Home > kehidupan > Pukau

Pukau

Pernahkah kalian mengalaminya ?

.

.

Sebenarnya Tie ingin kisahkan pengalaman kami sekeluarga, tahun lepas. Walaupun kami tak rasa seperti dipukau (tu laa… tidur macam kayu!), tetapi setelah musykil tentang kehilangan duit tu, (teman-teman baru boleh baca kisah dulu di sini) kami cuba dapatkan penjelasan dari seseorang.

Rupa-rupanya bukan hasil kerja toyol, tapi seorang makcik yang tinggal berdekatan. Tak pasti samada dalam quarters ni atau di luar taman. Cuma kami diberitahu, makcik ni pukau guna Jin. Dan dengan bantuan (tanpa kerelaan) seorang budak bawah umur… iaitu anak Tie sendiri, sibongsu tu. Shh……. takut sibongsu tu tahu nanti dia terus nak tumpang tidur sekatil lak!

Tujuannya supaya kami tidak boleh menjejaki sipemukau itu. Menurut sahabat abang (dia nampak, lupa lak nak tanya abang dia tengok macam mana…) anak Tie dipukau, lalu menuju ke bilik. Tetapi dia kelihatan teragak-agak (anak Tie tu laa… ), berhenti di depan pintu bilik kami yang bertutup (tak berkunci).

Lama juga anak Tie berdiri tercegat di situ. Kemudian pintu itu terbuka (kerja Jin tu laa). Duit diambil (bukan semua) dan tak pasti samada diserah kepada Jin atau makcik jahat yang menunggu di luar.

Yang dia nampak cuma tangan makcik jahat tu. Sahabat abang tu menawarkan bantuan, untuk mengenakan makcik jahat tu. Tapi kami menolaknya, kerana memikirkan keselamatan anak kami yang dipukaunya. Bimbang, dia berdendam dan melakukan perkara yang lebih buruk lagi.

Menurutnya, makcik jahat ni akan mula menjampi dengan asapnya (macam dlm drama di  tv) setiap maghrib. Memang itulah caranya dia cari makan.  Dia akan habiskan wang yang dicurinya secepat mungkin untuk mengelakkan diri dari dikesan.

Jika duit tu ada lagi padanya, memang senanglah nak tangkap makcik jahat ni. Dia seolah-olah boleh menghidu jika sesiapa punya duit yang banyak di rumah dengan bantuan khadam dia tu la.

Sekarang ni kami lebih berhati-hati. Harap-harap perkara itu tak berlaku lagi. Tie pun dah lama tak nampak lembaga hitam dalam rumah ni. Alhamdulillah….. dah aman dan tak takut lagi.

~ Hari ni dan seterusnya mood Tie baik. Jadi komen dibuka untuk semua, hi hi hi………….

Categories: kehidupan Tags:
  1. sya
    March 21, 2010 at 10:58 am

    ala kak tie.. bukak je lah komen selalu…😛

    ish, meremang bulu roma saya baca ni…
    zaman sekarang ni pun ada lagi orang buat kerja macam ni ye..
    lagi canggih pulak tu.. siap guna orang dalam rumah tu sendiri…
    sabar ye kak tie…

    • Tie
      March 21, 2010 at 11:37 am

      Kak tie masih takut-takut lagi…. Bimbangkan anak-anak je…

    • March 21, 2010 at 11:55 am

      entahnya Tie..

      tak yahlah layan mood tu sangat..
      bukak ajelah ruangan komen tu..

      kalau tak nanti, ‘biznes’ kat sini merundum pulak..
      ramai pelangan lari maa..

      hehehehhe

      • Tie
        March 21, 2010 at 12:04 pm

        Errk !

        Tie tak kisah laa…

        Yang penting kualiti, bukan kuantiti, hihi…

        Bagi Tie sahabat seorang dua dah cukup. Kawan ramai-ramai pun tiada ertinya kalau dibiarkan kita kelemasan sendirian, kan….

  2. March 21, 2010 at 11:07 am

    Saya tak pernah kena pukau…tapi pernah kena santau (entri2 saya sekitar Mei-Dis 1980). Tapi syukur…perlindungan Allah mengatasi segalanya….

    Selalu nak tinggal komen di sini….tapi, pintu tak buka…

    • Tie
      March 21, 2010 at 11:38 am

      Subahanallah………..

      Tie dah baca beberapa entri tadi. Tak sangka, ya…. Sanggup orang buat gitu pada sesama manusia. Dah okay ke ?

  3. March 21, 2010 at 11:54 am

    wah! macam tu lak pantangnya kena habiskan duit curi itu cepat2…

    kalau mcm tu, mcm makcik itu mau jadi kaya?. tak der chance ler dia nak beli keta BMW 6 series atau pun banglow sebesar istana hingga paduka sultan terengganu! hmmm

    rasanya makcik jahat itu, elok dinasihatkan pergi menoreh ajelah.. tak elok nak buat perkara2 mcm ni.. kaya pun tak dapat, kena marah lepas tu tentulah Tuhan tak suka,.. kanzz?!

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:29 am

      Orang buat salah, tentu hidup dia tak tenang. Duit tak halal tu….

  4. March 21, 2010 at 2:32 pm

    kalau duit ilang dalam bank tu kira kes pukau jugak ke kak tie?

    hish…bila pukau nieh dibuat oleh makcik2…kadang2 sha terfikir jugak…takkanlah org takde perikemanusiaan langsung?

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:31 am

      Ilang dalam bank ? Bukan pukau tapi dirompak dalam senyap.

      Tak kira siapa pun sha, makcik ke pakcik ke… kalau dah ada ilmu salah macam-macam mereka buat untuk dapatkan duit.

  5. March 21, 2010 at 4:27 pm

    tak pernah kena pukau. tak pernah tgk org kena pukau.

    moga di jauhkan

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:31 am

      Harap-harap gitu laa…

  6. March 21, 2010 at 9:50 pm

    kakpah selalu terpukau dengan keindahan alam…

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:31 am

      Tie pun sama, ehehehe…….

  7. March 21, 2010 at 9:57 pm

    hishh…wujud ke benda camtu..ingat dlm tv je hehe..
    takpelah..kat dunia ni puaslah dia buat dosa gitu..kat akhirat nanti taulah dia..

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:32 am

      Hehe… memang ada la nrina. Hati-hatilah selalu.

  8. ima
    March 21, 2010 at 10:59 pm

    salam kak tie…lamanya rasa tak dapat nak menyapa kak tie,bila kaktie dah bukak pintu komen, ima pulak yang sibuk semacam…hehe.macam nilah kehidupan…kita hanya merangcang sebaliknya pula yg terjadi…

    sesungguhnya ima tak pernah lagi mengalami kes2 macam ni…minta dijaauhkanlah,sebab ima ni penakutttt sangat.

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:33 am

      Ima, kekadang orang yang berlagak macam jurujual tu pun ada ilmu pukau. Kang kalau ada yang datang ketuk pintu, jangan dibuka lak.

  9. March 22, 2010 at 10:05 am

    ish ish kak tie…rindu nak baca celoteh kak tie yg ceria….takutnya kalau jadi mcm tu. sekarang ni mcm2 cara org cari duit. baru2 ni kat area rmh milla kes lebihkurg mcm kak tielah…makcik tu mcm kena pukau serah belaka duit2 & brg kemas. padahal masa tu ank2 ada semua kat rmh tapi mcm takleh nak buat ape2…yg makcik tu ingat perempuan tu cantik, muka mcm baik je, letih berjln mai dari utara & nak minum. sedar2 je perempuan tu dah tak ada bersama2 dgn brg kemas & duit dia. kesian kat makcik tu..

    berhati2 & beringat selalu….

    • Tie
      March 22, 2010 at 10:35 am

      Kak tie ni sejak tinggal di kuala berang ni laa asyik hilang duit dan barang. Mungkin di sini tempat kotor…. dulu ada orang bagi warning. Tapi kak tie tak ambil kisah. Sekarang dah kena barulah sedar dan kesal. Tak pe laa.. esok-esok tuhan gantikan dengan rezeki yang melimpah, kan…

  10. March 22, 2010 at 10:47 am

    isk cam ngeri je dengar… serammmmmm!

    • Tie
      March 22, 2010 at 3:55 pm

      Masa kena pukau tu tak la seram, tapi bila mimpi mokcik jahat tu yang kak tie takut!

  11. March 22, 2010 at 11:19 am

    dolu2 maza selalu kena pukau.. dan selalu gak terpukau..
    terutama bila orang rumah memandang.. ouch gitew! hehheheh

    aku dipukau, dipukau hatinya sekali… hehehhehe

    • Tie
      March 22, 2010 at 3:57 pm

      Alaaa…… pokcik ni…

      Terpukau dengan orang rumah je ke ? Hihi….

  12. zue
    March 22, 2010 at 12:11 pm

    jgn lah trkena kat keluarga zue ni..takut..sbb anak gi sekolah jalan kaki lak tu.

    • Tie
      March 22, 2010 at 3:58 pm

      Anak-anak Tie pun ke sekolah jalan kaki. Tu yang tak berani nak balas kat makcik tu..

  13. March 22, 2010 at 1:29 pm

    ni bole buat filem ala2 niyang rapik ni..huhu
    ape yg tjadi kat macik jahat tu??
    dibiarkan camtu je ke?? nati orang lain pulak yg kena.huhu

    • Tie
      March 22, 2010 at 3:58 pm

      Kami takut nak balas. Takut dia dendam kat anak-anak… Dia guna jin.

  14. March 22, 2010 at 4:09 pm

    yeah Tie dah buka komen🙂, barulah senang hatiku ini nak berbicara🙂

    Tie, take care, cuba ler adjust apa2 yg patut untuk elakkan kejadian berulang… tapi sohih susah nak buat report, sbb melibatkan xtvt paranormal, semoga Tie dan kuarga sentiasa dalam perlindungan Allah swt… Amiinn

    • Tie
      March 22, 2010 at 4:31 pm

      Hi hi… maksu nak berbicara tentang apa ? Bulan ?

      Insyaallah maksu, kita harap tiada apa-apa yang pelik lepas ini.

  15. March 23, 2010 at 5:44 am

    ish takut plak bce psal jin2 pagi2 nie.. xpe laa sok sye sambung bce balik citer kak tie nie ek…

    • Tie
      March 23, 2010 at 9:01 am

      Tak ada yang nak ditakutnya Wex…. Cerita lama…

      Study macam mana ? Lama tak dengar khabar..

      • March 24, 2010 at 2:12 pm

        uish, kwn wex pn pnah kene pukau sekeluarga… nie pukau tak sedar diri, pencuri masuk umah curi barang2… siap amek beg kat sebelah katil lagi.. pastu mak ngn ayah dia tersedar, pastu kene ikat..
        sori, bukannya nak takut kn kak tie, sekadar peringatan. kadang2 kita rasa macam tak btul perkara supernatural nie… wallahualam bi shawab

        tinggal 3 minggu lagi kelas pastu exam… tgh menghitung hari skang nie.. haha

        p/s kak tie, wex bela tikus gak, tapi bkan tikus hamster tapi mencit… geli tak??? hohooho tapi comey.

        • Tie
          March 25, 2010 at 8:06 am

          Mencit ?

          Adoi laa…. kak tie geli betul!! Padahal rupanya lebihkurang sama je dengan Cookie tu. Cuma tikus ekornya panjang.

          Err.. nanti tepek gambornya, ya. Ada nama tak ?

        • April 2, 2010 at 3:48 pm

          ada2… bg nama pootera… hahaa nnt wex letak gmbar siap dgn kesah si poot skali, kalau masa mengizinkn, Insyaallah..

        • Tie
          April 2, 2010 at 5:25 pm

          Ooo…. bukan main lagi namanya! Okay, nanti kak tie nak tengok! Handsomekah dia, hihi…

  16. March 23, 2010 at 2:04 pm

    Eh Tie… seram pulak baca citer tie tu… agaknya macam tulah yang ramai orang kena masa keluar duit kat ATM machine tu kan!… mintak simpang malaikat 44 lah!…
    Macam mana nak hindarkan orang yang ada ilmu cam ni yer?…

    • Tie
      March 25, 2010 at 8:13 am

      Tie tak tahu la cara nak elakkan dari dipukau ni. Biasanya kita kena selalu berzikir supaya syaitan dan jin susah nak menggoda.

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: