Home > Makan > Balas dendam!

Balas dendam!

December 27, 2009 Leave a comment Go to comments

Pagi-pagi lagi Tie dah terliur  kat mms yang dihantar oleh adik di kota tinggi. Tiap kali dia balik rumah mak, mesti nak tayangkan apa yang mak masak untuknya… tak aci betul, hu hu…

Jadi, dengan bersemangat (dan lapar) Tie masak nasi minyak dan emailkan gambar-gambar ni padanya, hi hi.. Kira balas dendam la tu…………

.

.

Kali ni guna beras basmathi gred yang lebih baik. Cantik, berderai nasinya. Suka hati, ekekeke…….

.

.

.

Ayam masak merah ni biasa je. Malas nak buat opor merah. Nak kerjakan lengkuas tu yang leceh. Serai pulak kena cari kat belakang tu. Jadi, nak kerja mudah, masak gini je laa…. he he…

.

.

Dalca daging cincang….. saja buat supaya ada kuah sikit. Kalau tak tercekik la pulak !!

Err….. tahu laa….. Biasanya ‘kantin’ di rumah tu tutup bagi yang tinggal di pantai barat. Kita mokcik kat sini jarang sekali dapat cuti masak.

Lagipun kalau nak beli selalunya rasa tak puas hati. Masakan Johor di sini jauh sangat bezanya. Tak boleh nak salahkan orang Ganu pun. Orang Johor sama gak, manalah pandai masak masakan Ganu… betul tak ?

.

.

Categories: Makan Tags: , ,
  1. ain
    December 27, 2009 at 3:29 pm

    bestnya tengok ns myk kak tie. cantikk!!! selalunya saya buat tak cantik. may be beras basmathi saya bukan super AAA kot!!! nak kena cari beras basmathi yg baik gak le.

    • Tie
      December 27, 2009 at 4:52 pm

      Ain… mintak cik abang poskan dari sana laa… mesti berasnya lagi baik!

  2. December 27, 2009 at 4:44 pm

    yummy!!! nak sikit kak tie…sy malas dah nak masak2 ni… tapi kenalah masak juga so, masak simple2 jelah.
    cantik nasi tu…

    • Tie
      December 27, 2009 at 4:52 pm

      Suzi.. nanti sampai Malaysia bolehlah sambung masak-masak. Nanti kirim sekali ke ganu tau!

  3. December 27, 2009 at 4:50 pm

    Tie..

    beras basmathi jenis apa kamu beli ni..cantik dan menawan laa

    • Tie
      December 27, 2009 at 4:58 pm

      Kak ezza,

      Jenis Moghul Faiza basmathi…. rendam dulu 20-30 min, kemudian toskan. Masa tumis, gaul beras tu supaya disaluti minyak/minyak sapi. Jadi bila masak, ianya tak pecah.

  4. December 27, 2009 at 5:24 pm

    salam…nasi beras basmathi….panjanggggg..:D

    • Tie
      December 27, 2009 at 9:22 pm

      Oooppss…!! Waakakakaa…….

  5. December 27, 2009 at 8:23 pm

    Mokcik Tie…terliur nya kak long tengok.
    Mana aci asyik tayang gambar aje, bila nak kirim kat sini pulak? Huhuhu

    • Tie
      December 27, 2009 at 9:23 pm

      Errkk !!

      Kirim ? Nanti… nanti mokcik fikir..

      Err….. kirim dalam mimpi aci tak ?

  6. December 27, 2009 at 8:56 pm

    wahhh kecur dbuatnya.best kan pandai masak cam kak tie ni ehehhee

    • Tie
      December 27, 2009 at 9:25 pm

      Meh sini, kak tie bagi kursus !

      Sekali dengan kursus basuh pinggan, gosok baju, lipat kain dan cuci longkang… free je tau !:mrgreen:

  7. December 27, 2009 at 9:04 pm

    Salam Kak Tie Comelllll…..

    Uwaaahhhhhh, sedap la itu nasik dan lauk-pauknyer!!!!
    Buat sy lapar ni…..
    Nyummm! Nyumm!!
    😉

    • Tie
      December 27, 2009 at 9:27 pm

      Opocot mak engkau !!

      Tersedak bila ada orang panggil kita comel !! Waakakakaa….

      Zyma ooi… panggil comel ke, anggun ke, cantik ke… still tak boleh dapat nasi minyak tu.. kena datang sendiri ke sini jugak!!

  8. December 27, 2009 at 10:01 pm

    nasi minyak? sapa kawen?

    • Tie
      December 27, 2009 at 10:27 pm

      Errk !

      Saja je buat.. tak payah tunggu orang kahwin pun, hehe..

  9. zareda
    December 27, 2009 at 10:56 pm

    ohh lepas geram dgn masak bes bes ek.. bagus jugak idea tu

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:48 am

      He he… cara yang paling selamat.

  10. December 27, 2009 at 11:20 pm

    erk! maza masih teguh imannya…
    hari ini masih makan ikan singang dan potek campur gitew..

    healthy first katanya.. tapi dlm hati,,, aduhaiii siapa yg tahu, kanzzz?!

    • December 28, 2009 at 8:18 am

      Cian ekau yo,Kanda Maza.

      Takpolah nanti Kak Tie buekkan yg spesel utk ekau makan yo!!
      sabor la byk2……
      Ekau dah potik gitar, ekau juo dah cuci mato di blog den….skrg ekau cucu mato satu kali laie di blog Kak Tie…..cuci perut, boleh ke????
      Wakakakaka…..

      😉

      • Tie
        December 28, 2009 at 8:52 am

        @ Zyma,

        Pokcik tu susah hati, tu yang seleranya agak ‘kurang’….

        Tak pe.. nanti jamu dia lain kali, hihi..

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:50 am

      @ Maza
      Ooo… Tie tahu !

      Tak pe laa… sekarang ni Maza sedang dalam kerisauan.. Nanti bila dah keluar baby tu, bolehlah celebrate, ya… Tie doakan agar maza selamat melahirkan anak yang ketiga tu..
      Eh !!Bukan Maza, tapi darling tu, ekekeke… silap pulak!

  11. cpj
    December 28, 2009 at 12:04 am

    waduuuh!…sedapnya(kalau makan).Chewaah…masak pun ada dendam berdendam?Untunglah pokchik di sebelah…ekekekekeee….

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:53 am

      Hehe.. kak tie ada gak rasa dendam ni.. dendam makan je, uwaaaa……..

  12. ijan
    December 28, 2009 at 3:39 am

    Heheh..boleh pulak main balas2 hantar MMS gitu. Ingat balas dendam apelaa tadi..kalau gini la balas dendam orang kota tinggi, kite orang ganu tp nak join gak bulesss? hehehe

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:54 am

      Memang kami adik beradik selalu je balas gambor makan. Adik tu selalu cilok idea makan kak tie, hehe…

      Nak join ? Boleh… jom laa…

  13. December 28, 2009 at 3:55 am

    sedapnya nasi k.tie tu! lapau laaaaa

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:55 am

      Dah tinggal kerak la Ena…. hi hi hi….😛

  14. December 28, 2009 at 7:17 am

    k tie,

    huhu jangan kata adik k tie tu jeles….. saya pun dah jeles ni…. bagaimanalah agaknya resipi membuatnya… k tie orang kata kan kongsi ilmu dapat pahala… mana resipinyaaaaa…. uwaaaaaaaaaa….. dah jeles nih… k tie resipi nasi minyak sedap ada tak… hihihi… bagi lar-bagi lar.

    • Tie
      December 28, 2009 at 8:59 am

      Err… kak tie ni malas betul nak tulis resepi. Tapi demi Izan, kak tie gagahkan diri, ekekeke…….

      Resepinya dahpun kak tie tulis di dapur kayteeze tu…. linknya ada di bawah, ya..

      http://kayteeze2.wordpress.com/2009/12/28/nasi-minyak/#comment-192

      .
      .
      Nanti bila dah menjadi, jangan lupa tepek gambornya. Pastu bubuh nama kak tie besor-besor !! Waakakaka……

  15. December 28, 2009 at 8:49 am

    Hi KakTie, good morning ya!

    Adeyyyyy…nasi minyak and ayam masak merah!!! Sedapnyaaaaaa..Love lapar dah! Ouchhhh…holding my tummy! hehehe😉

    • Tie
      December 28, 2009 at 9:14 am

      Haaa….. baru sampai, ya… hi hihi..

      Dah abis la Love ! Lain kali datang naik jet laa….😛

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: