Home > Adat dan budaya, Makan, Pengetahuan > bubur asyura

bubur asyura

Tie suka makan bubur, bubur nasi terutamanya . Baru-baru ini, suami ada bawa balik bubur asyura, versi Kelantan. Sedap tu sedap tapi terlalu manis. Dan macam kuih pulak. Langsung teringat bubur asyura versi Johor, yang dalam bentuk bubur… berempah dan menyelerakan tekak Tie.

.

.

.

.

Inilah hasilnya setelah bersusah payah mencari bahan-bahannya. Antaranya ialah pelbagai jenis kekacang, keledek, kentang, carrot, daging, udang, kerisik dan rempah briayani.

.

.

Bila masak masakan begini, terus teringatkan mak ! Uwaaaa……………

.

.

  1. January 3, 2010 at 1:49 pm

    kat kedah lain pulak rupa bubur asyura ni, nama aje “bubur” tapi keras boleh dipotong2 mcm bingka. Tie penah makan tak bubur asyura versi kedah?

    • Tie
      January 3, 2010 at 4:31 pm

      Samalah yang Tie makan versi Kelantan dan Terengganu. Versi Kelantan berempah dan ditabur kambu (beras goreng dikisar) sementara versi Terengganu juga berempah dan ditabur agar2 dan sambal ikan. Kedua-duanya manis, tu yang Tie kurang gemar. Bukan apa, boleh makan sikit je, hehehe…..

  2. January 3, 2010 at 2:28 pm

    erk! patutnya bubur asyura sempena mengingatkan kisah bahtera nabi nuh ini, main campak aje bahan2 dia kan.. kira mcm rebus2 gitew..

    erk! kalau tak silap, lebih afdal campakan aje bahan2 yg terdapat dlm rumah itew.. tanpa memilih atau membeli di pasar!

    sbgi contoh, kalau ada kucing atau belacan atau cengkerik dan tikus, elok dimasukkan sekali. dijadikan ramuang gitew..

    wakakakka

    psst: my preference is bubur lambuk Johor gitew.. hehhehe

    • Tie
      January 3, 2010 at 4:35 pm

      Ye laa…. memang tahu pasal bahtera nabi Nuh tu.. siap bagi penerangan pada sibongsu. Tapi bila tengok bubur tu, terus teringatkan mak, sebab mak punya lagi sedap !!

      Err…. maza cubalah buat ramuan yang disarankan tu. Tie tak sanggup. Yang ada kat belakang rumah tu lagi laa…. kuat menyondol… hidung kemek!

      Bubur lambuk Johor ? Ooo…. Tie tak pernah buat sebab tak sorang pun kat sini suka. Kalau nak buat untuk makan sorang, tak berani. Takut jadi seperiuk besar pulak!

      • January 3, 2010 at 7:31 pm

        wah! Tie, entry kali ini benar2 mengigatkan maza pada bubuk lambuk Kg. Baru.. huhhuhu

        sambil2 merenung sudu dan mangkuk, menjilat bibir sendiri…aduhaiii kanzz..

        hehehhee

        • January 4, 2010 at 4:03 am

          Bubur lambuk Kg.Baru?

          Ekau tunggu bulan puasa 2010 nanti…..dah tak lama dah!!!

          Sy suka bubur asyura….tak kira apa versi pun. Versi Uganda pun OK je…..

          Bubur asyura uh ada ubi keledek dan kacang kuda la paling sedapppppp…..
          πŸ˜‰

        • January 4, 2010 at 12:20 pm

          Bubur lambuk Kg Baru tak payah tunggu bulan puasa Zyma.

          Pergi je sepanjang jalan kat Kg Baru tu, banyak jual bubur lambuk.

          Bubur nasi yang boleh letak macam2 tu pun lagi sedap….aduhaiiii…

  3. January 3, 2010 at 2:31 pm

    k tie,

    sedapnyaaaa…… rindular bolan pose…

    surau sebelah rmh zan ni kalu bulan pose selalu agih bubur asyura… setiap hari 1 peket mesti ada.

    nyam nyam…. banyaknya bahan.. lekalar makan nih…. suap cikit.

    • Tie
      January 3, 2010 at 4:37 pm

      Aaaa….. nganga mulut ! Oooppss ! Tersuap ke mulut sendiri….ekekekeke….

      Bestnya… makanan yang orang beri tu memang sedap ! Selalunya kak tie yang habiskan, hehe…

  4. Tirana
    January 3, 2010 at 2:35 pm

    Bubur asyura versi perak macam kedah jugak..keras boleh dipotong macam bingka..rasanya manis tanpa rempah..guna tepung gandum,santan, letak gula merah, jagung, ubi keledek, pisang yang tidak terlalu ranun dihiris bulat2. Kacau semua tu atas api sampai pekat. Kemudian masuk dalam acuan dan ratakan..biar sejuk, kemudian potong..lama dah tak makan bubur asyura.. Bubur asyura versi kelantan, saya tak tertelan..sebab manis plus berempah..

    • Tie
      January 3, 2010 at 4:38 pm

      Tie tak pernah rasa versi Perak. Nanti kalau ada peluang, ingin juga nak rasa.

  5. January 3, 2010 at 4:32 pm

    kt taman perumahan kami – buat dua2 Tiee

    yg manis mcm org Kedah dan mcm bubur nasi mcm org Johor – untung betul

    • Tie
      January 3, 2010 at 4:40 pm

      Uwaaaa…….. bestnya !

      Memang beruntung ! Rajin juga warga taman perumahan Jie tu, ya…πŸ˜›

  6. January 3, 2010 at 8:24 pm

    Tie,
    akak kan selalu pindah randah..
    masa duduk melaka, bubur asyuranya rasa rempah2 dan ada daging..
    masa duduk penang, bubur asyuranya manis macam kuih. ada berjenis-jenis kacang yang dicampurkan… sedap…
    hmmm rindunya dengan kedua-dua bubur..
    duduk kat sini, bangi… apa bubur pun takda…(kat kawasan akaklah…)
    nak cuba mintak mak tok kat penang poskan bubur asyura penang lah…

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:21 am

      Samalah Tie. Selalu pindah sana sini… Kali ni dah dekat 10 tahun dok ganu, tu pun 3 kali pindah dalam Ganu.

      Ooo… bestnya dapat makan pelbagai jenis bubur asyura ni. Tak pernah rasa lagi bubur asyura penang… Nanti boleh tayang, laa…

  7. January 3, 2010 at 8:46 pm

    Bubur asyura ni memang macam2 jenis ye kak tie.. kite tak pernah try lagi yg johor punye.. dok selalu mkn yg mak masak je.hehehe

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:21 am

      Ooo… bubur asyura negeri mana tu ?

  8. January 3, 2010 at 9:02 pm

    Hi KakTie…Love susah tul nak makan bubur! kekeke…memang tak turun kat tekak nih!😦

    Love brought some Yogurt Fried Chicken for U!!!πŸ˜‰

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:22 am

      Kak tie kena biasakan diri makan bubur. Esok-esok dah kurang gigi tu kena gak telan bubur, hehehe….

      Yogurt Fried Chicken… yum yum..!!πŸ˜†

  9. nahmy
    January 3, 2010 at 9:16 pm

    bila tgk gambar tu…baru terperasan yg mmg dah lama sangat tak pekne bubur asyura tu. kena cari ni…atau kena cari resepi pastu minta tulun org umah buatkan…

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:23 am

      Ada banyak resepi kalau rajin google. Tapi cari yang ada blog, ada gambar dan tetamu yang datang komen tu saling kenal. Baru boleh percaya resepi tu…

  10. cpj
    January 3, 2010 at 11:13 pm

    Ari tu ada orang hantar ke rumah, terus masuk peti ais.Bila dah sibuk sangat lupa nak makan sampai sekarang.Rasa bersalah la pulak.Kalau taim sakit gigi atau cabut gigi sesuai sangatlh makan bubur!…ekekekekeee…

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:24 am

      Err… cikgu ni napa pulak lupa -lupa…? Ingat siapa tu ?? Hi hi……

  11. sya
    January 3, 2010 at 11:15 pm

    nampak sedap lah kak tie..
    tapi, saya tak boleh makan banyak bubur asyura yang manis…
    tak berapa sangat… hehehe

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:26 am

      Bubur yang kak tie buat ni tak manis, rasa berempah sikit… macam bubur lambuk pun ada. Jenis dari Kelantan dan Ganu yang manis… negeri lain belum dapat rasa lagi.

  12. January 3, 2010 at 11:42 pm

    waaa sejak 2,3 hari ni memang duk teringat bubur assyura..tapi versi yang kedah punya, kalau versi negeri lain tak boleh nak makan sebab banayk sangat campuran… lidah iza pening wakakakaka. Tapi gambaQ kak tie tu nampak macam sedap jaπŸ˜€

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:26 am

      Oooo…. kalau balik rumah mak tu, boleh pakat lah buat ramai-ramai… pastu bolehlah bagi-bagi kat orang kampung, hehe…

  13. January 4, 2010 at 12:37 am

    emak saya pun kalau buat letak rempah segala.
    bau datang harumnya..

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:27 am

      Betul tu, bau rempah yang buatnya harum…πŸ˜›

  14. January 4, 2010 at 4:05 am

    Salam Akak Tie……

    Uwaaaaa, sedap nyerrr!!! Belum pernah cuba lagi Bubur asyura versi Johor.
    Nanti kene cuba la….
    πŸ˜‰

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:29 am

      Salam Zyma,

      Memang sedap ! Yum yum…πŸ˜›

  15. January 4, 2010 at 6:03 am

    Salam kak Tie,
    Bangun kul 3am tangkap gamabr? wah wah… rajin betul dia… bulan pun mengantuk lagi tu yang jadi bentuk Love tu.heheh

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:29 am

      He he… kalau bersemangat tu memang tak terasa mengantuk pun.

  16. January 4, 2010 at 6:04 am

    Adus.. ni la akibatnya mai komen lewat2… nak komen bulan terkomen bubur lak.hehehe… bak semangkuk buat ilang penin ni kak tieπŸ˜€

    • Tie
      January 4, 2010 at 7:30 am

      Bubur dah abis la Ijan… lambat sangat. Lain kali kena naik jet tau!πŸ˜†

  17. January 4, 2010 at 1:54 pm

    salam kak tie….
    lamanya saya meninggalkan dunia cyber nih…mmg cuti betul2. rindu dgn coretan kak tie. nampak sedap bubur tu…tgk gambo pun jadi ler….tetiba teringat kat mak milla yg rajin masak bubur asyura ni bila bulan puasa. kat tganu ni bubur dia lainlah….

    • Tie
      January 4, 2010 at 5:33 pm

      Salam Milla,

      He he… lama tak dengar khabar dari Milla. Amboi.. bukan main seronok lagi cuti-cuti di Langkawi tu, ya…πŸ™‚

      Bubur Asyura Terengganu manis , seperti kuih yang dipotong-potong. Pastu ditabur dengan sambal ikan dan jelly.

  18. January 4, 2010 at 5:23 pm

    hi Tie..

    kita baru je buat bubur asyura hari selasa lepas..MIL suruh taruk jagung, ubi keladi dan keledek je..tapi kita terbubuh ubi keret sekali..hehehe..

    • Tie
      January 4, 2010 at 5:35 pm

      Hi hi.. tak kisah la Sally, apa-apa pun boleh bubuh sebenarnya. Sally buat bubur asyura versi negeri mana ?

  19. January 4, 2010 at 5:25 pm

    bubur asyura Tie tu mcm bubur lambuk laa…
    huwaaa…teringin la pulak..

    • Tie
      January 4, 2010 at 5:37 pm

      Memang betul. Bubur lambuk johor macam tu gak, cuma tiada kekacang dan lain-lain tu. Bubur Lambuk Johor berempah dan ada hirisan daging.

  20. zareda
    January 4, 2010 at 9:29 pm

    bubur asyura pahang pun macam puding gitu tapi zar suka sedap sangat. lemak manis keledek jagung dan rempahnya sebati

    • Tie
      January 5, 2010 at 7:19 am

      Tak pernah makan versi pahang. Mungkin satu hari ada peluang…

  21. kin
    January 5, 2010 at 6:12 am

    dah lama tak makan bubur asyura nih.. dah ingat2 lupa plak rasanya..hehhe..

    • Tie
      January 5, 2010 at 7:19 am

      Cubalah buat sikit. Resepi boleh google, hi hi..

  22. January 5, 2010 at 2:57 pm

    Lemahnya kawan tengok… benda2 yg payah nak dapat nie. Ada resepi ke? Nanti saya cuba buat.

    • Tie
      January 5, 2010 at 3:21 pm

      Resepi ? Google je…. Tie biasa buat gitu bila mengidamkan sesuatu, hehe..

  23. January 5, 2010 at 8:54 pm

    ya allah.. sedapnya kak tie.. huhu terliuqπŸ™‚

    ps bubur kak tie manis and malu2 macam kak tie jugak heheπŸ˜›

    • Tie
      January 5, 2010 at 10:02 pm

      Ekekeke….. macam tau tau je Nono ni,πŸ˜†

  24. January 6, 2010 at 5:44 am

    bubur ni nama dia bubur lambuk jugak, kan?
    ke sy je yg konfius? ehe~

    • Tie
      January 6, 2010 at 8:08 am

      Tak pe la Adila… janji sedap dimakan, hi hi hi…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: