Home > kehidupan > Duit, duit, duit…………

Duit, duit, duit…………

Amaran : Entri beremosi ni agak panjang. Kalau rasa tak selesa, tak payahlah baca atau tinggalkan komen. Tie hanya lepaskan marah sikit jer. Tapi kalau ada yang sudi meninggalkan nasihat, terima kasih laa………..

.

.

Kelmarin ‘orang’ dari kampung (hubby) called. Tanya,  “Naik gaji ke ?” Katanya di kedai riuh orang cerita pasal gaji baru ni.

Sebenarnya gaji baru yang diumumkan baru-baru ini dah basi pun. Keputusan tu dah dibuat sejak tahun lepas lagi. Media suka melebih-lebih. Susah payah jumlahkan pelbagai elaun yang kononnya bakal kita terima. Padahal setiap orang hanya layak untuk satu jenis elaun je. Kerana itu orang luar menyangka orang kerja macam abang kita ni banyak duit.

Abang kita akan terima kenaikan RM100++ sebulan.  Itupun tak dapat lagi. Tak pasti bila. Mungkin tahun depan, kot… Hmm… kalau tunggakan setahun dapatlah RM 1000++ 😆

Kadang-kadang Tie ni rasa kecik ati betul. Ye laa… orang kampung tak faham budget kita sekeluarga. Duit kami banyak dihabiskan untuk keperluan anak-anak. Makanan yang berkhasiat,  ubat dan rawatan bila sakit , serta yuran kelas tambahan.

Barang rumah ni, biasa-biasa je. Langsir dah 5 tahun tak tukar (sejak pindah sini) Tu pun langsir yang harganya RM4 semeter. Selapis je. Bunga hiasan yang ada ni pun Tie beli masa nak raya 8 tahun lepas…  Tie juga kumpul bunga-bunga telur dari kenduri kahwin dan sumbat dalam pasu (yang orang beri jugak), hehe…

Semua perhiasan di rumah ni, termasuk pasu, hiasan dinding , dan lain-lain adalah cenderahati atau pemberian seseorang. Tie memang jenis sayang nak keluar duit untuk benda-benda gini. Memang kalau tetamu yang datang rumah ni pertama kali, akan ingat abang ni kerja kampung je(orang kerja kilang pun boleh beli perabut jati, kan ?)… barang rumah kami macam pesen 15 tahun lepas, hihi…. (Tie jenis kedekut nak bermewah-mewah sekarang…. nak tunggu anak-anak besar dulu)

Bila kerajaan canang kenaikan gaji atau elaun, mereka ingat kita terima ribuan RM. Gaji abang kita ni mungkin tak layak kalau nak tinggal di KL atau JB. Dengan sewa rumah, tambang van  sekolah dan makan… kemungkinan besar mokcik ni kena jual nasik lemak tiap pagi.

Tie sendiri tak berpeluang nak kirim mak duit tiap bulan. Kita tak kerja. Elaun yang abang beri memang cukup-cukup untuk keperluan dapur dan anak-anak. Malah kekadang tak cukup pun.

Cuma, bila dapat balik Johor, Tie berilah RM100 seorang pada mak dan ayah.. rasa sedih gak. Tapi nak buat macam mana… mujur adik-adik lebih mewah hidupnya. Dan mak tak nak pun duit dari Tie…….. Kita yang paksa supaya dia terima.

Dua tahun dulu boleh gak Tie curi-curi sedikit elaun dapur tu, kumpul sikit-sikit, beli baju atau barangan idaman. Tapi sekarang dah tak boleh.. Harga barang dah berganda. Kalaulah boleh tanam sayur kat belakang rumah ni tentu best. Malangnya tanah di sini keras, tak larat nak mencangkul.

Abang kita ni jenis malas nak explain pada ‘dia’… yang kami taklah semewah dulu. Tie faham tu. Cuma Tie harap benar ‘dia’ faham masalah kami. Elaun bulan memang Tie selalu ingatkan pada abang supaya hantar ke kampung…

Duit elaun yang abang beri tu memang cukup untuk dia seorang. Mungkin ‘dia’ tak puas hati bila dengar ibu-ibu lain dapat elaun lebih… tak tahu laa… Yang Tie kesalkan, orang lain lepas tangan… pada abang dan sorang lagi. Mereka fikir abang kita ni cetak duit. Maklumlah kerja gomen.

Dan satu lagi yang buat Tie kesal, kebanyakan kaum ibu di sana suka benar bangga dengan gaji anak-anak masing-masing. Siap beritahu bandingkan elaun bantuan yang anak-anak mereka beri.  Tak baiklah macam tu. Esok-esok nanti, Tie sendiri kena ingat. Duit pencen abang tu cukuplah untuk belanja beras dan bil api/air Tie sorang. Tak sampai hati nak minta-minta dari anak-anak. Harap Tie sendiri akan ingat ni.

~ Err….. cukuplah kita membebel malam ni.😛 Maaflah kiranya ada yang tersinggung.

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. April 13, 2010 at 11:09 pm

    Bab duit ni memang sensitif sikit nak cerita…Hanya keluarga tu saja yang tahu bagaimana keadaan kewanga mereka. Orang luar memang susah nak faham. Ada yang gaji besar tapi sentiasa tak kecukupan dan berantakan, ada yang gaji sederhana, tapi sentiasa berkat selamat…(haap kita termasuk dalam gologan yang berkat tu ya Tie..Amin)

    Apa-apapun saya sentiasa berdoa, agar masa tua nanti saya tak sampai menyusahkan anak-anak….atau mengharapkan wang ringgit mereka.

    • Tie
      April 13, 2010 at 11:18 pm

      Setakat ini alhamdulillah, Tie sekeluarga okay. Sederhana dan aman je, hehe.. Cuma bila ada yang mintak bantuan lebih tu, tak bolehlah kami nak beri. Sebabnya simpanan yang ada dulu dah kering, kerana dia juga. Tak berani nak ungkit sebab takut tak dapat pahala lak.

      Tu la.. sebab tu Tie warning kat suami, jangan berhutang lagi kerana duit pencen tu untuk masa tua kita. Tie tak nak apa-apa pun dari anak-anak nanti.

  2. April 14, 2010 at 6:42 am

    sabar sajalah lah… kadang2 nak bagi tau periuk nasi kita pun bukan orang nak faham…tak mungkin nak buat akaun bentangkan secara detail. Orang nampak luaran saja.

    • Tie
      April 14, 2010 at 12:15 pm

      Betul tu, orang hanya nampak luaran je.

  3. ROSE PURPLE
    April 14, 2010 at 10:05 am

    Tie, I faham sangat dengan situasi Tie sekarang, I dari sana and mertua I pun orang sana. I ingat kat kg I jer yang dok banding2kan berapa banyak anak bg tiap bulan kat diaorang rupanye sama. Tapi I selamat sebab I beli kheta kat diaorang, bulan2 I bayar, orang kg nampak cam kayo jer I padahal parents I bayar downpayment banyak so byaran bulanan sket jer..masalah I keluarga mertua coz hubby I tak bg bulanan, dia bagi sedebuk2 2 3 bulan sekali..tapi orge kelate kato “tok timbul”.

    Orang kata apa yg kita buat kat orangtua kita sekarang, macam tu la anak kita akan buat kat kita..

    Morale of the story:

    Beli benda yang besar supaya dah tentu-tentu orang kg tak tanya samada kita memberi atau tidak.

    Kalau nak bagi duit bagi tiap bulan senang orangtua planning

    Bila diaorang tanya berita2 suratkhabar jawab la “Suratkhabar la Mok..ntah betul ntah tidok”

    Hahaha sorry Tie, I merapu pagi-pagi ni.

    MINTAK MAAF YE KALAU ADA YANG TERASA.

    • Tie
      April 14, 2010 at 12:11 pm

      Rose, dulu masa Tie mula-mula jadi isteri, abang tu suka benar kirim duit selepuk-selepuk… 4-5 bulan pulak tu! Tie yang kena sindir-sindir, kuat beli laa… padahal, anak dah dua baru ada rice cooker dan sofa.

      Pastu, tak tahan, Tie paksa abang kirim tiap bulan. Barulah senyap. Kadang-kadang Tie ni jahat betul. Tie fikir yang dia ni tak sayang anak. Lebih sayangkan duit…

      Kalau nak ikut rasa hati, Tie nak beritahu dia yang kami terpaksa keluarkan duit cucu-cucu dia semata-mata nak tunaikan permintaan dia dulu…Tapi Tie diam je… nanti orang kata Tie ni menantu hantu pulak!

      Adoilah… sabar, sabar, sabar………..

  4. April 14, 2010 at 10:53 am

    Mmg ramai org tak faham keadaan kewangan kita. Dari luar org mungkin ingat kita ni hidup senang. Tak tahu naik pening fikirkan mana nak cekau utk belanja.

    Org kerja sendiri mcm saya ni kadang2 sampai 2-3 bulan tak masuk apa pun huhuhu.

    Apa2pun kita berdoa agar Allah murahkan rezeki kita.

    • Tie
      April 14, 2010 at 12:01 pm

      YB, kerja sendiri memang ada pasang surutnya.

      Moga-moga terus maju dan mewah rezeki demi anak-anak dan isteri.

  5. April 14, 2010 at 11:23 am

    Tie…
    Bersabar je lah..

    Akak dah lalui semua ini…macam bermadu pulak dengan keluarga sebelah suami…apa kita beli semua dia nak sama. Bukan saja orang tua nak di beri, malah adik beradik pun sama menumpang ..macam lah kami ni tokey balak!Tapi bila anak anak membesar dan memerlu kan wang yang banyak, masing masing sepi dan ada yang mengutuk …
    Kalau datang menziarah pun rasa macam tak di perlu kan..sedih Tie…
    Lama lama anak anak pun dapat rasa…so kami malas nak ziarah dan perhubungan pun renggang.
    Rumah akak ni pun mana ada barang barang mahal..semua jenis layak masuk muzium saja..hehehe
    Akak masih ingat lagi, pernah salah sorang adik ipar nak pergi bercuti, kebetulan kami ada kat situ..sanggup berbisik bisik dengan ipar yang punya anak 2 orang saja..macam lah kami teringin sangat nak ikut dia berjalan…serik, malu, dan marah kami waktu tu..
    Kini alhamdulillah…5 anak akak dah belajar di IPTA/s dan ada yang telah bekerja…
    tapi..perhubungan dengan keluarga sebelah sini masih tawar…kenapa ya???

    • Tie
      April 14, 2010 at 11:59 am

      Ish.. Kak Ezza,

      Macam sama je apa yang Tie rasa.

      Tak pe laa… jadikan ia satu pengajaran buat kita.

      Esok-esok jangan pulak kita repeat benda-benda gitu pada anak-anak cucu pulak !😛

  6. April 14, 2010 at 11:53 am

    Hi Kak Tie..
    Lama benar tak berkunjung ke sini.
    Maaf..

    Mmm..
    Selalunya org akan melihat luaran kita.
    Menyelami dasar tu lambat sikit.
    Tu yang, penilaian dorang jauh tersasar..

    Nak bagi dorang faham,
    nanti dikata berdalih lak..

    jadi..
    terpaksa biarkan je ar.
    Huhu..
    Mcm2 karenah org nie.
    Susah nak faham.

    Selamat hari rabu Kak Tie.

    • Tie
      April 14, 2010 at 11:56 am

      Alamak !

      Dah hari Rabu, ekk ? Tak sedar laa….. hihi…

  7. April 14, 2010 at 1:10 pm

    saya baca apa yang tie tulis… salahsatu sebab saya lebih rela dok diam2 daripada bergaul sangat adalah hal-hal macam ni. mulut orang dan hati orang bermacam ragam, kadang2 jadik heran. kenapa mesti nak banding2? bukankah setiap orang dijadikan berbeza, ek. so keperluan dan gaya hidup pun berbeza…. (turut ter_emo)

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:38 am

      Ehehehe…..

      Janganlah emo mak su…

      Jom kita makan aiskerim, nak tak ??😛

  8. kaktiny
    April 14, 2010 at 1:22 pm

    betul kak tie.. itu mmg tepat sgt.. bab yg “DAPAT” tu lajuuuu berdesuup jer nk bertanya.. kan kan kan..

    Bukannya kita nk berkira.. tapi dlm rumahtangga sendiri pon kekadang bertampung sana sini.. bab gali lubang tutup lobang, yang tu taknak pulak diorang nak tanya atau nk tolong hulur.. ye tak.. huhuhu (eh eh.. tetiba teremosi sama.. hihihi)..

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:41 am

      Haha… bab gali lubang tutup lubang tu perkara biasa, ekk.

      Biasanya kita sebagai anak memang tak mahu menunjukkan yang kita ni ada masalah kewangan. Mungkin kerana itu orang tua kita ingat kita dah cukup kaya, hehe.. Tu yang mintak itu dan ini. Tak sedar yang anaknya hutang keliling pinggang. Dan untuk tidak mengecewakan ibu yang melahirkan, terpaksalah korek tabung anak pulak!

  9. April 14, 2010 at 3:35 pm

    hi kak tie…
    sy baru lagi mulakan hidup berkeluarga..tambah pulak mertua dah takde jadi sy tataula ipar duai ade masalah ke tak dengan saya.. setakat ni biasala… sebab tak berapa rapat

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:44 am

      Insyaallah… masalah gini taklah berat sangat. Jika masing-masing ada sikap bertimbang rasa dan faham memahami tentu hidup lebih berkat dan bahagia.

      Cuma bila ada orang luar yang suka mencucuk ni , keadaan jadi tidak terkawal.

  10. April 14, 2010 at 5:04 pm

    agaknya inilah hikmahnya bila saya dan ex dulu tiada jodoh (dia org dr sana juga). apa pun, cerita-cerita pengalaman kak tie ni buat saya agak cuak sket~ sy hidup sorang pun asyik tak cukup serba serbi. hehe.

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:46 am

      Hi hi… orang sana, ekk ?

      Sebenarnya orang dari mana-mana pun samalah kot. Atas nasib la tu, ekekeke…….
      .
      .
      Tentang tak cukup tu, rasanya kita kena bezakan keperluan dan kehendak. Setiap orang keperluannya berbeza. Contohnya oven. Kalau kita tak suka bakar kek atau masak-masak, maka tak perlulah beli oven. Buat menyemak dan membazir je, hehe….

      • April 15, 2010 at 5:07 pm

        yeap betul tu. maza sokong statement Tie…

        bukan daerah atau sempadan yg menjadikan seseorang sedemikian rupa sahaja.. ada banyak faktor lain..

        satu kes yg berlaku dlm keluarg maza juga, ada yg sampai menghalang anaknya berkahwin dgn wanita N.9.. gara2 tak mahu si anaknya tunduk dgn wanita N.9 yg dituduhnya kaki songlap! aderkkk. sedihkanzz..

        dan maza dpt org n.9, tak der lah pulak dia songlap bagai.. siap tolong lagi mertuanya adalah.. hehehehe

        • April 16, 2010 at 2:00 am

          yup, sbnrnya bkn negeri mana dia berasal tapi siapa dia sbnrnya dalam diri dia🙂

      • April 16, 2010 at 1:55 am

        hehe~ mmg betul tu kak tie, org dari mana pun klu nk jadi tak best, tak best juga kan😀 (baca: sy pun dok gelak statement sy). tp antara sbb kami tak maju ke langkah seterusnya sbb family dia nak kan org sana juga. kata diorg, sy org KL-org bandar, org byk duit (yele sgt~ haha). Nanti esok2 diorg tak merasa duit anak diorg (oh ya, dlm family-dia shj yg ada degree. kira harapan keluarga la ni). dia kawen dgn org besut (diogr kata, besut ni dah mcm org klantan juga-iye?).

        apa pun, pada sy semuanya sudah jodoh. sy takde mslh-cuma geram bile sejak 2 tahun ni dok sibuk cr sy blk. rasa nk sepak je~ haha.

        • Tie
          April 16, 2010 at 6:30 am

          Hihi…. agaknya adek juga idaman di hati….😆

        • April 16, 2010 at 1:13 pm

          hehe~ klu idaman di hati dia pun tak boleh buat apa pun dah kak tie.

  11. April 14, 2010 at 5:11 pm

    isk isk isk…
    isk isk isk…

    sedih plak angie dgr luahan hati mama ni.. sabar mama.. sabar..

    .
    .

    angie janji, pas ni angie tak mintak duit dr mama lagi…. errr… mintak dr papa je la eh

    hihihi…

    sabar ya mama… angie doakan mama sekeluarga dimurahkan rezeki. amin

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:49 am

      Sedih ?
      .
      .
      .
      Eh… mana gaji bulan ni dan bulan lepas dan bulan-bulan yang lepas ? Mama nak 50% tau ! Nak beli langsir baru, dapur baru, karpet, sofa baru….bla bla bla…😆
      .
      .
      Err… adakah mama akan jadi macam tu nanti ???

  12. ima
    April 14, 2010 at 9:59 pm

    salam kak tie…huhuhu,moga kak tie diberikan kekuataan dan kesabaran…inilah dia asam garam kehidupan…yang baik dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan…ima amat memahami setuasi kaktie saat ini…moga kita semua dijauhi dari sikap sebegitu terhadap anak2 kita nanti…insyaallah.

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:50 am

      Hmm.. kita jadikan ia sebagai pengajaran untuk masa depan.
      .
      .
      .
      Esok-esok tak sampai hati nak buat anak kita serba salah pulak.

  13. April 14, 2010 at 10:20 pm

    Sabar ajerlah Tie… mungkin si’dia’ tu excited agaknya bila tahu yang abe Tie tu nak naik gaji. Tapi… kalau ada lebih sikit, berilah tambahan sikit kerana memberi kepada orang seperti si’dia’ tu selalunya diberkati Allah… kalau RM100 abe Tie beri dia, InsyaAllah Allah akan tambahkan rezeki keluarga Tie 10 kali ganda pula… apa-apa hal pun… sabar dan berdo’alah untuk kebaikan semua!…

    • Tie
      April 14, 2010 at 10:33 pm

      Tie memang selalu fikir gitu. Sebab tu Tie la yang selalu ingatkan abg supaya antar tiap bulan. Cuma rasa kecik ati bila dia tak hargainya. Dia dan anak perempuannya tak pernah puas hati, seolah cemburu dengan Tie.

      Rasa sedih gak. Tie memang selalu simpan apa2 yang ada dalam freezer ni untuk dieksport ke kpg.. sebab kami sekeluarga rasa cukup mewah bab makan. Tapi nampaknya masih tak cukup lagi.

      Tentang RM100 tu… kami dah beri lebih dari itu… sampai terpaksa hutang bank lagi semata-mata nak penuhi permintaannya. Itu tak termasuk korek dari akaun budak-budak 3 beradik tu. Dia tak tahu tentang itu. Kalau kami beritahu tentu dia ingat kami nak ungkit pulak.

      • April 15, 2010 at 5:09 pm

        perkhh.. kalau mak maza buat maza macam tu, dah lama dah maza ‘rebus’ satu kali.. hehehe

        psst; maza manja tapi ganas lorrr.. hehehhe

  14. April 14, 2010 at 11:26 pm

    Kak Tie, sometimes kita kena buat bodoh je dgn orang yang tak paham2 nie Kak Tie. Dilayan buat sakit hati je.

    ps. kagum dgn lifestyle Kak Tie yang cool and biasa-biasa je hehe🙂

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:55 am

      Nono, kak tie ni macam orang lain gak, inginkan barang-barang yang cantik-cantik, tapi taklah yang terlalu grand… suka yang simple dan tak berserabut di mata, hihi…

      Cuma, kak tie nak tunggu sampai anak-anak semua berjaya. Rasanya tiada erti kalau rumah ni penuh dengan barang-barang mewah sedangkan anak-anak kecundang dalam pelajaran dan hidup.

  15. April 15, 2010 at 4:43 am

    ..rasanya org yg sensitif aka kawal berbelanja ni org yg tau susah nak dpt duit
    ye la kan, duit tak membiak hohoho~
    nak mintak senang, org yg keje utk dptkan duit tu yg susah~

    selamat hari raya
    nak duit raya in advance pls haha😛😛

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:58 am

      Adila, kak tie dulu masa lepas grad, menganggur selama 2 tahun. Masa tu macam-macam kerja kak tie cuba buat, termasuk jadi maid, tau…

      Kak tie ni kalau bab-bab makan, tak berkira sangat. Tapi kalau orang senang-senang nak minta duit, memang kak tie sakit hati. Suami kak tie tu kerja dengan orang, macam kuli, kena marah , kena sindir, kena kerah… jadi hasilnya tu biarlah dia rasa……
      .
      .
      Aaaa…? Duit raya ?
      Meh sini kak tie nak pulas telinga tu..:mrgreen:

  16. April 15, 2010 at 9:16 am

    Salam k.tie…
    E-na pun x tau nk ckp apa…for me org mana2 pun sama je kan ada yg ok dan ada yg x ok..kalu dpt in law yang memahami di kira tuah badan lah..kalau tak kena byk2 bersabar je la…Mcm E-na pun selalu igtkn hubby bank inkn duit evry month utk mum in law as tanggung jwb sbg anak walaupun ciput je…klu nk kira income in law lg byk dr yg kami bg tu…dan biasanya klu nk minta tlg apa2 E-na senang minta ngn mak sndiri atau adik bradik sndiri..even hubby pun nampak mcm tu, senang berkira dgn my sibling sebab kami adik beradik lebih close…errmmm apa2pun moga k.tie terus sabagr dan di murahkan rezeki selalu…….selalu amalkan surah Al-Waqiah insyaallah murah rezeki.

    • Tie
      April 15, 2010 at 3:15 pm

      E-na.. setakat ini , rezeki kami cukup mewah.. alhamdulillah. Kak tie cuma geram bila orang nak lebih dari itu. Sebab dia cemburu pada orang lain yang dapat elaun lebih.

  17. sebaliktabir
    April 15, 2010 at 11:24 am

    Erm….faham sangat2…orang nampak luaran je kak…
    Kita je tau apa kita nak…apa kita lalui…
    Saya pernah lalui kita bermati-mati korbankan sesuatu untuk dapatkan yang lain…
    Orang mesti igt kita mewah…lantak depa la…aku punya hal..aku punya suka..aku punya pasal…hehehe

    • Tie
      April 15, 2010 at 3:16 pm

      Terima kasih dek, kerana memahami…😛

  18. zareda
    April 15, 2010 at 10:56 pm

    kak tie

    memang ramai isteri isteri dalam dilema dgn masalah cam ni. Zar sendiri wpun kami berdua ada income sendirik dan tak amik tahu apa pasangan kita buat dengan gaji sendiri tapi kengkadang org di kampung tu macam tak faham dan ingat anak lelaki dia gaji puluh ribu dan menantu dia ni perabihkan duit anak dia.. sabar ajelah.. apa yg zar boleh nasihatkan.. sabar aje.. bagi setakat yg mampu. Lagipun berkat sebenarnya bagi org tua ni duit wpun sedikit cuma jangan sampai anak isteri pulak terbeban…

    • Tie
      April 16, 2010 at 6:28 am

      Zar, kak tie ni lagilah tak kerja.

      Memang tanggungjawab anak lelaki, menyarai ibunya. Tapi dalam ramai-ramai, abang kita sorang je yang buat begitu. Yang lain lepas tangan. Tu yang rasa perit sikit. Kita harapkan sangat keberkatan dan doa dari orang tua, kerana restu dari mereka itu penting.Harap dia akan sedar suatu hari nanti.

  19. May 6, 2010 at 8:55 pm

    Allah bersama orang-orang yg sabar ye tak, kak Tie? InsyaAllah dah dapat sabar tu menten aje la.. tak lama lagi dapat la hadiah, baik punya daripada Allah s.w.t…akhirat apatah lagi, lagi beso hadiahnya…hehe. Yakinlah!

    • Tie
      May 7, 2010 at 9:41 am

      Insyaallah… kerana sabar tu la kak tie dapat bertahan hingga hari ini.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: