Home > kehidupan > Kisah budak sekolah lagi

Kisah budak sekolah lagi

November 16, 2009 Leave a comment Go to comments

He he… lama tak cerita pasal sekolah anak perempuan Tie tu (Menengah). Jadi, hari ni nak cerita kisah hukuman yang pihak sekolah kenakan ke atas pelajar-pelajar yang berbuat salah atau engkar…

Antara kandungan reportnya pada mama…..

  • Pakai mekap – Kena tepek muka macam tepung gomak (habiskan bedak kompaknya)  dan dipamerkan di atas pentas buat tontonan rakan-rakan sekolah yang lain.
  • Merokok dalam kawasan sekolah – rokok disumbatkan ke dalam kedua-dua lubang hidung (dicucuh api sekali agar berasap), telinga dan mulut, seharian di sekolah.
  • Pakai seluar ketat – Seluar disiatkan hingga ke lutut atau pakai seluar terbalik  seharian di sekolah.
  • Tudung singkat menampakkan bahu -didenda memakai telekong sembahyang seharian di sekolah.
  • Ponteng sekolah sehari – Kena solat tobat ramai-ramai walau apa alasan pun (sakit pun kena)
  • Pakai selipar ke sekolah – selipar digantung dengan tali lembu (jika seorang) pelajar berkaki ayam je di sekolah. Jika lebih dari seorang, selipar diikat dengan pelajar lain yang berselipar.. macam main terompah gergasi…… Adoi..!!

Agak-agak sesuai ke hukuman sebegini ? Macam kelakar je. Ramai pelajar berdendam terhadap guru yang menghukum mereka.  Tak macam kita dulu, ada rasa hormat dan takut. Banyak kali kereta guru-guru di sekolah ini telah menjadi mangsa. Calar atau diconteng dengan spray bercat….

Memang susah mendidik anak-anak. Dan lebih sukar bila di sekolah. Pelajar-pelajar hanya layak dinasihat dengan anggapan mereka separuh matang. Tak perlulah hukum mereka seperti budak-budak kecil. Mereka seharusnya difahamkan  kesilapan mereka. Kalau mereka tetap juga buat kesalahan yang sama, eloklah hubungi ibubapa mereka. Guru selamat, kereta guru pun selamat.😛

Sekolah Tie dulu

.

Namun, bukan semua pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan itu bermasalah. Walaupun ada yang kurang ajar dan mulut laser, ada juga yang terus insaf setelah dinasihati dengan ikhlas oleh guru mereka. Ada pula yang hanya nakal ; sebenarnya hati mereka baik. Malah sedia membantu jika diperlukan. Jadi, janganlah rosakkan fikiran mereka dengan hukuman sebegitu. Takut yang nakal-nakal tu terus jadi jahat.

Tie rasa guru pun ada ilmu psikologi. Jadikanlah pelajar-pelajar sebagai kawan (mungkin tak semua). Samalah hubungan kita dengan anak remaja. Anak Tie ada cerita tentang guru-gurunya. Ramai yang mesra alam, tapi ada juga yang suka cari kesalahan pelajar. Pelajar-pelajar ni benci pada guru-guru yang sombong dan selalu tunjuk hebat.  Dan mereka pantang dicabar……

Anak Tie – Pernah tertekan kerana seorang guru perempuan… Guru dia tu suka cari pasal, marah-marah padanya seorang. Macam anti je. Padahal, markahnya paling tinggi (92%) subjek Eng, yang diajarnya. Tapi tak puas hati lagi. Dan bila dirujuk masalah tu pada guru kelas, diberitahu guru tersebut ada problem peribadi,dan anak Tie tempat dia melepaskan rasa marah.

Mujurlah Tie berjaya pujuk anak tu supaya bersabar. Dia kata nak keluar kelas je bila guru tu datang mengajar…sebab takut dan benci.  Tapi sekarang dah okay. Guru tu tak marah-marah lagi……….. Alhamdulillah…

Ooo….. minta maaflah pada guru-guru yang terasa hati. Mokcik ni tak puas lagi berleter, hihi……….Jasa guru tetap ku kenang sepanjang hayat.😆

.

.

Categories: kehidupan Tags: , ,
  1. November 16, 2009 at 10:01 am

    kita faham cikgu manusia juga. tapi cikgu juga perlu didedahkan ilmu psikologi. kalau yang dah berpengalaman tu tak kisah sgt sbb mereka dah lama dalam dunia perguruan tersebut.

    selalu yang berlaku kepada cikgu-cikgi muda.

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:08 am

      Begitulah, ya…. rasa hairan kenapa hukuman begitu dikenakan. Macam tak logik je, terutama hukuman rokok tu.

  2. November 16, 2009 at 10:10 am

    sebab tu lah guru sekarang sekadar mengajar..bukan lagi mendidik..
    smuanya tak berani..yela..kang tak pasal2 nak balek tgk tayar pancit..huhuhu…
    =)

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:11 am

      Kes tayar pancit tu perkara biasa je di sekolah… Mungkin kena nilai semula cara menghukum tu. Tujuannya untuk kesedaran, bukan untuk membangkitkan rasa dendam.

  3. November 16, 2009 at 10:23 am

    masih belum boleh lupa perangai cikgu sha yang panggil sha bodoh bila sha tanya dia. budak perempuan nieh dia tak suka dimalukan. lagi2 yang sopan. sha dah rasa dua2, jadi murid dan cikgu. sha taknak buat apa yang cikgu sha buat pada sha dulu.

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:13 am

      Kesian Sha.

      Sebodoh-bodoh kak tie, dulu tak pernah pulak dipanggil gitu. Tapi, kalau dipandang sinis tu ada laa… Walaupun kita ni kecil lagi, perasaan tu tetap ada. Namun masih ramai guru-guru yang benar2 mendidik… ingat lagi senyuman ikhlas mereka ketika mengajar…🙂

  4. ain
    November 16, 2009 at 10:47 am

    cikgu sekarang berbeza dgn cikgu dulu2, murid sekrg pun berbeza dgn murid dulu2. sekrg ni ramai cikgu yg takut ngan anak murid kot. sbb anak murid jenis berdendam sampai ke luar sekolah.

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:15 am

      Anak-anak sekarang terlalu manja. Kekadang tak boleh ditegur. Kerana itu Kak tie rasa hukuman sebegitu tak wajar.

      Pelajar seharusnya diberi nasihat je. Yang selebihnya biar ibubapa mereka uruskan. Tak la perlu keluar masuk court nanti. Faham-faham aje laa… parents sekarang suka saman menyaman… kesian juga cikgu.

  5. November 16, 2009 at 11:01 am

    woah!! ni hukuman ape ni?? letak rokok kt lubang idung telinga sume…is it necessary??? are the teachers trying to kill the student or what? mmg salah diorng merokok but this is not the way to teach them?

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:17 am

      Tu la yang buatkan kak tie kongsinya di sini. Anak kak tie kata, habis satu sekolah ketawakan budak2 yang kena hukuman begitu. Nak lawan tika tu tak berani. Akhirnya esok lusa, kereta cikgu jadi sasaran. Ada juga yang belasah cikgu diluar sekolah… dengan bantuan geng dia… bahaya laa…

  6. November 16, 2009 at 12:03 pm

    budak2 sekolah sekarang ni garang sangat-sangat, menyampoh…. hoh!

    • Tie
      November 16, 2009 at 12:19 pm

      Alaa…mak su, kekadang teringin gak nak tegur yang dok bersidai tu… tapi mereka beliakkan mata… ooo….terus jadi siput mokcik nih!!

  7. November 16, 2009 at 1:42 pm

    Tie…kerjaya perguruan skrg amat mencabar fizikal, mental dan emosi. bukan sekadar bebanan tugasan tapi juga kerenah pelajar dan waris. Jom kita interview Kak Long Mawar Merah :p

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:09 pm

      Kaklong tu busy, kot… kang terus naik darah bila baca entry ni, he he… sabor je laa…😛

  8. November 16, 2009 at 1:53 pm

    budak2 sekaranmg selalu fikir.. emak ayah mereka ada share bina sekolah!! jadi boleh baut apa sahaja yg mereka mahu!

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:10 pm

      Budak-budak sekarang… uuiisshhh!! Kuat betul menjawab. Dengan kita ni dijeling-jeling je.. mujurlah anak orang. Kalau anak sendiri memang dah panjang telinga tu, hihi…

  9. November 16, 2009 at 2:27 pm

    salam… tapi kat sekolah anak sy tak pulak diadakan hukuman macam tu cuma dirotan dan digantung asrama atau gantung sekolah bukan hukum gantung sampai mati tau kalau dah dua kali kena hukuman terus buang sekolah tapi sebelum sebarang tindakan dibuat ibubapa dimaklumkan dengan menghantar surat amaran kalau pertama kali ataupun kalau kesalahan yang berat pengetua sendiri akak buat panggilan tel kp ibubapa barulah hukuman dijatuhkan dan kkdg rundingan dengan ibubapa juga dibuat… rasanya cara diplomasi lagi berkesan.

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:13 pm

      Hukuman begitu tak pe laa… lebih baik panggil je mak bapaknya. Habis cerita. Mak bapak berhak tahu apa yang terjadi di sekolah. Bila dihukum yang pelik2 ni, mak bapak tak tahu kerana anaknya malu… tu yang jadi dendam…

  10. November 16, 2009 at 3:08 pm

    masa saya sekolah dulu sapa yg hisap rokok cikgu akan suruh dorang makan rokok tu balik, sampai muntah2. kesian anak kaktie, mujur cepat ambil tindakan.

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:13 pm

      Sekarang tak boleh buat gitu… nanti kena saman, hihi…

      Anak kak tie dah okay.

  11. Tirana
    November 16, 2009 at 3:08 pm

    Letih jadi cikgu zaman sekarang…sebab anak-anak sekarang tak berapa nak hormat kat guru. Kadang2 terfikir, kenapa agaknya budak2 sekarang susah sangat nak hormat guru tak macam kita dulu2.. Kita dulu2 walau guru garang macam mana pun, tak berani nak lawan apatah lagi merosakkan harta benda cikgu. Kalau berani pun,takat kutuk2 kat belakang sesama kawan..hehehe

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:17 pm

      Ooo…kutuk belakang, ekk ! Waakakaa……

      Tie dulu kritik baju mereka je, hi hi… ada yang suka melawa, ada yang simple sangat, sampai bosan nak dengar dia bagi ‘ceramah’…

  12. November 16, 2009 at 4:03 pm

    Tie, kawan saya cikgu/ustazah – dia mengadu.

    Kenapa ya skrg ni anak2 cikgu kat sekolah makin ramai yang tak berdisiplin termasuk anak dia sendiri.

    Kemudian seorang kawan lain menjawap ” kita kena tengok pada diri kita sendiri, kita ni mengaja kerana apa. Kalau kita sendiri mengajar pun dengan merungut2….dapatlah balasan pada diri kita. ”

    tu cikgu2 yang cakap Tie…saya tukang dengar je.

    • Tie
      November 16, 2009 at 4:18 pm

      Alamak !

      Macam sama je dengan mak bapak. Kita ni selalu merungut anak2 malas, padahal masa kecik dulu sama je, hehe…

  13. November 16, 2009 at 4:24 pm

    hari ini pada guru kita kesian pada anak-anak pelajar pun kita kesiankan mereka.Semuanya berada dipersimpangan.

    • Tie
      November 17, 2009 at 1:55 pm

      Semua orang tertekan…

  14. November 16, 2009 at 5:12 pm

    mcm kenal sekolah ni.

    • Tie
      November 17, 2009 at 1:56 pm

      Asal mana ?

  15. November 16, 2009 at 9:01 pm

    Salam Akak Tie….

    Zaman persekolahan la yg paling best,kannnnn.
    Byk kwn2, byk cikgu2 yg sayangkan kita….
    Homework pun byk.
    🙂

    • Tie
      November 17, 2009 at 1:56 pm

      Homework ?

      Adoi….. tak suka laa…

  16. syayassir
    November 16, 2009 at 9:26 pm

    hmm…
    kat sekolah saya, tak pernah lagi ada hukuman2 sebegini.
    kalau kita jegilkan mata sikit pun, dia dah lawan balik. kalau buat lebih2 apa lagi, nanti terus mak bapak datang sekolah nak marah cikgu.
    kalau ikutkan hati, rasa nak biar je apa pun kesalahan yang dia buat.
    tapi, itulah, ikutkan hati mati…
    dah namanya cikgu.. nasihat jugaklah walau ada pelajar yang perli, “ni kelas sains ke, kelas agama?”

    banyak2 sabar je lah..

    • Tie
      November 17, 2009 at 1:57 pm

      Kak tie ni dulu mudah marah-marah… sebab tu tolak tawaran jadi Guru. Takut kena saman dengan ibubapa pulak. Tangan ni kalau tak cubit, rasa nak plangkong je…

  17. November 16, 2009 at 9:41 pm

    salam..bakal guru semuanya ada didedahkan dengan subjek psikologi, sebab mereka berurusan dengan manusia….tapi menangani pelajar zaman sekarang bukan mudah, ibu bapa pun harus peka dan kalau bole berhubung dengan guru kelas untuk memantau perkembangan anak2….dan bole menasihati mengikut kesesuaian dan permasalahan yg mereka lakukan..in order word, dua2 pihak kena memainkan peranan.

    • Tie
      November 17, 2009 at 1:59 pm

      Betul tu.

      Jika kedua-dua pihak saling bekerjasama, tentu permasalahan anak-anak dapat diselesaikan dengan baik.

  18. ima
    November 16, 2009 at 11:42 pm

    kak tie,itulah bukan senang jadi cikgu sekarang…samalah dgn kita sebagai ibubapa…kalau yang jenis mudah dengar nasihat oklah,tapi kalau jumpa yang jenis tak makan saman itulah yang beratnya…huhuhu

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:00 pm

      Err… memang ramai yang tak makan saman sekarang ni, bukan setakat budak-budak je. Mak budak dan pak budak pun sama laa…hu hu…

  19. cpj
    November 17, 2009 at 12:07 am

    cpj rasa baik dilebelkan sekolah tu ikut kaedah yang diguna pakai.Ibu bapa hantarlah anaknya ke sekolah yang lebelnya di sukai.Kalau sekolah yang guna kaedah menampar, hanya ibu bapa yang suka anaknya ditampar sahaja yang menghantar anaknya ke situ.Kihkihkih, cpj nak hantar anak ke sekolah yang bebas buat apa sahaja sehingga boleh naik atas belakang cikgu!…kihkihkih…tapi anak kucing ler…hehehe…ekekekekekeee…

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:01 pm

      Sekolah ni dah sesak la cikgu. Tak banyak sekolah menengah di sini… ada satu sekolah premium, Tie tak hantar sebab bimbang kena lintas jalan besar tu… sekolah ni dekat je, jalan kaki pun sampai.

      Cikgu ada anak ? Anak kucing ? Hihi..

  20. Aykay
    November 17, 2009 at 9:10 am

    kak tie,

    inilah dilema akhir zaman. gerun bila dibacakan hadis2 sahih abt akhir zaman, kerana semuanya ada depan mata, termasuk hal anak2 muda spt yg dlm n3…

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:02 pm

      Tanggungjawab ibubapa makin berat. Nak didik anak kalau tak menangis macam tak sah je…hu hu…

  21. November 17, 2009 at 9:25 am

    hukuman mcm tu memelakukan murid aja…
    tak kan tak ada cara lain..

    buat kerja sosial ker?

  22. November 17, 2009 at 9:26 am

    kuina :
    hukuman mcm tu memalalukan murid aja…
    tak kan tak ada cara lain..
    buat kerja sosial ker?

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:04 pm

      Nak buat kerja sosial tu kena ada pemantauan juga. Kekadang tiada siapa yang sanggup beri kerja sama… Masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Lainlah kalau terkena pada anak sendiri. Itu pun nak lari juga dari tanggungjawab.

  23. dyg
    November 17, 2009 at 1:47 pm

    erm..plik betul hukuman nye eh kak.. klu sy la, nak cadang gini je, ape kata klu budak2 yg buat kes2 diatas tu kite denda buat kerja sosial yg macam kak kuina cadangkan. kalau sy jd cikgu esok2, budak2 ni sy nk denda bersihkan longkang tersumbat, tolong tukang kebun sekolah berkebun ke, g rumah kebajikan k, tolong kantin basuh pinggan ke, ape2 la asalkan berfaedah.tapi perkara ni perlulah dimaklumkan kepada ibu bapa supaya takde salah faham..hahaha

    tapi yg pakai telekung tu takdela malu sgt. itu perkara biasa, kan hari2 kite kene pakai telekung 5x..

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:06 pm

      Tu laa… kena ada cikgu pantau. Sedangkan cikgu memang sibuk dengan tugas, mesyuarat, kursus… macam tak cukup kaki tangan. Kalau pengawas..biasanya pengawas tidak dihormati… anak selalu cerita tentang ni. Sebab tu dia tak sanggup jadi pengawas. Nanti kena kutuk.

  24. dyg
    November 17, 2009 at 1:57 pm

    lagi kan kaktie sy pernah baca website seorg pakar motivasi, dia cakap anak ni mencerminkan ibu-ayah. kalau ibu ayah beri makan dr sumber yg tak betul, hati anak akan jadi keras, telinga akan pekak kepada arahan ibu ayah, mulut tidak jujur dan sikap membelakangkan keluarga. semua ini adalah timbal balik, samaada atas kelakuan kita dahulu terhadap org tua kita atau dugaan Allah untuk menguji kita jauh mana kita mendidik anak2 kita dengan syariat islam. pengaruh media masa tu mmg x boleh nak elak. cuma anak2 sekarang ni kena dibekalkan dengan ketahanan spriritual dan emosi yg kuat untuk melindungi diri mereka dari segala pengaruh negatif..

    • Tie
      November 17, 2009 at 2:14 pm

      Memang mudah bagi orang-orang yang punya anak sebaik malaikat untuk berkata begitu. Tak pernah buat salah, selalu patuh pada ibubapa…dll… Mereka sepatutnya bersyukur. Kata-kata begitu sebenarnya menyinggung perasaan ibubapa yang tidak punya anak-anak yang diidamkan.

      Sedangkan anak seorang imam, pun ada juga yang menjadi penagih, pencuri atau apa-apa yang menghibakan.

      Kita tidak boleh menghukum ibubapa bila melihat perlakuan anak-anak mereka. Kak tie sendiri kenal seorang ibu..yang begitu lemah lembut, cermat dalam ibadahnya, dan sudah tentu dia jaga pemakanan keluarganya…namun anaknya agak kasar . Walaupun begitu, dia berjaya kawal dirinya dan tangani anaknya dengan sabar dan redha.

      Anak anugerah tuhan. Namun anak juga boleh dijadikan satu dugaan. Hanya tuhan saja yang tahu hikmah disebaliknya. Yang penting kita selalu memohon perlindunganNya demi anak-anak dan keluarga.

      • dyg
        November 17, 2009 at 2:38 pm

        stuju kak…dugaan tu..

        • Tie
          November 17, 2009 at 8:18 pm

          Ambik kopok ni.. kak tie campak!

          Ooops!! tersasar pulak ! ekekeke…..

        • dyg
          November 18, 2009 at 4:55 pm

          hahaha eh kopok eh! mekasih2…hihi

  25. November 17, 2009 at 6:58 pm

    Aik…ada lagi ke yang buat hukuman begitu? Macam pelik aje…
    Sekarang ni, banyak sekolah yang tak jatuhkan hukuman tapi ada sistem merit dan dimerit.
    Sebenarnya tiap bakal guru memang dibekalkan dengan ilmu psikologi, namun guru pun manusia biasa. Ada yang jadi guru sebab terpaksa. Dan tak cuba memaksa diri untuk menjadi guru yang sebenarnya.

    • Tie
      November 17, 2009 at 8:17 pm

      Entahlah Kak Long… memang pelik, kan…

      Memanglah guru-guru tertekan. Tapi Tie rasa hukuman begitu tak mungkin dapat memberi kesan yang positif.

  26. April 5, 2010 at 10:47 pm

    aduhaiii.. memang payah nak ajar anak2 ni..

    masa maza kecik2 di alam remaja juga pernah menyaksikan berbagai2 ragam teman sekelas.. huhhuhu

    • Tie
      April 6, 2010 at 10:35 am

      Err… maza tak join sama ke ?

      Bukan maza pun nakal masa kecik-kecik dulu ??😆

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: