Home > Jenjalan > Apa cerita ?

Apa cerita ?

December 10, 2009 Leave a comment Go to comments

Hmmm……… terlalu bosan  jadi Tie ikut suami pergi mesyuarat di Kemaman kelmarin.  Bertolak petang dan tidur semalam di hotel murah, hehe. Err… Tie tak pergi mesyuarat tu, cuma lepak kat bilik hotel je.😆

Tiada gambar yang dapat Tie rakamkan, walaupun bawa camera.  Habis je mesyuarat dia, kami pun zasss ke kuantan… dalam fikiran hanya ingat nak shopping ! Sebenarnya Tie nak ke KL tapi suami busy sangat, hu hu… adik dah memanggil-manggil, ada Year End Sale katanya…. Err… tak de rezeki nak shopping di sana, jadi lepaskan gian di kuantan je laa….

Sampai je pergi makan dulu. Perut dah lapar, terus buat rawatan di Johnny’s, hehe… Hirup kuah tomyam sampai kembung ! Bila tangki dah penuh baru boleh window shopping. Tapi, ada juga terbeli…. periuk nasi saiz lebih besar. Senang nak masak di kampung. Di Kuantan ni harga barang letrik lebih murah dari di Terengganu.

.

.

Boleh masak max 20 cawan. Agak-agak berapa orang boleh makan ?

Tie suka jenis simple begini. Kalau yang changgih takut tak tahan lama…. Biasalah mokcik kalau buat kerja di dapur macam berperang. Kalau tak bunyi kelentang kelentung, rasa tak meriah pulak, hi hi…….

Selesai shopping terus balik ganu. Sampai malam. Adoi…… pinggang sakit laa…. Jalan dari K. Berang ke Kemaman@ Kuantan macam kena bom! Lubang sana sini kerana musim hujan dan banjir. Jadi sesiapa yang akan melalui jalan Jabor @ Bukit Besi tu bersiap sedia laa… Kesian drebar Tie kepenatan kerana cuba mengelak lubang sepanjang jalan….

~ Dah mula berangan nak masak nasi hujan panas pulak…. (cuaca panas hari ni 😛 )

.

.

Categories: Jenjalan Tags: ,
  1. December 10, 2009 at 10:27 am

    salam…amboiii!!! seronok kemain jalan berdua jerr…
    nasi hujan panas???…nasi banjir takde kerr???

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:23 pm

      Salam ilyn,

      Kekenyangan…. rasa malas lak nak merempit ke blog2 ni, hihi…

      Jalan berdua ? Err…. bertuahlah kalau gitu. Budak2 tu dah bising, kalau bawak mama kena bawak satu package.. bawak mereka sekali!

  2. Aykay
    December 10, 2009 at 10:38 am

    kak, banjir gelombang ke-3 dah surut ke?

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:24 pm

      Insyaallah,

      Banjir dah tiada lagi. Matahari senyum riang hari ni…

  3. December 10, 2009 at 11:56 am

    leh masak untuk wat kenduri nie…

    nasi hujan panas memang sesuai sangat dimasak dengan periuk baru itu.
    hehehe..

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:25 pm

      Memang untuk dimasak di kampung. Adik beradik suami ramai… senanglah , tak payah masak atas dapur gas…

      Nasi hujan panas ? Nanti laa…. hehe..

  4. December 10, 2009 at 12:01 pm

    Hi Kak Tie..
    Ya Kak..
    KL ada YES, Year End Sale..
    Silalah berkunjung..
    Hehe..

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:26 pm

      Aderk !

      Janganlah menggoda kak tie !

      Kang budak2 tu tak bersekolah lak tahun depan, hehe..

  5. December 10, 2009 at 1:36 pm

    YES!

    terbelik katanya…tergoda kot

    hehehe

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:31 pm

      He he… memang niat nak beli, cuma nak cari harga lebih murah sikit.

  6. December 10, 2009 at 2:06 pm

    murah ek kat kuantan? maksu nak gi sana ler, beli cerek letrik

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:33 pm

      Maksu dok mana ?

      Kalau di KL, murah di KL lagi…. kat ganu ni barang mahal. Tu yang shopping kat kuantan.

  7. December 10, 2009 at 2:40 pm

    fuuhh..hebatla kaktie..
    macam2 bule masak..
    ni da taraf chef da ni..hihi…

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:34 pm

      Err…

      Kak tie ni kan mokcik… mesti boleh masak, sendiri nak makan, hehehe……..

  8. December 10, 2009 at 3:41 pm

    mak aih banyak tu 20 cawan! sihat-sihat lah warga rumah (he3)

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:35 pm

      Masak untuk keluarga besar. Kalau untuk keluarga sendiri, periuk kecik je…😛

  9. December 10, 2009 at 4:16 pm

    honeymoon ye kaktie😀
    barang letrik ni lagi canggih lagi cepat rosak.

    • Tie
      December 10, 2009 at 4:36 pm

      Bukan honeymoon la… budak2 tu kena angkut sekali.

      Barang letrik canggih ni memang kurang sesuai dengan kak tie. Kak tie ni ganas sikit buat kerja… suka ketuk-ketuk dan campak-campak ! Uwaaa……..

  10. December 10, 2009 at 6:04 pm

    neeza pun suka nak beli periuk besar tapi selalu je cik abang kata, ala.. bukan guna pun.. saje je sebenarnya, kalau buat makan2 senang kan.. (pssstttt… macam le selalu neeza buat makan makan poonnnn.. ) hehehe..

    • Tie
      December 10, 2009 at 8:24 pm

      Alaa Neeze, tak salah beli periuk besar tu. Nanti bila nak buat open house atau makan-makan, senang sikit.

  11. ain
    December 10, 2009 at 6:52 pm

    dah siap ns ujan panas kak tie..?? nak sikit ye!!!

    • Tie
      December 10, 2009 at 8:25 pm

      Ooo…. dah makan pun.. habis seperiuk ! Eh.. masak periuk kecil je. Periuk besar tu belum dirasmi lagi, hehe..

  12. sya
    December 10, 2009 at 7:58 pm

    ish, nasi hujan panas… selalu terfikir macam mana nak buat nasi warna warni tu.. nanti boleh lah tepek resepi sekali kat sini, kak tie.. hehehe

  13. Tie
    December 10, 2009 at 8:27 pm

    Senang je Sya… google je.

  14. December 10, 2009 at 10:01 pm

    Salam Akak Tie…..

    Wahhhhh, rice cooker baru tuuuuuu.
    Besar. Cantik. Bagus. Boleh masak byk2.
    😉

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:48 pm

      Memang niat nak masak banyak, tu yang beli…. senang sikit.

  15. December 11, 2009 at 3:56 am

    Tengah sale ek kak tie..bestnyer!!! sini lepas krismas baru depa buat sale.pelik benar…🙂
    psst,periuk besor tu, wat kenduri jemputlaaa kami deh😀

    • Tie
      December 11, 2009 at 1:49 pm

      Sekarang ni kat KL tengah sale.. Tapi kak tie tak dapat nak ke sana, jadi ke kuantan je laa…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: