Home > kehidupan > Menganyam

Menganyam

November 17, 2009 Leave a comment Go to comments

” Bini dia tak campur dengan orang ”  ( sibuk blogging laa….)

Pot

Pet

Pot

Pet

” Anak dia ………………..”

Pot

Pet

Pot

Pet

” Mak dia tak berkawan dengan orang”     (😆 )

Pot

Pet

Pot

Pet

” Anak-anak dia tak berkawan dengan anak-anak kita ”

Pot

Pet

Pot

Pet

” Eh ! Tuan XX naik pangkat .  ( Aaiik ?  Macam mana Tie boleh tak tahu ni ? Haa? Abang pun tak tahu ?)
.
.
.
.
Err…. harap-harap masin mulut mereka…, dapatlah tukar posting cepat-cepat ! Uwaaaaa………….

~ Nama suami Tie memang bermula dengan Tuan…….  Waakakaa……

.

.

Tak lama lagi nak raya, siapa pandai anyam ketupat ?

.

.

Psst- Doakan agar kami cepat-cepat dapat berpindah keluar dari sini… Tak larat nak duduk lebih lama lagi dalam quarters ni, hu hu………..

.

.

Categories: kehidupan Tags: ,
  1. November 17, 2009 at 4:14 pm

    mengumpat? hehe..
    saya tak peduli ape org kata kalau saya ni jenis tak bercampur dgn org lain..lantaklah..asalkan saya happy..

    bukanlah tak bercampur sgt..cuma saya tak suke jenis yg dok bersidai depan rumah ramai2 dan borak..kat sini ade jugak tapi tak tau ler dia kutuk ke tidak hehe..

    yg pasti saya kawan dgn semua org..kalau dia nak umpat pun umpatlah..saya tak luak ape pun hehe..

    • Tie
      November 17, 2009 at 4:21 pm

      Kak tie dulu tak kisah sangat. Tapi baru-baru ni makin menjadi-jadi. Kesian kat anak-anak. Mereka juga jadi mangsa. Anak-anak kak tie yang dengar sendiri. Kak tie suruh mereka bersabar… takut mereka tegur mokcik2 yang bersidai kat tepi lorong tu.

  2. November 17, 2009 at 4:16 pm

    eh pestaim dapat komen yg pertama yuhuu hehe..

    • Tie
      November 17, 2009 at 4:21 pm

      Amboi….. suka benor la tu !! Waakakaa………

  3. November 17, 2009 at 4:23 pm

    dok kuarters mmg makan ati….. layan blog lagi baik… huhuhu, moga2 permintaan Tie termakbul, amiinnnn

    • Tie
      November 17, 2009 at 4:23 pm

      Amin…. mudah-mudahan la maksu….

  4. ain
    November 17, 2009 at 4:35 pm

    nasib le kak tie. sabo aje la!!! campur salah, tak campur pun salah ekh.

    • Tie
      November 17, 2009 at 4:40 pm

      Ain, kak tie ni tak de la pilih kawan. Tapi kak tie jenis suka memerap kat rumah. Keluar nak jemur kain je. Tu pun kalau musim panas. Musim hujan begini, jemur dalam rumah. Tu yang orang kata tak campur orang.

  5. November 17, 2009 at 5:15 pm

    saya, isteri dan anak-anak pun pernah merasai perkara yang sama. susah juga duduk dengan jiran banyak mulut ni. kita tak sibuk pasal mereka, mereka pula sibuk pasal kita (kah3), pelik!?

    dilayan semakin byk point untuk mereka umpan, tak dilayan susah. jadinya setelah buat post motem baik tak yah layan (ha3).

    • Tie
      November 17, 2009 at 5:30 pm

      Rumah Tie ni jauh dari jiran-jiran…. tapi masih lagi dalam quarters. Tie ni jenis malu-malu, tak sanggup nak bertandang ke rumah-rumah depan tu. Tak pandai nak bertanya khabar. Setakat senyum je bila terserempak.

      Tapi, rasa hairan, sebab kenapa hal-hal Tie sekeluarga jadi bahan cerita. Sedangkan Tie tak tahu menahu perihal mereka. Nampaknya masa mereka tu dihabiskan dengan sia-sia.

      Anak-anak yang sakit hati. Tiap kali pulang dari sekolah, akan terpandang makck2 tu bermesyuarat… dan dengar cerita2 yang menyakitkan tu. Bimbang juga dengan sibujang yang panas baran tu. Takut tetiba dia naik angin dan terjah mereka.

  6. Tirana
    November 17, 2009 at 5:30 pm

    hehehe…orang yang tak ada kerja…mengumpat aje lah kerjanya…Cuba dia pula dengar orang lain dok mengumpat pasal dia…tentu dia pun macam cacing kepanasan.

    • Tie
      November 17, 2009 at 5:33 pm

      Hu hu…takut sebenarnya. Entry ni hanya luahan rasa hati. Kecewa kerana anak-anak dah mula terganggu. Tie ni tak rasa apa-apa pun, sebab duduk dalam rumah je.

  7. November 17, 2009 at 5:35 pm

    salam… macam tulah kak tie kalau duduk kat quarters sebab tulah suami sy tak nak duduk… dulu ada gak ambil tp kena pulangkan balik sebab tak duduk pun sanggup suami ulang alik… moga segalanya tercapai dan dimurahkan rezeki…aminn.

    • Tie
      November 17, 2009 at 5:38 pm

      Kak tie memang tak nak tinggal di sini. Tapi kerana terpaksa (tak boleh tinggal di luar).

      Dulu pernah tinggal di quarters Johor… Jiran sorang tu pun dah cukup. Rasa nak nangis. Dia dan anak2nya cukup mengganggu. Hampir setiap hari datang dan ajak bersembang. Pagi dan petang…. hu hu…

  8. November 17, 2009 at 5:37 pm

    Tie…sy pun tak reti nk “masuk geng” dgn makcik2 se-taman, pekak telinga je apa depa nk kata. Pagi jam 7.30 kuar gi keja, petang kul 7 baru smpai umah, malam memerap je kat umah.

    Moga hasrat utk hijrah ke tmpat baru menjadi realiti…

  9. Tie
    November 17, 2009 at 5:55 pm

    Tie paling bimbang bila ada orang buat cerita yang suami terima rasuah. Dulu pernah ada.. tapi terus senyap kerana tiada bukti.

    Suami Tie tu peramah (berbeza dengan Tie). Ramai kenalan terutama pakcik2 di kampung ulu-ulu tu.. yang ada kebun jagung, pisang dan lain-lain. Orang nampak bila suami bawa balik hasil kebun. Kadang2 dia beli, nak bayar walaupun pakcik2 tu beri je.

    Tie suka berkongsi rezeki dengan jiran-jiran. Tapi niat kita disalah tafsirkan. Orang tuduh suami Tie macam-macam. Jadinya sekarang, tak berani nak bagi apa2 pun . Takut jadi kes. Tie hantar kampung je bila ada rezeki lebih.

  10. cpj
    November 17, 2009 at 6:47 pm

    cik syila menganyam ketupat,
    mereka tu gila mengumpat.

    daun ketupat campak dalam telaga,
    sape mengumpat tak masuk syurga.

    pantun 2 kerat.ekekekekeee…

  11. Tie
    November 17, 2009 at 8:29 pm

    Err….macam mana nak jawab pantun ni ?
    .
    .
    mengunyah kerepek sambil blogging,
    jari yang kontot menjadi runcing.

    Kita ni bukanlah sesempurna mana,
    Kalau tak suka, diam-diam la aje.

    .
    .
    Boleh tak ?😆

  12. syayassir
    November 17, 2009 at 8:51 pm

    duduk kuarters jugak.
    tapi, nasib baik memang jiran2 jenis tak keluar rumah.
    nak sembang pun kat facebook.. hahaha…

    mulut orang memang tak boleh nak ditutup.
    baiklah kita aje yang menutup telinga..😛

    • Tie
      November 17, 2009 at 8:56 pm

      Sya…. cikgu-cikgu ni lain.. Terpelajar.

      Lagipun masing-masing kan ada tugas. Tak ada masa nak fikir tentang orang lain.

      Orang-orang kat sini terlalu banyak masa… mungkin kerana itu boleh luangkan nya untuk memikirkan hal kak tie sekeluarga, hihi…

  13. November 17, 2009 at 8:57 pm

    Salam Akak tie….

    Aduhhhhh, itu yg sy paling mencikkkk tau bila terpaksa dgr org pot-pet, pot-pet ttg diri kita. Mcm la diaorg perfect….

    Mai la pindah ke Kedah….boleh la kita makan laksa kedah pulak.
    Hihihihihi……

    • Tie
      November 17, 2009 at 8:59 pm

      Kedah ?

      Ooo…. jauh tu. Nanti nak balik raya johor terus kecut pinggang ni ….

      Err… kedah tak banjir ke ? Kat sini dah okay..

  14. November 17, 2009 at 9:05 pm

    Sebhgn tempat je yg banjir…….kat kwsn rumah sy tak banjir. Alhamdulillah.
    🙂

    • Tie
      November 17, 2009 at 9:38 pm

      Syukur la tu. Ingat nak antar rescue bot tadi, hehe…

  15. ima
    November 17, 2009 at 9:29 pm

    salam kak tie…alahai terlewatnya ima..hari ni sibuk betul,sampai tak sempat nak ngadap laptop…

    ima sama gaklah dengan kak tie,tak reti nak keluar bersembang…hari2 keluar hanya untuk jemur kain…tapi sekarang kain pun dah jemur kat beranda,lagilah tak jumpa jiran…apa org nak kata ima tak kisah asalkan kita bahagia…

    • Tie
      November 17, 2009 at 9:37 pm

      Sibuk melapis lagi ke Ima…??

      Ima, dok kat perumahan tu biasalah… tak la tertekan sangat. Tapi di quarters ni kekadang ada perjumpaan, ada function.. kak tie selalu ponteng. Malas nak jumpa sebab selalu dengar yang negatif. Kak tie sedar, akan kelemahan diri, sebab tu nak elak dari dosa2 percuma ni…

  16. November 18, 2009 at 10:21 am

    saye2! saye pandai anyam ketupat! ehehe…

    mujur jugak saye keje.. bila dah balik dah penat tak sempatle nak menganyam ape2 ngan jiran2

    mujur jugak kat opis ni tak ramai pompuan.. takdela kete nak menganyam jek…

    menganyam kat blog?? err.. takde2.. hehe

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:02 am

      He he… biar betul !!

      Kalau boleh anyam ketupat betul-betul tu memang bertuah laa.. Kak tie ni sampai berbelit-belit tangan tapi tak juga pandai-pandai…

  17. November 18, 2009 at 12:46 pm

    anyam ketupat? ke mengumpat? hehehe…saya dua-dua pun boleh….hahahaha

  18. Tie
    November 18, 2009 at 12:53 pm

    Amboi Sally..!!

    Manalah pergi selama ni ? Puas Tie cari-cari, tak jumpa gak!

    Sally sihat ?

  19. nekPP
    November 26, 2009 at 1:43 am

    ekeke..nekpp tahu ANYAM KETUPAT!! bukan mengANYAM UMPAT!! wahahaha ;))))

    • Tie
      November 29, 2009 at 9:02 pm

      Boleh ke ?

      Tie tak pandai! nanti boleh order kelonsong ketupat, okay… Tahun depan !!

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: