Home > Makan > Nasi hujan panas

Nasi hujan panas

December 10, 2009 Leave a comment Go to comments

Nasi hujan panas popular di Malaysia dan Indonesia. Ia biasanya dimakan bersama rendang atau lain-lain lauk biasa orang Melayu. Tie buat ayam percik. Resepi nasi hujan panas ni boleh didapati dalam internet. Google aje laa….. Tie masak tak bersukat, jadi tak dapatlah nak kongsinya di sini .

Tie tak guna minyak sapi, gantikan dengan margerin (takut pening lak). Warnakan dengan 3 titik pewarna yang berbeza, merah , kuning dan hijau.  Titiskan di 3 tempat  setelah nasi itu masak. Tunggu lebih kurang 5 minit. Kemudian gaulkan perlahan dengan garfu ( Tie guna chopstick sebab takut kena elektrik shock , periuk nasi tu masih on lagi) .Pewarna kuning dah habis, jadi guna merah, hijau dan purple, hehehe…… Tetapi terlebih bubuh pewarna, satu kesilapan yang tak dapat diperbaiki.

.

Nasi tu tak berapa cantik kerana guna beras basmathi gred biasa. Sebenarnya  baru tahu yang beras basmathi ada pelbagai gred. Jenis yang baik tu harganya lebih kurang RM10 sekilo  (mahal gak, boleh terkencit nih!) ,  tapi memang puas hati laa… Selama ini Tie capai je  tatkala nampak tulisan Basmathi pada paket beras. Jadi hasil nasi ni kurang memuaskan. Lain kali kena teropong betul-betul….

Hmm…… tak pe laa. Lain kali nak masak lagi, guna beras basmathi yang lebih baik. Rasa tak puas hati pulak.

.

.

Categories: Makan Tags:
  1. zareda
    December 10, 2009 at 9:01 pm

    zar suka gak buat nasi hujan panas.. kaler hijau kuning dan merah… tapi zar still guna minyak sapi.. lemak sikit.. Beras masmathi memang zar guna Maharani (kalau tak salah).. sedap.. puas makan..

    • Tie
      December 10, 2009 at 9:02 pm

      Maharani, ya…. hmm.. kekadang susah nak cari la. Kat ganu ni terhad sikit. Tak pe nanti Tie cuba selongkar hypermarket tu, hehe…

      ~ Zar… pintu rumah Zar terkunci. Tie tak boleh nak masuk laa…. Kena jampi dulu ke ?

  2. December 10, 2009 at 9:03 pm

    cantiknyaaaa!!! kak tie mmg pandai amik ati sha…nasik kaler purple. lepas nieh sha nak blaja buat…sha nak letak kaler2 kegemaran (ehehehe…boleh tak?). kak tie…sha suka sangat posting kak tie nieh!:)

    * tak tau basmathi ada gred jugak…

    • Tie
      December 10, 2009 at 9:08 pm

      Wakakakaa…. kak tie baru beli pewarna purple. Tu yang rasa nak cuba, hehe…

      Cantik ke ? Sha boleh cuba buat la. Senang je, macam nasi minyak jugak. Cuma bubuh pewarna 3 jenis.

  3. ain
    December 10, 2009 at 9:12 pm

    wahhh…colorful ns hujan pns kak tie. nak try buat la nanti!! tu hari ms kat doha mkn ns beriyani, teruja betul ngan basmathi dia orang…panjang2. ingat nak suruh hubby belikan sikit nanti!!

    • Tie
      December 10, 2009 at 9:15 pm

      Ain… basmathi kat sana jenis baik tu. Boleh beli lebih sikit. Memang elok masak nasi arab dll. Nanti bila dah masak, boleh kongsinya di blog. Kak tie teringin nak tengok !

  4. ima
    December 10, 2009 at 10:00 pm

    nasi hujan panas…memang cantik dan menarik,kalau makan bertambah2lah cantiknya…kerana kesedapannya…betul tak kak tie?rupanya cara masak nasi hujan panas ni lebih kurang sama je dgn nasi minyak ye!..lepas ni bolehlah kalau nak cuba buat.

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:23 pm

      He he…. lepas ni Ima boleh buat. Time cuti sekolah ni budak-budak tentu lebih berselera makan.

  5. tedi
    December 10, 2009 at 10:03 pm

    hujan di hatiku kak, tgk kambau ni,

    aku on diet..!! sob sob sob

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:24 pm

      Ooo…..

      Kak tie on diet jugak ! Cuma tak tahu bila nak start, hihi..

  6. December 10, 2009 at 10:11 pm

    uwaaaaaaaaa…… terliuq tinguk nasi tuuu……..

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:25 pm

      Hi hi…. persilakan….😛

  7. December 10, 2009 at 10:13 pm

    Wahhhhhh, Nasi Hujan Panas gituuuuuu!!!

    Sy pernah makan sekali je, masa pegi rumah Pak Usu di Kuala Terengganu. Itu pun a few years ago.

    Mmg sedap….. 😉

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:26 pm

      Rumah Pak Usu ? Ooo… dia masak ke ? Mestilah sedap, kan….🙂

  8. December 10, 2009 at 10:44 pm

    Tie,
    nasi hujan panas ada berbagai versi ikut negeri.. Masa akak duduk di Penang, nasi hujan panasnya dimakan bersama kari ayam dan sambal paru… sedap pulak tu. Nasi nya mereka buat berwarna oren, kuning dan putih… (Ingat2 lupa lah..sebab dah lama tak makan…)

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:27 pm

      Ehehehe…..

      Tie cuma dapat tahu tentang nasi hujan panas ni semasa di Kelantan. Kat Johor terkenal dengan nasi minyak dan briayani je… Tapi okey laa… Tie tak kisah asal sedap !

  9. December 10, 2009 at 11:02 pm

    warh K’tie, mcm sedap jer nasi hujan panas. pernah dgr, tapi tak pernah rs lagi. dah tgk K’tie buat nie nak jugak blajar n rasa🙂

    p/s: ker K’tie boleh buatkan utk Ezan nie hhehe

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:27 pm

      Alaa….

      Senang je Ezan..

      Boleh buat dengan kaki… ooopps !!😳

  10. December 10, 2009 at 11:09 pm

    fuhh..ayam tu yg lebih menyelerakan dari nasi..hehe..

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:28 pm

      Tu ayam percik version kaktie, hehe…

  11. December 10, 2009 at 11:12 pm

    Tie….skrg ni musim kenduri kawen, dpt la merasa nasi hujan panas ni kat rumah kenduri. tapi nasi hujan panas Tie paling special sbb ada kaler furfle😉

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:29 pm

      Waakakakaa…….

      Memang pelik, mentang-mentang baru beli pewarna purple !😛

  12. December 10, 2009 at 11:25 pm

    Dah lama tak merasa nasik hujan panas ni.. dulu2 glemer nasik ni! Sweet jer nasi kak tie mcm chef nyer!

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:30 pm

      Tu pun guna beras basmathi biasa je. Kalau yang jenis baik tu, tentu lagi cantik sebab nasinya lebih panjang dan lembut.

  13. cpj
    December 10, 2009 at 11:47 pm

    Ini memang nasi yang paling cpj suka sebab, bukan saja ia ada aura tapi rasanya memang kena dengan selera cpj.

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:30 pm

      Uwaa….. nasi pun ada aura !

      Nampaknya selera cikgu ni hebat jugak!

      • cpj
        December 12, 2009 at 2:57 pm

        selera memang hebat, tapi body maintain…bukan seba kuat bersukan, tapi kata kawan ada hiper tyroid-kak tie ada ubat?
        Pasal cikgu paksa anak bersukan;
        mungkin cikgu tu bukan opsyen dlm PJPK.Kalau guru PJ pro macam cpj(kes masuk bakul angkat sendiri!wakaka…) sebelum nak laksanakan aktiviti, dipastikan dulu siapa yang boleh ikut dan siapa yang boleh tak ikut.Kemudian aktiviti apapun dilaksanakan mengikut prinsip ansur maju, jadi tak timbullah masalah bagi sesiapa yang bermasalah.Cikgupj sendiripun boleh kenal siapa yang sarapan pagi dan siapa yang tidak.

        • Tie
          December 12, 2009 at 4:23 pm

          Hyper tiroid ? Tak pernah dengar pulak ! Tak perlu ubat laa… ada kebaikan tu, tak perlu bimbang tentang obesiti… Kak tie ni tak boleh makan nasi banyak sangat. Kang badan terus mengembang lagi, hu hu…

  14. December 11, 2009 at 12:06 am

    k tie,

    mak jiran zan buat nasi dagang sedap… beras cari kat kelantan bagus punya gred. nak kena import makcik tu dari kuantan lar pulak…..

    izan ni selain dari nasi minyak/nasi putih mmg sukar nak diterima selera…. kena belajar pelan2 sebab tak biasa…

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:32 pm

      Ooo… nanti kak tie pamirkan beras nasi dagang dari kelantan. Hari tu balik, tak singgah pasar pasir puteh. Kak tie dah lama tak masak nasi dagang. Beras nasi dagang kelantan warna keperangan… lebih pejal. Memang cantik!

      Sebenarnya kak tie tak pernah makan nasi hujan panas ni. Jadi yang kak tie buatnya la yang pertama kali kak tie makan, hehehe….

  15. dyg
    December 11, 2009 at 12:19 am

    wah… warna warni… cam sayang nak makan…

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:33 pm

      Dayang….. dah abis pun !

  16. December 11, 2009 at 1:40 am

    aiseh..sy tak pnah mkn pun nasi warna warni ni..
    asek yg kaler putih ja telan..hihi

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:33 pm

      Tunggu giliran Irfat jadi pengantin, ya… hehe..

  17. December 11, 2009 at 3:53 am

    Berhujan panas ni, nasi ikut musim ke kak tie? heheh… mentang2 musim banjir sekarang.kihkihkih

    • Tie
      December 11, 2009 at 12:33 pm

      Musim banjir dah berlalu la ijan… tu yang buat nasi hujan panas.

  18. kaktiny
    December 11, 2009 at 3:32 pm

    seb baik time baca nih dh makan tengahari.. kalau tidak, mau terliur gaks.. kehkehkeh…

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:14 am

      He he… dah abis pon…

  19. December 11, 2009 at 4:01 pm

    salam…oooo…ni dia rupanya nasi hujan panas mmg ketinggalan betul sy ni… rasa dia macam mane kak tie macam nasi berani kerr??? alahai rasa mengidam ler pulak…

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:15 am

      Nasi hujan panas ni macam nasi minyak. Ada orang bubuh stock ayam, tapi kak tie tak bubuh, nanti rasa macam nasi ayam pulak. Nasi beriayani bubuh rempah briayani… yang ni simple je. Susu pun kak tie tak bubuh, sebab nak kurangkan lemak !

      Mengidam ? Err… ada isi ke ? Uwaaaaa………😆

  20. December 11, 2009 at 4:08 pm

    musim hujan panas camni sedapp makan nasi nih, rupa cantik mesti rasanya sedap.

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:16 am

      Boleh cuba laa… senang je.

  21. December 11, 2009 at 9:38 pm

    aduh kak tie..enak bangetttt…
    pasnih..nak bukak bisness katering plak ker kak tie?
    nanti saya tempah tie’s catering yer…
    hehehe…

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:17 am

      Kak tie catering kat dapur ni je.. pelanggan tetap, anak-anak dan suami😛

  22. December 11, 2009 at 10:09 pm

    salam….

    oooooooooooo ini ke rupanya nasi hujan panas. selama ni, abgdin tau makan je…idak la tau namanya….

    lapar la….

    ponn ponnn…..

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:17 am

      Ho ho…

      Abg Din sibuk merempit, ya ? Nasi dah abis, kalau tak tentu Tie bagi sebungkus buat bekal, hehe….

  23. December 12, 2009 at 3:05 am

    tak sakit kepala ke makan nasi hujan panas ni ?, nasi hujan malam tu nasi sejuk ye, orang perempuan tak boleh makan nasi sejuk nanti gemuk, kalau nak makan juga kena goring, tapi kerjanya enting nanti boleh gemuk juga.

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:18 am

      Ehehehe……..

      Tak tahulah kenapa dinamakan nasi hujan panas. Mungkin kerana ia berwarna warni.

      Nasi sejuk boleh menggemukkan ? Tak tahu la pulak!

  24. December 12, 2009 at 9:54 am

    kak tie…sedapnya…nak minta sikit pun mesti dah habis.
    sy ni nak masak simple je sekarang…brg2 kat dapur pun tinggal yg asas je hihihi…semua dah kena angkut.
    sekarang masa nak jalan2 lak hihihi…tapi hari minggu jelah hari biasa hubby masih sibuk sgt2…

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:19 am

      Laa… Suzi ni sempat juga merempit ke sini, ya.. hehe..

      Nanti kak tie buat nasi bukhari pulak , ya…. hehehe….

  25. December 12, 2009 at 10:25 am

    tgk pon dah naik nafsu.. hehe

    • Tie
      December 12, 2009 at 10:54 am

      Nafsu apa tu ? Waakakakakaa……..😛

  26. December 14, 2009 at 1:09 am

    hujan panas jer ke? ribut2 petir2 dan kilat2 tak der ke?
    😀

    hehehhe

    • Tie
      December 14, 2009 at 5:04 pm

      Shh….

      Jangan disebut petir , ribut dan kilat tu… Tie takut !!!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: