Home > Kampung, kehidupan, Tingtong > Mek Jak

Mek Jak

November 14, 2009 Leave a comment Go to comments

Pernah tengok biri-biri ajaib ? Biri-biri ni kepunyaan mentua. Mek Jak namanya….  Apa yang ajaib tentang dirinya, ya ? Cuba tengok gambar di bawah. Tengok betul-betul.

.

Mek Jak the orphan sheep

.

Nampak tak ? Dia minum air apa tu ? Haa…. siapa tak nampak memang sah-sah tak mandi pagi!  Percaya tak ? Waakakaka…… Kalau percaya memang kamu semua kena tipu……hi hi…

Sebenarnya dia cuma minum air kosong je.. Guna puting. Mek Jak ni kematian ibu. Ibunya minum racun semasa umurnya baru beberapa hari . Eh…… bukan bunuh diri. Dia tak sengaja. Kesian Mek Jak, kecik-kecik dah jadi anak yatim.

Jadinya mentua beri dia susu khas. Guna botol tu laa… hisap puting baby.  Masa kecil dulu bukan main comel lagi. Rasa nak peluk-peluk.

Sekarang ni dah besar,tapi susah nak henti minum susu. Macam anak-anak kita juga.  Selalu merengek nak botol…. Jadi hendak tak hendak, bagi je la air kosong. Bersungguh benar dia hisap botol. Padahal kena tipu je, ekekeke…………

Mek Jak ni manja. Selalu mengekor mentua hingga terbabas naik atas rumah. Dia ingat dia tu orang kot… Dan perangainya memang macam budak-budak. Terlompat sana sini keriangan. Kadang-kadang kesian tengok dia.

Bila hari hujan, dia cuba nak masuk rumah. Terkebil-kebil matanya melihat pintu dapur tu. Terpaksalah dia berteduh di bawah rumah mentua…… Agaknya apa lah terdetik dalam hatinya, ya…. Mungkin dia kata,” Kenapa aku tak sama dengan orang lain… dahlah kena dok kat luar…. Mek , oh mek !!!”

~ Tak de idea…. terpaksalah teman dengar cerita biri-biri pulak, ya….haha….

.

.

  1. November 14, 2009 at 9:25 am

    Chomelllll…..
    Huhuhuhuhu…
    🙂

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:15 pm

      Sekarang dah kurang comel.😛

  2. ain
    November 14, 2009 at 9:36 am

    cerita yg kelakar!!

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:16 pm

      Hi hi…..😆

  3. November 14, 2009 at 10:04 am

    Tie,
    kami kat KL sibuk bercerita pasal kucing… kat ganu cerita pasal mek jak…
    Lagi best bela mek jak kan…
    boleh kira nak buat AQIQAH… KURBAN…
    (kejam akak ni kan…)

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:17 pm

      Eh… tak kejam laa.. memang tujuan bela untuk makan pun, hihi..

  4. November 14, 2009 at 10:27 am

    kaktie.. untungny amek jah tu bertuan an MIL kaktie.. mungkin masa kecik2 dia di layan manja.. bila dah besar dia masih mahu kemanjaan itu sedangkan semakin meningkat usia.. di aperlu berdikari..

    untung mekjah!!🙂

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:17 pm

      Err… tak de untungnya. Nanti kena sembelih jugak !!

  5. November 14, 2009 at 10:30 am

    salam…. seronok gak tengok gelagat kambing ni… sy yang tak tahan tu kak tie bila anak kambing asik bising mek mek mekkk… cari mak dia tersentuh rasanya.

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:19 pm

      Ooo…teringat masa tinggal di bilik bawah rumah mentua dulu. Belakang bilik tu port kambing biri-biri. Sampai anak-anak asyik bertanya, kenapa kambing tu panggil mek ? Rasa nak ketawa je….

  6. ima
    November 14, 2009 at 10:39 am

    pagi2 baca cerita kak tie tentang mek jah seronok jugak, tersenyum seorang2 depan laptop ni…risau jugak kot terperasan dek suami dan anak2…kenapalah dgn mama ni…kak tie kat kampung ke sekarang??…

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:19 pm

      Kak tie masih di Ganu. Cuti sekolah ni akan pulang ke kelate… sampai raya.😛

  7. November 14, 2009 at 11:34 am

    hmm..

    bagaimana akhirnya nasib mek ja?
    sanggupkah?!

    sangkupkah mek mengakikahkan mek ja untuk cucunya?
    sangkupkah Tie menyaksikan mek ja dikorbankan?

    ah! Tidak…

    bagaimana nasib mu akhirnya mek ja?!
    (nukilan hati ini dicatatkan di atas anak tangga di depan muka pintu, sambil mengenangkan nasib diri dan haiwan kesayangan..)

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:21 pm

      Eh… sedih juga tau! Biasa mek takkan tengok lembu atau kambingnya disembelih, korban atau aqiqah. Dia sayu. Cuma menantunya ni je yang tak sabor2 nak makan..hehe… sedap laa… manisnya….

  8. November 14, 2009 at 11:47 am

    Blom mandi, tapi mmg tak percaya lah dia minum 100+ tu haha
    Kalau Mek Jak tahu gambor dia ada kat internet mesti dia bangga. Glemer macam orang jugak aku ropanya wakakakah

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:22 pm

      Ha ha… Mek Jak tu tak tahu apa pun. Asyik bunyi mek..mek…mek..!!

      • November 15, 2009 at 1:12 am

        sebenarnya, haiwan pun ada perasaan tau..

        rasa takut, rasa sayang, rasa kebinatangan.. dan sebagainya..

        huhuhu
        tu pasal ler maza tak boleh bela ayam atau arnab. Kemudian binatang peliharaan itu dibuat hidangan santapan.. aderkkk

        meleleh air mata, kesiannnn.. huhuhhu

      • Tie
        November 15, 2009 at 8:48 am

        Laaa…..tak sangka pokcik ni sensitip betul !!!

        Meh Tie hulur saputangan bunga-bunga, hihi….

        • November 15, 2009 at 10:28 pm

          tu tando eh, den ni pelombut orangnyer. huhuhhu

  9. November 14, 2009 at 1:12 pm

    ooo…ingat ke cirit birik, jadi kena bagi 100+
    he h eh eh

    alahai Mek Jah, dah glemer ngalah Mek Jie…kahkah

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:23 pm

      Ooo…kalau cirit birit, mek akan bagi makan daun jambu.. orang pun gitu gak. Petua orang kampung. Biasa menjadi.

      Eh.. kalau di kampung, memang tentu Jie dipanggil Mek Jie… Tie ni dah memang popular dengan Mek Tie, ekekeke………….

  10. cpj
    November 14, 2009 at 1:28 pm

    Yelah kak tie, dia pun makhluk Tuhan, perlukan kasih sayang… mak dia tak dapat beri, kenalah kita yang beri…semuatu dikira amal kebajikan yang diberi pahala oleh Allah.

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:26 pm

      Memang kesian, tengok anak kehilangan ibu. Haiwan pun punya perasaan juga. Mek Jak tu manja, macam budak-budak je.

  11. November 14, 2009 at 2:17 pm

    Salam.Lama tak singgah . Binatang pun tahu menghargai orang yg memberinya kasih sayang. Sangat malang bagi anak-anak yg menderhakai dan tidak mengenang jasa ayah dan bonda.

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:29 pm

      Salam,

      Kadang-kadang, anak-anak ni dugaan bagi ibubapanya. Jika orang tua mereka redha dan tak putus berdoa, nescaya Allah akan makbulkan..bila tiba masanya nanti.

  12. Tirana
    November 14, 2009 at 3:31 pm

    Macam cerita tarzan yang dibela oleh gorilla, mek jah pula dibela oleh manusia..Agak2 kalau kita ajar dia bercakap boleh tak? hehehe

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:30 pm

      Eh… dia pandai cakap tau !

      Satu perkataan je…

      “Mek !” Waakakakaa………

  13. November 14, 2009 at 6:08 pm

    Biri-biri ke tu? Mcm kambing gurun aje… Kenapa diberi nama Mek Jah.. awek ke dia? Kirim salam kat Mek Jah…

    • Tie
      November 14, 2009 at 6:31 pm

      Biri-biri kat sini tak berapa cantik. Bulu macam lusuh je.

      Dia tu betina laa… Kalau jantan dipanggil Awang….hi hi..

  14. November 14, 2009 at 7:57 pm

    alahai chomelnye…

    • Tie
      November 15, 2009 at 8:49 am

      Masa kecik-kecik dulu lagi comel, tau.

  15. syayassir
    November 15, 2009 at 12:26 am

    sian nya mek jak…
    tak dapat kasih sayang seorang ibu… huhu

    • Tie
      November 15, 2009 at 8:49 am

      Tak pe…. ada ibu angkat daa…..😛

  16. November 15, 2009 at 1:04 am

    Kak Long dengar kalau kena demam denggi, elok minum air 100+ hehehe…

    Uhwaa….kak long pun tak ada mak lagi, tak ada siapa pun nak suapkan air 100+.
    Tak kesian kat Kak Long ke?

    • Tie
      November 15, 2009 at 8:50 am

      Kak Long anak yatim ? Ooo…tak tahu la pulak!

      Nanti Tie suapkan cupcake je… boleh kan ?

  17. November 15, 2009 at 9:33 am

    tapi kak tie, dekat jepun ada satu jenis lembu yang minum beer! kesian sha tgk lembu2 tuh kena sumbat. mesti mabuk lembu tuh. (tak senonoh kan!)

    tp diorg kata sebab tu la daging lembu tu sedap.
    agaknya kalau bagi air 100plus, sedap tak gaknye?
    hehhee.

    cian dia. meh sini…acik sha tgk…

    bucuknyeeeeeee…!!!

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:29 am

      Ooo…. pernah dengar kisah tu. Kesian lembu tu. Agaknya sebab tu dagingnya lembut dan sedap..huhu… takut gak, takut termakan daging mahal berbeer…

      Tak berani nak bagi 110 plus… bimbang terus sakit dan mati..

      Sha, yang kecik2 tu memang comel. Macam anak patung!!

  18. mak su
    November 15, 2009 at 1:54 pm

    biri2 pun ada perasaan, ingin disayangi dan menyayangi… huhuhu, terharu

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:29 am

      Kita pun rasa belas tengok dia…..

  19. nahmy
    November 15, 2009 at 11:19 pm

    nasib baik mek jak tak jadi teman tido…klu tak bagus juga sbb boleh kurang sejuk bila peluk dia.

    • Tie
      November 16, 2009 at 11:30 am

      Err….tak berani nak peluk buat tido, takut gatal satu badan, ekekeke………

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: