Home > Pengetahuan > Ikan Tuna

Ikan Tuna

Ini ikan tongkol (atau ikan aya) . Nama glamournya tuna. Biasa tuna yang dari luar negara tu jauh lebih besar.. berpuluh-puluh kilo beratnya. Yang ni 2 kilo lebih je, hehe…

.

Kat ganu ni memang ramai yang suka makan, terutama untuk buat lauk nasi dagang.  Tie makan sekali sekala je. Biasa jiran yang beri (termasuk yang ni). Kekadang Tie simpan dan beri kat adik ipar di Klate. Tapi kali ini Tie masak pulak. Kepala tu je Tie nak bagi, hihihi.. baik betul kakak ipar nih !

Tuna segar kaya dengan B12, vitamin D dan  omega 3,  yang membantu otak supaya lebih sihat disamping dapat mengawal stress.  Hmm…. kena makan tuna lebih sikit la kalau gini… mokcik dah semakin tertekan lak sekarang ni .

.

.

Sambil nyanyi dan joget (salah satu tanda stress🙂 ), dapat gak siapkan gulai ikan tongkol , eh silap, ikan tuna. Budak-budak tu bila sebut ikan tuna nampak bersemangat makan. Pastu bila beritahu ikan tongkol, terus  berubah airmuka . Nama tertentu  boleh  memberi pengaruh, kan……

.

.

.

.

Inilah gulai ikan tuna. Abang kata sepatutnya makan dengan nasi dagang. Malangnya wife dia tak ada mood nak mengukus.  Lain kali aje laaaa………..

.

.

Categories: Pengetahuan Tags: , ,
  1. February 2, 2010 at 6:40 pm

    saya tau ikan sardin je..itupun yg dlm tin je hahaha…

    • Tie
      February 2, 2010 at 6:59 pm

      Nrina, kena kurangkan makan yang dalam tin tu.. ada chemical tau !

      • February 3, 2010 at 11:57 am

        klu nak yang dalam tin pon carik yang dalam water @ dalam oil.

        klu sardin biasa tu tak bape elok sebab sebab banyak gula!tapi….

        itula yang sedap! hikhik

        • Tie
          February 3, 2010 at 5:36 pm

          Dalam tin tu sedap dan mudah. Tapi seeloknya yang segar. Lebih baik untuk kesihatan.

          Ehehehe.. pandai je cakap, sendiri pun kekadang beli yang dalam tin, hihi..

  2. February 2, 2010 at 6:40 pm

    eh yg pertama ler..fuh..tak penah dapat komen yg pertama kat blog kak tie ni muahahaha…

    • Tie
      February 2, 2010 at 7:00 pm

      Rasa-rasanya ada gak sekali sekala Nrina first. Budak-budak tu sibuk ke ?? Sempat lak Nrina selak-selak blog kak tie ni…😛

  3. February 2, 2010 at 6:51 pm

    ikan tuna is glem. terasa macam chef at home yang masak, ahaks

    • Tie
      February 2, 2010 at 7:03 pm

      Err….. teringin gak nak jadi chef ! Selalu berangan bila tengok Nigella Lawson tu…

  4. ain
    February 2, 2010 at 7:07 pm

    laaaaa….iye ke kak ikan tongkol tu ikan tuna!!! baru tau ni!! we all tersgt lah jrg nak mkn ikan tongkol tetapi terlalu selalu mkn sandwic tuna!!! pas ni ada ler alasan baik utk anak2 mkn ikan tongkol….opsss…ikan tuna.hihi

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:44 am

      Tu laa… mula-mula macam tak percaya je.

      Tu yang godek-godek dan google sendiri. Berul laa.. Kita dah terbiasa panggil ikan tongkol. Rupa-rupanya tuna yang glamour tu laa.. hihi…

  5. February 2, 2010 at 8:16 pm

    Oooo..tongkol dan tuna tu sama rupanya…
    Kalau sebut tuna tu…rasa macam glemer je kan…

    Esokk nak sarapan sandwich ikan tongkol lah..he..he…

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:45 am

      Sandwich ikan tongkol ?

      Aderk !

      Putus selera, hehe..

  6. February 2, 2010 at 8:27 pm

    huiiii….ngancam.. sedaptu… kenalak nasi panas2 lembut… huiiii berasap… kalau goreng garing pun sdap k tie kan… lebih bubuh garam… kalau hari2 mau tngk meter tinggi rendah..hihi… yang kaler putih tu sedap lagi… tapi zan sama saja… bab makan x tolak….

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:47 am

      Zan, tak boleh makan nasi panas-panas. Nanti gigi cepat rosak, hihi…

      Kalau nak goreng, lagi sedap kita rebus dengan asam keping dan garam. Rebus guna air sikit je. Mentua panggil kukus. Pastu barulah goreng. Jaga-jaga, kang letup kena muka terus turun saham!

  7. February 2, 2010 at 8:54 pm

    kak tie… erm.. tertelan liur saya melihatnya

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:47 am

      Alaa….

      Isteri comel kan ada. Bolehlah tolong dia masak.. hehe..

  8. February 3, 2010 at 12:34 am

    Asalamualaikum

    Salam kenal

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:48 am

      W/salam,

      Salam kenal jugak!

  9. February 3, 2010 at 2:07 am

    Sangat la sedap nasi dagang di regu regukan dengan gulai ikan aya nie…. best nye gulai kak tie tue🙂

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:49 am

      Ijan, nak makan ikan aya ni kena check dulu. Takut mikael allergic lak. Setengah orang yang allergic tak boleh makan ikan aya dan ikan jacket. Gatai katanya, ekekeke…

  10. February 3, 2010 at 7:44 am

    Salam kak tie.
    Macam dalam kelas sains rumahtangga je rasanya (w/pun dulu aliran perdagangan hehe). Tapi bestlah baca ayat-ayat kak tie tu.
    Gulai tu kakchik suka kalau makan dgn nasi putih (sebab tak mkn nasi dagang). Gulai ikan aya nasi dagang Teganu memang sedap!
    Kat sini kadang-kadang ikan aya yang saiz kecik orang buat singgang tapi kakchik tak suka makan cuma suka kuahnya saja.
    Ada resepi ke gulai tu kak tie?

    • Tie
      February 3, 2010 at 8:52 am

      Salam Kakchik.

      Kak tie pernah merasa kelas SRT dulu, form 1. Tapi sekejap je.. sebab dipaksa masuk kelas perdagangan, hu hu… Memang best betul , boleh ‘main’ masak-masak. Jeles tengok orang lain bawak balik kuih yang mereka buat, huhu…

      Kalau yang singgang , kak tie pun tak makan. Macam kurang ceria tengok putih je, kan.. hehe.. Tapi cik abang tu suka, cuma kak tie saja buat gulai ni. Dah lama tak buat gulai ikan.

      Resepinya payahlah sikit. Kak tie main campak-campak je. Tapi ada rempah gulai khas ni kat ganu. Cuma kak tie tak pernah cuba.

  11. February 3, 2010 at 8:33 am

    Salam Tie, gulai tu rasanya exactly cam kari biasa ke? atau lebih sedap? If so, *wink* sudilah kiranya turunkan resipi (berkata2 nih tanpa check list of food yang pernah Tie masak). Mekaseh in advance

    • Tie
      February 3, 2010 at 9:02 am

      Som, rasanya lain sikit laa..

      Sebabnya ikan tu direbus dulu dengan asam keping dan garam, supaya rasanya menyerlah. Ikan ni agak tawar isinya. Sebab tu kena bagi perisa dulu.

      Rempah gulai pun lain sikit. Tie tak guna yang khas, jadi guna rempah kari daging, sesudu rempah kerutuk dan sesudu lada mesin (boleh tambah lebih) plus bawang dan halia.

      Lepas tumis macam biasa, bubuh santan, bubuh ikan (air rebus tu buang laa..). Bubuh gula perang @ gula melaka supaya rasa sedikit manis. Garam dan asam keping boleh ditambah lagi, tapi tunggu dulu hingga perisa dari ikan tu menyerap ke kuah.

      Kalau tak kang terlebih masin dan masam. Lada kecik tu memang satu kemestian. Trademark gulai ikan tongkol ni…hihi..

      Rasanya Kakchik (org klate yang kat atas tu ) pun tahu buat ini.. Kita orang Johor mungkin rasa pelik sebab manis sikit. Tapi kita boleh kurangkan manis tu. Kak tie bubuh sikit je gula melaka. Kalau tak bubuh rasa tak sedap pulak.

  12. February 3, 2010 at 10:27 am

    Salam,

    Chekdee suka masak mati air dengan garam dan asam keping…then baru goreng garenggggg…..sedapppppp…. cicah dengan sambal belacan…….hmmmmm

    • Tie
      February 3, 2010 at 5:33 pm

      Haa…. memang gitu chekdee… bila goreng sedap gak! Ringkas tapi menyelerakan !

  13. DrSinga
    February 3, 2010 at 10:33 am

    pssstttt….
    kita baaaaruuu tau….
    ikan tongkol=ikan tuna!!!!
    kahkahkah!!!!

    • Tie
      February 3, 2010 at 5:35 pm

      Hihi… kita pun baru je tau.

      Tu yang canang satu kampung !!

      Uwaaaa……….

  14. sya
    February 4, 2010 at 9:40 pm

    laaa.. ye ke… ikan tuna itu adalah ikan tongkol? hahaha… tak tahu pun…
    tapi kan, saya kan, entah kenapa tak berapa suka nak makan bahagian tengah ikan tongkol yang warna hitam tu… rasa nya lain kan?

    • Tie
      February 5, 2010 at 8:19 pm

      Bahagian tengah tu… banyak lemak kot. Ikan cencaru pun gitu , kan… warna hitam di bahagian tertentu..

  15. February 7, 2010 at 3:08 pm

    Nenek suka masak singgang (betul ke nie) :p .. hehe. orang pulak suka panggang.. hehe. masa bulan puasa mmg orang hunt tuna panggang🙂

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: