Home > kehidupan > Cuti sekolah, sahabat dan masjid kristal

Cuti sekolah, sahabat dan masjid kristal

March 15, 2010

Cuti sekolah telahpun bermula, tetapi anak-anak Tie semuanya masih bersekolah. Di sini, kelas tambahan diadakan pagi dan malam (untuk Isha) manakala pagi saja bagi Wanie untuk 3-4 hari. Kemudian barulah boleh merasa cuti 3 hari lagi.

Sabtu lepas, sahabat lama kami (suami isteri dan adik-adiknya) datang ke Terengganu untuk rombongan meminang (untuk adik bongsunya). Kami telah lebih sepuluh tahun tidak berjumpa. Sampai je ke destinasi yang ditetapkan, Anna terus berlari-lari lalu memeluk Tie sambil berlaga-laga pipi.. hihi… geli lak!

Nak tahu apa komennya bila lihat Tie ? Katanya… ” Kak Nor ni sama je….” Uwaaaa….. rasa kembang kempis lak! Nasib baik sempat hilangkan dagu berlapis Tie hari tu, hehehe…. (salah satu kebaikan stress !)

Bila bertemu tentu banyak cerita nak update. Masing-masing bandingkan anak-anak sendiri… Anak-anaknya semuanya tembam dan comel manakala anak-anak Tie pula kurus dan tinggi macam pokok kelapa.

Malam tu kami berjanji nak jumpa lagi, sebelum mereka bertolak pulang ke Johor keesokan harinya. Atas permintaan Anna dan suaminya, kami berkumpul di Masjid Kristal. Baru tahu yang pengunjung masih boleh datang menikmati keindahannya pada waktu malam! Hingga jam 12 malam.

.

.

Cantik juga… cahaya lampu yang berwarna-warni akan bertukar setiap beberapa saat. Si bongsu tu kata ada 8 warna… Mamanya tak perasan lak.

.

.

Lampu chandelier…. yang agak besar.

.

.

.

Kami masuk di ruang untuk muslimat je… Ada suatu program sedang dijalankan ketika itu.

.

.

~ Maaflah, gambar agak kabur. Camera Tie ni tak berapa sihat bila waktu malam…. macam tuannya gak!

Categories: kehidupan Tags: , ,
%d bloggers like this: