Home > ikan, kehidupan, Pengetahuan > Jenjalan di Tasik Kenyir (part 2)

Jenjalan di Tasik Kenyir (part 2)

Okaylah, kita sambung entri yang lepas.

Pemandangan di sini memang menawan. Rasa sejuk mata melihat hutan-hutan di sekeliling.

.

Air yang tenang dan hijau. Ada ketika kami nampak ikan melompat . Seronok rasanya.

.

Dari post pengawal, kami teruskan perjalanan (naik bot lagi) ke santuari kelah. Dalam lebih kurang 10 minit kot. Di sinilah bermulanya acara jungle tracking. Adoi laa… ingat dekat je. Rupa-rupanya lebih kurang setengah jam mokcik ni merangkak naik!

Mujur kaki tak cramp! Jadi sesiapa yang tak pernah lasak macam mokcik cubalah exercise dulu. Kalau tak, dapat sakit urat bila balik nanti. Budak-budak tu relax je. Malah merungut lak bila mama mereka jadi no. corot. Bukan lambat, saja sight seeing sambil meredah hutan, hihi….

.

Tu lah ikan kelah ! Warnanya kemerahan berbanding dengan ikan kejor. Banyak betul. Mokcik tak dapat nak snap gambar sebab sibuk nak main sama, hehe…. Tie hanya hulur kaki beberapa saat je, sebab tak sanggup kegelian. Mulut ikan tu besar , ngeri laa… Kekadang rasa sakit digigit walaupun ia tiada gigi.

.

Yang ini ikan kejor. Mereka lebih jinak. Rasa nak kidnap bawak balik. Tapi tak boleh la. Pengawal asyik jeling je.  Puas gak main-main dengan ikan ni. Tie sempat juga angkut beberapa ekor dengan tangan. Tapi kena lepaskan semula. Kalaulah boleh goreng, memang best.

.

.

Haa….. tengok Wanie pun dapat tangkap ikan dengan tangan je. Memang geram tengok ikan-ikan tu. Terutama ikan kelah. Ikan kelah agak liar. Tie langsung tak berpeluang untuk memegangnya.

Budak-budak tu nak pergi lagi. Tapi mama mereka tak fikir dapat jungle tracking lagi. Sakit lutut laa, hihi…

.

  1. March 19, 2010 at 9:42 am

    Bestnya Kak Tie…nak pergi la tasik kenyir ni..bestnya pegang2 ikan.

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:12 pm

      Boleh pegang je, tapi tak boleh bawa balik…hu hu…

  2. DrSinga
    March 19, 2010 at 10:13 am

    aikssss…..
    geli…..

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:12 pm

      Memang geli… terutama time kena gigitan manja di kaki..😛

  3. March 19, 2010 at 11:19 am

    akhirnya Tie buka ruang comment.. huhuhu

    terasa nak pergi sama lah.. huhuhu
    tapi skrg tak leh, kaki tgh sakit..
    tunggu sihat sikit.. hehehhe

    taman negara… tunggun den datang naa…

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:14 pm

      Sebenarnya Tie terlupa nak tutup laa…. hihi…

      Maza.. kalau tak pernah naik turun bukit dengan batu2 licin tu , baik bersedia. Tie rasa nak semput dan takut gak. Tebing curam dan bergantung pada tali tu.

      • March 20, 2010 at 10:57 am

        uiks.. mungkin maza ketinggalan kapal. tapi nak tau gak ek.. kenapa lahhh si Tie ini nak tutup ruang komen nyer?

        huhuhuhu

        • Tie
          March 20, 2010 at 11:35 am

          Shh…. rahsia!

  4. March 19, 2010 at 1:08 pm

    gelilah duduk macam tu dgn ikan!

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:15 pm

      Ooo…. geli dan takut gak!

  5. zue
    March 19, 2010 at 3:24 pm

    kali trakhir sy gi ke tasek kenyir pd thn 1997..waktu tu x tahu ada ke tidak main dgn ikan2 tu.

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:17 pm

      Zue, masa tu belum ada lagi. Sekarang dalam perancangan nak buat taman burung.

  6. sya
    March 19, 2010 at 3:43 pm

    hehehe.. dapat juga komen…😀

    pernah sekali pergi, tu pun jenguk2 kat jeti je..
    tapi, memang cantik laaa… cantik sangat.
    selalu ajak husband. dia kata, jauh sangat… huhu

    • Tie
      March 19, 2010 at 6:18 pm

      Err….. kak tie yang terkejut tengok ada orang komen! Lupa nak tutup!!

      Mehlah pergi.. Nak sewa chalet pun boleh. Siap duit seguni, ya.. hehe..

  7. March 19, 2010 at 9:37 pm

    Salam tie… wah seronok pi holiday ngan anak-anak yer!… nekcun pernah gi Tasik Kenyir masa ada team-building anjuran pejabat tahun lepas. Seronok… tapi kekadang tu nekcun geli geleman juga bila teringatkan ‘pak pacat’…nasib baik tak kena …. hehehe…

    • Tie
      March 19, 2010 at 9:40 pm

      Aderk…!

      Bila nekcun sebut pacat baru teringat. Tie tak sedar kena gigit pacat sebenarnya. Bila balik rumah baru perasan ada bekas darah pada kaki dan lutut. Dua tempat kena gigit !! Uwaaa…. nak pekik pun tak guna. Pacat dah tak ada. Entah manalah mereka tergolek kekenyangan!

  8. March 19, 2010 at 10:26 pm

    bestnyerr…kalau dapat goreng ajer, ratah…hu hu hu best.

    • Tie
      March 20, 2010 at 11:57 am

      Ikan segar mestinya manis kan… hehe..

  9. March 20, 2010 at 8:26 am

    kalau duk tengok aje boleh lar… tapi kalau duk gagau dengan zan sekali dalam air cam tu…. hihihi… tak berani kak tie. tapi best jugak yer… ekspidisi..

    • Tie
      March 20, 2010 at 11:58 am

      Kak tie mulanya takut. Tapi bila tengok budak-budak tu seronok main dengan ikan, terus bersemangat nak cuba tangkap. Rasa nak picit-picit je ikan tu, hihi..

  10. amir
    January 3, 2015 at 4:48 pm

    Kalau ade lagi sy ingin membeli beberapa ekor boleh harap keja sama kawan2

  11. amir
    January 3, 2015 at 4:50 pm

    Sy inggin beli limbat
    Call no jika ada 0176431928

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: