Home > Makan > Budu

Budu

November 17, 2009 Leave a comment Go to comments

Siapa suka makan budu ? Tie tak berapa gemar, tapi Tie pasti ramai yang suka kan…. Sebenarnya entry ni dah lama Tie drafts, terlupa nak publish, hehe…

Sekarang ni penggemar-penggemar budu amat bertuah. Sudah ada yang dipeketkan, untuk kemudahan ketika berkelah, melancong, atau tinggal di asrama (masa dulu, ramai teman-teman siap bawak botol budu ke dinning hall)

.

.

budu

Budu Peket

.

Sebenarnya adik Tie yang kirim gambar ni, dia snap masa di Johor….. Tie sendiri tak pernah jumpa. Ada tak yang pernah lihat atau beli ?

Budu diperbuat oleh ikan bilis, sedap dimakan bersama perahan limau nipis dan lada kecik. Orang kata laaa…. Ulamnya macam-macam, pucuk ketereh (pucuk gajus), petai, jering, pucuk putat, dan banyak lagi.

Ia juga di bubuh dalam nasi kerabu, biasanya atas permintaan. Dan sesetengah tukang masak gulai di kampung ni ada juga curah budu dalam gulai tu… errr… harap2 tak la , ya….

Kenapa Tie tak suka ? Entahlah…. mungkin kerana baunya. Tapi, Tie tetap hidangkan budu untuk suami bila dia minta. Tak kisahlah, asalย  tak dipaksa makan, hehe………

.

.

Categories: Makan Tags:
  1. syayassir
    November 17, 2009 at 8:52 pm

    pernah makan budu masa gi umah member kat paka.
    mak dia letak sekali dengan mangga.
    sedapnyaa..
    tapi, itu je lah sekali makan budu.
    lepas tu macam tak berani nak try… kenapa entah…๐Ÿ˜›

  2. Tie
    November 17, 2009 at 8:57 pm

    Sya asal mana ?

    Ada juga buat gitu. Macam-macam cara laa…

  3. November 17, 2009 at 8:59 pm

    Budu??? Ayoyoooooo….gatal idung sy nanti. Yg ni sy alah…..
    Tapi kalau BELUTTTTTTTT…….kecil tapak tangan, Stadium Bukit Jalil sy tadahkan.
    Boleh cenggitu???

    Huhuhuhuhu…….๐Ÿ™‚

    • Tie
      November 17, 2009 at 9:02 pm

      Gatal ke ?

      Tak tahu la pulak! Kak tie tak pernah makan. Tapi pernah ter..makan masa abang belikan nasi kerabu dulu… lepas tu dia ketawakan… hu hu….

      Belut ? Memang bagus untuk kulit.

  4. ain
    November 17, 2009 at 9:22 pm

    tak pernah makan budu. tak pernah jumpa budu pun ye gak.hihi

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:04 am

      Tak pe… mungkin ain pun macam kak tie. Kurang minat.

  5. ima
    November 17, 2009 at 9:44 pm

    budu peket cam gini ima belum pernah jumpa lagi…
    ima suka gak budu ni,tapi rasanya dah lama tak makan budu…kalau kat sini dalam nasi kerabu jelah…dulu2 masa nenek ima masih sihat…tiap kali balik kg mesti dapat makan nasi dgn budu…tapi sekarang dia dah uzur tak de sapalah nak beli budu tu…hehehe. mak ima pulak sejak dari dulu memang tak makan budu…malah klu sapa2 nak makan budu, tak boleh makan dgn dia….huhuhu

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:05 am

      Ha ha.. ramai orang pantai timur ni dah kurang makan budu. Mungkin susah nak dapatkan bekalan bila merantau di negeri orang… Suami kak tie sendiri pun kak tie hidang sambal belacan je, hihi.. ikut tekak tukang masak. Kalau dia minta baru kak tie sediakan..๐Ÿ˜›

  6. November 17, 2009 at 9:58 pm

    x pernah makan dan x pernah tgk sos bilis budu tu..

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:06 am

      Kalau ada peluang boleh la cuba…

  7. November 17, 2009 at 10:18 pm

    Budu tak berapa layan.. Cencalok bolehlah….

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:06 am

      Err… kak tie tak berapa minat cencalok.. tak tahu la kenapa..

  8. November 17, 2009 at 10:41 pm

    Jarang2 yg amat makan budu. Kadang2 sangat beli nasi kerabu, kalau ada dalam tu, belasah ja hehe. Packaging baru tu memang menarik, strategi niaga yang bagus๐Ÿ™‚

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:07 am

      Iza makan budu, ya ? Packaging tu memang menarik. Silap-silap macam kopi je..

  9. zareda
    November 17, 2009 at 11:16 pm

    zar suka budu.. letak tempoyak sikit pas tu ada petai jeruk.. perghhh citer pun tarak guna

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:07 am

      Ooo… kak tie ada petai jeruk dalam peti sejuk tu.. beli RM2 sebekas kecil.

  10. November 18, 2009 at 7:30 am

    k tie,

    budu ada cuba… tapi yang biasa makan tu cencaluk.

    k tie cuba tunjuk camane nak bancuh budu tuk buat makan ngan nasi…. bole gak izan belajar wat sendiri. asik tunggu orang hidangkan… tu yang makan sekali lepas tu tak jumpa dah…. hehehe…

    pagi2 ni ingat makan lapar la pulak tu…… blum sarapan pagi ni…

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:09 am

      Laa… nak tunjuk pun segan laa..

      Senang je Zan. Curahkan budu sedikit dalam piring, bubuh lada kecik 2-3 batang, perah limau nipis. Nak makan nanti penyeklah lada kecik tu… cicahlah dengan ulam-ulaman.. Kak tie tengok je suami makan. Kak tie makan dengan sambal belacan, hehe…

  11. November 18, 2009 at 9:52 am

    salam… sejujurnya sy mmg tak makan budu mintak maaf ler.

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:09 am

      Salam,

      Samalah dengan Kak Tie…

  12. November 18, 2009 at 9:59 am

    hai,

    kak tie, yea… sum pun suka mkn budu nie, memula dulu mcm geli ajer, tp bila dh kena jadi skali makan sekali pengsan tau…

    kak, sum nak tanye cmane nak beli sarang burung dr akak ek? sum teringin la, tgh pregnant 3mons, tgk mcm sdap, kalo nak beli kt luar takut x halal..

    harap2 akak dpt membantu yea..

    sudi la singgah kt http://kusumaredza.blogspot.com

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:11 am

      Salam Sum,

      Hai… mengidam ke? err… kak tie ni tak jual sarang burung. Yang ada tu orang bagi. Tak pe laa.. kak tie dah bagi url di blog Sum.. Sum boleh call pengusaha sarang burung tu, boleh beli yang siap diproses… Harap-harap Sum dapat merasa laa…

  13. November 18, 2009 at 10:29 am

    tak penah makan pn budu ni so takle nak tau saye suka ke tak rase die.. hehe

    • Tie
      November 18, 2009 at 11:12 am

      Kalau ada peluang, cubalah rasa. Tapi kalau tak suka, jangan salahkan kak tie tau, hihi…

  14. November 18, 2009 at 11:47 am

    Kami penggemar budu! Dan yang peket2 ni memang ada kat rumah..๐Ÿ™‚

    • Tie
      November 18, 2009 at 12:52 pm

      Ada kat rumah ? Uwaaa…. tie tak pernah jumpa pun…

  15. November 18, 2009 at 1:33 pm

    ponn ponn…bestnyer budu!

    tak menahan….budu cicah pisang goreng boleh? hehehhee…..

    • Tie
      November 30, 2009 at 5:40 pm

      Oooiitt !

      Mana ada orang cicah budu dengan pisang goreng ! Abang din ni……hi hi..

  16. November 19, 2009 at 6:10 am

    dah ade budu paket ke… xtau pulak ambo

    • Tie
      November 30, 2009 at 5:40 pm

      Kak tie tak pernah jumpa secara live…. hehe..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: