Home > kehidupan, Terkenang > Harapan

Harapan

Bila lihat Wanie menghadap buku-bukunya setiap malam, teringat pula masa Tie dan adik-adik dulu. Meja makan merupakan meja study, tempat mentelaah dan buat homework setiap hari. Macam semalam je. Cepat benar masa berlalu.

Setiap kali lepas makan malam, semuanya tekun belajar atau buat homework. Bila dah selesai boleh tengok tv… cerita Remington Steele, Buck Rogers, Magnum PI, Bionic Woman, Charlies Angels, Happy Days, Mork and Mindy……dan banyak lagi. Semuanya dari saluran 5 (Tv Singapore).

Semua adik-adik berjaya. Walaupun mak hanyalah seorang surirumah, hanya belajar setakat darjah 3. Anak-anaknya semuanya dapat melanjutkan pelajaran sekurang2nya peringkat Diploma (Tie laa…).

.

Tekun siapkan homework, dengan teman (handphone) di sisinya….

.

Kini, bila dah jadi seorang ibu, dan melihat anak-anak semakin membesar ; rasa cemas dan bimbang. Harap benar mereka punya masa depan yang cerah. Jauh lebih baik dari mama mereka.

Ada ketika ingin sekali menarik nafas lega, berehat dengan aman dan melihat kejayaan semua anak-anak . Kesemuanya…………..

.

.

.

.

Edit : Hari ni birthday ayah… yang ke 73 tahun. Nasib baik adik ingatkan.. hu hu… Patutlah rasa sedih sangat…Β  Teringat kat ayah yang mula-mula hantar Tie ke sekolah dulu. Bila keluar dari kelas, ayah sedang menunggu di luar pagar. Dan dia belikan set mainan doktor. Katanya , dia nak Tie jadi doktor bila besar nanti. Sedih sebab tak dapat tunaikan hasratnya.

Selamat hari lahir ayah. Tik doakan hidup ayah dan mak sentiasa diberkati Allah .

.

.


Categories: kehidupan, Terkenang Tags: , ,
  1. January 17, 2010 at 10:06 am

    hati seorang ibu ………. Tie
    itulah harapannya

    • Tie
      January 17, 2010 at 11:08 am

      Ibu pun stress gak!

  2. January 17, 2010 at 10:41 am

    hmm

    gambar tu cantik, cuma terlebih expose di sebelah kanan…
    elok gunakan flash dan dipancarkan sedikit ke atas berbanding tepat ke arah objek..

    selamat mencuba!

    hehehe

    (psst: jgn ikut tutorial ini, kerana ia merapu! wakakakaka)

    • Tie
      January 17, 2010 at 11:09 am

      Tak payahlah bagi Tie tutorial.

      Minda dah berkarat ni. Lagipun Tie main snap je.. gambor2 tu boleh edit kalau tak lawa… hehe…

  3. Tirana
    January 17, 2010 at 10:42 am

    Agak-agak mak kita cemas tak dulu bila tengok kita study? Mak saya kata kalau tak mau belajar betul-betul, tak lulus periksa, mak bagi kawin..hehehe.. Saya pulak masa tu ellergic dengar perkataan kawin tapi sudahnya kawin dalam usia yang paling muda compare dengan adik beradik yang lain.

    • January 17, 2010 at 10:43 am

      ah! kalaulah emak maza offer mcm Tirana.. huhuhuhu

      alangkah best nyer dunia ini..
      psst: dah lama gak emak maza bercicit..

      wakakakkaa

      • Tie
        January 17, 2010 at 11:12 am

        Oooiitt !!

        Suka benor bab-bab kahwin ni, ekk !

        Terus hilang ngantuk !

    • Tie
      January 17, 2010 at 11:11 am

      @ Tirana,

      Semua ibu gitu la Tirana.

      Tie selalu perhatikan bila mak solat, dia berdoa untuk semua kami adik beradik. Sekarang pun masih lagi…

      Bab kahwin tu, memang Tie ada gak gertak kat mereka tu. Semua jawab tak nak kahwin!! Uwaaa………πŸ˜†

  4. January 17, 2010 at 10:42 am

    maza dulu belajar di atas lantai..

    main meniarap-niarap sahaja..
    menulis pun adakalanya bersila..
    guna pelita yg berbalam-balam suam kuku gitew..

    hehehehe

    • Tie
      January 17, 2010 at 11:13 am

      Alhamdulillah….

      Tentu sejuk perut mak Maza tu..

      Menjadi juga Maza ni.. dan sekarang bapak orang pulak !

      • January 17, 2010 at 9:20 pm

        uiks.. kata mak tak juga sejuk..

        sejak ada kencing manis ni, huhuhu .. adakalanya perut mak selalu meragam..

        huhuhu

        • Tie
          January 17, 2010 at 9:40 pm

          Biasalah…. kita pun ni dah nak masuk klasik.. mula la sakit sana, sakit sini…

          Selalu la call dia… dengar suara anak pun boleh kurangkan rasa sakit, tau.

        • January 18, 2010 at 1:38 pm

          sekarang ni dia tinggal dgn maza.. hehehhehe

          jgn jeles aaa.. hehehhhe

          best woo, malam2 peluk mak woo.. hehehhe

        • Tie
          January 18, 2010 at 1:43 pm

          Oooiitt !!

          Masih dok bawah tiak mak ko??

          Dasat !! Macam perangai adik Tie je….πŸ˜†

  5. January 17, 2010 at 10:47 am

    InsyaAllah kaktie!

    • Tie
      January 17, 2010 at 11:13 am

      Mudah-mudahan begitu laa…

  6. January 17, 2010 at 11:30 am

    Hi KakTie! hru doing there???

    Yes kak, time really flies! Love pun rasa mcm baru je habis belajar…kikiki! Tapi my son already in kindergarten now! Uhuhuhu…:)

    psst, KakTie…can U pls send my msg to Ijan, Finland? I’m unable to open her blog as my FF keep crashing. I’ve commented on Mikael’s post today, but unable to comment on other entries pulak! Adui!!!😦

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:00 pm

      Kak tie dah sampaikan pesan kat Ijan tu…

      Baru kindergarten, ekk. banyak lagi masa nak tunggu dia masuk U tu, hehe..

  7. cpj
    January 17, 2010 at 1:11 pm

    Begitulah hati seorang ibu sejati, penuh dengan rasa kasih-sayang dan tanggungjawab terhadap anak-anak.Bertuah jadi anak kak tie…boleh cpj tumpang?hehe…

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:01 pm

      Errkk !

      Nak tumpang ? Tumpang makan, ekk ?

      Mai laa… hari ni kak tie masak ikan je, hehe…

  8. January 17, 2010 at 2:05 pm

    alhamdulillah…tp sekrg diploma orang dah jarang pandang dah kak…. entah2 akan dtg..degree pun org xpandang dah kan…

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:02 pm

      Diploma kak tie ni lagi la teruk. Memang orang tak heran pun!

      Kak tie cuma harapkan anak-anak boleh kerjaya yang baik… tak kiralah dari sijil apa pun.

  9. January 17, 2010 at 2:21 pm

    setiap ibu mahu melihat anak2 hidup mengecapi kejayaan baik di dunia mahupun akhirat.

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:03 pm

      Begitu la , Kakpah…

  10. January 17, 2010 at 2:27 pm

    Berat doa ibu, insyaAllah semua anak2 kak tie akan berjayaπŸ™‚

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:03 pm

      Mekasih dek.

      Eh.. napa tak boleh bukak blog adek tu ? Hari tu boleh….😦

      • January 18, 2010 at 3:11 am

        Saya guna hosting murah. Kadang2 ok kadang2 server down😦

        • Tie
          January 18, 2010 at 7:50 am

          Ooo… gitu…

          Kak tie lagi laa… guna yang free ni je, hehe..

  11. January 17, 2010 at 2:59 pm

    Kita dah melalui zaman yg susah. Jadi kebanyakan ibubapa mahu anak mereka lebih senang dari apa yg kita lalui.

    Kepada ayah Tie, selamat menyambut ulangtahun dan semoga dirahmati Allah setiap masa.

    • Tie
      January 17, 2010 at 6:05 pm

      Semua ibubapa harapkan anak-anak lebih bernasib baik dari mereka, lebih senang dan lebih berjaya. Biarlah kita susah dulu, kan….

      Terima kasih atas ucapan untuk ayah Tie tu..πŸ˜›

  12. January 17, 2010 at 9:31 pm

    Terlebih dahulu Happy Birthday to your dad. Semoga panjang umur, murah rezeki dan di berkati Allah (kalimah kontroversi). Masa saya kecil saya sendiri kurang menghargai jasa ibu bapa saya. Saya ingat, saya selalu complaint ayah selalu tiada utk dengar masaalah saya.
    Bila dah ada family sendiri baru faham susah payah ibu bapa. Moga-moga tuhan merahmati mereka semua.

    • Tie
      January 17, 2010 at 9:38 pm

      Mekasih… hehe…

      Harap-harap kita boleh laksanakan tanggungjawab sebagai ibubapa sebaik-baiknya untuk anak-anak kita..πŸ˜›

  13. January 17, 2010 at 9:34 pm

    Happy birthday kepada ayah Tie. Semoga beliau diberikan kesihatan yang baik, umur yang panjang serta di dalam keberkatan Allah sepanjang masa. Bagus anak-anak Tie rajin belajar. I hope my kids will be as hardworking as yours…

    • Tie
      January 17, 2010 at 9:42 pm

      Terima kasih MamaFami,

      Yang rajin tu sorang tu je.. yang lain liat la sikit. Kena selalu ingatkan.. naik letih beri ceramah ni..

  14. January 17, 2010 at 10:22 pm

    kenangan manis yang akan diingati sepanjang hayat ……

    Chekdee..tak ada kenangan manis itu …..yang ada hanyalah kenangan mak dan abah bergaduh…dan piring terbang melayang-layang …..phuuuyooo….chekdee belajar kuat….hanya untuk dapat good result dan cabut dari rumah…kawin dan ada famili sendiri dan …start my new life……. alhamdulillah…anak-anak chekdee …chekdee pastikan mereka ada kenangan indah happy sekeluarga ….alhamdulillah

    Kenangan bersama mak abah dan adek beradek…chekdee buang jauh2 …kini yang ada hanyalah chekdee bersama keluarga chekdee…hubby dan anak-anak …..inilah keluarga utama chekdee…ukhussss

    • Tie
      January 18, 2010 at 7:51 am

      Chekdee… janganlah sedih.

      Kita semua ada kenangan pahit dan manis. Cuma kenang yang manis je.. yang pahit kita buat sempadan, supaya tak berulang lagi.

  15. January 17, 2010 at 11:30 pm

    rindu time skolah2.. hehe
    skrg ni bila sy study je.. xleh study kat umah
    mlm2 pun pegi jgak dok kat uni psl meja study berselerak hehe
    nak tulis pun xde kawasan WAKAKAKAKAKA
    elok kemas je, 5 min lps tu sure srabut balik

    aiyarkk!!

    • Tie
      January 18, 2010 at 7:52 am

      Amboi…

      Anak dara suka buat selerak ?

      Meh kak tie pulas telinga tuh!!πŸ˜†

  16. January 18, 2010 at 3:12 am

    Salam kak tie,
    Mudah mudahan semua anak2 kak tie berjaya… AminπŸ™‚

    • Tie
      January 18, 2010 at 7:53 am

      Salam dek,(tak tahu nama lagi, laa…)

      Insyallah.. mudah-mudahan semua anak2 kita berjaya hendaknya.πŸ˜›

  17. January 18, 2010 at 5:30 am

    Salam. Apa khabar?

    • Tie
      January 18, 2010 at 7:53 am

      Salam,

      Sihat, alhamdulillah…….

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: