Ikan pelik

Masa godek-godek petisejuk tu, terjumpa dengan ikan ni. Dah lama jiran beri tapi ingat ikan lampan je. Rupa-rupanya ada seekor ni yang kelihatan aneh lak..

.

Ni ikan lampan. Tak pelik pun, hi hi……. Tapi Tie tak suka sebab banyak tulang. Siksa nak makan… hu hu…

.

.

Haa…… ini yang buat Tie termenung sorang-sorang. Ikan apakah ini ? Tak pernah tengok pun. Atas belakangnya ada sirip tajam tapi pendek-pendek dan kecil. Tajam macam gergaji.

.

.

Kepalanya kecil, mulut pun kecil. Ada gigi, yang halus-halus. Pastu macam ada belalai kecil atas bibirnya.

.

.

Haa……… ni ekornya. Nampak tak corak batik tu ? Err…. terus teringatkan ular, uwaaaa……. Kita tak akan makan ikan ni. Tak berani, takut allergik, lagipun rupanya kurang menawan, mungkin itu kelebihan diaΒ  πŸ˜›

~Β  Edit : 7 April 2010

Ikan tersebutlah Ikan Tilan. Sejenis spiny eel dan terdiri dari beberapa species. Terima kasih kepada kakpah…. πŸ˜†

37 Comments (+add yours?)

  1. xiiinam
    Apr 05, 2010 @ 17:01:01

    Waaa..memang unik ikan ni….kalau ckLah pun…terfikir-fikir pacam Tie juga sebelum mengolahnya…

    Reply

  2. DrSinga
    Apr 05, 2010 @ 17:10:31

    scary Tie…jangan lah…
    πŸ™‚

    Reply

  3. zareda
    Apr 05, 2010 @ 17:32:02

    memang pelik ikan tu. kalau zar pun memang tak makanlah… hehehe

    Ikan lampam tu buat gulai tempoyak yummmiii

    Reply

  4. Yunus Badawi
    Apr 05, 2010 @ 19:18:44

    Tak usah makan lah Tie. kalau saya lebih rela makan ikan sardin dlm tin ngeeee

    Reply

  5. tedi
    Apr 05, 2010 @ 21:06:13

    macam corak ularlah ekor dia kak!

    Reply

  6. izan
    Apr 05, 2010 @ 21:33:31

    k tie,

    cantiknya kaler lampam tu… buat ikan pekasam sedap tu… ikan wadi… nyam2.. takut tengok kaler ikan pelik tu batik dia mengingatkan pada sawa… k tie buat apa ngan ikan tu… masak dak.

    Reply

    • Tie
      Apr 05, 2010 @ 21:41:18

      Kak tie tak pandai buat pekasam. Makan pun tak pandai, hehe..

      Ikan pelik tu kak tie bagi kat Mr Tong Sam Pah!! Waakakakaa…….

      Reply

  7. jhafiz
    Apr 05, 2010 @ 21:39:06

    Lampam ke lampan ye Kak Tie? Ekor ikan tu macam ikan belida. kenal? tapi memang tak pernah jumpe la pelik camtu. Mana jiran tu dapat? Dari Kenyir ke?

    Reply

    • Tie
      Apr 05, 2010 @ 21:42:21

      Aaaa…?

      Lampam ? Lampan ? Err….. entahlah.. yang mana satu betul ? Ekekeke……….

      Ikan pelik tu ? Dari mana lagi, kenyir laa…. hihi….

      Reply

  8. DrSam
    Apr 05, 2010 @ 22:06:35

    ikan yang berbatik-batik tu macam ikan linang. masuk aje dalam periuk dan buat gulai lomak cili api…

    Reply

    • Tie
      Apr 06, 2010 @ 11:41:41

      Tak berani nak masak, sebab tak pernah makan. Lagipun keluarga abang ni ada allergik pada ikan-ikan tertentu… kang satu badan tumbuh teritip!!

      Reply

  9. maza
    Apr 05, 2010 @ 22:26:56

    ikan lampam.. memang tertelan. sedap seehhh.. terutama dibuat bakar gitew.. heheheh

    tapi ikan yg satu lagi itew.. aduhaiii… belum sempat dihidangkan lagi maza dah melompat tinggi ke awan, takut!!! huhuhhu

    Reply

    • Tie
      Apr 06, 2010 @ 11:40:06

      Maza, kat sini tak termakan ikan lampam… Sebarau pun ada, biasa masak stim limau. Abang kita suka makan!!

      Err…. maza takut ke ikan gitu ? Tie tak takut pun!! hihi.. cuma segan je.. πŸ™‚

      Reply

      • maza
        Apr 06, 2010 @ 14:40:35

        wau! ikan sebarau!!!!! sedapnyaaaa..

        manis isinya tu weiii.. huhuhu..
        meleleh air liur niiii.. dah lama betul tak dengar nama ikan itw.. huhuhu

        bak ler barang sekor dua.. huhuhu

        Reply

  10. ima
    Apr 05, 2010 @ 22:41:06

    salam kak tie…eee peliknya,ikan ke apa tu…geli betul nengoknya…

    Reply

  11. fazemy
    Apr 06, 2010 @ 09:10:35

    Macam keturunan belut je ikan tu.

    Reply

  12. DrSinga
    Apr 06, 2010 @ 10:56:21

    coppp…..
    kenapa lampam keluar esboks tapi nampak fresh!!??
    πŸ™‚

    Reply

  13. Mak Su
    Apr 06, 2010 @ 17:39:52

    ikan aapppaaa tu Tie?

    Reply

  14. kakpah
    Apr 06, 2010 @ 21:33:16

    tie, tu namanya ikan tilan. Dulu masa kakpah kecik2, selalu ikut abah pergi mancing. Selalu gak dapat ikan ni. memang rupanya pelik. Abah sedap je makan tapi kakpah tak lalu nak makan…

    Reply

    • Tie
      Apr 07, 2010 @ 07:36:44

      Uwaaa………

      Terima kasih kakpah! Bila Tie google, baru tahu rupanya ia sejenis belut. Ada banyak species… Memang abang Tie kata orang kata sedap, tapi kami tak terliur nak makan, hehe…

      Reply

  15. Adila
    Apr 07, 2010 @ 06:33:15

    ..ikan pelik tu kalau kak tie masak sure tak prasan dah ikan tu rupa mcm mana sedap punya pasal hihi

    Reply

  16. Nono Fara
    Apr 14, 2010 @ 23:00:52

    Tapi ekor ikan tu macam keli.

    Kak Tie masak apa ikan tu? Masak lemak ke?

    Reply

  17. fuad
    Jul 03, 2010 @ 13:02:45

    ooo ikan tilan dan lama tak makan dulu memacing selalu dapat ikan nie…ikan nie kalau campak balik dia makan balik kail…kira jenih tak pernah serik…tapi goreng pun sedap…kat mana ada jual ye….lagi satu kalu nak tanggal baju dia guna daun keladi…lurut kat badan dia jadi corak sawa tu ilang laaaa….

    Reply

  18. Anuar
    Aug 15, 2011 @ 16:36:17

    Ikan tilan tu sedap. cara masaknya. celur dalam air panas mengelegak. buang kulit buang taik. dapatkan ujung manggar kelapa yg masih idup. belitkan ikan tilan yg telah disiang tadi, kemudian ikatkan dgn dawai, pas tu salai/panggang sampai merah kering berminyak. kemudian masaklah mcm masak ikan-ikan salai yg lain. sodap.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: