Home > Adat dan budaya, Kenduri, Makan > Renjis-renjis dipilis….(part 1)

Renjis-renjis dipilis….(part 1)

November 29, 2009 Leave a comment Go to comments

Yoohoo……… mokcik dah balik!

Baru seminggu tak blogging tapi rasa macam lebih sebulan. Harap-harap semuanya gembira menyambut hari raya bersama keluarga.😛

Hi hi….. penat tak habis lagi. Rasa pening pulak bila makan banyak sangat daging.  Gusi ni naik sengal. Namun tetap bersyukur kerana masih boleh dapat merasa nikmat makan-makan. Seronoknya bila raya korban ni. Jenuh heret daging , kaki dan segalanya… freeze pun dah penuh. Hmm… tengah  fikir menu pulak.

Oh ya….. nak tahu tak projek perintis Tie tu….??

Jeng…jeng….jeng……..

.

.

.

.

.

.

Pelamin anganku.........ekekeke.......

.

Oooiitt !! Bukan Tie yang kahwin laa…… Adik ipar tu.  Pelamin tu disewa. Tie ni tukang sibuk je. Adik ipar minta Tie uruskan hidangan meja pengantin. Sorang-sorang pulak tu. Biras-biras yang lain sibuk dengan tugas masing-masing. Uwaaa……. mula-mula rasa tak yakin. Macam mana nak sediakan semua hidangan tu. Mokcik ni bukannya kreatif!

Akan tetapi, kerana tidak ingin menghampakannya, Tie buat juga laa…. dengan tak henti-henti berdoa agar segala yang Tie rancang terhasil dengan jayanya. Nak tengok tak ? Jom belek-belek hidangan meja pengantin yang telah Tie sediakan. Adoi…. macam nak tercabut kepala lutut nih!

.

Benci betul tengok background meja pengantin ni. Sepatutnya buat tabir , barulah cantik, kan… Tu laa… Tie dah suruh abang beritahu adik2nya, tapi mereka tak fikir ianya penting. Bila tengok gambar, sakit mata dibuatnya. Meja tu pulak kecik sangat. Walaupun Tie beritahu hanya boleh sediakan hidangan untuk 6 orang je (kes gelas kristal cuma ada 6 bijik , ekekeke……..), kesian kat pengantin dan mentua tu.. susah nak angkat ‘sayap’ !!

.

Okay tak ? Ni pertama kali Tie sediakan hidangan meja pengantin tau !

.

Cupcakes tu satu surprise dari Tie kepada kedua mempelai dan keluarga mentua. Pertama kali mereka lihat cupcakes  di meja pengantin. Cawan cupcake @ muffin tu pemberian dari Ain (seronok la tu honeymoon di Doha!!) . Susah payah dia poskan dari Johor. Terima kasih Ain !!

.

Errr….. nak buat icing dot-dot tu pun ketar satu badan ! Bila tengok hasilnya , rasa malu betul. Abang senyum je, hi hi………Tapi semua orang puji, ekekeke…. agaknya mereka tak perasan daun dan bunga tu senget sana sini, waakakakaa……. Tie sengaja tak penuhkan cupcakes di tray tu. Nasib baik juga Tie buat begitu. Kalau tak tentu melopong je keluarga mentua !!

.

.

~ sambung di entry akan datang laa… Sabor, ekk !!

.

.

  1. November 29, 2009 at 8:45 pm

    Salam Kak Tie…..

    Amboiiii, kelas gituuuuu!!! Akak Tie ni kreatif ghupernyer ye.
    Nampak perfect la tu,Akak.
    Kalau nak yg berbayar punyer…..mau putih mata, Kak. Mahal bebenor!!!

    Keep ur good job, Akak Tie!!!! Boleh buka kedai andaman pengantin dan catering la cenggini. 😉

    • Tie
      November 29, 2009 at 9:33 pm

      Ooo…kembang kempis idung nih!

      Kak tie budget dalam RM500, tapi rasa2nya lebih kot. Tu pun udang harimau tak masuk bil sebab pemberian dari kawan abang. Hidangan ni kak tie dan abang sponsor…. tu yang pengantin senyum tak henti-henti, hehe….

      • November 29, 2009 at 10:52 pm

        Udang galah BBQ 10 ekor, please!!!!
        Lapar nihhhhhh……
        😉

        • Tie
          November 30, 2009 at 8:14 am

          Alamak!

          Udang galah tak ada. Udang harimau ada la 3-4 ekor…lebih hari tu. Ingat hari ni nak panggang je, hehe.. Mehlah sini.. Kak tie bagi ekor je, ekekeke…

  2. syayassir
    November 29, 2009 at 9:10 pm

    kak tie…
    ok apa cubaan pertama kak tie ni..
    nasib baik saya dah kawin, kalau tak, mau tempah kak tie buat hidangan pengantin ni… heheheh

    • Tie
      November 29, 2009 at 9:36 pm

      Sya,

      Kak tie risau betul sebelum ni. Dengan cuaca tak menentu, nak buat kerja pun susah sebab rumah atap biru tu tak ada peti sejuk. Dahlah tak cukup tangan… mula kerja jam 3:30 pagi, sebelum tu balik dari rumah mentua (isi bunga telur) dekat kul 1 pagi. Dapat tidur 2 jam lebih je…

      Mujur tak jadi zombie….

  3. November 29, 2009 at 9:22 pm

    Hallamak puas tunggu loading ni selesai, alih2 satu gambar pon tak kluar Kak Tie, tenet sini slow sangat. buat entry ptg tadi puas tunggu hehe.. so tak dapek lah Iza nak komen hehehe.

    • Tie
      November 29, 2009 at 9:37 pm

      Ye ke ? Kat sini laju pulak internet.

      Tak pe , lain kali boleh tengok gambarnya….

      • December 1, 2009 at 10:00 am

        Hah baru nampak…va va va lawa lah Kak Tie hihi. Ada bakat ter-rendam ni😀

        Smalam kat kampung, mmg slow sangat, cucuk brodband patut keluar 3G tinggal signal EDGE ja, la ni kat tepi pekan, dah masuk kerja, laju balik dah🙂

  4. November 30, 2009 at 12:49 am

    Tie…cantiknya tema putih + oren! ceria! semuanya cantik n perrrrrfecttt! ada lg ke adik/adik ipar yg blom kawen? kenduri kawen lepas ni agenda meja pengantin serah pd Tie aje lah ye :p

    • Tie
      November 30, 2009 at 8:17 am

      Ini adalah kenduri kahwin terakhir… dia yang bongsu.

      Sebenarnya Tie tak pasti temanya.. cuma agak2 je, kebetulan Tie pilih oren, sama pulak dengan warna barang2 yang Tie beli… Memang nampak ceria, hehe..

  5. November 30, 2009 at 2:32 am

    wah..kemain lagi hidangan yg kak tie sediakan tu..kalau saya..lebih masuk perut dari gubah hehe..

    apepun mmg maveleslah..cayolah kak tie..nanti leh buat tempahan lak..panggil kak tie utk sediakan lauk pengantin tu hihi..

    • Tie
      November 30, 2009 at 8:20 am

      Uwaaa….. ada juga yang masuk perut.

      Sambil gubah sambil mengunyah sebab tak de masa nak duduk dan makan. Kak tie dapat jumpa nasi kul 5 petang. Tu pun dah tak tahan, terhuyong hayang macam nak pitam!

  6. November 30, 2009 at 10:23 am

    amboi..bekenan nyer tengok cupcakes tuh..

    meleleh dah air liur nih..

    • Tie
      November 30, 2009 at 11:05 am

      Cupcakes tu kak tie decor paling simple. Masih belajar lagi… melalui internet je, hihi.. Nanti bila dah lulus baru boleh tayang, ekk!

  7. November 30, 2009 at 10:41 am

    pandainya kak tie…bakat terpendam ya….kalau saya buat mesti tak menjadi.

    • Tie
      November 30, 2009 at 11:09 am

      Bukan bakat terpendam, tapi terendam, waakakaa…..

      Kak tie terpaksa sebab adik ipar tu tak nak orang lain buat hidangan meja pengantin tu. Dia nak kak tie buat sorang2… atas sebab2 peribadi. Err…. mujurlah dia puas hati.Sampai raya pun dia senyum memanjang!

  8. November 30, 2009 at 10:57 am

    entah mcm mana, teringin pulak lerrr nak duduk atas pelamin sekali lagi!

    heheheh

    gulp! boleh ke?
    hehhehehe

    • Tie
      November 30, 2009 at 11:16 am

      Amboi…..!!

      Tapi kalau duduk atas pelamin dengan darling tu apa salahnya…

      Abang memang ada hajat nak ajak Tie bersanding hari tu, tapi kami sibuk sangat.. maghrib baru dapat duduk. Tu pun terus balik rumah atap biru terlena keletihan. Sedar2 kul 11 mlm.. terus gi rumah mentua semula dan borak2 dgn adik beradik di sana.

      Err…. maza tak nak tempah ke catering meja pengantin tu..? Tie bagi discount laa.. tapi kena book flight ticket pergi balik! Uwaaaa…….

    • November 30, 2009 at 1:01 pm

      amboi….

      lepas pengantin baru maza g la santai2 situ..

      • November 30, 2009 at 1:02 pm

        ehhh lepas pengantin bangun…

  9. November 30, 2009 at 12:12 pm

    Tie,
    tahniah kerana boleh mengendalikan majlis perkahwinan… bukan kejer kecik…
    nanti bila menyambut menantu sendiri dah ada pengalaman…

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:07 pm

      Mekasih Akak.

      Memang bukan kerja kecik. Puas Tie godek2 dalam internet utk mendapatkan idea…hehe..

  10. dyg
    November 30, 2009 at 12:25 pm

    wah cantik2! nampak cam sedap je lauk2 tu…nyum2…

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:08 pm

      Dyg,

      Cepat2lah jadi pengantin.. nanti kak tie boleh buatkan… tapi kena sediakan pengeras dulu, waaakakakaa……….

  11. November 30, 2009 at 1:04 pm

    tahniah…

    tunggu part2 pulak…

    Ain nak g honeymoon kat doha smpat lg hantar cawan cupcake tu ya…

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:09 pm

      Ain tu senyap2 je gi Doha..

      Kalau tahu awal2 lagi nak dia carikan cenderahati dari sana…

      Sekurang2nya carpet sekeping..uwaaaaa…………!

  12. November 30, 2009 at 1:19 pm

    Salam kak tie…
    Tahniah… tahniah… Kak Tie mmg berbakat. Sure lepas ni ramai yg berderet nak tempah kak tie.

    Tapi kan… satu yg terlintas di hati Su. Ish… tak sangka bajet hidangan meja pengantin camtu sekali mahalnya. Pengantin selalunya makan ciput je. Maklumlah kontrol kelakuan dan jaga make up kononnya (Su la tuh. hehe).

    Su dulu mudah je… makan bersila bersimpuh je dan langsung tak berhias. Cuma ada lauk lebih satu dua jenis dari tetamu.Tetamu makan kat khemah, kami makan atas rumah.

    Ermm… membebel kat sini lak. Jeleskah aku? Ahaks…😀

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:15 pm

      Mekasih Su…

      Kak tie baru je sedar akan ‘kebolehan’ ni… ingatkan setakat makan je, ekekeke….

      Ish.. belanja mahal sebab harga barang sekarang kan dah naik. Nenas untuk udang panjat tu je RM4 . Kalau guna nenas morris, kecik sangat, tak padan dengan udang!

      Tapi kan Su, kedua pengantin tu makan betul2… tak de control2 punya. Sampai ada bunyi suara suruh stop dulu… sebab tak sanggup tengok mereka makan.. (kes dengki laa….hihi..)

  13. Tirana
    November 30, 2009 at 2:01 pm

    Tie…nanti anak saya nak kawin, boleh import Tie ke sini tolong uruskan meja pengantin..hhehehe…Cantik tu..macam professional aje.

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:19 pm

      Ooo…. ye ke ?

      Waakakakaa……. Tie buat hidangan pengantin tu ikut citarasa orang di sana. Kalau cara Tie, lainlah sikit. Lebih simple. Orang sana suka benor buat udang panjat utk meja pengantin. Heran gak! Ingat nak cuba ukir buat tembikai tu, tapi tak sempat nak praktis dulu..

  14. nekPP
    November 30, 2009 at 3:32 pm

    welcome back mokcikkkk ;))

    murah rezeki mokcik!!! alhamdulillahhh..
    perantin senyum sampai ke telinga gituuu…
    cun sehhh table setting..iLikeeee ;))

    psssttt..nekpp jdik ‘dayang’ ain p carik cwan tu mokcikkk oiii..ahaks ;p

    • Tie
      November 30, 2009 at 3:41 pm

      Nekpp jadi dayang Ain ?

      Laa… tak tahu la pulak!

      Nanti bila Ain balik kita pulas telinga dia ramai-ramai!!

      Waakakakaaa…….😆

  15. November 30, 2009 at 3:54 pm

    Salam Tie… wah cantik cupcakes tuh!… boleh tak nekcun nak tempah untuk kenduri kahwin anak lelaki nekcun pada bulan Mei nanti?… berkenan pulak!…

    • Tie
      November 30, 2009 at 4:16 pm

      Laa….. jauh sangat la Nekcun!

      Kalau dekat sini tentu Tie boleh buatkan. Designnya simple je… cuma guna chocolate ganache…

  16. November 30, 2009 at 4:48 pm

    chanteQnya pelamin tu Kak..

    cupcake tu mcm menarik..
    nak 1..
    hehe..

    • Tie
      November 30, 2009 at 5:29 pm

      Pelamin tu memang cantik! Kak tie rasa macam nak bersanding di situ, tapi kena kontrol laa… kang ipar2 kata buang tebiat pulak mokcik nih!

      Cupcake chocolate tu sedap gak! (naik lift kejap!)

      Nak satu ? Hah! ni kak tie lempar… sambut laa…

      Oppocot ! Silap lempar terus masuk mulut kak tie pulak, ekekeke……

  17. November 30, 2009 at 5:14 pm

    peeeewwwiiitttttt…

    pas ni boleh la mama gubahkan meja pengantin angie…
    tak lama lagi… opocot!!

    hihihi…

    .
    .
    .

    nak cupcakesssssssss….
    sedap nampak tu…

    • Tie
      November 30, 2009 at 5:31 pm

      Aaaiikk ?

      Angie nak kahwin ?

      Bila ? Macam mana mama tak tahu ?

      Mama boleh gubah…percuma je tapi angie kena bagi flight ticket pergi balik dari ganu. Pastu sewakan bilik kat hotel 5 bintang.

      Nak tak ?

      Nak cupcake ? Angie tak boleh makan… nanti makin gemuk!! Waakakaka….

  18. zareda
    November 30, 2009 at 6:08 pm

    zar suka masak lauk pengantin.. selalu jadi co-chef ler bab bab lauk makan beradap ni.. masih mengasah skil lagi tapi memang suka.. selain masak kita kena kreatif kan..

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:13 pm

      Bagus tu Zar… minat tu penting. Esok-esok boleh praktikkan untuk majlis anak atau anak2 sedara sendiri. Kak tie ni la pertama kali diberi peluang. Pulak tu tanpa ada yang memantau. Sendiri2 je… mujur sempat belek2 di internet sebelum balik kpg.

  19. November 30, 2009 at 6:53 pm

    salam… kak tie pekabar..??? amboiiiii bukan main meriah lagi majlis perkhawinan adik ipar kak tie pelamin pun cantik hidangan pengantin pun sedap menarik dan tertarik lagi debomm…. akak ipar yang cute lagi pandai masak, kreatif dan berbakat… tak sangka akak kita ni berseni juga orangnya… mesti kak tie rasa lega sebab segala yang dirancang berjalan dengan baik walau penat tapi berbaloi betul tak kak tie dan ucapan tahniah dari saya khas untuk kak tie.

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:15 pm

      Salam Ilyn,

      Kak tie baru je boleh duduk ni. Kalau tak tergolek2 kesejukan…..

      Kak tie memang orang seni… seni makan, waakakaka…..

      Mekasih atas ucapan tu..😛

  20. cpj
    November 30, 2009 at 9:31 pm

    patutla ambil MC, ingatkan buat pojek apa pulak. kalau cam ni bolehlah tempah kak tie, dan kenala ambil MC sekali lagi…ekekekekekeee

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:16 pm

      Haa…. Cikgu tak teringin ke jadi raja sehari di meja pengantin tu ??

  21. December 1, 2009 at 12:02 am

    k tie,

    memang cantik dan sempurna…. udang panjat pun panjatlah…. memang cantik…. pandai k tie gubah. seronok tengok… serba serbi cantik menarik memang debooommmmm… . cup cake pun cantik…. dot-dot nye pun cantik… k tie pun cantik … opp-oppp…. silap…. kak ipar yang baik hati….. tak da lagi ke adik ipar yang tertinggal belum kawin lagi…. wuppppppssssssssss zip ….

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:19 pm

      Entahlah Zan,

      Kak tie heran, dari mana agaknya asal usul udang panjat ni. Nanti nak cuba godek2, hehe…

      Tu adik ipar yang bongsu. So, boleh relax la lepas ni, hehe..

  22. December 1, 2009 at 4:25 am

    NAK MAKAN JUGAK!!!
    cantik la kak tie buat!!

    nnt boleh tempah kak tie utk atur2 ngan cupcake klo ade sesape nak kawin dlm masa terdkt😀

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:21 pm

      Ish… Adila ni… cupcakes tu simple sangat laa.

      Cuma mungkin contrast warnanya yang buatkan ia kelihatan menarik.

  23. December 1, 2009 at 6:30 am

    vah vah vah.. chantekknyerrr.. ehehe

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:23 pm

      Mekasih😛

  24. December 1, 2009 at 10:34 am

    patutlah sepi lama…..gi kendarat ye!!! kreatif jugak kak tie ni ye…pakar memasak! pandai kak tie gubah, nampak cam profesional je…bolehlah milla tempah kak tie, bln 2 thn dpn adik milla nk kahwin…he he he. bolehlah kak tie balik kg kak tie sekali akekekee….

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:25 pm

      Ehehe…

      Tak de la Milla,

      Kak tie masak untuk adik-adik je. Kalau nak bukak catering service rasanya lingkup dari dulu lagi sebab tak tahu nak budget, ekekekeke………..

  25. December 1, 2009 at 2:30 pm

    wah tie, bertangan seni rupanya🙂

    tapi bab tempt pengantin tu, mmg lebih cantik bertabir, ala-ala sopan gitu

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:26 pm

      Betul tu Mak Su. Rasa nak bubuh selimut kat belakang tu, hi hi…. geram pulak!

  26. ROSE PURPLE
    December 1, 2009 at 3:59 pm

    KELAS APE!! SEBIJIK MACAM MAK ANDAM PROFESSIONAL. BOLEH TEMPAH NI.

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:27 pm

      Err…. malunya.. (sambil menyorok dalam saji!)

  27. Blog Resipi
    December 2, 2009 at 12:05 am

    Wah kemain lagi projek mega die… hias meja pengantin ropenye…. cantik tue kak tie… especially udang yang memanjat kat buah nenas tuh. sangat menggoda yuuu..hehehe…. cupcakes pon cantik. senget sikit2 tu takpe. seni orang kate.hehehe…. tahniah2!!! berjaya dah akak jadi wedding planner bab meja pengantin..cayalah!!!

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:28 pm

      Ooo…. senget pun seni, ya ? Hmmm…. tak terfikir pun. Orang pro tak pandai nak buat senget-senget, kan ? Waakakakaa…..

  28. December 2, 2009 at 2:03 am

    Wah, tak sangka rupanya mokcik Tie pandai menggubah meja pengantin.
    Lepas ni bolehlah tempah erkk????

    • December 2, 2009 at 8:52 pm

      kak long, elok tempah dgn pengatin sekali.. hehehe

      maza dah ready lama jadi model… hehehhehe

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:30 pm

      Kak Long nak tempah ? Maza tu dah sanggup jadi model tu… uwaaaa…….

      Kak Long setuju ke ? Cakap je nak tema warna apa…. hihi…

  29. December 2, 2009 at 2:40 pm

    Huuh.. aku sukat kek kecik3 tu..best…

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:32 pm

      Cupcakes tu memang ramai peminat. Mungkin kerana warna cawannya yang menarik.

  30. December 2, 2009 at 3:28 pm

    salam….sapa yang direnjiskan tu kak tie…ha3…..

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:32 pm

      Hehehe…. buat-buat tak tahu pulak!

  31. December 3, 2009 at 10:37 pm

    kelazzz U. Cantik apa. Semua cantik. Backdrop untuk meja pengantin tu memang ori. Alam semula jadi. he he he. Terima kasih sebab datang umah kak gerau. Datang-datanglah selalu. Tapi tak de apa lah nak hidang.

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:35 pm

      Hi hi… alam semula jadi, ek ….

      Sabor aje laa……

  32. December 4, 2009 at 6:10 pm

    kak tie…

    kak tie dah mengabadikan udang panjat! yess….akhirnya sampai jugak udang panjat nieh ke sana. ada org bgtau sha dekat sana takde udang panjat (tp kita kat selatan selalu je ada udang panjat kan!). tiba2 nampak udang panjat kak tie, jadi bersemangat dan hepi plak sha.

    sha kawen nanti kak tie buat meja sha pulak ye!!!

    • Tie
      December 4, 2009 at 9:38 pm

      Kak Tie dulu masa kahwin tak de pun udang panjat. Entah dari mana asal udang panjat ni pun kak tie tak pasti.

      Err….. Sha ada calon dari pantai timur ke ? Kalau nak suruh kak tie buat udang panjat tu, no problem.. cuma kena cari udangnya dulu laa…. Tu udang harimau. Besar, diterbang khas dari Sabah. Memang rezeki adik ipar tu… Kalau beli tentu hilang suara merdu kak tie, hehe…

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: