Home > Adat dan budaya, kehidupan, Kenduri, Makan > Renjis-renjis dipilis (part 2)

Renjis-renjis dipilis (part 2)

Maaflah, kerana senyap sunyi beberapa hari ni. Tie rasa sejuk semacam. Menggigil seolah-olah ditimpa salji. Masih lagi pakai baju 2-3 lapis, berstokin siang malam. Winter caps tak ada, jadi Tie pakai serkup je…….😆

Hmm……… sambung cerita dari entry yang lepas. Kalau ada yang dah mula jemu tu Tie pun faham. Tie tulis ni sekadar cacatan peribadi. Esok-esok  bila dah kerepot boleh juga imbau balik pengalaman ini.

Selain dari cupcakes tu , Tie buat puding untuk dessert. Mula  pukul 4 pagi…. dengan baju kelawar tu, hi hi hi….. Cupcakes Tie buat sehari sebelum kenduri. Pagi hari kenduri baru hantar desserts ni ke rumah adik ipar, sebelah rumah mentua. Sumbat dalam peti sejuk dia. Rumah Tie cuma ada freezer je.. Tu yang leceh.

.

.Puding tu, Tie buat 3 lapis. Atas sekali bubuh buah koktail je. Mula-mula ingat nak bubuh whip cream dan tenggekkan strawberry. Tapi memandangkan puding tu terpaksa menunggu beberapa jam lagi sebelum dimakan, terpaksalah tukar fikiran. Lagipun takut orang kat sini tak makan fresh cream…..(abang yang kata)

.

Menu udang panjat ni adalah permintaan dari pengantin sendiri. Sengaja letak jarang-jarang sebab nak hidangkan sepiring lagi untuk dimakan. Pertama kali Tie hias begini. Macam kelakor je rupanya.  Cuba tengok lada hiasan kat atas tu. Tak tahu macam mana nak buat lada tu kembang macam bunga. Tie rendam dalam air ais dan garam. Tapi tak menjadi jugak. Ada sesiapa boleh beritahu tak caranya ?

Sementara hati lembu (seekor lembu Mek tumbang hari tu) Tie goreng berempah, dan diisi dalam nenas yang dikorek dengan susah payah tu, hehe…. Sebelum tu Tie lapik dulu sampan nenas tu dengan aluminium foil supaya tak berair….

.

Udang yang selebihnya Tie hidangkan begini , beri peluang pengantin dan tetamunya makan. Tie mengejar masa, langsung terlupa nak potong lada bangala tu secara zig zag. Bila dah kerat baru teringat. Kesal betul. Nampak plain sangat. Udang panjat tu hanya untuk hiasan  dan dijamu bersama adik beradik setelah majlis selesai (kecuali kami suami isteri  kerana terlalu penat).

.

Siakap masam manis ni pun permintaan dari pengantin sendiri.  Sebenarnya dah lama tak masak sweet sour, hampir-hampir terlupa resepinya. Biasa masak 3 rasa je., hehe….Rasa puas hati kerana pengantin dan tetamunya begitu berselera makan. Sampaikan ada orang complain pengantin makan lama sangat!

Adik ipar Tie tu (pengantin perempuan) ambil peluang keemasan ni, sebab lepas majlis, semua lauk pauk ni jadi hak milik adik beradik dia yang lain. Abangnya yang sorang lagi sempat merayu jangan dihabiskan, waakakaaa…….. Riuh rendah ketika majlis santapan kedua mempelai. Suatu kenangan manis yang pasti sukar dilupakan.

Pengalaman ini Tie kongsikan di sini dengan niat ikhlas.  Bukan untuk mendapatkan pujian. Semua kerja boleh dilakukan jika kita minat dan rajin. Tiada yang mustahil kecuali kita yang serah diri dulu. Walaupun hasilnya tidak begitu memuaskan,  rasa lega kerana apa yang dirancang menjadi kenyataan.

~ Kalau ada apa-apa pertanyaan atau cadangan, kemukakan laa…..😆 Cuma Tie tak berapa pasti budgetnya… rasa boleh pitam kalau Tie kira betul-betul…hu hu..

Tie –  Teringin nak buatkan untuk adik-adik sendiri. Err…….. kamu semua tak nak kahwin ke ??

.

.

  1. December 4, 2009 at 10:12 pm

    udang panjat tu mmg menu wajib ek kak?

    • Tie
      December 4, 2009 at 10:18 pm

      Entah laa…

      Adik ipar yang minta menu ni.. Tapi, selalu juga tengok di meja pengantin di kampung (Klate).

  2. December 4, 2009 at 10:27 pm

    k tie,

    hehehe… klu k tie x ckp pasal cili yang tak kembang memang tak perasan…. apapun….. k tie… pujian tu bukan untuk bermegah saja tetapiii… untuk menaikkan lagi semangat k tie supaya…. pada masa akan datang akan timbul lagi berbagai idea lain …. haaa adik2 k tie kan ada lagi…

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:09 am

      Tu laa… kak tie ada problem pasal cili tu.. tak tahu nak tanya siapa.

  3. December 4, 2009 at 10:32 pm

    udang panjat tu menu wajib!! ehehe… time saye kawen dulu mintak ayam golek tapi cume dapat ayam penyet!! huhu

    satu lagi kenangan pengantin kene susun sendiri meja makan beradap sebab sume org dah penat… tumbang dah masing2… bile dah lame2 ingat balik senyum sendiri

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:11 am

      Err… kalau mintak ayam golek, kak tie order je dari orang lain. Mana ada masa nak buat sorang-sorang. Lagipun, macam manalah pengantin nak makan…

      Haha… bagus juga pengantin kena kemas sendiri. Kak tie ni terus kutip barang dan balik tido dulu…. rasa nak tercabut kepala lutut!

  4. nekPP
    December 4, 2009 at 10:53 pm

    mokcik tak sihattt…terbaca kat blog cyrena..
    ishh k tie..lembaga hitam..berdiri bulu roma!!

    mokcikk..byk2 makan atas meja perantin tuu
    nekpp nak udang aje!!! kuikuikuii ;)))
    rajinnn sungguhhhh mokcik!!

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:14 am

      Entah laa… setiap kali balik dari kampung, rumah ni lain macam je. Kak tie jadi takut nak tidor di bilik sendiri.

      Kak tie tak makan di meja pengantin tu. Kami (kak tie dan suami) jadi pelayan sebab pengantin dan tetamu susah nak ambil hidangan tu.

      Nak udang ? Hi hi…. meh sini laa….

  5. December 4, 2009 at 11:15 pm

    ammvoiii udang galahh tewww..

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:15 am

      Udang harimau laa….🙂

  6. December 4, 2009 at 11:59 pm

    tahan tengok udang tu..
    kalau sayalah ada kat sebelah kak tie masa tu..mesti udang tu tinggal kulit je utk dihidangkan kat meja pengantin muahahahaha…

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:16 am

      Kak tie jadi pelayan laa…

      Pengantin memang makan berselera… tu yang orang bising, dengki, hehehe…

  7. December 5, 2009 at 12:01 am

    teringat saya masa jadi pengantin dulu..rasa nak habiskan je udang tu satu pinggan tapi ramai plak yg datang nak salam masa makan..terbantut selera hahaha…

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:18 am

      Ooo… sebenarnya adat majlis, tika makan tak boleh diganggu. Kesian juga kat mentua, ada je orang nak salam. Tak senang dia nak makan. Padahal dah ada orang yang diwakilkan….

  8. December 5, 2009 at 12:10 am

    gluppp..telan air liur..hehe

    kak tie, bila nak post kat sini sekor udang tu hahaha

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:18 am

      Ooo…. sat !!

      Nanti kak tie postkan kulit udang, ya….waakakakaa…..

  9. December 5, 2009 at 1:13 am

    mama..

    klu angie yg jadi pengantinnya aritu pun, kompem angie tak berganjak dr meja makan…
    habiskan semua lauk pauk tu… kapkek… puding balun sorang diri..

    hahaha.. mmg tamak betul…

    tgk rupa pun dah menyelerakan….

    “kroeekk..”
    errr… perut angie dah berdondang syg plak ni…

    errr.. hihihi

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:20 am

      Oooiitt !!

      Pengantin kena maintain sopan.. tak boleh tamak-tamak…

      Nanti mama buatkan udang panjat (geragau!)… senang Angie nak telan…ekekeke…..

  10. December 5, 2009 at 1:28 am

    wah.. bestnye tgk hidangan berwarna-warni atas meja tu.. hmm tak lame lagi ramai la org tempah kak tie masak hidangan pengantin yek.. bile selalu praktis mesti tambah mantopp!
    -saye mmg tak berseni dlm bab2 mcm ni,tp bab mkn no 1..heheh

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:22 am

      Ramai lagi yang pro dalam bab-bab sebegini.

      Kak tie buat untuk adik-adik je….sebab tak pandai nak budget.

  11. aie
    December 5, 2009 at 1:39 am

    aduhh. terliur !! hehe. post la. haha

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:23 am

      Haa… nanti post gambornya, ya…hehe…

  12. December 5, 2009 at 4:01 am

    soalan “kamu semua tak nak kahwin ke?” amatlah berbahaya dan penuh makna buat maza.. hehehhehe

    psst.. teringin gak..tapi… ahakssss.. hehehe

    kalau maza yg jadi pengantin tu, jangan harap ler org belakang nak makan.. dgn udang2 panjat tu maza sesah! wakakakak

    pssst.. Tie boleh join biznes ni.. hehehe. kita buat perunding perkahwinan,dgn kepakaran menghias meja santapan makan berdamai pengantin! heheheheh

    apa mcm,kita mulakan cooperation dan collaboration masa pengantin anaknya nekcun, may 2010 ini..hehehhe

    psst.. Tie buat hidangan best2 itew, dan maza tolong komen dan pengabiskan. hehehe apa mcm?!

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:29 am

      Ala Maza,

      Masa tu semua mata tengok pengantin makan. Kalau Tie tentu terbelit tangan sebab tak selesa betul. Silap-silap tertelan sudu! Uwaaaa………..

      Boleh mintak tolong Darling tu buatkan hidangan meja pengantin bersama anak2 jadi pengapit.. makanlah puas2 kat rumah, hihi…. boleh gak buat udang panjat tu ramai-ramai…..:P

      Pasal bisness tu, err… tak mungkin laa.. Tie tak pandai budget, dan malas nak kira semuanya. Lagi pun dok kat sini (kg), ada ke yang mampu bayor.. Mahal laa..

      Tie ingat kalau ada rezeki nak buat hidangan begini tapi ala2 buffet tika sambut hari raya @ ulangtahun perkahwinan tahun depan… rasa tak puas hati lagi, hehe.. Nanti Maza datang laa….hehe…

      • December 6, 2009 at 11:48 am

        jangan sampai tak jemput aaaa..

        kuda silvy tu dah lama tak menendang2 ke ulu Terengganu tu…

        hehehhe

  13. cpj
    December 5, 2009 at 10:20 am

    Dah lama merenjis ni kak tie, tak habis-habis lagi ker?ekekekekekee…..

    • Tie
      December 5, 2009 at 10:32 am

      Ha ha ha…..

      Sekarang ni musim renjis la … Cikgu bila nak direnjis ni ?

  14. December 5, 2009 at 1:25 pm

    la.. Kak Tie nie chef orang kahwin rupanya.. prestige la menu2 yang dihidangkan. kari-kari, atau masak merah yang orang selalu buat time kenduri nak jamu tetamu x buat ke Kak Tie?

    • Tie
      December 5, 2009 at 2:37 pm

      Tak la Nono… Kak tie ni masak untuk keluarga je.

      Kari dan masak merah tu dah dimasak oleh tukang gulai yang ditempah (untuk tetamu biasa), jadi kak tie cuma hias pinggan je… Kalau kak tie buat semuanya tentu malam baru boleh siap, hehe….

      • December 5, 2009 at 6:04 pm

        hehehe.. kak tie, try la promote yourself after this🙂 leh tambah income😉

      • Tie
        December 5, 2009 at 8:30 pm

        Kena ada modal besar la Nono…

        Alatan serving tu, kena lengkap. Kenderaan pun kena ada sekurang2nya van. Kak tie tak suka buat kerja lebih kurang. Kalau boleh nak perfect semuanya. Tu pun tak sempat nak jahit napkin. Terpaksa guna paper napkin yang lembek tu.

        • December 6, 2009 at 11:51 am

          alahai Tie.. nak seribu daya kanzz.

          mula dgn berdekit2 dulu maaa..
          nanti cik abg pencen, kira dah ada ler biznes nak dibuat..

          takkan mcm org dulu kot, larat lagi ke nak pegang cangkul bersihkan kebun kat kampung? skrg ni pakat main upah jer.. hehhee

        • Tie
          December 6, 2009 at 12:59 pm

          Maza,

          Kalau Maza kirim modal, sekarang jugak Tie bukak bisness….uwaaaa…..

  15. December 5, 2009 at 5:32 pm

    Salam Akak Tie…..

    Tak tahu nak komen apa…..sy terliur tgk hidangan yg sedap tu!!!!
    Nanti kalau Akak teringin nak masak sekali lagi, calling2 sy ye.

    Huhuhuhuhu….😉

    • Tie
      December 5, 2009 at 5:48 pm

      Ooo…yang cantik tak semestinya sedap.

      Kak tie pernah ke satu restauran terkenal… nampak menyelerakan, tapi tekak kak tie tak boleh terima, hu hu… bazir duit je. Dah la mahal…

      Nanti laa.. kalau ada rezeki, boleh gak Zyma rasa masakan kak tie, tapi jgn lak menyesal, ajak pokcik sebelah rumah tu sekali, hihi… mesti dia suka!

      • December 6, 2009 at 11:52 am

        ahaks! pokcik encem dah datang ni.. bagi tarikh yg sesuai je.. kuda silvy segera melompat lorrr.. hehehehe

  16. zareda
    December 5, 2009 at 7:11 pm

    tak lama lagi zar pun bakal masak lauk pengantin utk adik ipar.. kena mula mengasah skil ni..

    siakap 3 rasa tu memang mengancam…

    • Tie
      December 5, 2009 at 8:06 pm

      Ye ke ?

      Nanti jangan lupa kongsikan pengalaman dan tepek gambor banyak2 dlm blog.

  17. ima
    December 5, 2009 at 10:48 pm

    salam kak tie…wah!!memang kreatif dan bersenilah kak tie ni…kalau ima tak terbuatlah jawabnya…tangan keras,hehehe.

    • Tie
      December 6, 2009 at 10:17 am

      Ima,

      Tangan kak tie pun keras gak. Kak tie rendam dalam air dulu, hihi….

  18. ijan
    December 6, 2009 at 12:05 am

    Salam Kak Tie.. dah cantik dah Kak Tie buat kan lauk pauk tue…kalau saya yang kawin dah puas hati sangat..kalau pengantin lama kat meja pengantin tue, maknanya sedap ler makannan tue.. yg lain mesti rissau takut lauk pengantin abes.hehe…selalu tme kawin lauk pengntin memang tak habes dan yg lain mesti tertunggu tunggu pinggan2 tuh masuk dapur.hehee

    • Tie
      December 6, 2009 at 10:20 am

      Masih ada banyak lagi ruang untuk diperbaiki. Mungkin lauk pauk tu over make-up kot… tapi tu la yang orang di sana suka…. Kak tie lebih senang yang simple-simple je….

    • December 6, 2009 at 11:53 am

      kalau pengantin tu maza.. hehhhee… org belakang jangan marah aaa.. ini lauk pengantin punya.. so pengantin bedal aje lah.. wakakakkaa

  19. sya
    December 6, 2009 at 11:40 pm

    kak tie,
    kalau tak silap, nak buat lada tu kembang, rendam dalam air kapur…

    err, udang panjat memanjat tu buat terliur laa.. hehehe

    • Tie
      December 7, 2009 at 8:31 am

      Air kapur ? ooo…. nanti kak tie nak cuba.. kalau menjadi kak tie beritahu , ya Sya… terima kasih laa…

  20. December 7, 2009 at 11:24 am

    saya lapar nie….

    • Tie
      December 7, 2009 at 11:40 am

      Jom datang rumah, Tie masak nasi mandhi

  21. December 7, 2009 at 4:54 pm

    kak tie..lamanye tak datang sini…saya ‘cuti’..
    hari nie wat lawatan muibbah..hehehe..
    sedapnyerrrr….gambar makanan berdekorasi..mmg menyelerakan..
    gambar pengantinnye takde ker kak..lagi2 time dorg tengah makan2..ngeee


    Kak Tie – tak boleh tepek gambar pengantin la Izzah… Kak tie tak berani. Masih lagi misteri, hi hi hi …….

  22. an
    March 5, 2013 at 5:22 pm

    Kak Tie, sy nih just jump blog.. event dow da berape tahun post nih, tpi pasal lada yg kembang sgt tuh.. ptutnye kak tie xya potong smpai abis.. cukup just half.. pastu buat dye curl gune blkg pisau..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: