Mochi

Tak sampai sebulan kehadiran Mochi dalam keluarga kami, petang tadi dalam kesakitan Mochi pergi selamanya. Tak pasti penyakitnya, tapi Tie rasa pemergian Mochi mungkin kerana tubuhnya tidak dapat menyesuaikan diri setelah melahirkan 8 ekor anak. Mungkin dia terlalu muda untuk menanggung tugas sebagai ibu. Sangat pilu rasanya.

.

.

Sebelum itu Mochi amat menceriakan. Kegemarannya berlari2 dalam ‘roda impiannya’ selalu buatkan Tie dan anak-anak rasa terhibur. Kami belikan shampoo khas untuknya agar baunya lebih menyenangkan. Mochi, selain dari jagung, bijian, adalah seekor hamster yang gilakan kuaci. Setiap pagi dan petang  dia akan mengegarkan pintu pagar sangkarnya untuk meminta makanan. Amat cerdik dan aktif sekali.

.

.

Namun setelah melahirkan anak, Mochi begitu sibuk menyusukan anak-anaknya hinggakan nampak keletihan.  Ada masanya dia sahaja meninggalkan anak-anaknya untuk berehat di satu sudut. Dia semakin kurang selera makan, dan kadang kala merangkak naik ke atas dengan mata pejam. Seolah-olah dia amat perlukan tidur dan rehat yang cukup. Rasa belas sungguh.

.

Anak-anaknya masih hidup lagi. Tie sempat asingkannya agar Mochi dapat pergi dengan tenang. Mungkin esok atau lusa, anak-anaknya pula mati. Kerana mereka masih perlukan susu. Biarlah…… rasa sedih bila kenangkan Mochi yang comel.

~ Soalan dari kalian sebelum ini sudah terjawab. Walaupun Mochi hanyalah seekor hamster, dia tetap bererti bagi kami. Sedih rasanya. Sebab itu Tie tak suka bela haiwan peliharaan. Kerana mudah sangat rasa sayang……….

.

.

  1. DrSinga
    January 14, 2010 at 8:43 pm

    alaaa…siannya…
    sedeh kita..

    • Tie
      January 15, 2010 at 8:25 am

      Hu hu…. Tie lebih sedih dari budak-budak tu. Bayangkan betapa kasihnya mochi terhadap anak2nya. Walaupun rasa tak sihat, masih mahu menyusukan anak-anaknya… hu hu…

  2. January 14, 2010 at 9:29 pm

    Allllaaaaa.. Kesiannya T.T Sangat sedih okayh! RIP Mochi!😦

    • Tie
      January 15, 2010 at 8:26 am

      Kak tie nak suruh budak2 tu tanam mochi pagi ni. 2 ekor anaknya dah mati pun. Tinggal lagi 6.

      • January 23, 2010 at 1:06 am

        Mati sbb takde susu kot T.T

        • Tie
          January 23, 2010 at 9:20 pm

          Babies tu nak susu hamster. Kak tie cuba titikkan fresh milk, walaupun dah tahu nasib mereka. Tak sampai hati biarkan mereka mati gitu je… Lastly, all of them died.

  3. January 14, 2010 at 9:31 pm

    “ Blog Dengan Nama Islam Menghina Islam”

    Assalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu,
    Ada sebuah blog yang benar-benar tidak pantas untuk dibaca (berisi pelecehan terhadap agama Islam dan Nabi Muhammad shallallaahu ‘alaihi wasallam).Bapak Ibu kaum muslimin wal muslimat yang di rahmati Alloh silahkan buka blog yang menghina ajaran Islam di : Berita Muslim Sahih
    atau:
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Banyak artikel yang menghina ajaran Islam dan Nabi Muhammad SAW
    Oleh karena itu, mari kita melaporkannya agar blog itu di tutup dengan cara sebagai berikut : Pertama buka alamat
    http://en.wordpress.com/report-spam/
    Lalu isi data-data yang diperlukan:… Lihat Selengkapnya
    Your Email : email Anda
    http://beritamuslim.wordpress.com
    Why : isi dengan ” BLOG SPAMMING and that blog was insulting religion islam. “[/quote]
    semakin banyak yang melapor semakin cepat blognya ditutup. semoga kita terhindar dari hal2 yang bisa melemahkan iman kita dan semoga kita selalu ada dalam ridha dan lindungan-Nya… Amin
    Syukran. Jazakallah khoiran katsira. Allahu Akbar. dikirim ulang dari grup Kajian Keilmuan bagi Aktivis dakwah Wassalamu’alaikum warohmatullahi wabarokaatuhu  — era muslim

    • Tie
      January 15, 2010 at 8:27 am

      Memang sentiasa ada blog gini pakcik. Moga2 tak ada yang tertipu dengan dakyah mereka.

  4. sya
    January 14, 2010 at 10:29 pm

    salam kak tie…
    mak saya pernah kata, kucing atau binatang yang sewaktu dengannya, tak boleh kurung dia selepas beranak.. sebab, dia perlu bebas untuk mencari ‘ubat’ untuk rawatan dia sendiri selepas beranak.. tak tau lah betul ke tidak..

    • Tie
      January 15, 2010 at 8:29 am

      Salam Sya,

      Mungkin betul. Tapikan Sya, hamster ni memang seharusnya dalam sangkar. Kekadang mereka ni ada penyakit, canser laa… demam laa.. stress pun ada gak . Tak boleh dilepaskan sebab kucing kat luar tu sentiasa menunggu peluang. Lagipun hamster ni asalnya di gurun… dan jenis Mochi ni dari Russia.

  5. January 15, 2010 at 1:05 am

    Salam Kak Tie,
    Alahai kesiannya… sedih pula bila baca cara kak tie tulis. Kite kat sini kerja dengan rabbits, mice dan rats. Memang rasa kesian bila nk buat experiments tapi apakan daya… dah terpaksa. Bila kak tie tulis pasal Mochi ni, terus teringat kat anak2 rabbits yang terpaksa kite korbankan. Rasa sedih. Tambah bila dah jadi ibu ni, makin beremosi pula😦

    • Tie
      January 15, 2010 at 8:32 am

      Salam Ijan,

      Kak tie terkenangkan masa dia sihat dulu. Ceria dan melucukan. Terutama bila dia usap kepalanya seolah2 orang betulkan rambutnya….

      Rabbits ? Adoi laa… lagi sedih bila terpaksa ‘tidor’kannya, kan… Kak tie tak boleh la kerja macam tu… kang habis semua rabbits kak tie lepaskan senyap-senyap !

  6. Tirana
    January 15, 2010 at 1:50 am

    Huaaaaaaaaa…sedihnya…kesian pada anak-anak yang ditinggalkan. Andainya itu terjadi pada anak-anak kita..Ohhh..tak dapat dibayangkan.

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:43 pm

      Hmm… bayangkan kalau kita pergi dulu masa anak2 memerlukan tu.. macam mana, ya..

  7. January 15, 2010 at 8:03 am

    sian kat ank2 mochi tu…abis tu tak minum susulah ye. ank kucing milla dulu bagi susu guna kapas,…tapi ank mochi kecik sgtkan, nk pegang pun susah. kesiannye…

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:44 pm

      Tak la Milla, susu lembu tak sesuai untuk hamster. Lagipun kecik sangat Kak tie nak pegang pun geli. Takut terpicit. Biarlah mereka mati. Memang tak de harapan pun…

  8. ain
    January 15, 2010 at 8:22 am

    salama kak tie…siannya mochi dah pergi utk selama2nya. sian jugak ngan babies mochi tu!!! akak jgn sedih2 ye!!!

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:44 pm

      Dah kurang sikit sedihnya. Tadi kak tie makan banyak.. hehe..

  9. January 15, 2010 at 11:11 am

    ASALAMUALAIKUM

    Petua bina kesihatan pakcikli00 – satu

    Panduan hidup adalah al Quran
    rasul diutus memberi ingatan
    yang menjadi petua serta amalan
    demi untuk membina kesihatan

    Mulakan Bismillah setiap urusan
    elok disertai selawat dan salam
    dulukanlah niat sebelum pekerjaan
    mulakan gerakan di sebelah kanan

    Setiap waktu perlulah ditepati
    janganlah suka memungkiri janji
    bahaya dan musuh usahlah dicari
    jangan mudah tidak sedarkan diri

    Lemparkan senyuman setiap hari
    sehingga wajah kelihatan berseri
    seandainya bertemu salam diberi
    janganlah suka meninggi diri

    Bercakaplah cuma jikalau perlu
    sebelum menjawab dengari dulu
    usahlah bertanya bertalu talu
    perangai berleter usahlah ditiru

    Berpakaian biar disenangi orang
    jangan sendat atau pun jarang
    bahagian aurat usah ditelanjang
    sehingga geram jika dipandang

    Selanjutnya sila klik url dibawah :

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-dua/ASALAMUALAIKUM

    http://pakcikli00.wordpress.com/2009/08/26/petua-membina-kesihatan-tiga/

  10. January 15, 2010 at 12:25 pm

    simpati….sabar ya kak Tie

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:45 pm

      Mekasih Shais… rasa macam anak sendiri pulak !

  11. January 15, 2010 at 12:34 pm

    kecik2 dah jadi yatim piatu…. kak tie jage la dorg leklok ek

    out of topic–> ala kak tie.. faham kan je la he…23x innocent ek….

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:46 pm

      Tak boleh nak jagalah… kecik sangat. Dah mula mati sekor -sekor…

  12. January 15, 2010 at 1:07 pm

    bye2 mochie…
    moga anak2 mochie yg 6 lg boleh bertahan..

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:46 pm

      Mereka takkan bertahan la Wex. Kecik sangat.

  13. January 15, 2010 at 1:40 pm

    Oh, apakah ini? Sangat geli melihatnya. Bila tengok, macam ada iras-iras tikus pun ada. Eii… geleman dibuatnya. Bukan takut ya, geli saja. hehe.

    • Tie
      January 15, 2010 at 1:48 pm

      Errk ! Nak tahu tak … rupa kita masa dalam perut ibu tu lebih kurang macam tu laa… Tak baik tau orang lelaki geli-geli ni, hehe…

  14. January 15, 2010 at 2:14 pm

    Tie… nekcun pun macam tie juga… mudah sayang pada haiwan yang dibela dan sebab itu nekcun tak mahu anak-anak bela ‘pets’, tapi atok pula suka bela ikan… dan baru-baru ni ada beberapa ikan yang mati sebab anak nekcun lupa beri makan semasa nekcun dan atok pergi bercuti… sedih benar rasanya… walau pun hanya seekor ikan!…

    • Tie
      January 16, 2010 at 10:20 am

      Ye la …

      Kita ni orang pompuan sensitip sikit, kan… semuanya istimewa bagi kita, meski pun hanya seekor ikan.😛

  15. January 15, 2010 at 4:03 pm

    sian kat anak2 mochi😦

    • Tie
      January 16, 2010 at 10:21 am

      Pagi ni hanya 2 ekor je yang hidup. Tak tahulah selama mana mereka bertahan.

  16. January 15, 2010 at 4:35 pm

    alamak..sedih nya..sian kat anak-anak mochi..kecik lg tu..btl ckp kak tie..diorg mungkin akan pergi bbp hari lagi..sedihnya..xsempat nak tgk dunia

    • Tie
      January 16, 2010 at 10:22 am

      Sedih gak. Ada sekor tu perangainya serupa dengan ibu dia. Suka usap kepala seolah2 memperbetulkan rambut! Terus teringatkan Mochi, hu hu..

  17. January 16, 2010 at 12:47 am

    uwakkk… maza lak tersensitip kali ini.. aduhaii hampir tumpah jua air mata suci….

    selamat jalan mochi…

    sbb itu jugalah maza tidak membela kucing atau anak kucing lagi…
    huhuhu

    anak2 hamster tu boleh dibagikan pada klinik kesihatan haiwan utk dapatkan rawatan dan khidmat nasihat dlm penjagaan binatang bawah umur itew.. huhuhu

    • Tie
      January 16, 2010 at 10:23 am

      Kat ulu ni klinik kesihatan haiwan cuma jaga lembu dan kambing je la Maza. Kang tak pasal2 kena hambat keluar pulak mokcik nih!!

  18. January 16, 2010 at 8:05 am

    siannye…
    mokti sedih agi ke?

    kejut mase mule2 tengok.
    igtkan mokti bele tikus!!!
    eiiiii………

    xseke plk hamster, klu mmg bele tikus xtaw ah nok kate mnde. huhuhu….

    • Tie
      January 16, 2010 at 11:40 am

      Tikus ?

      Eee….. kita memang geli tikus laa… kang terpaksa panjat atas meja pulak !

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: