Home > kehidupan > Kelah dan Kejor

Kelah dan Kejor

Ikan kelah yang terdapat di Santuari Kelah, Tasik kenyir adalah jenis kelah merah. Harganya lebih kurang RM70-80 sekilo (mati) sementara kelah hidup nilainya lebih tinggi (beratus gak!).

Hmm… agak-agak berapakah nilai ikan-ikan kelah di situ, ekk ? Mesti penuh poket ni, hihi.. Geram tengok ikan-ikan ni. Kalau yang untuk dibuat hiasan lagilah mahal. Boleh terduduk (malah meniarap) dibuatnya.

.

Ikan kejor ni kurang sikit nilainya jika dibandingkan dengan kelah.  Kalau orang tak tahu tentu ingat si kejor ni kelah. Tie cuma camkan warna kemerahan kelah je. Jenis-jenis ikan begini memang banyak tulang. Tu yang Tie tak berapa suka, biarpun harganya mahal. Hilang nikmatnya kalau dah tercekik tulang!

.

.

~ Tie masih lagi mabuk ikan laa….

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. March 20, 2010 at 3:13 pm

    wah! tie terbukak lagi komen boxnyer.. hehehe
    apa lagi, serbuuuuuuu!!!!

    heheheh

    • Tie
      March 20, 2010 at 3:32 pm

      Alamak !! Lupa lagi laa…..

      Napalah asyik lupa je sekarang ni!

  2. March 20, 2010 at 3:17 pm

    perkhh.. kalau bakar lepas tu cicah dgn air asam, maunya tersentap2 kaki kekejangan plus kesedapan.. hehee

    Tie tidur sana tak?
    ada chalet ker kat situ ek?

    • Tie
      March 20, 2010 at 3:34 pm

      Tie tak tidur kat sana. Budget tak cukup, ekekeke……..

      Memang ada chalet. Boat house pun ada. Nanti kalau berpeluang Tie akan tunjuk chalet, resort dan taman burung (belum siap lagi).

  3. zareda
    March 20, 2010 at 8:17 pm

    zar pernah pi kolam kelah kat Raub.. sekilo RM200 utuk buat hiasan.. nanti dekat nak harvest dorang bagi hormon kelah so kemerahan tu akan tukar kebiruan…

    • Tie
      March 21, 2010 at 10:02 am

      Ooo…. beruntunglah Zar. Ada gak pengalaman.

      Memang ikan kelah tu mahal.

  4. March 20, 2010 at 10:41 pm

    wah! satu kepala tiket botnya RM40, Tie pergi beapa orang ek?

    kalau Tie dgn tiga org anak termasuk si abg encem itew.. maunya RM40x5.. perrkhhh..besar gak modalnya kanzz.. huhuhu

    • Tie
      March 21, 2010 at 10:05 am

      Alaa….

      Maza kan banyak duit. Takkan mahal….. Tie ni tak kerja, tu yang rasa tak tertelan air liur.

      Kalau nak ikutkan kena bayar RM400 satu bot. Sebab kami pergi sekeluarga. Tapi kerana abang kita ada kawan di sana, dapatlah jimat tambang. Tu pun belum tentu dapat pergi lagi. Takkan nak tambang percuma lagi, kan… hehe…

      Apa-apa pun kalau Maza nak ke sini kena siapkan RM seguni. Baru senang Tie jadi tourist guide!!

      • March 21, 2010 at 12:00 pm

        wkakakaka.. RM seguni tu.. aderkkk…

        Sekarang maza sudah berlima..
        kalau tambang sudah cecah RM400, tu belum masuk duit minyak dan penginapan hendak ke kenyir..

        jawabnya hendak ke tasik kenyir, kena hanyir kan badan dululah dengan peluh.. apa lagi kasih pecah batu lerr, kerja kasik kuat2 sikit lorr..

        erk! tapi kita makan gaji.. kuat2 kerja pun gaji cam tu gak kan? hmmm

        psst: tgh fikir kaedah2 yg boleh menjimatkan kos utk ke sana nantinya…ngeh ngeh ngehhhhh.. hehehhe

        • Tie
          March 22, 2010 at 10:27 am

          Insyaallah….

          Boleh tu, anak-anak kecik lagi, tak kuat makan, hihi…

          Psst, napa ketawa macam kuda tu ?? waakakakaa……..

  5. syayassir
    March 20, 2010 at 11:35 pm

    saya ni, kelah ke, kejor ke.. tak kenal.. hehehe…
    nama je duk dekat dengan sungai pahang, ikan2 sungai langsung tak kenal…. huhu

    • Tie
      March 21, 2010 at 10:07 am

      Hi hi… Kak tie pun tak berapa kenal. Tapi sebab abang kita tu peminat ikan, dia lah yang ajar makan dan masak.

  6. zino
    March 20, 2010 at 11:52 pm

    baru boleh guna pepatah tu.. kuak ikan baru nampak air.. hehe

    • Tie
      March 21, 2010 at 10:07 am

      Hah….

      Tie baru dengar pepatah itu. Yang Tie tahu cuma ikan di laut, asam di darat, hihi…

  7. March 21, 2010 at 12:18 am

    Baik kelah atau kejor, dua2 Iza tak pernah rasa hehehe…

    • Tie
      March 21, 2010 at 10:08 am

      Iza, kalau ada peluang makan ikan kelah, cuba makan sisiknya. Orang kata sisiknya boleh dimakan. Tapi, isinya banyak tulang. Biasalah, ikan yang sedap memang banyak tulang.

  8. March 21, 2010 at 1:35 pm

    Tie, sy teringin sangat nak ke Tasik Kenyir, dah confirm booking kat Merang Suria Resort pada 1-4 April. TAPI….mak tanya nak pegi dgn sapa? Bila sy jawab pegi sorang2 mak kata “tak boleh pi sorang2, ajak sapa2 teman”. sy mati akal nak cari teman…makanya rancangan dibatalkan.

    Bila baca entry Tie edisi Tasik Kenyir ni telan air liur aje lah…😦

    • Tie
      March 21, 2010 at 3:11 pm

      Shah,
      Merang Suria Resort tu jauh benar dr Kuala Berang. dekat batu rakit tu……..

      Kalau nak ke Tasik Kenyir kena ke Lake Kenyir Resort and Spa….. http://www.lakekenyir.com/

      Ratenya memang mahal tapi berbaloi laa… Alaa… senang-senang ajak je mak pergi sama. Tentu seronok. Tie bukan tak nak temankan, tapi Tie ni macam satu package (sekali dengan anak-anak, hihi..)

  9. March 22, 2010 at 10:44 am

    syoknye tgk ikan2 tu

    tapi saya gelila nak pegang ikan idup.. tatau nape

  10. March 28, 2010 at 12:50 am

    wow. byknya ikan. tadi tengok previous entry.. ngeri pun ada jugaj dibuatnya.. hehe. pasal banyak sgt ikan.

    • Tie
      March 31, 2010 at 11:46 am

      Kalau ikan tu ada gigi, tentu kak tie tak berani nak main-main dengannya…

  11. September 8, 2010 at 9:51 am

    peh rugilh tak mkn kelah..klu takut tulang tak dptlh nikmat nye..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: