Berpada-pada

Kita hendaklah berpada-pada.

Bersederhana …

  • ketika makan,
  • ketika bercakap,
  • ketika berkawan,
  • ketika berbuat baik (tapi buat jahat jangan sekali)
  • ketika berkasih,
  • dan akhir sekali ketika berblogging.

Kita ingin menganggap diri kita baik, tetapi  tidak sedar apa yang kita paparkan di blog  mempamerkan sifat kita yang sebenarnya. Cuba telek dan belek blog sendiri….. (mokcik pun sama laa….). Adakah kita ni syok sendiri? Buat orang menyampah ? Atau meloyakan ? Uuwwek!!

Kalau kita hendakkan pulangan yang baik, kenalah usaha lebih sikit. Jangan sampai hasil tulisan kita menyinggung perasaan orang. Walaupun kita punya hak untuk menulis apa pun,  tak terdetikkah di hati sendiri untuk mendapatkan reaksi tertentu dari pembaca,  ?

Rasa-rasanya semua orang sedar, blogging juga satu tanggungjawab. Hasil tulisan kita boleh memberi kesan terhadap orang yang membacanya. Pastikan ianya sesuatu yang positif. Tie sendiri merasa seronok bila menerima komen-komen yang membina (bukan  pujian atau kepura-puraan) . Kerana kata-kata semangat amat penting dalam kehidupan kita yang tak pernah sempurna.


.

.

.

.

keyboard

Tengok laa…… keyboard Tie dah mula nak togel….. hi hi… kuat betul blogging!! Waakakaa……

.

.

Edit –  Ini hanyalah leteran dari seorang  ibu kepada anak-anaknya… Jangan pulak ingat Mokcik ni kecik hati atau marah-marah.

Tie – sedang cubit diri sendiri . Amboi…. Sedarkah aku ni …….??

.

.

.

47 Comments (+add yours?)

  1. hashim habeed
    Nov 13, 2009 @ 11:33:00

    Saya pernah jumpe jugak blogger yang talam 2 muka …. Dalam blog
    bukan main alim & tapi kat luar dia yang kacang hantu

    Entah lah saya rasa kalau orang komen tahap mecarut tu saya delete aje lain lain komen nak kata ape2 pun katalah … kerana dalam dunia internet bagi saya ni tiada yang menyinggung perasaan saya …. Apa orang tulis mungkin itu dari hati dan perasaaan mereka. Bagus macam itu dari bermuka muka … dak gitu kak tie ?

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 11:37:21

      Kacang hantu ? Ha ha….macam mana rupanya, ekk?

      Tak tahu laaa… Kadang-kadang menulis ni main bantai je. Tapi bila baca semula setelah beberapa lama dipublishkan, rasa benci pulak tengok. Kesian kat kawan-kawan yang datang baca dan komen…

      Berblogging ni seperti realiti juga sebenarnya. Kita akan dapat kawan dan sahabat. Kalau kena yang bermuka-muka tu, memang nasib badan laa.. moga-moga dijauhkan.

      Reply

  2. Kujie
    Nov 13, 2009 @ 11:36:02

    Tie… betul2 blogger gigih ni….sampai keyboard pun dah bogel
    try cek kat jari2 tu..ada tak huruf yg hilang

    hehehehe…

    aduhai – entri kita sama topik
    ish..mak2 berleter hari jumaat gitu

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 11:40:18

      Tu laa… Mula-mula Tie tak perasan yang keyboard Tie ni dah mula nak togel. Tie taip memang tak tengok keyboard (dulu pernah jadi typist kejap). Jadi bila anak2 komplen, sebab tak nampak huruf tu, barulah sedar.. waakakaa….

      Hari ni hari sedunia makcik-makcik!! Nasiblah yang membacanya, ekekeke……..

      Reply

      • Kujie
        Nov 13, 2009 @ 11:52:22

        bab taip tak tgok keyboard tu , kita serupa…anak2 dara zaman kita dulu , lepas spm mmg g ambek kelas menaip, sy ada trengkas dan menaip

        skrg pun masih boleh menaip , hidup kesemua jari…jadi “kepelikkan” anak-anak..

        wah..mama menaip tak tgok keyboard lah…

        Reply

      • Tie
        Nov 13, 2009 @ 12:14:27

        Memang betul. Masa cuti tu ayah suruh belajar typing.. masa tu lepas SRP.

        Budak2 tu jeles..tengok mama mereka taip tak tengok keyboard. Suruh belajar tak nak.. tak rajin macam kita, kan..hehe..

        Reply

  3. mrs azmi
    Nov 13, 2009 @ 11:54:36

    ok lagi tu kak tie.. huruf je dah faded.. saye punye keybod lagila, button caps lock tu sampai tertanggal!! wakaka!

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 12:16:41

      Ha ha… sebenarnya kak tie punya pun dah tanggal tu (space bar).. saja tak bagi tahu, malu la pulak! Wakakaaa…. Dasat betul kan ?

      Reply

  4. kutaksempurna
    Nov 13, 2009 @ 12:14:47

    harap semangat berblog kaktie tak macam keyboard tu,kekekeke.
    kalo selalu menaip tentu jari runcing ye.

    Reply

  5. ain
    Nov 13, 2009 @ 12:41:39

    susah2 beli aje keyboard yg baruuuuu!!!!hihi

    Reply

  6. suzi
    Nov 13, 2009 @ 12:53:04

    kak tie…satu alasan kuat nak beli keyboard baru…hihihi…

    Reply

  7. LOL-Pearls
    Nov 13, 2009 @ 12:56:45

    Selalu juga fikir nak buat n3 apa utk hari ni kerana blog ni even hak milik kita tapi kita punya pembaca.
    Tu yg kena fikir juga hati2 pembaca semua.

    Tapi ramai yg berpendapat, blog dia dan dia tak kisah nak post citer apa. Asal puas.
    MAsing2 ada pandangan sendiri 🙂

    Happy weekend Kak.

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 13:44:11

      Haha…. saja nak mengingatkan diri sendiri. Bila kaktie belek2 blog ni, rasa meluat sorang-sorang… malu pun ada, hihi…

      Reply

  8. iza~de~bintang
    Nov 13, 2009 @ 13:11:50

    “ish..mak2 berleter hari jumaat gitu”
    Hohoho macam sepakat lak Kak Tie ngan Kak Jie 😀
    Tak pe leter untuk kemaslahatan ummah.
    Blogging sampai keyboard togel tu yg tabik tu hehehe

    Sejati..itu yang kau taip kan..bawah pohon…kemboja….

    Reply

  9. cheryna
    Nov 13, 2009 @ 13:19:05

    kak tie, adik beli keyboard baru khas utk sha sebab dia tau sha suka menaip.
    “nah, hadiah hari jadi.” dia kata.
    terharu betul!!! sebab sebelum tu sha dok mengadu tangan sakit.
    laptop sha rosak, sha tumpang pc dia..

    susah nak tegur org kak tie.
    contoh, artikel sha pasal sambal belacan dulu cuba nak menyedarkan.
    tp ada jugak yang tak sedar.
    ada yang kata, suka hati dia.
    jadi, nak cakap macam mana?

    doa jelah.

    sha sendiri tak tau sha nieh pon mungkin org tak suka:)

    Reply

  10. Tie
    Nov 13, 2009 @ 13:49:03

    Waaa…. beruntungnya dapat keyboard baru !! Hadiah hari jadi yang paling best tu!!!

    Kak tie bukan setakat nak tegur orang, nak ingatkan diri sendiri yang kekadang nyanyuk ni..hehe… Kita ni tak boleh paksa supaya semua orang suka kat kita. Malah, kita tak boleh paksa semua orang berkawan dengan kita. Nanti jadi tak ikhlas.

    Lagipun rasa tak seronok bila dapat kawan yang pura-pura baik dengan kita, kan… Yang kak tie mahukan ialah teguran membina seorang sahabat. Bukan kritikan yang menjatuhkan.

    Reply

  11. akak
    Nov 13, 2009 @ 14:15:49

    Tie,
    memang ada orang suka cakap kasar-kasar dan guna bahasa kesat dalam penulisannya. Akak yang dah tua ni sensitip sikit.. rasanya macam berdepan dengan orang yang cakap begitu, tak suka nak baca….
    hidup ini ada berbagai ragam manusia… kita pilih yang boleh kita baca dan rasa selesa menjalin persahabatan. Bukan begitu?…

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 16:50:35

      Hi hi… tak de la kak. Tie ni tak terasa apa-apa pun (padahal geram semacam!)

      Waakakaa…. Tie ni tak sebaik mana pun .Masih banyak lagi yang kurang.

      Reply

  12. ted
    Nov 13, 2009 @ 14:18:39

    kaktie : aku kalau menaip mmg selalu fikir pasal orang lain. tak tahu lah pulak kalau itu pun ada yg terasa hati..

    tapi serius di beritahu. kalau ada komen2 yg menyinggung hati.. aku mmg x dapat nak menahan dari melakukan serangan kepada orang terbabit..

    kejamkah itu??

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 16:52:48

      Baguslah gitu Ted. Kena fikir dan timbang semula sebelum publish tu. Kita tak nak kehilangan kawan yang sedia ada.

      Tentang komen2 yang tak diundang tu, kak tie pun ada juga terima. Tapi kak tie delete je, hihi… tak mahu teman2 lain baca. Kesian juga kat mereka. Tentu rasa tak selesa.

      Serangan ? Itu bukanlah serangan… tapi cuma reaksi dari hati yang terluka, ewah !!

      Reply

  13. irfat
    Nov 13, 2009 @ 14:51:13

    btui2..stuju2..
    kecantikan terletak pada kesederhanaan.. =)

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 16:54:14

      Ooo…. ingat cantik je ke ? Waakakaka….

      Betul tu . Hidup dalam keserdehanaan ini lebih bermakna, kan…

      Reply

  14. cpj
    Nov 13, 2009 @ 16:05:19

    cpj harap, komen-komen cpj dlm blog kak tie tidak menyinggungkan hati sesiapa, kalau ada cpj minta maaf banyak-banyak.dlm blog cpj pulak, tentu ada sesetengah pembaca yang tersinggung, haaa…yang tu memang cpj nak singgung supaya mereka tersinggung, kalau tidak baik cpj tak payah jadi blogger….ekekekekeeee….bukan nak merajuk, sebab tak ada sesiapapun yang nak pujuk.Sebenarnya blog cpj tak ramai pengunjung, yang datang tu tersesat di sini sana…cuma kak tie menjadi pengunjung setia dengan beberapa orang lagi.kihkihkih…okla tu, terima kasih bebanyak.”Diriku tidak bererti”

    Reply

    • Tie
      Nov 13, 2009 @ 16:57:00

      Isssh…ishh…..ish….. (sambil geleng kepala)

      Jangan risau la cikgu ooii…. Hari ni kan hari Jumaat. Saja nak berleter…pot pet pot pet!!

      Reply

  15. nazilyn
    Nov 13, 2009 @ 18:49:28

    salam… sebab tulah kak tie sy selalu bersedia bertanggung jawab dengan apa yang sy tulis… fikir dulu sebelum tulis apa yang sy mahu dengan tulisan sy dan bersedia dengan komen kkwn, kalau sy menulis tentang kesilapan sy maknanya sy sudah bersedia menerima segala komen-komen dan ambil sebagai teguran dan kata semangat juga yang utama sebagai pengajaran kp sy juga si pembaca.

    Reply

    • Tie
      Nov 14, 2009 @ 09:03:05

      Hi hi…. Kak tie ni banyak kurangnya. Cuma lebih lemak je, waakakaa………..

      Sama-samalah kita bertanggungjawab, ya… saling tegur menegur, supaya wujud sesuatu yang positif untuk kebaikan bersama.

      Reply

  16. ima
    Nov 13, 2009 @ 23:13:41

    Kalau tulisan ima yg menyakitkan hati orang tu….rasanya tak de lah, tapi kalau yang syok sendiri tu adalah kot…hehehe,dan kalau ada yang terasa minta maaf bebanyak.

    Reply

  17. Zymazara
    Nov 14, 2009 @ 00:03:28

    Salam Kak Tie…..

    Wahhhh,dahsyat nya keyboard tuuuuuuu. Tapi masih cantik la…..
    Huhuhuhu…

    **Betul tu,Kak. Nasihat yg baik…..OK boss. Akakn daku patuhi peraturan dan undang2 blogging memblogging nihhhh.
    🙂

    Reply

  18. maza
    Nov 14, 2009 @ 00:21:11

    masa cubit tu, ada terasa tak kolestrol sedang berlegar2 berlari dlm salur darah?

    wakakakkaka

    Reply

  19. Adila
    Nov 14, 2009 @ 01:29:03

    keyboard togel leh bubuh sticker nnt hehe
    sy plg xsuka keyboard yg ala2 org british
    time taip kena telek2 mana key yg betul haha

    sy pun taip xtgk keyboard haha
    bkn blaja menaip tp.. sbb main computer byk sgt.. iskk~

    Reply

    • Tie
      Nov 14, 2009 @ 09:07:13

      Sticker ada… nanti nak suruh budak2 tu buat. Mereka juga yang nak guna.. Kak tie tak perlu , ewah…!!

      Keyboard british berbeza ke ? Ho ho.. payah la juga, ekk.

      Adila tau, anak kak tie yang kecik tu 11 tahun, bukan main laju lagi taip. Memang dia kuat main jugak!

      Reply

      • maza
        Nov 14, 2009 @ 11:48:15

        maza menaip guna kanta pembesar..

        mcm patuk ayam gayanya. heheheheh

        psst: gantikan ajelah keyboard baru..kesian industri komputer..

        keyboard rega RM8.00 pun ada..hehehhe

        Reply

      • Tie
        Nov 14, 2009 @ 18:15:11

        Laa.. ingat yang Tie punya ni paling murah, RM9.90…. hihi…

        Nanti laa… nak cari sticker je.

        Reply

  20. izan
    Nov 14, 2009 @ 01:51:59

    k tie

    izan dtg intai malam… yea

    bagi izan setiap perbuatan itu ibadah….. untuk menyempurnakan ibadah kadang kala kita terleka jua

    ikhlas dalam perbuatan….. kerana kepuraan itu menyakitkan

    kdg terlepas pandang…. apapun, disini ada kebaikkan maka berikan juga kebaikkan. untuk mencari kemuliaan…. hanya yang maha kuasa boleh menentukan.

    apa bila kita ceria… luahkan keceriaan…. supaya diri sendiri merasa keseronokkan dan yg mendekati juga mendapat kegembiraan…. tak perlu untuk mengenal sedalam-dalamnya cukup sekadar bersangka baik dan ikhlas dalam memberi…

    bukankah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima……

    (sy syg pd semua teman2 blog mahupun siapa jua bagaikan saudara sendiri)…kerana disini telah terbina satu silatur rahim yang boleh membawa kebaikkan…. 😀

    Reply

    • Tie
      Nov 14, 2009 @ 09:10:05

      Opocot !!

      Terkejut mokcik!!

      Lain kali ketuk pintu dulu… jangan main intai-intai…. sekarang ni musim sorok-sorok… uwaaaa………

      Mekasih Zan… atas komen yang tulus ikhlas, 😆

      Reply

  21. syayassir
    Nov 15, 2009 @ 00:25:45

    salam kak tie..
    tau tak, baca je entry kak tie yang ni, saya terus duk belek2 balik blog saya tu…
    ada yang buat orang terasa hati ke? 😛

    kadang2, bila dah tulis satu2 entry tu, saya pikir panjang, nak publish ke tak.. bimbang ada yang membaca berkecil hati…

    blog saya tu memang syok sendiri.. bila baca semula entry lama2, rasa nak delete je… hehehehe

    Reply

  22. Kak Long
    Nov 15, 2009 @ 00:58:54

    Hahaha,
    Kak long tak sempat baca leteran makcik-makcik pada hari Jumaat, seba sibuk kursus.
    Ni baru ada masa baca..
    Setiap leteran patut dijadikan panduan untuk penambahbaikan.

    Reply

Leave a reply to cpj Cancel reply