Home > kehidupan > Bila dugaan dikatakan balasan Tuhan

Bila dugaan dikatakan balasan Tuhan

Kita nak sedarkan diri sendiri. Sesiapa nak tambah, dipersilakan.

Dulu Tie selalu dengar bila ada orang mendapat kesusahan, kemalangan, kecurian, dapat sakit kronik atau sedang menghadapi azab saat kematian, ada suara-suara mengatakan yang mereka sedang menerima balasan Tuhan.

Namun, sekarang dah jarang kedengaran suara-suara negatif tu. Alhamdulillah. Tie sendiri masih berusaha  mendidik hati agar tidak menghukum sesama insan. Nak kawal lidah senang, tapi hati ni kena banyak-banyak beristighfar…. Hanya Dia sahaja yang tahu hikmah disebalik kesulitan kita.

Dengan itu diharap janganlah kita pandang serong pada saudara-saudara kita yang dalam kesusahan, yang punya masalah dengan pasangannya, yang selalu sakit-sakit, yang anaknya tidak sempurna seperti anak kita, yang belum berpeluang menimang anak, yang belum sampai jodohnya, yang sentiasa didatangi musibah dan banyak lagi.

Sebenarnya mereka-mereka ini adalah antara orang yang dikasihiNya, kerana Dia inginkan mereka ini supaya sentiasa mengingatiNya. Kita yang senang lenang atas dunia ni tentunya tidak  mungkin dapat menghargai nikmat kesenangan kecuali jika kita sendiri mengalami kesusahan walaupun sebentar..

.

.

.

.

Tengoklah, suhu kat rumah Tie malam ni 32 darjah C.  Suhu di tempat kalian bagaimana ?

Categories: kehidupan Tags:
  1. April 15, 2010 at 11:38 pm

    mulanya nak merajuk! tapi tak jadilah.. heheheh

    .. bab mcm ni susah sikit maza hendak perkatakan..
    Bagi pendapat maza, ia banyak bergantung kepada iman dan keyakinan diri jua..

    1) memang Allah SWT berfirman, antaranya berbunyi, “Kamu sangka kamu telah beriman? Sedangkan Allah SWT belum lagi menguji kamu sebagaimana Kami menguji orang terdahulu. Ada antara mereka Kami uji dengan seberat-berat ujian”

    lantaran itu dugaan yg menimpa itu ialah ujian dari Allah SWT.

    2) kategori kedua pula ialah bala’ atau kifarah…

    perkara ini juga ada dinyatakan didlm hadis dan Quran..
    sbgi contoh di dlm al-Quran ada menyebut, “Sekiranya kami hendak menghancurkan sesebuah negeri, cukuplah kami datangakan wanita sebagai pemimpin mereka”..

    harus diingat frasa wanita ini ada ulama menyatakan tidak sepertinya pemimpin itu wanita sendiri, tetapi juga ialah sebagai bandingan atau analogi seorg pemimpin yg bersikap penakut, kecut atau yg negetif.. wallahualam..

    dlm pada itu juga Allah SWT pernah mengancam jika kita tidak pelihara iman dan sesama masyarakat, bala’ akan disampaikan tidak mengira di dlm negeri itu adanya org beriman atau tidak!

    Begitu juga cerita perihal mushibah yg diceritakan didlm al-Quran yg ditimpakan kpd Yahudi. Bila mana mereka melanggar syariat yg tlh diturunkan ke atas mereka. Iaitu pada hari larangan untuk berkerja (sabtu), mereka telah keluar memancing ikan. Lalu Allah SWT telah melaknat dan menyumpah mereka dgn menukarkan wajah mereka dgn wajah beruk!

    Lantaran itu, bagi maza sekali lagi, apabila meihat sesuatu kesusahan ke atas seseorang, janganlah kita ketawakan mereka.. tetapi insafilah diri terlebih dahulu dgn beristigfar..

    Kendian jika mampu, bantulah mereka sebaik-baiknya.. paling ringan ialah dgn mengingatkannya bersabar, kerana sabar ialah makanan orang2 yg bertakwa dan beriman!

    Kesimpulannya, maza setuju dan sokong apa yg diperkatakan Tie di atas..

    Maza sendiri pun adakalanya (kekadang selalu) terkucil! huhuhuhu..

    Maza insan kerdil, tapi punya jiwa besar! (besar berangan jerk!.. heheheh)

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:27 pm

      Betul tu, Tuhan juga menurunkan bala atas dunia ni, balasan terhadap kemungkaran . Tapi kita tiada hak nak hukum dan mengatakan seseorang mendapat balasan Tuhan. Itu rahsia Allah. Tak gitu ?

  2. April 16, 2010 at 12:05 am

    sini panas…time siang. tp malam….sejuk yang amat. dugaan atau musibah agaknye ye?

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:29 pm

      Panas juga, ya ? Kak tie sekarang asyik dapat migraine je.. tak tahan panas. Tapi kalau masuk dalam kereta, kena air-cond.. asyik nak menguap pulak! Abang kata , haa.. nak tidur la tu, ekekeke……
      .
      .
      Cuaca panas ni hasil dari kesilapan kita juga.. Lagipun dunia ni dah tua.

  3. Hanz
    April 16, 2010 at 2:18 am

    Tepat sekali kak Tie… untuk kita menilai orang yg sedang ditimpa kesukaran hidup baiklah kita menilai dengan hati yg suci murni..baik sangkalah…anggap saja ia ujian kepadanya & iktibar kepada kita yg memandang…tu lagi baik untuk jaga iman/ hati.

    Untuk kita sendiri yg mengalami saat-2 sukar kehidupan, baiklah kita anggap ia ujian & jika boleh redho/hati terima ia hukuman Allah, tu lagi bagus untuk kita berubah kepada lebih baik…kan?

    InsyaAllah.

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:31 pm

      Kerana itu bila saudara kita menghadapi kesukaran, bantulah dan sokonglah dia sebaik mungkin. Kata-kata perangsang itu amat bererti baginya.. kan..?

      • Hanz
        April 17, 2010 at 1:38 am

        Ikut kemampuan masing-2lah juga Kak Tie…kalau pun yg kena kesusahan tu adik beradik kita sendiri atau sedara sepupu sepapat pun, tak tentu kita (maksudnya semua kita atau sesiapa antara kita, ok) membantu, nasihat, sokongan moral atau apa jua bentuk bantuan kpdnya yg memerlukan. Kalau sudah hati kita berkarat/buta mata hati/busuk hati harus kita buat tak tahu saja walaupun kita sebenarnya (jika dihisab Allah s.w.t.) ketika tu mampu tolong.

        Tu belum sapa sapa yg kita kenal jauh (hubungan) walau kita tahu dia tengah susah pun kita boleh buat apa? At least, kita patut buat macam saranan Kak Tie & brader maza tu, menyabarkannya orang tu & pesan atau bagi semangat & doa kpd Allah akan dia jika tak boleh tolong apa-2 lagi dah. That shows we sincerely care each other lmo. If everyone loved and nobody lied, If everyone cared and nobody cried, If everyone shared and swallowed their pride, Then we’d see the day when nobody died of hatred, war, distress, confused, slender etc. Just commit to change to better & get right the wrongs, shall we?

        • Tie
          April 18, 2010 at 7:41 am

          Kak tie suka ayat-ayat akhir tu. Besar pengertiannya. Thanks Hanz !!😛

  4. April 16, 2010 at 7:01 am

    Manusia memang cepat menghukum. Daripada mulut celupar terlepas cakap baiklah diam dan doakan sahaja musibah yang melanda itu hilang. Allah yang Maha Mengetahui. Siapakah kita yang nak buat tanggapan begitu…..

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:32 pm

      Alhamdulillah, sekarang dah ramai yang sedar.. Tie pun kena selalu ingatkan diri sendiri.. Asyik lupa je.

  5. April 16, 2010 at 7:16 am

    sungguh panas kanns,

    salamm,

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:32 pm

      Memang panas.. luar dan dalam!

  6. April 16, 2010 at 8:28 am

    Allah menguji pada hamba yang dikasihiNya..
    Dia dekat pada hambaNya yang dekat padaNya..

    Tie..kat sini pun panas giler..
    meleleh luar dalam…

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:33 pm

      Waaakakaa……….😆

      Sally, jom ikut Tie berendam kat air terjun Sekayu !!

  7. April 16, 2010 at 9:52 am

    dengan cuaca panas macam ni bangun tengah malam pun rasa nak minum ais tapi lepas tu tekak perit.

    • Tie
      April 16, 2010 at 12:34 pm

      Kak tie dah start batuk-batuk ni…

      Tak lama lagi suara akan jadi lebih romantik!

  8. April 16, 2010 at 1:19 pm

    k tie,

    kita sebagai manusia memang suka menghukum, memberi hukuman dan menambah hukum. sbb dunia semakin maju dan orang semakin bijak berfikir dan suka dari baik menjadi lebih baik. mungkin untuk dinilai atau penilaian dimata orang lain… hakikatnya izan takut terhukum. inilah diri izan sebenarnya…. kadang2 dalam usaha memberi peringatan pada orang lain… terlupa kekurangan sendiri dan terhukum sendiri.. sungguh takut ujian Allah. Mudahan izan akan sentiasa sedar dan menilai diri sendiri sebelum menghukum orang lain…. terima kekurangan orang lain seadanya dan mudahan Allah memberikan kebaikkan pada kita semua… amin. TAKUT AZAB TUHAN atas kesalahan besar…..

    • Tie
      April 16, 2010 at 5:11 pm

      Ya Zan.. kak tie ni selalu lupa. Jadi tulis ni untuk mengingatkan diri sendiri.

  9. April 16, 2010 at 2:02 pm

    ckLah pernah terkedu dalam satu peristiwa…

    Seorang teman bercerita dengan sedihnya, rumahnya dimasuki pencuri. Memang banyak yang hilang.

    Tiba-tiba, ada seorang hamba Allah terus saja berkata…
    “Itu balasan tuhanlah tu…kau tak bayar zakat kot! Sekarang ni Tuhan bayar kes je!”

    Memang terkedu ckLah.
    Siapalah kita untuk menghukum dan mengkelas sesuatu…kan!

    • Tie
      April 16, 2010 at 5:14 pm

      Tie pernah rasa begitu. Sedih lak.

  10. April 16, 2010 at 3:20 pm

    cuaca kat sini mmg HANGAT! tu yg hati pun mudah jd HANGAT klu tak sabar…

    .
    .

    baru je nak ber’camp’ing kat umah mama… kensel la… umah mama pun hangat gak rupanya😀

    • Tie
      April 16, 2010 at 5:15 pm

      Sini panaslah Angie…

      Mama nak pergi berendam ni, hihi…

  11. April 16, 2010 at 4:05 pm

    Salam,
    Kak Tie,
    Siapa kita untuk menghukum orang lain, kan?
    Kalau benar musibah itu bala sebab Allah nak kita bayar cash, paling tidak kita tidak lagi perlu bersoal jawab dengan dosa berkenaan di akhirat yang dah tentu lagi pedih dan azab.
    Allah bagi ujian kepada hambaNya yang terpilih sahaja. Untuk menguji, untuk memberi pahala kalau kita sabar dan menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah kita terbuat. Bukankah itu untuk kebaikan kita juga?
    Selepas berlaku musibah, percayalah…banyak perkara yang kita boleh dapat. Kita akan lebih sabar dan tabah, kita lebih cekal dan kuat, kita juga akan lebih rasa syukur. Malah banyak lagi kelebihannya, termasuk sedar diri kita ni hanya hamba yang lemah.
    Tak timbul masalah untuk menghukum orang yang sedang menerima musibah dengan apa-apa hukuman. Kalaupun orang itu jahat sekalipun, kita tak pernah tahupun kiranya Allah akan ampunkan umatnya yang mana satu. Salah hari, taubatnya itu lebih nasuha dan ikhlas berbanding kita yang setiap hari sujud di sejadah tetapi penuh dengan sifat riak, takabur dan ego.
    Kak Tie, apapun ujian, musibah atau dugaan…Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.
    Alamak! terlebih panjang pulak…sowi, tuan rumah😉

    • Tie
      April 16, 2010 at 5:17 pm

      Salam Anyss,

      Komen yang bagus. Kak tie suka !

      Sebab tu bila kita tengok orang jahat.. jangan kita kata dia. Mana tahu esok-esok dia insaf dan bertaubat malah hatinya jauh lebih bersih dari kita.

      Terima kasih atas komen ini..😆

  12. April 16, 2010 at 5:54 pm

    betul, kita jgn cabul sangat nak mengata orang…tak semestinya tika dia dilanda sengsara dan kita berbahagia makanya kita akan selamat selama-lamanya, dunia bulat, roda bulat, syiling bulat, bola bulat…

    • Tie
      April 16, 2010 at 5:57 pm

      Err…. mak su…. macam emosi pulak bunyinya, uwaaaaa…….😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: