Home > kehidupan > Channel Ceria

Channel Ceria

November 10, 2009 Leave a comment Go to comments

Pertama sekali Tie nak ucap jutaan terima kasih kerana teman-teman sudi meluangkan masa di sini. Semuanya amat Tie hargai.

Alhamdulillah… Tie dah tenang sekarang. Sejak beberapa bulan yang lalu Tie dah pandai switch off rasa sedih dan tukar ke channel ceria. Entah tak tahu kenapa. Boleh gurau-gurau lagi walaupun masalah tu berat sekali. Bukan masalah hilang duit tu, tapi yang lebih teruk. Cuma Tie tak boleh cerita. Nanti semua orang condemn Tie!! Uwaaaa………..

Sejak bertambah kedut ni, hati mudah memaafkan dan redha. Insyaallah Tuhan telah perkenankan permintaan Tie agar terus rasa bahagia dan tenang walaupun dalam kesulitan. Lagipun, sekarang ni pun terasa rezeki bertambah-tambah, hehehe….

Kepada Kenari, janganlah rasa bersalah. Tie sengaja sibukkan diri supaya dapat kurangkan rasa sedih. Dan ia berjaya sebenarnya. Suka tengok template hijau yang sejuk tu. Adik Tie pun dah ada perkembangan positif. So…. boleh senyum laa….

Kepada Ain, terima kasih banyak-banyak! Tie akan menantikannya.. Nanti nak buat announcement besar-besaran. Tu pun kiranya projek Tie berjaya , ekekeke…….. Tangan ni masih terketar-ketar lagi, tapi hati tu berangan besar. Waaakakakaa…..

Err… maaflah Tie dah lama tak tinggalkan jejak bertulis di blog teman-teman. Sebenarnya Tie jadi silent reader je.

Oh ya, Tie jarang simpan duit yang begitu banyak di rumah. Kebetulan duit tu sepatutnya dah digunakan untuk bayaran buat porch di rumah atap biru. Akan tetapi orang yang buat tu mintak tangguhkan. Tu yang terpaksa pegang dulu. Kalau tak memang ianya tersimpan dalam bank. Jadinya nampak gaya kena batalkan rancangan tu. Tak pun guna atap rumbia je, ekekeke…….

.

atap rumbia

Inilah atap rumbia. Wakaf Tie guna atap rumbia laa.. tapi dah berlobang2 dan separuhnya terbang ditiup angin.

.

Sebenarnya ada sesuatu yang tersirat disebalik kehilangan duit tu. Kelmarin, dengan tidak disangka-sangka, kerongsang dan tudung kesayangan Tie yang lenyap setahun yang lalu muncul semula. Dalam beg pakaian yang selalu Tie guna untuk balik kampung. Sedangkan beg tu dah banyak kali Tie  dan anak selongkar untuk mencarinya. Kami sungguh terkejut! Seolah-olah dipermainkan.

Mungkin satu hari nanti Tie akan dapatkan kembali barang2 yang hilang tu. Harap-harap tak la sampai setahun lagi!!    Sekarang ni belum jumpa lagi kain yang cukup panjang untuk lilit duit kat pinggang…….. opps! (pinggang Tie kecik aje, waaakakaka…..)

Err……… tak sabor nak pindah dari sini. Rumah ni (berkembar) penuh misteri. Masa mula-mula pindah ke sini, setiap malam Tie dengar bunyi orang main guli dan perabut dialihkan…. dalam jam 12 tgh malam hingga 2 pagi. Tu yang dok merungut sorang diri, “Napalah Miza (jiran) biarkan anaknya main guli tengah malam…. dan alih perabut lagi…” Bila Miza dah pindah, terus hilang bunyi pelik tu.

Sekarang ni rumah sebelah, kosong…Dah lebih setahun.  Tak ada siapa nak menghuni rumah tu. Walaupun begitu kekadang ada kedengaran sesuatu berlari-lari atas bumbung… mungkin tupai (eh, tupai lari atau lompat ?) atau kucing (eh..larat ke kucing panjat bumbung rumah 2 tingkat?). Abang selalu tanya, “Bunyi apa tu?” Tie cakap bunyi tikus, hi hi…..

Namun sejak  terserempak dengan kelibat bayangan putih di bulan Ramadhan lepas, Tie dah mula fikir yang bukan-bukan. Lain kali kalau jumpa ‘dia’ lagi, nak tanya la sikit, samada dia sengaja sembunyikan duit dan gelang Tie tu…

Suami Tie pesan agar jangan marah pada ‘orang’ yang ambil duit tu…… Mungkin kena pujuk kot! Adoi laa………. ada ke nak main sorok-sorok dengan Tie. Macam la tak de kerja lain.

Alamak ! Terus teringat akan seseorang. Dia (seorang surirumah) sering didatangi orang tua dalam mimpi. Orang tua tu bagi dia macam2, geliga, permata… last sekali wanita tu jadi bomoh… punya kebolehan mengubati orang. Namun bila dia mengandung, doktor tak nampak babynya ketika buat ultrasound…. hinggalah sampai kandungan berusia 7 bulan. Dan bila check degupan jantung baby, mesin tu jadi gila…., blood pressure pun tak betul.

Ooooiiissshhh…………… malam ni kena belek abang tu betul-betul!! Takut ada pulak yang menyamar !!!

bedbug_cartoon

Mak ooii...... yang dua ekor tu siapa bang ??

.

.

Categories: kehidupan Tags:
  1. November 10, 2009 at 7:07 pm

    jangan lupa, tongeng cek abg tu sekali yea?
    check atas bawah.. wakakakaka…

    ni agaknya kes Jin yg nak bermesra2 tapi bukan teman kot? hmmm
    tak pun ada benda yg ikut cek abg balik dari balai tu ha.. almaklumlah.. huhuhu
    kendian benda tu main2 cak2 gitew.. hehehee

    aderkkk.. mengemang lah pulak! huhuhuhu

    • Tie
      November 10, 2009 at 7:15 pm

      Waaakakaa…. Maza pun jangan lupa..

      Malam ni check darling tu betul-betul.. mana tau ada antu penanggal yang menyamar. Eeeee… seramnya..!!

  2. November 10, 2009 at 7:22 pm

    Tie, terimakasih reply sms tadi…. entah ngape masa tu teringat nak cari ni. rasa perlukan seseorang…

    Tie…apa kata setahun lagi duit Tie yg hilang tu jumpa balik, masa tu dia dah membiak beranak pihak..hahaha

    ha ha ha…belek Tie jgn tak belek. tengok segala tanda, tahi lalat bagai2 tu

    • Tie
      November 10, 2009 at 8:15 pm

      Jie… bila2 masa je boleh call Tie… Tengah malam pun tak pe… Tie ni tido macam ayam.. mudah je terjaga, hehe…

      Err… kalau duit tu membiak, mestilah suka…. dah berangan nak gi honeymoon kat Netherland!

      Ooo… memang kena belek. Cuma nak fikir alasan apa nak beritahu abang tu.. kang dia ingat dah buang tebiat!! Waakakaa….

  3. November 10, 2009 at 8:04 pm

    seriau baca citer kak tie…harap2 dia tak kacau lelebih la..
    kak tie baca al-fatihah, 3 qul, dan ayat kursi 7x setiap kali selepas solat..(ada ustaz ajar untuk menghindar gangguan jin dan syaitan)

    • Tie
      November 10, 2009 at 8:18 pm

      Jangan bimbanglah Izzah… Hanya orang2 ‘terpilih’ je dia ganggu.(Dah mula perasan) Mungkin kak tie ni ikut semangat ayah. Tak mudah takut.. sebab tu dia nak duga… Tapi nasihat tu amat berguna. Akan kak tie amalkan… Walau bagaimanapun, kak tie memang selalu baca sesuatu selepas solat dan sebelum tido…

  4. ain
    November 10, 2009 at 8:19 pm

    salam kak tie…meremang bulu roma sy mendengarnya. dah le sy ni penakut, tinggal sorang2 ngan anak2 aje. adussss!!!! tak tido le malam ni!!huhuhu

    psst….nanti kalau pojek berjaya, share with the world!!!

    • Tie
      November 10, 2009 at 8:24 pm

      Ain… kalau takut ajak Nekpp tido sama… sekali dengan hubby dia laa.. dan anak-anak dia… Uwaa…. mesti riuh rendah terus tak tido, ekekeke………

      Shh….projek rahsia.. Nanti kita pukul gendang!!

  5. syayassir
    November 10, 2009 at 8:51 pm

    alamak kak tie,
    sori,
    tak dapat baca habis entry ni..
    start dari cerita misteri tu.. hehehe
    sebab, malam ni tido dua orang je… huwaaa…

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:50 pm

      Ooo…. tak pe laa… esok pagi boleh sambung baca balik, hehe…

  6. November 10, 2009 at 8:58 pm

    Kak Tie….

    Telek jgn tak telek.
    Belek jgn tak belek.
    🙂

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:50 pm

      Hi hi…. malu la pulak!!

  7. November 10, 2009 at 9:20 pm

    Tie…cuba utk tidak melayan perasaan takut dan bimbang, jadilah pelakon wanita terbaik bila brhadapan dgn masa2 sukar spt ini

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:52 pm

      Pelakon wanita terbaik ??

      Agak-agak dapat award tak ?

      Sebenarnya bila dpt tukar channel ni , hati pun rasa lega…benda yang buruk2 tu Tie simpan dulu…buat pekesam..hehe..

      • November 10, 2009 at 9:58 pm

        alhamdulillah tie ada positive attitude, bagus bagus! time hujan2 mcm ni mkn nasi panas2 dgn pekasam fuhhhhhhhh sedappppp :p

  8. November 10, 2009 at 10:58 pm

    aduhai…

    macam cerita seram jek..
    naik bulu roma..

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:10 am

      Hehe…. tak de la seram. Rumah ni sebenarnya terang benderang. Cermin keliling macam duduk dalam aquarium!!!

  9. November 10, 2009 at 11:02 pm

    adoi laa seram pulak baca entry kak tie ni huhu.. kira makcik kecik kiyut miyut ni sungguh berani orang nya.. tabik spring lah kat kak tie 😀

    harap2 yang hilang tu akan dikembalikan cepat.. tak sanggup iza fikir tetiba kak tie naik hangin nyanyi kan pulangkan…pulangkan…pulangkan huhuhuhu..

    pulangkan xpax blackberry ku

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:13 am

      Err….. sat!!

      Tengah cuba ambik napas dulu… nak nyanyi lagu Pulangkan tu…

      “Ooooo……pulangkan gelang donut berukir bunga tanjung tu……….”

      Aderk !! Piching lari la pulak!!

  10. ima
    November 10, 2009 at 11:04 pm

    syukurlah kak tie dah kembali ceria…kak tie jangan lupa,malam ni belek betul2…ima ni pun dah meremang bulu roma ni tau….tapi kuatkan jugak sebab nak baca cerita kak tie ni sampai habis….

    agaknya apalah projek kak tie tu!!! tak sabar rasanya nak tumpang sama…hehehe

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:15 am

      Ekekeke….. Ima pun belek-belek la jugak!! Benda tu ada di mana-mana….hihi…

      Projek rahsia tu… Nanti kak tie cari tong drum.. nak pukul kuat-kuat!!

  11. November 10, 2009 at 11:37 pm

    errkk!! seram la pulak sy dgr
    harap2 benda tu xkacau kak tie dah😀

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:16 am

      Tak de laa…. setakat ini Kak tie tak pernah diganggu…

      Kak tie kan mokcik comel, waaakakaka……..

      Err….. loya ke ?

  12. November 11, 2009 at 7:56 am

    Tie.. cubalah simpan duit dalam Al-Quran… bukan apa ada kawan nekcun dulu pernah gak citer macam Tie ni.. so dia cuba letak duit RM50 keping-keping tu dalam helaian Al-Quran. Maknanya kalau 5000 ialah 100 keping jadi dia letak sehelai di setiap muka surat Al-Quran. Alhamdulillah… duit tu dah tak hilang lagi. Sampaikan ada penduri masuk rumah dia, habis dia punya lap-top, DVD dan macam-macam lagi hilang, tapi duit tu tak bercuit dalam Al-Quran tu. Mungkin pencuri tu takut nak pegang Al-Quran tu agaknya… Iyalah… apa-apa hal pun kita berusaha dan berikhtiar… yang lain-lain kita serah apda Allah!..

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:19 am

      Nekcun… semua orang larang Tie simpan duit dalam Alquran . Toyol pun boleh ambik tau… Abang ipar kat kampung tu dah kena… Tak tahu la Toyol betul ke tidak. Orang yang nak curi pun cari Quran dulu. Mereka ni tak fikir macam kita. Dah dirasuk setan.

      Tak pe laa… Nak cari selotape besar.. nak plaster duit belanja dapor kat body. Kurang2nya kalau sesiapa nak ambik pun Tie akan rasa sakit…hehe…

  13. kaktiny
    November 11, 2009 at 8:50 am

    salam kak tie..

    baguslah kak tie dh tak sedih2 dah.. kekadang Allah duga kita sikit dgn ‘sorokkan’ sekejap sesuatu tu dari kita.. sbb kalau ada pada kita mungkin perkara yang tak sepatutnya kita lakukan..
    kalau di tarik-Nya sedikit.. pasti diganti-Nya nanti dengan limpahan kali ganda kurnia dan nikmat-Nya.. Allah kan Maha Pemurah..

    bab ‘benda’ lain tuh.. isy.. hati2 kak tie..

    tawakal tu alallah…

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:21 am

      Alhamdulillah.. Kak tie ni sedih kejap je.. Banyak sangat perkara yang perlu dibuat.. busylah sikit, hehe..

      Memang rezeki tu sentiasa ada.. nanti tunggu entry baru…😛

  14. November 11, 2009 at 9:16 am

    salam… baguslah kak tie tak sedih lagi tak ceria rasanya bila tahu kak tie sedih selalunya hati ni tercuit baca celoteh kak tie…kak tie cepat-cepat ler siapkan rumah atap biru tu kesian kak tie tak seram ker… rumah misteri ni rumah sendiri ker ???

    • Tie
      November 11, 2009 at 9:23 am

      Rumah misteri tu rumah kat ganu ni, quarters kerajaan. Kat mana-mana pun ada benda-benda gitu, Ilyn. Kak tie dah rasa semua tempat. Dah banyak kali pindah. Yang di JB yang paling teruk. Anak kak tie sampai demam-demam.

      Rumah atap biru (kampung) tu cuma nak tambah porch kat sliding, sebab bila hujan berangin, air masuk…

  15. November 11, 2009 at 9:17 am

    Ooooiiissshhh…………… malam ni kena belek abang tu betul-betul!! Takut ada pulak yang menyamar !!!

    —> pernah dengar cerita nieh. mmg takut. sha pun nak belek abang jack betul2 kalau sampai malam pengantin nanti, k kak tie? hihihi..miangnye statement sha nieh:P

    kak tie,
    sha suka bila kak tie jd diri kak tie yang sebenar. tak kisah la happy ke sedih ke. sebab kak tie mmg best:)

  16. Tie
    November 11, 2009 at 9:27 am

    Hi hi… memang kena belek betul-betul Sha ooii !! Kekadang orang buat khianat ! Walaupun kena selalu berbaik sangka, kita mesti sentiasa berhati-hati. Nanti nak buat kenduri kahwin tu kena pastikan kaum kerabat terdekat ada di tempat masak tu… Macam-macam boleh berlaku….

    Err… macam mana Sha buat arrow tu ? Kak tie tak jumpa pulak kat keyboard ni, ekekeke…..

  17. November 11, 2009 at 9:30 am

    adeh seramnye kak tie!! klu saya ternampak kelibat2 camtu tataula camne agaknye… dasar penakut!!

    harapnya si’dia’ tuh cepatla pulang barang2 lain yang die tolong ‘simpan’

    • Tie
      November 11, 2009 at 11:53 am

      Entahlah…. takut kena tunggu setahun pulak!! Ooo…tak sanggup!

  18. November 11, 2009 at 9:34 am

    tie sabar lah yer…

    rumah sy baru dipecah masuk awal bulan baru2 nie..
    kemudian dompet SIDIA hilang minggu lepas
    saya anggap ini ujian tuhan.

    • Tie
      November 11, 2009 at 11:54 am

      Hu hu…

      Orang kata, bila kita kehilangan sesuatu, tuhan akan gantikan dengan rezeki yang lain… insyaallah…

  19. November 11, 2009 at 9:43 am

    salam kak tie,
    seram juga tu kalau dah nampak kelibat…mau teringat2 je…

    baguslah kak ite dah ceria sekarang…ceria2 selalu kak tie.

    • Tie
      November 11, 2009 at 11:54 am

      Err… nampak sekali je..

      Tu pun tertanya-tanya.. takut terjumpa lagi, huhu…

  20. November 11, 2009 at 11:09 am

    kesiannya kak tie..bykkan bersabar ye..tapi kalau saya pun lum tentu dapat sabar wooo..banyak tu..lain kali terus je simpan dlm bank kalau hilang leh saman bank tu hehe..

    harapnya dia sorokkan je tu..nanti jumpelah balik..kene baca al-quran byk2 supaya hantu tu lari dari rumah..

    pasal ada benda berlari atas bumbung tu kat rumah mak saya dah biasalah..dulu ingatkan tikus je tapi rupanye biawak hehehe…patutlah ada bunyi kukulah ape lah..

    • Tie
      November 11, 2009 at 11:56 am

      Hehe.. ada sikit je dlm bank. Banyak dah hangus, ekekeke……..

      Biawak ? Amboi… dasatnya biawak boleh panjat naik atas bumbung!! kat sini ada babi kat belakang tu. kekadang terlepas masuk main kejar-kejar…hihi..

  21. November 11, 2009 at 11:46 am

    slm kak tie….baguslah kak tie dah bertukar ke channel ceria semula, semoga bertmbah ceria lagi dunia cyber ni…. he he he….seramlah pulak cerita kak tie nih, byk2 bersabo ye kak tie! errrr….nk kena belek ke kak tie, nnti dia kata kita ni buang tebiat ke ape he he he..byk2 baca ayat2 suci al Quran ye kak tie…

    • Tie
      November 11, 2009 at 11:58 am

      Ehehe….tengah bersaborlah ni. Lagi kuat mengunyah pulak!

      Err… belek la milla ooii… tak pe kalau berhati-hati. Lagi pun moga-moga bertambah-tambah mesra! Waaakaakaka…….

  22. November 11, 2009 at 12:11 pm

    salam kak tie.

    1. lega sikit bila tau kak tie dah boleh senyum dan ketawa semula, harapnya hati makin kurang bebanya.
    2. semoga kak tie sekeluarga selamat dari gangguan jin, syaitan atau manusia berupa syaitan. hantu takde… yang jadi hantu tu jin.
    3. syukur… barang kemas dah jumpa semula, adalah tu yang suka main sorok2.
    4. kalau makin mengganggu kehidupan dan ketenangan baik pindah la kak tie, bila nak naik rumah baru bersihkan rumah dan buat solat hajat ramai-ramai minta dilindungi Allah dan dipagari rumah dari gangguan.
    5. ayat konklusi tu menyeramkan ler hehe… baca Bismillah la bila nak naik katil tu dan bacalah doa-doa yang sepatutnya.
    6. adik bongsu kakchik juga selalu didatangi mimpi org tua beri hadiah batu2 cantik dan doa-doa khusus, dia pun pandai mengubat orang sekarang ni.

    • Tie
      November 11, 2009 at 12:25 pm

      Salam kakchik,

      Err… yang last sekali tu ….err… takut laa… Harap-harap orang tua tu tak minta reward.

      Terima kasih lah Kakchik.

  23. November 11, 2009 at 1:03 pm

    k tie….

    mizzz u….. uwaaaa…..
    (k tie…. boleh tak sy bakar telekom kat rwg ni…. huhu… lamanya dia nk lepaskan)

    bila hati sedang dilanda keresahan….. memang memerlukan seseorang juga untuk menenangkan…… k tie…. windu waa wa waa… CERIA-CERIA..

    dah habis periksa ke….. kat mana lagi ada…. kat siling k tie tak check lagi… haaa..

    jgn lupa … nk tengok rumah baru k tie ye.

    • Tie
      November 11, 2009 at 2:51 pm

      Aaa..?? Nak bakar ??

      Ooiitt !! Jangan Zan… kang tetiba jadi glamour kat TV3 tu, jeles pulak kak tie ni, hihi…

      Kak tie belum panjat lagi kat siling tu. Takut pulak. Takut jumpa benda lain..hu hu…

      Rumah baru ? Rumah atap biru tu laa… kat tepi blog ni. Buruk je rupanya… dah nasib badan….

  24. ROSE PURPLE
    November 11, 2009 at 3:54 pm

    Saya setuju dengan Tie, orang-orang terpilih jer dapat dugaan ni. Allah tau orang tu tabah dan tak mudah mengalah. Apa-apa pun berhati-hati dan baca apa yang patut.

    Banyak berdoa semuga Tie tidak diberi dugaan yang lebih berat lagi..harta benda dan duit hilang boleh cari lagi selagi kita sihat.

    Nanti balik Kelate nak jenguk rumah Atap Biru Tie tu..teringat lagu sapa ntah..”rumah tepi sawah bla bla bla…”lupa lirik plak.

    • Tie
      November 11, 2009 at 6:03 pm

      Oh Rose, lama tak dengar khabar… harap2 sihat semuanya.

      Memanglah kekadang rasa tak cukup tabah. Mujur ada orang yang menyokong. Kalau tak tentu Tie dah jadi tingtong sekarang ni, hehe..

      Insyaallah. Tie akan terus berdoa, untuk kesejahteraan keluarga dan semua saudara2 seIslam kita.

      Err… lagu apa tu ? Ingat lirik itik bertelur ayam menetas je…

  25. November 11, 2009 at 4:14 pm

    Setiap manusia akan diuji … kena tabah, dan mengharap bantuan dari Allah

    • Tie
      November 11, 2009 at 6:03 pm

      Memang senantiasa mengharapkan perlindungan dan bantuan dariNya.

  26. November 11, 2009 at 5:46 pm

    Tie, maksu tengah tak berapa ceria ni

    • Tie
      November 11, 2009 at 6:04 pm

      Ooo…ye ke ?

      Meh Tie suapkan aiskerim, nak ?

  27. cpj
    November 11, 2009 at 10:36 pm

    golongan ni tak boleh dilayan kak tie, mereka ni penipu paling bijak mempermainkan kita demi memesongkan akidah dan pergantungan kita tanpa kita sedari.lagi dilayan,akan bertambah seronok mereka mempermainkan kita, akhirnya mereka bukan sahaja merosakkan akidah tetapi cuba merosakkan hidup kita keseluruhannya.Jadi cpj harap kak tie berhati-hatilah dan usahakanlah sesuatu agar mereka tidak mengganggu kak tie lagi.

    • Tie
      November 12, 2009 at 8:49 am

      Itulah yang takut. Kena selalu berhati-hati. Terima kasih laa.. Jangan risaukan kak tie ni… hehe..

  28. November 11, 2009 at 11:51 pm

    Susah dah nak cari atap macam tu dah sekarang….

    Semoga kak tie ceria sentiasa InsyaAllah

    • Tie
      November 12, 2009 at 8:51 am

      Kat alor hijau tu ada lagi pembuatnya, tapi lecehlah, kena tunggu. Tak ingat harganya, mahal dari dulu kot. Tapi tak boleh lasak. Yang ada kat wakaf tu separuh dah hilang..

  29. Blog Resipi
    November 12, 2009 at 4:53 am

    Salam Kak Tie.. baru baca kisah Kak Tie kehilangan duit ni.. aduiii penin juga ye..husband pun pernah alami situasi yg sama..mujur tak sampai beribu ribu mcm Kak Tie… waktu hilang tu, selalu sgt dengar kisah toyol mengganas kat kampung. Apepun, kami doakan agar akak sekeluarga sentiasa dilindungi Allah.

  30. Tie
    November 12, 2009 at 8:52 am

    Ooo… pernah ada pengalaman gitu juga, ya ? Err… tak pe laa.. lepas ni memang kena berhati-hati.

    Terima kasih la ijan ooii… Napa tak bawak scallop tu sekali ?

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: