Home > kehidupan, Tingtong > Blogging – Tak semudah itu

Blogging – Tak semudah itu

Dah lama rasanya tak menulis (4-5 hari tu kira lama laa..) Tie tak la sibuk sangat, idea tu ada cuma susah nak menulis suka-suka ni. Kerana kita faham,  semua yang baca blog ini punya kehidupan yang berbeza, pengalaman dan cara penerimaan juga tidak sama.

Kerana itu Tie selalunya mengambil masa untuk menulis. Mana-mana entry ringan tu telahpun Tie draft dan edit banyak kali. Ini adalah untuk memastikan tiada hati yang terguris atau buat seseorang rasa marah dan menyampah.

Mungkin ini adalah perkara remeh, tapi tidak bagi Tie. Tie ada gak baca entry-entry yang buat Tie rasa rendah diri, tapi Tie tetap maafkan kerana itu hak dia. Cuma Tie tak sanggup nak membuatkan kalian yang begitu rajin datang ke sini merasa kurang selesa.

.

CJ7 – Sebuah filem yang memaparkan erti sebuah persahabatan.

.

Sebenarnya Tie ada menulis beberapa entry, tapi kebanyakannya Tie simpan atau buang saja kerana tak mahu dikatakan riak atau bimbang ada yang terasa hati.

Kekadang perkara-perkara kecil seperti mempamirkan kejayaan anak-anak, atau masakan kita pun boleh buat orang sakit hati, tau….. Itu yang tak seronok. Kalau boleh Tie nak ceriakan semua yang hadir di sini  pada setiap entry.

Jadi, terlebih dahulu, Tie ingin mohon maaf kiranya segala posting yang Tie tulis sebelum ini dan akan datang pernah atau akan  membuatkan teman-teman (termasuk silent reader) merasa tidak selesa. Memang Tie tidak sengaja.

Ada orang kata, kalau takut, elok berhenti je menulis. Tak baiklah kata begitu. Setiap orang punya cara pemikiran yang berbeza. Memang sifat Tie sejak kecil, tak sukakan konflik serta suka  beralah . Menceriakan orang adalah satu kepuasan bagi Tie.

Akhir sekali, selamat meniti kehidupan sementara ini. Walaupun kita merasa masih ada yang kurang, cuba fikirkan apa yang telah kita kecapi… Insyaallah. Allah itu sentiasa mendengar rintihan  dan doa kita.

.

Categories: kehidupan, Tingtong Tags: , ,
  1. January 28, 2010 at 10:14 am

    Saya pula suka tulis benda2 yg saya tak suka. means klw saya tak puas hati saya ckp kat blog saya tu. makanya ramai yg telah terasa. hehe. tp takpe..ianya satu kepuasan. wink!

    • Tie
      January 28, 2010 at 11:00 am

      Ooo… gitu ke ?

      Kak tie pulak akan rasa bersalah jika ada yang terasa, walaupun pada yang tak kenal atau tak pernah jumpa.

  2. DrSinga
    January 28, 2010 at 10:15 am

    susah nak puaskan hati semua orang…
    hati sendiri happy..cukup..

    • Tie
      January 28, 2010 at 11:01 am

      Tie happy bila semua orang happy.😛

  3. January 28, 2010 at 10:41 am

    uiks.. entry ini ada kaitan ke dgn blog Aduka Teruna.. alahai yg menghina Sultan Johor itew. hehehheh

    • Tie
      January 28, 2010 at 11:01 am

      Tak la Maza. Ramai da orang buat entry pasal dia. Dah cukup la tu.

  4. January 28, 2010 at 10:55 am

    Tie seorg yg berhati2. Keep it up.

    Mmg kadang tu ada org yg terasa bila kita cerita ‘kejayaan’ kita atau keluarga. Tapi nak buat mcmana. Niat kita utk merakamkan kejayaan itu di blog kita utk rujukan masa depan anak cucu (kalau blog kita ada lagilah masa tu). Atau kadang niat kita utk memberi semangat kpd pembaca.

    Susah nak buat semau org puas hati.

    • Tie
      January 28, 2010 at 11:02 am

      Kita boleh ceritakan kejayaan kita tapi kena ada sedikit kata-kata motivasi di akhirnya….

  5. January 28, 2010 at 11:03 am

    kadang2 kita tak sedar yg kita dah sakitkan hati orang, walaupun sebenarnya niat kita baik,sebab bukan semua orang mempunyai pemikiran dan pemahaman yang sama.

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:50 pm

      Sebab tu la kak tie baca dan edit banyak kali sebelum publish.

  6. tB
    January 28, 2010 at 11:05 am

    ‘blog bukanlah hakmilik kekal’,

    salamm,

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:49 pm

      Salam,

      Bagi kak tie, blogging yang membina persahabatan adalah lebih manis.

  7. January 28, 2010 at 11:05 am

    setuju dgn pandangan YB Yang Bijaksana tu :p

    sy tak rajin menulis TAPI
    sentiasa rajin curi masa utk membaca blog kawan2 TAPI
    tak rajin nak komen

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:48 pm

      Ha… Tie tahu ada orang mengintai!

      Tak pe laa.. rasa suka bila ada orang sudi menjengah blog ni..

  8. January 28, 2010 at 11:14 am

    Salam Tie, I paham maksud you. Kadang2 bergolak juga hati ni bila nak tulis sesuatu tapi ada aje yang mengikat niat tu ..

    Tapikhaaan, bila ‘mood tak berapa nak baik tu datang’, I lepaskan juga.

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:47 pm

      Ha ha… memang kita serupa !

      Kekadang Tie tulis berjela-jela.. pastu terus trash je. Macam tak patut je membebel pada diri sendiri. Dan memalukan bila orang lain membaca. Tapi, ada juga Tie privatekan… buat panduan di masa hadapan.

  9. January 28, 2010 at 11:20 am

    salam kak tie,
    nape ni kak tie…pd milla apa yg kak tie tulis sgt menghiburkan, memberi maklumat, menceriakan hati yg tgh resah gelisah dan yg sewaktu dgnnya. Bukan ke apa yg kita tulis tu dtgnya dari hati kita sendiri…kalau ada yg terasa tu nk buat camne. Kita tak boleh nak puaskan hati semua org. Yg penting yg baik2 tu bolehlah kita ikut & yg tak elok tu jadikan sempadan. milla sendiri pun bknnya rajin menulis tapi suka berjln2 & baca kat blog org lain dari situ kita boleh belajar mcm2…

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:45 pm

      Milla,

      Kak tie selalu buat ‘ulangkaji’ pada blog sendiri. Dan ada masanya merasakan satu-satu entry tu agak melampau pulak… malu rasanya. Tu yang buat kak tie sedar. Betapa teruknya mokcik ni…

  10. January 28, 2010 at 11:27 am

    salam kak tie.
    memang kalau boleh nak tulis perkara-perkara yang menceriakan aja tapi kadang-kadang tulis juga yang kurang ceria contohnya bila nak lepaskan geram, hehe. itupun bila kakchik rasa cara tulis di blog ni boleh kurangkan stress sendiri. orang yang membaca akan membacanya dalam pelbagai nada dan intonasi maka kadang-kadang ada yang terasa. apa pun selagi kita tak mengata orang, tak buat salah, tak tipu orang, jujur dengan apa yang kita tulis, insyaAllah hati akan tenang.

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:43 pm

      Kakchik, tentu masih geram lagi kan.. hehe.. sabor je laa.. tunggu peguam ambil tindakan.

      Apa yang kakchik paparkan di blog tu adalah satu contoh yang baik. Kak tie hargai apa yang kakchik kongsikan tu. Ianya satu pengajaran bagi kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia IT.

      Betul laa.. kak tie tulis dengan gaya intonasi tersendiri. Macam manalah orang lain nak baca dengan cara tuan rumah, ekk… jumpa pun tak pernah… hehe..

  11. January 28, 2010 at 12:54 pm

    tahu tak Tie..orang lebih suka baca kisah porak poranda, kisah lintang pukang hidup orang dari orang baca kisah bahagia orang..sebab kalau bahagia tak de bahan perasa nak ditambah…kurang le peluang nak buat dosa..tapi kalau kisah2 negatif….masing2 ada idea nak tambah cili, bawang …

    prinsip saya – baca saja , ambil tahu apa yang ditulis tak perlu nak selongkar lebih2… itu saja

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:40 pm

      Hmm… memang sesetengah orang ni punya perangai yang negatif. Kena pastikan ianya tak terjangkit kepada kita pulak.

  12. January 28, 2010 at 1:47 pm

    kaktie, sy x kisahpun kaktie. cerita family lagi bagus dari cerita pasal bf/gf
    he he he he

    • January 28, 2010 at 8:44 pm

      erk! kalau cerita pasal hantu, pocong, penangal, hantu kubur dan jin toncet kira worait tak?

      hehehehehe

      • Tie
        January 28, 2010 at 9:34 pm

        Maza ni…

        Suka hati laa… Cerita gitu biasanya menghiburkan gak. Tie suka, hehe..

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:38 pm

      @ tedi,

      Nak cerita kisah family tu memang bagus, tapi kena lihat juga dari pandangan pembaca. Kekadang kita tak sedar yang kita riak. Itu yang kak tie takut. Kak tie akan cuba selitkan kata-kata motivasi agar yang tidak ada yang merasa terpinggir.

  13. nurdaniella
    January 28, 2010 at 4:14 pm

    salam kak tie.. uwaaa.. rindu bebenar pada kak tie.. ala kak tie, blog kita ni kan memang tempat untuk kita bercerita.. kalau orang tak suka nak baca, terpulang la pada mereka.. susah sebenarnya nak puaskan hati semua orang.. jadi, asalkan hati kita sendiri puas, ok la tu.. melalui cerita ceriti ni la, kita nak kenal hati budi penulisnya..

    • Tie
      January 28, 2010 at 9:31 pm

      Nur,

      Lama tak berhubung, kan… Sihat ke ? Harap Nur sentiasa bahagia bersama family..😛

  14. January 28, 2010 at 9:41 pm

    k tie,

    prinsip izan mudah sangat…. berani buat berani tanggung. jadi pilih jalan yg terbaik…. menulis bukan kerna nama tapi kepuasan. cerita apa yang kita nak cerita bukan tentang cerita orang lain, keluarga orang, atau apa2 yg x berkaitan dengan diri kita. tetapi sebahagian dari kehidupan kita sendiri untuk dikongsikan … jika punya kebaikkan ambil sebagai panduan dan yang buruk jadikan sempadan. niatkan dalam hati ikhlas, jujur, berbaik sangka…. jauhkan sikap sangka buruk, permusuhan dan segala yang negatif.

    jika terkadang kita terlepas pandang atau tersakitkan hati orang… cepat2 minta maaf dan jika org yg kita terkasar itu tidak memaafkan… anggap saja sebagai pengalaman yang tidak akan berulang lagi dilain kali. jika org hendak berkawan zan/kita hulurkan tangan dan jika org berpaling anggap saja kita dah buat kesilapan dan tidak mendapat kemaafan… itu tidak mengapa kerna kita ini manusia biasa.

    perkataan seharian yg keluar adalah dari hati…. adakala kita terlepas kata… anggap saja sesuatu yg positif… jgn disimpan didalam hati…. kita ceria…

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:34 pm

      Baguslah Zan kalau fikir gitu.😛

  15. January 29, 2010 at 8:35 am

    salam singgah
    saya pulak suka menulis kisah kami sekeluarga..dan yang paling saya avoid tulis kisah org yg saya tk suka🙂
    bg sy blog tempat saya kongsi pengalaman dan kisah hidup bersama keluarga…anyway, keep writing, suka baca tie punya blog🙂

    psst, nk link kan boleh tk?
    slalunya lompat je dari blog ijan🙂

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:36 pm

      Salam Zarin,

      Kak tie dah baca blog Zarin tu.. Menarik sekali😛

      Nak link tentu boleh. Tak payah beritahu pun. Nanti kak tie linkkan dlm bloglist kak tie…

  16. January 29, 2010 at 8:56 am

    Salam Akak Tie…..

    Benar apa yg Akak tulis ni. Sy setuju.

    Sy tak suka menulis ttg hal org sbb bagi sy ianya tak perlu. Sy tak suka kacau org. Tapi yg peliknya ada seseorg yg suka sgt kacau sy. Tak pernah habis nak kacau sy. Pelik binti ajaib.

    Bukan setakat kacau sy, siap kacau hubby sy lagi. Ishhhhh, rimas betul la dgn org yg cenggitu….

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:40 pm

      Err… kalau tulis tentang orang lain.. biasa kak tie cilok dari akhbar je. Tapi tu pun untuk mencari hikmah atau panduan . Untuk kebaikan bersama.

  17. January 29, 2010 at 10:28 am

    salam kak Tie..

    mmg x mudah, saya setuju sgt. ssh nak buat owg suka ape kita buat. TAPI.. mudah buat owg benci ape kita buat. itu lumrah manusia.

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:42 pm

      Kak tie tak fikir untuk buat orang suka kat diri sendiri, cuma kak tie harap blog ini tidak buatkan orang tersinggung atau rasa kurang selesa.

  18. dyg
    January 29, 2010 at 10:38 am

    salam kak tie, rindu nak menjenguk, tapi dyg selalu intai2 blog ni…dari mula2 dulu kak tie kat blogspot sampailah ke wordpress, dyg tahu kak tie ni sorg yg positive, yg boleh b uat dyg heppy bila baca entry2 kak tie, terima kasih kak tie.

    dyg rasa tak salah kalau ada nasihat dan teguran dalam entry kak tie, kerana itu yg menjadikan identiti blog kak tie, dyg terbuka mendengar nasihat dan teguran🙂 apalagi kalau dari kak tie…hehehe

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:43 pm

      Dyg ooii…!

      Kak tie dah kembang satu badan bila baca pujian dari dyg ni, ekekeke…………

      Kak tie memang suka beri nasihat, tapi kak tie sendiri entah buat ke tidak tak siapa yang tahu, hi hi hi.. teruk betul mokcik nih!😆

  19. January 29, 2010 at 4:06 pm

    cam saya xpernah ade kes delete entry.. yg draft xpublish ade la..

    saya sendiri dah set dalam minda n blog sy.. just entry yang ada info (even selingan) & sedikit kelucuan untuk dihidangkan kepada pembaca blog.

    coz yang penting.. mana yang baik itu yang kite perlu renung2kan dan amalkan

    out of topic–> akak jgn la muntah kat sinie.. huhuh maaf pasal gambar tue he…23x

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:44 pm

      Kak tie memang tak pandai mengarang. Tu yang asyik trash je, sebab bila baca sendiri pun jadi bengong, hi hi…

  20. ima
    January 29, 2010 at 11:09 pm

    salam Kak tie,
    bagi ima tulisan kak tie tak pernah menyinggung hati sesiapa,tapi kalau ada yg tersinggung tu terpulanglah….susahkan nak puaskan hati semua peminat2 kat tie kan..kan.

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:45 pm

      Salam Ima,

      Harap-harap gitu laa…

  21. ijan
    January 30, 2010 at 2:43 am

    Salam Kak Tie,
    Betul kata kak tie, bukan senang nak puaskan hati semua orang. Tp sehingga sekarang, saya cukup suka tulisan Kak Tie. Pada saya Kak Tie cukup low profile dan penulisan kak tie banyak yang berinformasi. Tak perlu lah Kak Tie risau sangat. Teruskan dengan cara Kak Tie. Saya yakin semua yang datang ke blog ni senang hati🙂

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:46 pm

      Errk !

      Ni lagi sorang buat kak tie kembang sebesen !😛

  22. January 30, 2010 at 12:53 pm

    dont worry kak tie.. if sorang tak senang dgn cara penulisan kak tie, insha allah, ada 10 orang yang suka.. termasuk orang! heheheheh…

    jujurnya, entri yang kak tie tulis kiut, ada pengajaran dan sometimes, berinfo. orang senang membacanya..🙂

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:47 pm

      Terima kasih la nono…

      Rasanya hari ni kerusi ni tetiba jadi sendat. Dah kembang la ni…. hu hu..

  23. syayassir
    January 30, 2010 at 5:03 pm

    hmm… sama la kak tie.. bila dah menulis, ambil masa berkali2 juga baca. risau dengan ayat2 yang kurang sesuai ke…
    kadang tu, minta tolong seorang kawan bacakan.. boleh juga dia menegur apa yang patut..🙂

    • Tie
      January 30, 2010 at 5:48 pm

      Alaa…Sya kan guru.. takkan ada masalah menulis ?

      Kak tie ni kekadang bila baca balik, rasa malu betul. Entah apa-apa je….:mrgreen:

  24. January 31, 2010 at 3:23 pm

    Saya pun suka datang baca blog kak tie.jangan down kak tie.keep writing.🙂

    • Tie
      February 2, 2010 at 6:52 pm

      Bukan down… terus meniarap laa…

      Perasaan ni kekadang susah nak kawal, kan…

  25. February 2, 2010 at 6:36 pm

    saya pun ada pk cam kak tie pk jugak tapi saya anggap itu blog kita dan kita punye sukelah nak tulis ape..

    ada kala mmg rasa cam blog saya tu merapu je..tapi itu semua saya anggap utk kenangan dan panduan kita lihat kehidupan yg lepas..macam diary cuma beza boleh letak gambar hehe..

    • Tie
      February 2, 2010 at 6:56 pm

      Kak tie ada buat diary blog.. privatekan. Tapi, kekadang nak gak terima reaksi dari seseorang, kan… barulah dapat hilangkan rasa stress tu.

      Cuma ada ketika, kak tie perasan ada seseorang atau lebih dari seorang yang seakan-akan benci pada kak tie. Saja nak khianat. Tu yang terus rasa hilang keyakinan. Siapalah yang busuk hati tu kan…

  26. February 2, 2010 at 6:37 pm

    yg pasti..saya tetap suke blog kak tie..

    • Tie
      February 2, 2010 at 6:57 pm

      Terima kasih Nrina. Tegurlah kiranya kak tie ada buat silap, ya..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: