Home > kehidupan > Hancurnya hati ibu

Hancurnya hati ibu

~ Umur baru 15 tahun dah nak kahwin.

Betapa kecewanya harapan seorang ibu. Kita faham betul bila menghadapi anak begini. Kita pun seorang ibu.

~ Kepada bakal isteri muda, tahniah kerana berjaya menghambat hati seorang lelaki dan bakal mentua hingga lupa pada ibu yang melahirkan.

~ Kepada bakal suaminya, tahniah kerana dapat bunga yang baru nak mekar. Harap-harap dapatlah didiknya jadi isteri yang patuh sepertimana dia patuh kepada ibunya. Dan harap anak-anak kalian juga jadi anak-anak yang soleh dan cemerlang dalam hidup .

~ Kepada bakal mentua, didiklah menantumu ini dengan rasa kasih sepertimana kasih ibunya sendiri (sampai pengsan maknya kesedihan).

~ Kepada ibunya…. tabahlah hati dan restuilah kesejahteraan hidupnya.

* Walau apapun alasannya, kita tak pernah tergamak nak buatkan ibu sendiri menangis kehampaan. Hati kita tak pernah buta kerana cinta.

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. April 2, 2010 at 12:37 pm

    sayu sungguh tengok maknya menangis semalam, tapi muka dia selamber je, harapnya lepas ni dia sedar sebelum terlambat.

    • Tie
      April 2, 2010 at 2:02 pm

      Bila dah kemaruk cinta, dia lupa segala-galanya.

  2. April 2, 2010 at 1:06 pm

    tu ler.. terlebih tengok citer hindustan
    filem melayu skrg pun sama gak!
    menobatkan kisah cinta berlebih2an..

    di radio di tv semuuanya memaparkan perihal cinta, berendut, bf, gf..
    skrg tak segan2 nak nyatakan pakwe makwe..
    org dulu2 punyalah pemalu nak berendut. huhuhu

    lepas jadi mcm ni, masing2 mula ler ternganga.. hampeh!

    buat si ibu pula!
    jgn lupa, anak dara sudah membesar
    sudah pun pandai haid
    sudah kenal rasa hendak bersuami
    sudah pandai mahu dibelai…

    itulah tanda mula
    tanda kita sedia utk redhai ia pergi
    pergi mengikut suami..
    kerana umur bukanlah penentu kedewasaan!
    Umur bukan penentu kematangan!

    Sebagai penyedap hati,
    wanita dahulu pernah dinikahkan seawal keluarnya haid,
    tumbuhnya bulu di ari-ari..

    Kalau perkara itu terlarang dlm Islam..
    sudah lama Nabi mengharamkannya..

    cuma kita perlu beringat..
    kena berhati-hati..

    Inilah dugaan
    inilah ujian
    sejauh mana kita sabar
    sejauh mana kita soleh
    sejauh mana kita tabah!

    sbgi ibu.. ada egonya
    sebagi anak juga ada egonya
    apatah lagi seorang bapa!
    tmabah pula keadaan sekeliling
    satu dunia sudah tahu..
    menguatkan lagi rasa malu dan ego masing2..

    Jadi, ingatlah..
    masing2 bukan sempurna
    ibu juga ada cacat cela
    anak lagi lah pula..masih meraba!

    tabahlah!
    ada banyak pengajaran itu

    harapan maza pada ibu
    janganlah sampai terlanjur
    sampai menyebut perkara2 buruk
    doa yg jahat ditepikan
    syumulkan doa yg mulia2…
    agar diri dan anak2 yg dicintai itu selamat hendaknya

    betul!
    anak sudah mendukakan hati kita…
    tapi jgnlah kita sama hanyut dek hasutan durjana.. huhhu

    wahai anak!
    pantun lama pasal..
    “nasi lemak buah bidara
    batang selasih hamba lurutkan..
    tinggal emak, tinggal saudara
    kerana kekasih, ku turutkan”..

    bukan boleh digunakan pada setiap tempat..

    bagi maza, berilah masa pada mereka utk bertenang..
    insyallah bila sudah rasional, barulah dpat pencerahan
    baru dapt hikmah!

    Ya! Allah jauhkanlah dan dindingkanlah kami, ayah, ibu, anak2 kami dari sikap durjana, curang terhadap Mu..
    peliharalah kami di dlm pintu rahmat, ehsan dan kebaikan-Mu…ameennn

    • April 2, 2010 at 1:07 pm

      psst: jangan dengar komen merapu maza itu..

      buat sakit hati jer.. huhuhu

    • Tie
      April 2, 2010 at 2:11 pm

      Maza,

      Dunia dulu tak sama dengan dunia sekarang. Dulu orang lebih setia, kawin umur 13 tahun pun insyaallah kekal hingga akhir hayat. Hati ibu hanya ibu seorang je yang tahu. Betapa dia risau tentang masa depan anaknya. PMR tak lulus lagi, tubuh belum bersedia lagi untuk menjadi isteri dan ibu… bayangkan anak kita sendiri, mau tak gila dibuatnya!

      Kita memang boleh restui dan redha, tapi perasaan remuknya hati ini tuhan sahaja yang tahu.

      • April 2, 2010 at 7:13 pm

        itu pentingnya kita mengawal perasaan!…

        ujian tu…

        masalah setia atau tidak bergantung kpd diri dan persekitaran juga..org dulu pun ada cerai berai.. tapi tak derlah sampai masuk internet!

        bezanya skrg komunkasi semakin mudah tak mcm org dulu2..

        pada hari ini ada juga org kekal berkahwin sejak umur 13 thn.. cuma media arus perdana dan kita tidak mendedahkannya dari masyarakat!

        Ini kerana kita sendiri memutuskan bhw berkahwin diawal usia muda itu sesuatu teruk dan tak baik! lantas kita sendiri mengekang berita2 seperti tu…

        atau lebih tepat mula mewujudkan fikiran bawah sedar bhw berkahwin muda di zaman skrg adalah sesuatu yg pantang, taboo dan menjejaskan masa depan..

        ini semuanya berlaku apabila pemfokusan kepada material yg berlebihan…

        takutan RM, takutkan harta, takutkan bila tak der itu semua tak bahagia!!!! takut dan takut dan takut.. terus jadi lemah dan lemah akhirnya mudah digoda syaitan! hilang pertimbangan!

        Lantaran itu wujudlah persepsi bila perkara seumpama ini berlaku, hati menjadi begitu walang dan terasa malang tertimpa2..

        walhal jalan tengah, jalan baik dan berlapang dada luas terbentang.. syairat juga jelas ada peruntukan syariah yg asal…

        peristiwa pernikahan ‘bawah umur’ ianya benar2 berlaku kepada kawan maza bahkan dlm keluarga maza sendiri..

        perkahwinan mereka tidak pernah menjadi batu penghalang utk mereka bahagia dlm konteks dunia mereka..

        hakikatnya bagaimanakah kita mahu tune fikiran kita kepada fitrah! agar segala2nya tenang dan jelas menuju ke muka hadapan…

        kalau fikirkan berhati walang, semua pihak yg terlibat, baik emak, anak, mertua, menantu, cucu, datuk, nenek, penggawa, tok penghulu, imam kampung.. semuanya walang!

        dan kata2 maza ini bukanlah sebuah tiket percuma membenarkan mana2 remaja ‘bawah umur’ bebas utk berbuat demikian. berkahwin mengikut dan aje.. membelakangkan ibubapa!

        tetapi isu yg maza bawa ialah, bagaimana kita menjaga hati kita.. menjaga perilaku kita.. agar kita sentiasa tenang dan bertindak waras.. kemudian mampu saling maaf-memaafkan dan kembali kepada fitrah!

        dan tidak mudah melontarkan kata nista baik kepada anak atau kepada si ibu.. terutama perkataan DURHAKA! sbb kita takut2 bhw kedurjanaan yg menimpa itu merupakan kifarah di atas kebejatan kita utk menyedarkan kita kembali kepada fitrah!

        ..wah aku dah macam org tua bergelar pokcik lah pulok. huhhu

        (psst: jgn hiraukan apa yg maza tulis itew.. semuanya bohong belaka.. buat sakit jiwa jer. heheheh)

        • Tie
          April 2, 2010 at 7:36 pm

          Maza ooii…

          Memang senang nak suruh orang tenang..

          Tapi bila kena batang hidung diri sendiri, barulah tahu.

          Tie ada pengalaman sendiri, bukan kerana anak nak kahwin.. tapi lain…

          Sebab itu Tie agak emo dalam soal ini. Rasa satu dunia hempap kita tau!

        • April 2, 2010 at 8:13 pm

          lorr.. kalau tak suruh tenang, takkan suruh ribut pulak lorr…

          sesiapa yg kena tentunya terasa berat lorr..

          tapi sbgi org yg masih waras, mulakan nasihat yg ringan dulu.. bertenang dulu! …

          hehehhehe

        • Tie
          April 2, 2010 at 8:44 pm

          Insyaallah, kerana berjaya tenangkan diri la Tie masih blogging lagi. Kalau tak dah lama tutup kedai, tau.

  3. April 2, 2010 at 1:09 pm

    menangis sy bila dpt tahu ibu dia restui.

    MasyaALlah.. Dunia sudah terbalik.

    Anak mengugut ibu pula..

    muka dia pun tak de rasa bersalah.. sedangkan ibu dia hampir pengsan

    • Tie
      April 2, 2010 at 2:13 pm

      Ibunya terlalu kasihkannya, kerana itu dia restuinya.

  4. April 2, 2010 at 1:43 pm

    salam kak tie. rindu nak kat kak tie. ada bbrp kali singgah tapi takleh nak tulis komen, tak jumpa kotak jeritnya.
    pandangan kakchik:
    1. anak remaja sekarang hidup bertuhankan nafsu
    2. ibu bapa sibuk mencari duit sara keluarga hingga lupa didikan agama dan adab sopan pada anak-anak
    3. redhalah atas perkahwinan mereka, kerana terhindarnya dosa
    4. soal pelajaran, usahakan sungguh2 agar diteruskan juga. paling tidak ada SPM. kalau pelajaran pun terhad, masa depan zuriat yg bakal lahir juga mungkin spt remaja itu
    5. seriuslah dalam soal agama anak-anak, kerana ia penting untuk membimbing mereka menjadi anak yang tidak sanggup membuat ibu bapa menangis.

    • Tie
      April 2, 2010 at 2:18 pm

      Salam kakchik,

      Kak tie tahu, soal ugama memang terlalu penting dalam hidup kita. Tapikan kakchik, Tuhan suka duga pada hamba yang dia kasih. Teringatkan dugaan Rasulullah dulu.

      Ada orang suka pandang serong pada ibubapa kerana mempunyai anak-anak yang bermasalah. Sedih, kan….

      • April 2, 2010 at 7:16 pm

        yes,,komen ini maza amat suka.. kerna menampakan kematangan yg jelas….

        bukan SPM atau ijazah penentu hidup.. tetapi diri sendiri, takdir dan Allah SWT..

        kalau SPM atau ijazah cemerlang! tapi perangai macam setan, tetap kita dan anak kita kecundang!

  5. April 2, 2010 at 3:16 pm

    Tie….15 tahun belum matang lagi…..esok-esok bila dah sedar…..mulalah menyesal tak sudah…….inilah jadinyer bila akal dikawal oleh emosi……..

    • Tie
      April 2, 2010 at 5:26 pm

      Betul tu Chekdee…. Tie pun fikir begitu.

      • April 2, 2010 at 7:18 pm

        kita sibuk 15 tahun tak matang lagi.. kita sibuk perihal dia akan menyesal nanti..

        tapi pernahkah kita terfikir penyesalan kita?! benarkah kita tidak pernah sesal dgn tindakan kita?!

  6. April 2, 2010 at 4:43 pm

    umur 15??

    hmmmmm… masa tu angie pakwe pun takde… apatah lg nak terfikir pasal suami… masih duk main masak2 lagi masa tu… duk main rumah terbakar panggil bomba lagi… masih duk panjat pokok jambu lagi… hihihi seronoknya jadi bebudak… kan kan kan

    .
    .

    cepatnya matang dik!! jgn emosi je matang… hrp2 fikiran pun matang gak.. semoga berbahagia laaaaaaaaaaaaaa hendaknya… amin.πŸ˜€

    • Tie
      April 2, 2010 at 5:28 pm

      Mama masa tu, tengok lelaki pun takut dan malu. Inikan nak cakap-cakap dan kahwin lagi!

      Ooo…. panjat pokok jambu, ekk. Eh.. Angie tiru mama laa… Dulu pun mama ada panjat pokok jambu, siap makan lagi sambil cari yang lain, hehe…

      • April 2, 2010 at 7:19 pm

        setiap org punyai daya kematangan yg berbeza..

        ada yg cepat ada yg lambat!

        kalau semua tahap kematangan sama… sudah lama Tuhan jadikan syurga sahaja! Senang nak uruskan dunia.. huhuhu

        lantaran itu, tak wajar mengukur mengikut background kita semata..

  7. jm
    April 2, 2010 at 5:25 pm

    tu la kak.. saye sakit ati tol tgk budak tu.. punye la kemarok cinta smpi nk kawen.. sian mak die nanges2.. die muke muke bodoh je..huh

    • Tie
      April 2, 2010 at 5:41 pm

      Sekarang ni dek, ramai remaja suka buat tindakan terburu-buru, suka ikut kata hati dan bukan menggunakan akal. Kak tie pun heran laa… Dah banyak perkara begini terjadi.. sebelum ini kes kahwin lari dengan pemuda dari seberang tu. Ramai yang dalam alam persekolahan lagi. Macam manalah boleh buta kerana cinta, kan ?

      • April 2, 2010 at 7:21 pm

        kalau mak ayah dia ajarkan nya celik. maka celik lah dia.. tapi mak ayah juga buta, macam mana?

        lagipun kena ingat, bila anak kita sudah baligh kita kena lebih berwaspada.. berikan amanah kepadanya.. bukan konkongan tak tentu hala..

        tetapi jgnlah terlalu bebaskan sangat.. bahaya!..

        mujur dia kemaruk cinta dan nak kahwin.. dari kemaruk cinta patah hati merana dan buat perkara mungkar, macamna?

        pernah kita fikir perkara sebalinya begitu?

  8. ROSE PURPLE
    April 2, 2010 at 5:29 pm

    Takde ke kerabat sebelah lelaki menasihati bakal pengantin mude ni..19 & 15 sekarang ni masih terlalu mentah untuk menilai apa yang bakal dihadapi dalam alam rumahtangga..Apa pun saya doakan semuga pasangan ini kekal hingga ke anak cucu..jangan lepas ni keluar lagi surat khabar hal yang tak elok plak. Kepada ibu Budak perempuan tu tabahkan lah hati dan lepaskan lah anak puan dengan rela. Mungkin ada hikmah disebalik perkahwinan anak puan..

    • Tie
      April 2, 2010 at 5:37 pm

      Err…. Itulah yang buat Tie tertanya-tanya. Kalau Tie ni jadi bakal mentua, tentu dah pulas telinga dan pelangkong sekali si anak lelaki tu, gatai sangat nak kahwin dengan budak sekolah! Entah apa la yang nak diberinya makan nanti…

      Tapi kita tak tahu keadaan sebelah pihak lelaki, kan.. mungkin pihak lelaki kaya raya sampai umur 19 tahun pun dah mampu nak bina rumahtangga dengan budak kecik. Tak tahulah sejauh mana matangnya fikiran mereka dua, takkan tak tahu betapa pentingnya pelajaran.

      • April 2, 2010 at 8:39 pm

        hehehe.,.. bagi maza untung dapat anak lelaki yg hendak bertanggungjawab..

        sudah pasti soal makan, minum tempat tinggal segalanya bagai sudah difikirkan.. sudah dipertimbangkan…kalau tidak, takkan lah mereka membuat keputusan sedemikan rupa!

        baik juga anak lelaki itu mahu menjadi seorang yg beramanah.. sanggup bercakap benar dan mengambil tanggungjawab besar!

        daripada dia merempit dan merosakan budak perempuan itu.. ditoronnya diam2 sampai lahirnya anak2 tong sampah..bagaimana pula kesahnya selepas itew?

        kalaulah dia sudah sanggup untuk menikah, menandakan tahap kematangannya sudah ada.. bahkan lebih matang dari teman seusianya.. silap hari bulan lebih matang dari mereka berumur tinggi pula!

        Dia berani!

        nafsu kita mungkin kita boleh kawal dan tahan. tetapi nafsu teman sebantal kita sendiri pun kita gagal kawal.. apatah lagi nafsu org lain juga anak2 sendiri..

        kalau tiba2 disebbakan lagak kita itu atas nama mengawal nafsu dgn piat telinga mereka, pelakong sebagainya.. lalu mereka selepas itu ambil jalan dahsyat dgn memilih jalan maksiat bagaimana pula?

        siapakah yg akan menanggung dosa itu? dan jari telunjuk kita melurus dengan siapa pula hendak disalahkan?

        • Tie
          April 2, 2010 at 8:46 pm

          Maza, kita tak tahu hatinya. Okaylah, kita fikir yang baik-baik sahaja. Mudah-mudahan dia bahagia bersama isterinya yang tercinta.

  9. April 2, 2010 at 6:12 pm

    Budak perempuan tu sgt mengikut jiwa remaja dia. Tgkla nanti pasti dia akan menyesal. Budak muda akal tak panjang. Kesian ibu yg mengndungkan..

    • Tie
      April 2, 2010 at 7:01 pm

      Hmm… kerana itu restu ibu amat penting.

    • April 2, 2010 at 7:24 pm

      apakah benar budak muda berakal pendek? apakah justifiasinya?

      sedangkan ada org dewasa juga punya akal lagi pendek dari kanak2 belum baligh.. mcm mana tu?!

      Sebenarnya kita tidak tahu apa yg berlaku disebalik tabir!
      kita hanya terima laporan bahwa ibu dia nagis, sbb dia nak kawen!
      tapi corak corit disebalik cerita, perjalanan, pengalaman hidup mereka yg terlibat itu pernah kita fikirkan?!

      adakalanya jalan yg terbaik ialah jalan yg sukar seperti ini..

  10. April 2, 2010 at 6:12 pm

    entahlah…….😦

    • Tie
      April 2, 2010 at 7:02 pm

      Tie tulis ni kerana anak-anak. Supaya mereka faham ibu tu pertama, kedua dan ketiga dalam hidup kita.

  11. April 2, 2010 at 7:31 pm

    k tie,

    dugaan hidup sukar dijangka tapi boleh dirancang…. takutnya bila mengenangkan anak-anak. kita hidup d zaman serba moden dan punya fikiran bukan seperti 20 atau 25 tahun yang lepas… mudahan kita dapat mendekati anak2 dengan jayanya… mempunyai pelajaran dan pemikiran… jika tidak kedua-duannya mudahan lebih berfikir adalah lebih baik…

    • Tie
      April 2, 2010 at 8:50 pm

      Zan, anak-anak permata hidup kita. Tak semua orang faham tentang perasaan seorang ibu.

  12. DrSinga
    April 2, 2010 at 8:05 pm

    gila……

    • Tie
      April 2, 2010 at 8:51 pm

      Ramai dah gila sekarang, Dr…. kita pun dah nak jadi gila.

  13. nida
    April 2, 2010 at 8:10 pm

    biasanya seorang ibu yang hidup susah dalam membesarkan anak2nya, dia akan meletakkan harapan yang terlalu tinggi terhadap anaknya agar anaknya itu dapat memenuhi impian dan harapannya sehingga kadang2 dia tidak terfikir yang anaknya itu mungkin rasa tertekan dengan sikap ibunya. terbeban dalam memenuhi impian ibunya.

    Mungkin bila bersama dengan keluarga lain menjadikan dia terasa kurang/tidak terbeban.

    bak kata dalam akhbar :-
    β€œSaya juga mahu Halimaton ingat ketika saya mendukungnya ketika kecil dan membawanya ke kebun getah ketika saya menoreh… dialah harapan untuk mengubah nasib keluarga kami dan saya tidak mahu hasrat itu terbantut,” katanya.
    Saya pun dah tak tahu nak cakap apa. Sebelum ini dia anak yang baik dan tidak pernah keluar rumah, tapi tiba-tiba jadi macam ini dan saya langsung tidak pernah terfikir keadaan ini,” katanya.

    sebagai ibu mahupun bapa adalah menjadi tanngungjawab kita membesarkan dan mendidik anak2, tetapi membebani anak2 untuk memenuhi harapan dan impian kita bukan satu kemestian. terpulang pada anak2 bagaimana mereka mahu menjadikan kita kelak. baik kita kepada mereka, baik jugalah mereka kepada kita.

    yang penting janganlah kita terlalu mudah menletakkan anak kita berkeadaan derhaka selagi dia tidak menyalahi agama dan suruhan Tuhan,

    • Tie
      April 2, 2010 at 8:57 pm

      Setuju dengan komen Nida ni. Terima kasih.

      Mungkin dia rasa lebih senang hidupnya bila dah kahwin nanti.

      Sebagai ibu, insyaallah dia akan sentiasa ampunkan anaknya. Cuma anaknya kena ingat tu, dia juga akan jadi seorang ibu nanti… dengan izin tuhan.

      • April 2, 2010 at 9:08 pm

        wow! maza tak terkata apa dgn komen Nida.. huhhu

        satu persepsi dan fikiran yg matang serta berlainan..

        terima kasih kerana mengetuk minda maza lorrr.. hingga terkunci mulut maza lorr.. huhuhu

        • Tie
          April 2, 2010 at 9:14 pm

          Maza, sorrylah, yekk!

          Tak sedar maza berkampung di sini, lupa nak hidang kopiO dan sekut tawar, hihi…

          ~ Tie pun suka benar dengan komen Nida….πŸ˜›

        • April 3, 2010 at 1:04 am

          wkakakak..

          kopi o pun kopi lahh.. heheh

          dah lama betul tak berkampung kat rumah tie. dulu2 memang kat sini lah.. terutama nak menang komen terhangat kat sini.. hehehhe

          dan lama juga maza tak komen yg guna otak sikit.. heheheh

          jangan marahh aaaa…

  14. April 2, 2010 at 8:55 pm

    masa saya sekolah dulu..ada gak org kampung ni kawin budak tu baru tingkatan 2..
    masa saya amik spm dia dah ada 2 org anak dah..
    ape ler perasaan dia ye..mungkin happy kot sampai hari ni..tak dengar cerita pun lagi pasal diorg tu..malas nak amik tau..

    mungkin mak ayah dia redha..daripada anak dia mengandung luar nikah..lebih baik kawinkan je..asalkan baby tu tak kene buang mcm sampah..

    • Tie
      April 2, 2010 at 9:01 pm

      Dah jodoh dia la tu… harap-harap dia bahagia sekarang.

      Esok-esok bila anak nak kawin masa tingkatan 2 nanti jangan pulak larang, ya…

  15. izadebintang
    April 3, 2010 at 12:42 am

    Iza berdoa semoga Iza terus waras dan tak akan buat mak dan abah kecewa dengan perkara2 macam ni. Takmo takmo mereka sedih…

    • Tie
      April 3, 2010 at 7:10 pm

      Kalau boleh gitulah, kan… Tapi orang kata kalau dah takdir, terima ajelah hakikat.

  16. April 3, 2010 at 12:44 am

    Ait..rasanya komen Iza tadi masuk spam dah hehe..Sorry Kak Tie huhu

    • Tie
      April 3, 2010 at 7:10 pm

      Hihi… memang selalu gitu.πŸ˜›

  17. April 3, 2010 at 8:25 am

    Salam Akak Tie…..

    Itu jodoh anak muda itu, Akak Tie….
    Soal usia bukan lagu ukuran pd hari ini di zaman moden.
    Cumanya jgn lepaskan peluang utk terus belajar…..ilmu adalah amat2 penting.
    Ilmu dunia perlu diiringi dgn ilmu akhirat.
    Tiada ilmu, hidup kita hanya di situ bernoktahkan kegagalan.

    Sama2 kita mendoakan yg baik2 utk anak2 kita, Akak.
    Nasib seseorg itu kita tak tahu….
    Hari ni mungkin tak baik, besok2 mungkin lebih baik2 dari kita yg ada ni…
    Keluarga perlu bagi semangat…
    Insya Allah, segalanya baik2 hendaknya…..

    Berprasangka baik lah kita utk melihat kebahagiaan anak muda tersebut bersama pasangannya….
    Mmg sedih hati ibu yg melahirkannya, namun itu adalah dugaan utk si ibu…
    Kene redha sepenuh hati…..
    Insya Allah, pasti ada hikmah di sebaliknya….
    πŸ™‚

    • Tie
      April 3, 2010 at 7:11 pm

      Ye la Zyma, kena redha. Itulah dugaan hidup. Esok mati, lain pulak habuannya, kan…

  18. April 3, 2010 at 8:28 am

    Lupa lak nak tanya….

    Ini blog Kanda Maza ke blog Akak Tie?

    Ingatkan salah masuk rumah…….huhuhuhuhu.

    **Kanda Maza….
    Amboiiiii, rajin benor la ekau berkampung & bercucuk tanam kat rumah Kak Tie ye…
    Huhuhuhuhu…..
    πŸ™‚

    • Tie
      April 3, 2010 at 7:13 pm

      Pokcik tu jadi terlebih excited bila sentuh bab-bab kahwin ni. Memang his favourite topic. Lain kali kena bentang tikar bantal khas untuk diaπŸ˜†

      • April 5, 2010 at 10:50 pm

        hampeh korang.. wakakakkak

  19. April 3, 2010 at 5:23 pm

    anok sape tu nk kawen muda sangat tu? beselah, darah muda, kurang matang. masih belum nampak cabaran yg mendatang.

    kalau kaktie gane? sedih ke?

    • Tie
      April 3, 2010 at 7:15 pm

      Kalau anak kak tie, memanglah sedih.

      Tapi kan…. bila dah jadi bini orang, lepaslah tanggungjawab seorang ibu, kan… dah jadi tanggungjawab suami dia lak.

      Janganlah esok-esok bila ada problem sikit, lari ketuk pintu rumah mak, ya!! Mak takkan masuk campur!! (bukan minta tapi selalu inilah yang terjadi.. kena ingat tu!)

  20. April 7, 2010 at 6:19 am

    sape yg kawin muda ni?
    terkonpius jap~

    umur baru 15, insyaAllah pjg lagi perjalanan hidup
    bg sy la kan.. ishh… nak ke tanggung tanggungjwb yg besar time umur 15?
    sy yg umur 20+ pun diri sendiri tak terjaga, ni kan pulak nak ada family sendiri
    mau nya kucar kacir

    susah kot terikat awal2
    umur 15 tu.. tak sampai rebel stage lagi
    kang maunya tetiba rasa nak rebel.. errr susah la~
    alang2 tgk muda, serius sy ckp, sila la enjoy carefree life tu
    xyah nak susah2 nak pikul tanggungjwb ke hapa
    seksa wooo bila ada tanggungjwb~

    kan kak tie kan?πŸ˜‰

    • Tie
      April 7, 2010 at 7:40 am

      Adila, budak tu popular satu Malaysia.. Adila dah lama tak tengok akhbar online, ya..?

      Mungkin hidupnya dengan ibu dia tak gembira, entahlah… mungkin dia rasa happy dengan lelaki tu…. Kak tie dulu pernah rasa tertekan, tapi tak la sampai nak kahwin muda-muda ni. Bila dah kahwin, tanggungjawab bertambah, jadi isteri, jadi ibu… memang betul kata Adila…

      • April 7, 2010 at 8:03 am

        hihi a’ah lama xbaca paper
        ni baru pegi baca

        tapi kan.. fikir2 balik, nasib baik gak dia ckp nak kawin
        ye la kan.. bdak2 skrg kan super advance
        yg mcm cerita budak dpt anak padahal dia baru umur.. 9? 12? ke brapa tahun ntah – last2 gf dia brana bkn anak dia…

        uisshh menakutkan betul bdak2 zaman skrg

  21. sya
    April 8, 2010 at 9:44 pm

    itulah kak tie..
    budak sekolah saya ada juga sorang nih..
    baru tingkatan lima, tapi dah kawin.
    masalahnya, memanglah diorang nampak matang…
    saya cuma bimbangkan, sekarang diorang seronok… ada suami, ada yang membahagiakan.
    esok2, bila diorang tengok kawan2 masih lagi bergembira dengan kawan2, sedangkan dia dah kelek anak dan menghadap suami je, mula lah rasa tak seronok. barulah masa tu pulak sibuk nak enjoy nak jadi macam orang belum kahwin lagi.. kan dah payah tu…. hehehe.. membebel pulak kat sini…πŸ˜›

  22. April 14, 2010 at 11:03 pm

    Apa kes sebenarnya Kak Tie. Orang terdekat ke yang buat hal nie?
    .. tapi kalau dah jodoh? Macam mana Kak Tie?

    ps. mintak jauh la buta kerana cinta

    • Tie
      April 15, 2010 at 7:31 am

      Alaa… nono ni tak baca paper ke ? Kisah budak tu laa.. Tapi sekarang lain pulak halnya.. berita terbaru boyfriend dia ditahan polis. Dan budak perempuan tu baru sedar… sedang dalam proses pemulihan semangat. Mungkin dia buat keputusan tu tanpa rela.., mungkin dia dibuat kot. Tak tahu laa.. mintak-mintak semuanya akan berakhir dengan baik. Kesian pula kak tie padanya dan keluarganya.

      Kerana itu kenalah berhati-hati bila berkawan ni. Kekadang orang sekarang sanggup laku apa saja untuk mendapatkan hajat mereka… termasuk cara paksa.. Baru ni minyak pengasih laris betul dibeli oleh pelajar IPT… ada baca paper tak ?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: