Home > kehidupan > Terima kasih

Terima kasih

Okaylah, Tie nak ucap terima kasih kepada semua yang susah payah beri nasihat dan sokongan. Memang terharu ni. Tie juga nak minta maaf kerana entri-entri yang lepas pasti mengganggu emosi kalian serba sedikit.

Tie berani luahkan disini kerana tiada seorang pun di antara pembaca kenal penulis ni. Sepupu Tie yang selalu intai di sini pun tak kenal keluarga sebelah sana. Kalau nak buka pekung di dada tu… entahlah.  Tie rasa entri-entri itu harus dijadikan ikhtibar. Atas kita samada nak fikir cara positif atau tidak.

Pada seorang sahabat tu, maaflah Tie tak approve komen darinya kerana agak keterlaluan. Tie fikir kalau Tie approve nanti dia sendiri yang tanggung malu sebab dia dikenali. Tie tak nak kerana entri ini dia disalahertikan. Niatnya baik, tapi cara dia menegur tu agak over sikit. Tie paling tak suka bila disindir-sindir. Paling benci tang tu.

Tie takkan berdendam dengan orang sana. Memang kita kena akui, kesilapan itu lumrah manusia. Dan Tie pun banyak buat silap, terutama kerana published entri-entri kontroversi tu. Walaupun begitu, rasa puas hati kerana dapat reaksi yang positif dari teman-teman. Terima kasih sekali lagi.

Satu hari nanti, insyaAllah dia akan berubah. Tie dah nampak sikit perubahannya cuma dia masih lagi tidak dapat kawal nafsunya. Agaknya itulah kelemahannya. Harapan Tie agar kita tidak mengulangi kesilapan yang sama. Tak dapat Tie bayangkan kiranya anak-anak kita sanggup berhutang semata-mata untuk memuaskan kehendak kita !

Memang selama ini Tie tak pernah minta suami itu dan ini dengan berhutang.  Tie naik tanduk bila abang terpaksa berhutang kerana dia. Dan dia suka-suka canang satu kampung yang abang tanggung permintaannya. Tie memang benci hutang ni. Kalau boleh kereta dan rumah tu pun nak bayar cash. Sampai abang kata, rugilah kalau beli kereta atau motor cara cash! Errk ! Tie tak tahu pun tentang itu !

.

.

Oh ya… Tadi abang merungut. Nak tahu sebab apa ? Haha…. katanya di Ganu ni, tiap kali masuk kedai, orang akan panggil dia , Pok ( pak). Contohnya, ” Nak apa Pok ?” Dia kata, kalau di Kelantan, tua macam mana pun dia  masih dipanggil   abe (abang)…. hihi……

Maknanya kaum perempuan di Kelantan ni begitu perihatin dengan kata-kata, kan…? Atau lelaki ni mudah cair dengan panggilan abang ? Entahlah… nanti malam Tie nak test, ya…. ekekekeke……………

Categories: kehidupan
  1. April 15, 2010 at 7:47 pm

    Sahabatku….
    Semoga Allah merahmati kehidupan kita…Amin!

  2. April 15, 2010 at 10:03 pm

    ekekekekekke.. pok cik!!😛

  3. April 15, 2010 at 10:37 pm

    salam.. rasanya bukan mudah cair, tp rasa lebih dihormati.

  4. zareda
    April 15, 2010 at 11:04 pm

    kak tie

    test jangan tak test tau.. hehehhe

  5. April 15, 2010 at 11:14 pm

    .. saper lah mamat yg kaki sindir tu ya? hehehe

    kalau maza, berani kata, berani tanggung.. kalau dah mabuk merapu maza tak terkata apa lah.. mungkin terlebih dose ubatlah gitew..hehehehe

    err.. kalau dipublish entry mamat tu, elok gak. mungkin ada yg boleh difikir2kan kot.. tapi bak kata org, mungkin memalukan banyak pihak.. heheheh.. entah ler…

    bab panggil abg tu, maza sebenarnya sejak lima tahun lepas lagi, tatkala anak sorg sudah ada yg panggil pokcik! Atuk pun pernah.. mulanya terasa gak.. tapi skrg, lantaklah.. hehehe

    kalau panggil abe tu bagi maza tanda kita saling hormat-menghormati.. tak salah kan? tapi kalau dah panggil nama abangggg dgn meleweh dan meleleh2.. ahaks.. Tuhan ajelah yg tahu…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: