 pm

      Err… kak tie sendiri kena perbaiki mana-mana yang tercicir.. Sekarang ni terlalu sibuk hingga lupa tentang tu.

  8. April 16, 2010 at 9:04 pm

    salam tie. Belikan selipar dapur merah cam tu mesti mak mentua sayang tu hehe..
    mak mentua kpah tak bnyk kerenah. Macam mak sendiri..

    • Tie
      April 16, 2010 at 9:33 pm

      Kakpah, masa baru-baru kahwin dulu, memang Tie ada belikan dia selipar… 2 pasang lak tu. Pakai di dapur … nampak gaya kena beli yang baru la ya.. hehe…

  9. April 17, 2010 at 3:23 am

    salam..
    kalau ‘gerek’ pulak org utara pggil utk basikal.

    suka la dgn tip2 ni..

    bila sebut ada org buat2kan air utk kita.. teman kita makan.. rasa mcm nak kawin terus je skrgπŸ™‚

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:45 am

      Alaaahai….πŸ˜†

      .
      .
      Nanti, carilah bakal isteri yang benar-benar rajin. Yang pandai mengurus masa. Sekarang ni kak tie perhatikan (tengok anak-anak sendiri), ramai yang agak malas dan manja. Tapi itu boleh diperbaiki, kerana lelaki kan Raja dalam rumah tangga.. so, pandai-pandailah didik isteri dengan penuh kesabaran. Insyaallah.

  10. nahmy
    April 17, 2010 at 12:05 pm

    yg paling tak berapa boleh buat ialah tang ‘jgn kedekut’ tu…sbb sendiri punya budget pun kekadang tu cukup makan je..

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:48 am

      Haha… Buat sekadar yang mampu. Macam Tie ni, kawan-kawan suami selalu beri sesuatu (makanan mentah…) , Jadi, kerana keluarga Tie agak kecil (anak 3 orang je), tentu tak boleh habiskan. Kerana itu, Tie selalu simpan untuk dieksport ke kampung. Suka tengok ipar-ipar dan anak sedara makan dan bergurau senda. Tang duit tu je yang tak berapa mewah.. tapi masih dikira sederhana laa…

  11. April 17, 2010 at 3:59 pm

    salam kak tie..
    bagus tips kak tie..boleh pakai nanti..bila dah ada mak mertua la..hehhe..

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:49 am

      Alhamdulillah… harap-harap begitulah. Jadilah isteri dan menantu yang disayangi dan disenangi..:mrgreen:

  12. April 17, 2010 at 5:25 pm

    baiklah kak tie…nanti sha akan ingat sampai bila2!:)

    doa2kanlah sha akan ada mak mertua ye:p

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:52 am

      Ha… Ingat betul-betul !!
      .
      .
      Ada pasangan baru yang terlalu hangat dalam percintaan hingga lupa yang mereka berada di rumah mak @ mentua.. Mujur tak pitam orang tua tu!! Kita ni menantu lama sampai naik berbulu bijik mata !! Waaakakaa…….. jangan over tau!

  13. April 17, 2010 at 5:37 pm

    Salam Tie ..

    Baru habis baca post2 yang lalu… *sigh*
    I takde pengalaman d’bomb dgn mak mentua sebab dia pergi tak kembali selepas 4 bulan I kawin. Ada mak mentua tiri, tapi dia baik tak banyak kerenah. Apa pun, I harap dapat menantu yang lebih baik dari I (I baik sikit jer, heheh).

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:54 am

      Hi hi… masa tu Tie tengah emo.

      Sekarang dah lepas.. dah boleh gurau pasal mentua!:mrgreen:
      .
      .
      Tie pun gitu laa.. harap dapat menantu yang boleh jaga anak kita je. Kita ni tak perlu nak susah-susah, kan.. asal mereka bahagia.. hehe..

  14. April 17, 2010 at 6:04 pm

    he he he kak tie, mmg bagus petua2 ni terutama utk2 mrk yg baru menceburi dunia perkahwinan ni. milla pun bknlah menantu pilihan, org luar plak tu…sendiri mau ingatlah ye kak tie, masa baru2 kawin dulu milla byk belajar masak2 dgn mentua…he he he.

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:55 am

      Kak tie pun banyak belajar masak-masak dari mentua. Terutama favourite suami. Tapi, mujurlah masakan kelantan ni simple je.. tak macam masakan Johor.. kira senanglah sikit.πŸ˜›

  15. April 17, 2010 at 8:19 pm

    …..dengar tu bakal-bakal menantu!
    Nasihat yang sangat berguna dari Kak Tie tu…

    (Mak mentua ckLah meninggal sebulan lepas Raya tahun lepas….tahun depan beraya tanpa dia nampaknya…)

    • Tie
      April 18, 2010 at 7:57 am

      Kak tie cuma ada MIL je. Tak pernah kenal FIL, sebab dia dah tiada sebelum kami bernikah. Tapi… arwah FIL tu dah kenal kak tie dulu.. melalui gambar yang suami kak tie tunjukkan padanya…

      Dia bagi greenlight sebelum dia meninggal.. sedih pulak mendengar kisah tu..

  16. April 19, 2010 at 11:05 am

    baca2 tips ni…
    mmg confirm sy xleh kwin lg dalam masa 2-5 taun ni
    ekekek~

    ….tunggu anak laki kak tie je la camni
    bulih.. err mak?
    WAKAKAKAKπŸ˜›

    main2 je yeπŸ˜›

    • Tie
      April 19, 2010 at 11:11 am

      Hi hihi… nakal , ya Adila ni!!

      Anak kak tie tak padanlah dengan Adila yang comel tu..πŸ˜›

      Tapi kalau dapat menantu macam Adila ni, memanglah bertuah sebab punya kebolehan tersendiri. Bolehlah kak tie jadi model majalah makcik, ya.. hehehe…
      .
      .
      Err.. kalau tak pandai buat kerja rumah pun tak pe.. asal rajin basuh pinggan!!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: