Home > Makan > Pudding

Pudding

December 13, 2009 Leave a comment Go to comments

Pudding berasal dari negara barat, setahu Tie . Orang British mengaku  yang pudding merupakan sebahagian dari warisan kulinari mereka… (err… translate dari culinary heritage). Walaupun kebanyakan pudding dari British adalah dari bahan asas daging, namun pudding yang asasnya custard lebih digemari (mokcik ni laa).

Bahan penting bagi pudding custard ialah telor, susu dan tepung (gandum atau jagung @custard). Biasanya ia dimasak dalam oven dengan bekas (acuan) pudding tu direndam dalam air panas. Tie lebih suka kukus . Malas nak guna oven.

Pudding yang Tie sediakan ini berasal dari pudding caramel. Tie tak suka (malas, sebenarnya) buat caramel. Jadi Tie buat perasa chocolate (guna koko je..) dan strawberry ,guna perisa dan buah strawberry dalam tin, strawberry segar terlalu masam buat Tie… kang tak boleh nak bukak mata!

.

.

Entah kenapa strawberry dalam tin tu tak meriah warnanya… tapi rasanya best ! Tak terlalu masam. Orang kata strawberry segar yang dimakan di tempat asalnya manis rasanya. Betul ke ? Tie tak berpeluang laa…. Nak ke cameron highland pun tak boleh. Sedih kan…?

Biasa bila makan strawberry segar ni, rasa macam nak pengsan. Samada beli sendiri di supermarket atau kiriman dari teman2 yang pulang dari cameron highland tu… sama je rasa masamnya.  Kalau sesiapa yang ada strawberry yang manis tu bolehlah kirim kat Tie ya…. hehe..

~ Ooo…. resepinya, seperti biasa kena google sendiri, ya. Tie main agak-agak je,😛

Errk ! Ada ke orang begini ??

.

.

Categories: Makan Tags:
  1. December 13, 2009 at 3:56 pm

    Tie!!! iskkkk terasa mcm dh ada dlm mulut je puding tu :p
    delicious marvellous outrageous adios😀😀

    • Tie
      December 13, 2009 at 4:08 pm

      Errk !

      Telan aje laa… Tie bagi free je, ehehehe……..😆

  2. December 13, 2009 at 4:11 pm

    sy tak suka puding letak telur….

    Tie – saiz bkn penentu masam manisnya strawberry –

    tgok tie masak, rasa nak offline gak le…. berkecah2 kt dapur kejap

    • Tie
      December 13, 2009 at 4:15 pm

      Dapur Tie pun berkecah ni… tak mop lagi. Penat lak mengukus pudding tu . Lain kali malas nak melapis, hehe..

  3. December 13, 2009 at 4:58 pm

    nak satu!!..hik3

    • Tie
      December 13, 2009 at 6:18 pm

      Tak boleh… kena buat sendiri, hi hi hi…😆

  4. December 13, 2009 at 4:58 pm

    k tie,

    saya ada petua strawberry nak bagi manis..

    apa kata k tie sebelum makan cicah gula dulu…… manissssssss… heheh

    zan suka custard jagung makcik de buatkan…hihi.. tapiii nampak k tie punya macam sedap ajee….. tengok cam nak telan… gluppp… sedapnya kalau letak dalam peti s dulu kan….. sejuk je ditekak…

    • Tie
      December 13, 2009 at 6:20 pm

      Kak tie dah cuba… celup dalam sugar syrap lagik! Tapi tetap masam..sampai makin kecik mata kak tie..😛

      Custard jagong pun sedap. Kak tie tak pernah buat. Tapi pernah makan, hehe..

      Memang sedap bila makan pudding sejuk..🙂

  5. December 13, 2009 at 5:02 pm

    salam…kak tie sedapnyerr….lin pun tak berapa suka strawberry segar masam lerr…tapi tak tahu ler kalau strawberry bersalut chocolate macam datuk k kasi siti tuu…romantik gituu.

    • Tie
      December 13, 2009 at 6:21 pm

      Entahlah Lyn,

      Kak tie dah cuba buat strawberry salut chocolate tu… konon-konon berangan macam Datuk Siti.. tapi masam la jugak! Susah nak telan Ilyn ooii….!! Terus hilang rasa romantik….uwaaaaa……..😛

  6. ima
    December 13, 2009 at 7:04 pm

    salam kak tie…amboi buat puding tak ajak kita…sedap tu!!!strawberry dgn chocolate…lagilah sedap satu kombinasi yang amat sesuai dgn tekak ni…masam dan manis…tapi setiap kali beli strawberry tak sempat pun nak buat macam Datuk Siti tu!!!budak2 kat umah ni semuanya suka, ngap macam gitu je…terutama sikecil tu!!!

    • Tie
      December 13, 2009 at 8:41 pm

      Eh, mereka tak rasa masam ke ? Boleh makan gitu je ?

      Kat rumah kak tie strawberry tak laku. Biasa kak tie buat jem je…

  7. December 13, 2009 at 7:37 pm

    sedap nampaknya.

    • Tie
      December 13, 2009 at 8:42 pm

      Alhamdulillah…. harap-harap begitu laa…

  8. ain
    December 13, 2009 at 8:26 pm

    kak tieeeee!!! dh terliur ni tengok puding lapis kak tie ni!!! nak sikitttt!!!!

    • Tie
      December 13, 2009 at 8:43 pm

      Alaa… Ain, buatlah pulak. Sibuk sangat ke ? Kak tie ni tengah rajin masak-masak sebab anak2 tak sekolah, jadi selera mereka bertambah. Selera mama mereka pun sama, hehe..

  9. December 13, 2009 at 9:56 pm

    Salam Akak Tie……

    Alahaiiiii cute nyer Akak ni. Pudding tu pun best la. Sedap laaaaaa…..

    Akak, strawberry yg fresh tu kalau buat ice cream blended campur bersama strawberry yg fresh tu mmg sedap. Sy dah buat.

    Bahan2 : Ice cream Vanilla, susu segar Dutch Lady, strawberry segar/ ice cube.

    Cara2 : blend semua sekali. Tak perlu tambah air dan gula sbb ice cream kan dah bubuh.

    Tips : Guna buah pic ke, pisang ke…atau ikut kreativiti sendiri la. Try it!!!

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:05 pm

      Ooo… tak pernah cuba laa.

      sekarang ni tak boleh beli aiskerim. Freezer dah penuh.. Nak eksport separuh ke kampung klate dulu.. pastu boleh beli aiskerim..🙂

  10. sya
    December 13, 2009 at 10:04 pm

    kak tie..
    kalau strawberi dari cameron tu, saya suka makan dengan coklat…
    ala2 siti nurhaliza gitu.. hehehe…
    tapi, best la, masam manis campur coklat… sedap…
    puding tu nampak sedap kan?

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:06 pm

      Err… tak masam ke ? Kak tie masih tak boleh telan laa… Nanti susah nak bukak mata!!

  11. December 13, 2009 at 10:20 pm

    nyummmi!!

    sedany. tgk gambar dah sedap. belum rasa.

    tapi sabau2 lah dulu..

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:07 pm

      Boleh buat sendiri la dek ! Senang je…😛

  12. December 14, 2009 at 12:39 am

    Yuhuuuu…menarik benar puding mokcik tie itew! sefotong saje ke mokcik hidang? ramai maghi nok rase ni…hehehe…🙂 mokcik nk stroberi manis ye..taun depan kite pos deh..😀

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:08 pm

      Laa… cukup la tu. Tetamu tak boleh makan banyak. Sorang sesudu dah cukup, hehehe…

      Nak pos strawberry manis kat Kak Tie ? Betul ke ? Mokcik tunggu ni !!!😆

  13. December 14, 2009 at 1:04 am

    hmm

    rasanya…. adakah sama dgn daun pokok bunga puding yg ditanam oleh mak maza di depan rumahnya itew? hmmm

    hehehhe

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:08 pm

      Maza boleh makan laa.. Tie buat kurang manis. Anak-anak pun suka tau !

  14. December 14, 2009 at 8:57 am

    Salam Tie, I pun boleh menggila dgn pudding mudding nih, hehe.

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:09 pm

      ye ke ? Nanti buatlah… tepek besar-besar tau !!!

  15. December 14, 2009 at 9:52 am

    oh puding…mana2 puding memang sodap!

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:09 pm

      Betul betul betul !!!:mrgreen:

  16. December 14, 2009 at 12:02 pm

    Wah nampak sodap nya Kak Tie. Iza bukanlah selalu makan puding tapi mmg suka puding jangung.

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:10 pm

      Kak tie tak pernah buat puding jagung.. biasa buat bubur je.. hehe..

  17. December 14, 2009 at 1:08 pm

    Tie… nekcun pun suka caremel tetapi malas nak buat!… yang malas tu masa nak kacau buat gula hangus tuh!… silap-silap haribulan hangus terus!… hehehe…

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:10 pm

      Tu laaa…

      Tie sebenarnya takut nak buat caramel. Bila bubuh air je ia berdesir kuat.. hu hu.. seram pulak!

  18. December 14, 2009 at 4:18 pm

    Salam Kak Tie..
    Saya suka puding tapi membuatnya tu tak pandey..
    Hehe..

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:11 pm

      Senang je Pearls..

      Beli yang dalam paket pun lagi mudah… Pastu bubuhlah buah2 dalam tin. Memang best!

  19. kin
    December 17, 2009 at 12:54 am

    menyelerakan nampak puding k tie nih!

    • Tie
      December 17, 2009 at 6:51 am

      Dah jadi arwah laa… kin lambat sangat, hehe..

  20. December 26, 2009 at 6:38 pm

    dulu masa kecik yg abgdin tau, puding jagung je… bila dah jadi org beso.. bermacam macam puding ada…

    • Tie
      December 26, 2009 at 10:23 pm

      Hi hi…..

      Sekarang ni orang dah kreatif.. macam-macam jenis makanan direkacipta, hi hi..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: