Home > Makan > Makan lagi

Makan lagi

December 24, 2009 Leave a comment Go to comments

Sejak musim winter ni (nampak tak snow tu ??), Tie asyik lapar je. Tekak pulak selalu mengidam masakan yang biasa mak buat. Sayur keladi, laksa Johor, soto ayam, mee rebus Johor dan banyak lagi.

Tapi ada satu masakan yang dah lama Tie tak rasa. Malah tak pernah buat pun, sejak jadi isteri ni. Lama tu.. dah 17 tahun! Nak telepon mak, seganlah pulak. Jadi Tie google cari resepinya. Nak tahu apa yang Tie idamkan ?

Beef Stew laaa…….. hehehe…..

Mentang-mentanglah musim winter ni, kenalah makan makanan mat salleh, kan… Cuba cari roti perancis, tapi tak de pulak kat hulu ni. Bantai je la  dengan hotdog rolls  ! Nak buat sendiri malas nak uli.. hi hi.. bertuah dapat isteri macam ni, ekk!

.

.

Aaiik  ?  Kenapa daun sop tu  nampak layu ? Tadi okay je… ooo… baru teringat, stew  tu panas, hi hi…..

Inilah beef stew pertama Tie. Senang je cara nak masaknya. Seperti masak sup, cuma tambahkan sedikit tomato puri, lada sulah, peas, celery , cendawan (kalau suka) dan lain-lain. Cicah dengan roti laa…. dan jangan lupa kecek omputeh! Hmm….. delicious!

.

.

.

Err…. tapi Tie kena juga masak nasi. Cik abang tu tak jauh dengan nasi. Kang lembik pulak satu hari kalau makan roti je. Anak-anak pun sama. Tak boleh nak berangan jadi omputeh laa…..

.

.

Haa….. ada ikan caru, masak sambalnya, sumbat dalam ikan dan bakar…. makan dengan nasi panas. Mudah je,  hehehe…..

Abang suka ; anak-anak tak bising; dan mama pun senang hati…. hi hi hi……………..😆

.

.

~ Harga segala jenis bawang  di sini naik  berganda. Bawang besar kini RM6 sekilo. Rasa nak semput tetiba !! Hu hu……. Nampak gayanya kena kurangkan bawang dalam masakan. Tapi…. mesti rasa pun jadi kurang…..😦

.

.

.

.

  1. December 24, 2009 at 12:23 pm

    Waduuuhh kak Tie..adehhh lapar perut.

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:19 pm

      Sluurp..!!

      Dah abis laa…. hi hi…

  2. December 24, 2009 at 1:23 pm

    mujur baru lepas makan….

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:19 pm

      Ooo… Shais makan sorok-sorok, ekk… Kak tie nak jugak!

  3. December 24, 2009 at 1:55 pm

    saya punyer stew tak laku, budak2 lebih suka sup, tomyam – selera asia… huhuhu, tak merasalah ku main salji

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:20 pm

      Samalah dengan Tie. Budak-budak dan bapak budak tu pandai memilih pulak!

      Kita main salji sama-sama la mak su…

  4. December 24, 2009 at 2:41 pm

    salam…kat rumah ni pun sama kalau masak mee kari ker laksa ker atau apa-apa aje yang tiada kaitan dengan nasi…akhirnya kena masak gak lauk dengan nasi maklum ler tekak orang kampung…

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:21 pm

      Kak tie biasa tunggu cik abang tu gi kursus baru masak benda-benda gitu. Kalau tak kena masak nasi jugak. Penat juga ni..

  5. December 24, 2009 at 3:13 pm

    bukan bawang je mahal kaktie,sayur, ikan pon mahal.

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:22 pm

      Err… abis tu nak makan apa, ekk? Kak tie susah hati ni… lagi kuat pulak makan!

  6. December 24, 2009 at 4:14 pm

    kat mlaka bawang rm8 sekilo!!

    kaktie.. apa beza stew dengan sup? rasa? pekat?

    • Tie
      December 24, 2009 at 5:24 pm

      RM8 sekilo ? Errk ..!!

      Kena fikir resepi tanpa bawang…

      Stew pekat sikit (tambah gandum sebagai pemekat), ada rasa masam jika bubuh tomato puri, bahan2 lain seperti peas, radish, mushroom ditambah jugak.

  7. December 24, 2009 at 6:38 pm

    kak tie!!! sha menghilang jap sebab nak pindah umah. masuk2 blog kak tie je terus lapar!!! sha pon nak ikan caru macam tuh!

    * singgah jap sementara ada time sikit je nieh. windu kak tie laaa…

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:45 pm

      Sha…. dah pindah ke belum ni ?

      Kak tie tertunggu-tunggu entry baru dari rumah baru, hihi..

      Nanti tepek gambor, ya.

  8. December 24, 2009 at 6:47 pm

    Tie – semalam g beli bawang ..memang perasa juga bwang dah lebih rm 6 sekilo

    mahal lah..katanya sbb musim hujan….entahlah!

    dpt idea nak masak le ini..tapi malas le …mcm tak de mood

    gatai nak makan kat luar le ni

    • Tie
      December 24, 2009 at 6:56 pm

      Nak makan luar ?

      Err… tunggu sat ! Tie siap cepat je… nanti datang ambik depan rumah, ya… hehe..

  9. ijan
    December 24, 2009 at 8:36 pm

    Salam Kak Tie,
    Amvoii amvoii… makan beef stew die. sangat sesuai time time snow neh kan. roti hot dog pun takpo… perancis jauh sgt nak p beli.hihihi…

    • Tie
      December 24, 2009 at 9:04 pm

      Salam ijan,

      Eh.. kak tie naik penat ketuk pintu rumah baru Ijan tu.. napa terkunci je…

      Seharian dok berkampung depan pintu..Ijan ooii.. Kak tie tak boleh tengok blog Ijan. Selalu keluar segitiga kuning tu- problem loading… nak buat macam mana ni ?

  10. December 24, 2009 at 9:24 pm

    Salam Kak Tie…..

    Amboi….amboi, sedap gituuuu!!!

    Akak Tie peknen ke sbb asyik makan je nihhhhh? Nak tambah yg ke berapa lak nihhh??
    Lalalalala……meh la kita makan bersama2!!! Sy pun asyik makan je nihhh…
    😉

    • Tie
      December 24, 2009 at 9:46 pm

      Peknen ?

      Waakakakaa…….

      Tak laa… kak tie memang selalu mengidam, hehehe….

  11. sya
    December 24, 2009 at 11:56 pm

    wah kak tie..
    omputeh campur lauk kampung.. sodap tuh…
    kak tie, share resepi sup kak tie.. sup saya selalu rasa macam tak berapa sedap je.. huhu

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:04 am

      Sup ke Stew ?

      Kalau sup tu senang je Sya. Mula-mula tumis dulu bawang merah, bawang putih dan halia yang diketuk. Pastu bubuhlah rempah kasar (cengkih, pelaga, kayu manis & bunga pekak), sikit je. Kalau nak berempah sikit, bubuh sikit perencah sup tu. Daging atau ayam dipotong sederhana. Bila dah nak empuk, tambah kentang dan karrot. Tomato dibubuh akhir sekali. Nak bubuh celery pun boleh.

      Masaklah dengan api sederhana. Kena rasa dulu. cukup garam dan rasa. Biasa kak tie tabur dengan daun sup atau daun ketumbar, serta bawang goreng bila nak hidangkan.

      Sya, kalau nak rasa manis tu, bubuh hirisan kasar bawang besar ketika mereneh. Tapi sekarang bawang mahal, kenalah jimat sikit, hehe…

      ~ Kak tie tak guna sup bunjut tu.. Tak perlu sebenarnya jika kita dah ada rempah2 kasar tu. Buat bazir je….

      • syayassir
        December 26, 2009 at 5:44 pm

        hehe.. thanks kak tie…
        nanti akan ku cuba…😀

        • Tie
          December 26, 2009 at 6:07 pm

          Haa….

          Jangan lupa tepek gambarnya tau !😛

  12. December 25, 2009 at 12:34 am

    close up makanan yang mengiurkan😉

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:06 am

      Err…. pijamlah kamera nono tu… hehe..

  13. cpj
    December 25, 2009 at 1:49 am

    segala macam yang jenis sumbat-sumbat tu semua cpj suka…memang suka sungguh!…bertuah kalau dapat ‘ain’ pandai masak macam kak tie…hehe..

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:07 am

      Cikgu sedang mencari ke ?

      Err… buatlah borang, tepek kat blog. Mesti ramai yang berminat, hehe.. Kak tie boleh tolong temudugakan… bagi komisyen tau !!

  14. December 25, 2009 at 1:58 am

    fuyyyooo sungguh sedap nampak stew tu..meleleh ayaQ liuQ … huhu…
    kombinasi yang menarik tu😉
    masa kat cameron hari tu apek tu cakap… beli saleli amoi.. saleli (celery)😀

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:08 am

      Waakakakaa……

      saleli …… kak tie dah lama tak jumpa dengan chinese yang cakap pelat ni. Kat ganu dan kelantan, chinese fasih berbahasa dialek sini. Kekadang kak tie sendiri tak pasti samada dia tu chinese atau melayu. Bila beli barang siap cakap akad beli lagi!

  15. December 25, 2009 at 3:37 am

    ini masakan isteri orang makan gaji (orang kaya dan bergaya)
    Pakcik orang kampong cuma makan sayur kangkung.
    melelih air liur Pakcik melihatnya.

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:11 am

      Orang kaya dan bergaya ?

      Tak de la pakcik. Tie cuma makcik-makcik kat ulu ni je…

      Mak dulu pernah masak beef stew. Masa susah dulu, time raya, budget tak cukup, jadi masak beef stew makan dengan roti ni boleh dihidangkan pada saudara mara yang datang. Sedara ramai. Cukuplah seperiuk.

  16. December 25, 2009 at 7:31 am

    fuuhh..western habes..cayala kaktie..
    saya ni spageti pun baru skali je makan seumur hidup nih..hui3..

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:12 am

      Ho ho..

      Kaktie pulak tak boleh telan spagetti tu… kecuali laksa johor (yang guna spagetti)

  17. December 25, 2009 at 8:06 am

    k tie

    sesekali jadi omputeh tetap gak nasi yeh…. tak cukup bahan rasanya kalau tak da nasi.. bahan tuk memenuhkan perut. kalau idak kiri aje penuh kanan kosong lagi hihihi… saya teringin nak makan beef steak… tapi selalu keluar order chicken chop aje…. x berani nak cuba..

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:14 am

      Zan,

      beef steak pun sedap !

      Nanti order black pepper steak tu… tak rugi mencuba.😛

  18. December 25, 2009 at 10:29 am

    Tie, casing kapkek tu cantiknyaaaaaaaaaa!

    Yalah, harga bawang dah naik harga (tapi i tak perasan, hehe). Smlm kakak yg kedai lauknya I selalu singgah, mengadu ..

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:17 am

      Tu laaa…. memang cantik. Tie nak guna pun sayang.

      Cubalah cari kat kedai barangan kek. Mesti Som jadi rambang mata. Tie nak cari nozzle untuk rose kat sini pun payah..

      Tie rasa harga bawang naik sebab kita ni sibuk buat kenduri kahwin agaknya.. hi hi..

  19. December 25, 2009 at 11:24 am

    semalam maza makan ikan kembung singang di restoran Ikan Singang kota damansara.. hehee

    mengejang2 jugalah kaki ini kesedapan gitew.hehehe

    • Tie
      December 25, 2009 at 11:57 am

      Singgang ?

      Ada banyak versi tu.. singgang klate, ganu atau johor ?

  20. DrSinga
    December 25, 2009 at 5:22 pm

    hehehe….
    rupa-rupanya kat rumah dia pun winter gak…🙂
    geram kan…dah masak ala-ala ompteh..ongItaly..omJepun..
    kena gak masak nasik untuk ommelayu-ommelayu kat rumah…

    • Tie
      December 25, 2009 at 6:56 pm

      Ehehehe…..

      Tu laa… sebab tu kena standby nasi. Abang tu kalau tak dapat nasi seharian jadi tak bermaya je.. maklumlah kat kampung dia, pagi-pagi dah makan nasi berlauk!😛

      • December 25, 2009 at 10:50 pm

        entahnya..

        yg pasti sedap.. di dalamnya ada diletakkan bendi, selain ramuan yg biasa2 gitew..

        rasanya stail kelantan atau siam.. sbb taukey pun cakap ala2 slang kelante jua.. huhuhu

        • Tie
          December 25, 2009 at 10:56 pm

          Bendi… macam stail ganu je. Semenjak jadi isteri orang klate ni tak pernah pulak tengok mentua bubuh bendi dalam singgang. Tapi ada sorang kawan orang ganu tu memang bubuh bendi dalam singgang ikang dia, hehe…

          Singgang klate dan ganu tak sama tau. Tapi kalau tekak pahit atau rasa nak demam tu, memang elok makan singgang, panas-panas, mesti terus kebah gitu…

  21. December 26, 2009 at 6:15 pm

    sama..abgdin klu tak kena nasik.. mau pengsan…

    • Tie
      December 26, 2009 at 6:24 pm

      He he….

      Mungkin sebab abg din kerja keras, guna tenaga. Tie ni dok goyang kaki seharian, sebab tu boleh hidup kalau makan roti, je… hehe..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: