Home > kehidupan > Dalam keresahan (dan kerisauan)

Dalam keresahan (dan kerisauan)

Tie tengah risau laa… Adik Tie (ayah Damia) dok dalam wad di Selangor. Dan Tie tak dapat pergi ziarah dia sebab sibuk dengan urusan keluarga. Ingat lepas Aidil Adha ni nak juga curi masa…. tapi kalau cuaca berterusan begini, memang tak ada peluang laa…

Adoi…. rasa nak nangis!!

Dan kelmarin, Tie baru perasan, duit yang Tie simpan dah hilang!!  Dah menjadi-jadi ni. Sebelum ni suami selalu kehilangan duit, tapi Tie tak pasti… takut Tie sendiri yang ambil dan lupa. Tapi kali ini Tie takut sangat-sangat. Duit hampir RM4000 hilang dari handbag Tie !

RM3000 Tie simpan dalam sampul putih Tabung Haji… diikat getah dengan sampul sekali.. Sebelum ni suami ada hilang RM500. Tu yang TIe tolong simpankan sebab selama ini memang tak pernah hilang duit yang Tie simpan  kecuali Tie tak perasan. Duit 3 ribu tu hilang sekali dengan sampul ……

Duit belanja dapur pun hilang…… Tie simpan dalam sampul surat brown. Tinggal sampul je.. Yang peliknya sampul tu masih diikat bersama sampul raya anak2 Tie… duit raya anak2 masih ada.. Yang hilang duit suami (RM3000), duit dalam sampul brown (RM 250++ khas utk belanja sesuatu) dan duit dalam sampul brown lagi satu (~ RM500 utk barang dapur). Kedua2 sampul brown masih terikat dengan sampul raya anak2. Sampul raya anak2 ada beratus juga.. tapi tak hilang)

Tie hairan laa… kalau orang tentu diambilnya semua… Tie tak tahu nak simpan mana duit ni… Tak dapat bayangkan sesuatu datang rumah ketika kami tidur… Tapi memang malam tu Tie resah tak boleh tidur.. pukul 2-50 pagi baru Tie naik masuk bilik.

Anak-anak ? Tie tak boleh nak tuduh mereka sebab sibujang tu ada merungut duit dia hilang… dia sendiri tak ingat letak mana.. Habis diselongkar almari dia. Dan kalau dia ambil beribu tu  , dia tak nampak kaya pun. Masih  lagi mintak  duit untuk beli cokelat dan top-up talipon dia.

Suami Tie sedang usahakan sesuatu. Harap sangat dapat tahu tentang kecurian ni. Sebenarnya Tie baru kehilangan gelang emas bernilai 3 ribu bulan lepas. Mula2 ingat lupa letak. Tapi sampai sekarang tak jumpa…. Dan kini terpaksa pakai mana2 yang tinggal.

Ya Tuhan……. tak tahu nak buat apa. Duit yang tinggal ni tak sampai seribu pun. Risau   sebab kadang2 perlukan duit serta merta, untuk ke klinik, dan lain-lain.

Maaflah… komen2 yang lepas belum sempat Tie jawab. Risau tentang adik dan risau sebab tak tahu nak simpan duit kat mana lagi…

~ kalaulah angkara toyol tu… memang Tie nak bakar toyol tu dan tuannya sekali.

.

.


Categories: kehidupan
  1. November 9, 2009 at 8:50 am

    Salam Akak Ti….
    sy 1st ke???

    Yes, yes…

  2. November 9, 2009 at 8:52 am

    Akak Tie…..

    Baca Yaasin setiap mlm…
    nanti semua duit dan brg kemas Akak kembali la. Org tu mesti kembalikan kat Akak.
    sabar je la…..

    Akak, jgn simpan duit yb berjumlah besar dlm rumah ye. Better masukkan dlm akaun di bank. Sikit2 takpe la jika simpan di rumah….

    Take care ye….
    🙂

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:09 am

      Insyaallah… kak tie akan buat tu..

  3. November 9, 2009 at 8:59 am

    petua bapa mertua saya – dia stapler duit tu…

    jgnlah simpan duit banyak2 dlm rumah..isshhh..saya tak berani
    kalau ada urusan, guna utk urusan tu je..zaman skrg ni macam2 kita tak jangka

    pasal adik tu…dari jauh kita boleh juga berdoa, moga tiada apa2 yang berlaku..moga disembuhkan Allah

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:10 am

      Stapler ?

      Adoi… silap2 Tie yang terkantoi!

  4. kaktiny
    November 9, 2009 at 9:02 am

    kak tie..

    cuba baca ‘Bismillah 6’.. kalau tersalah letak atau terlupa simpan kat mana.. InsyaAllah akan jumpa balik.. tapi kalau ada ‘toyol’ yg panjang tangan.. tak dapek le nk nolong weihh..

    dugaan tu kak tie.. naper simpan banyak2 dlm umah.. uish.. bahaya tuh..

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:11 am

      Bismillah 6 ?

      Ooo… dah check di web tu… nanti nak tanya suami.

  5. ain
    November 9, 2009 at 9:15 am

    kesiannya akak. byk yg hilang tu kak!! baik usahakan sesuatu, takut bkn pencuri biasa. tapi, byk gak yg kak tie pegang dlm tgn ye. x sempat masukkan dlm bank ke??? bahaya gak kak, klu csh byk dlm tgn ni. apa2 pun semoga masalah akak ni selesai juga akhirnya.

    psst…patut le sy sms sabtu lps, tak reply. ada hal upernya!!!

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:11 am

      Mekasih banyak-banyak !😆

  6. November 9, 2009 at 9:18 am

    Tie,
    akak turut simpati membaca masalah tie. bacakan yasin. muga2 si pencuri tu akan pulangkan semula duit tu.
    insya’allah, akak doa agar adik tie akan sembuh kembali. sabar ye tie, dengan dugaan2 ini…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:12 am

      Mekasih kat Akak juga.

  7. November 9, 2009 at 9:22 am

    kesiannya kak tie…sha paham kalau sebab ini kak tie risa. memang besar masalahnya! kalau hubby kak tie ada nak cuba buat apa2 utk dptkan benda nie, doakan2lah dan supportlah ye. semoga berjaya. sha boleh doakan dr sini je…tp harap2 kak tie tau siapa punya angkara tuh…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:13 am

      Kak tie tak pasti angkara siapa. Kalau ada rezeki, ada laa nanti.

  8. ima
    November 9, 2009 at 9:24 am

    salam kak tia…masyaallah!!!kenapa simpan duit sebanyak tu dalam umah…ima amat bersimpati dengan apa yang menimpa kak tie sekeluarga…berikhtiarlah sesuatu agar terbongkar segalanya…

    moga adik kaktie cepat sembuh…bersabarlah ,ini hanya ujian dariNYA.

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:13 am

      Mekasih Ima….

  9. November 9, 2009 at 9:47 am

    serius tu kak! moga akak n abang dapat usahakan sesuatu supaya dapat tau ape jadi sebenanye ngan duit2 tu…

    saya mmg tak berani simpan cash banyak2 dalam tangan. takut jadi bende2 cmnila..

    moga ayah damia cepat sembuh ye! banyak2 sabar untuk kak tie n family

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:14 am

      Mekasih Dik.

  10. November 9, 2009 at 9:50 am

    ada lagi ke org bela toyol skang ni? kalo betul ada kena berhati2, duit sebanyak tu harus disimpan dlm bank kaktie.
    moga adik kaktie cpt sembuh, dah kaktie sabar hadapi dugan ini.

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:23 am

      Setan dan Jin tu ada.. manusia berhati busuk pun ada.

  11. November 9, 2009 at 10:05 am

    salam Tie

    rasa nya ini kerja orang ni…cuba ingat kan kembali sapa sapa yang mudah keluar masuk dalam rumah Tie…yang tahu kat mana tie simpan duit..
    Bersabar lah..buat lah apa yang patut…ini pengajaran buat Tie dan suami…

    Jangan simpan duit yang banyak dalam rumah…sebab dinding dan bumbung rumah semua nya bermata…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:24 am

      Rumah Tie ni cuma didiami kami anak beranak je.. Jarang ada tetamu, tu pun kawan abang.

  12. November 9, 2009 at 10:21 am

    salam kak tie,

    benda toyol tu mmg ada kan…
    pernah seorang murid saya buat pengakuan…nenek dia ada bela benda tuh..wallahua’lam lah kan..betul ker tak..tapi nenek dia mmg bomoh pun..
    saya dengar pun seram…tapi saya nasihatkan dia,benda2 tu semua khurafat dan syirik..haram hukumnya…dia tahu perbuatan nenek dia tu salah..tapi dia tak berani nak tegur…

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:18 pm

      Zaman sekarang ni makin menjadi-jadi laa Izzah. Bukan setakat toyol je.. sanggup buat kat saudara sendiri ni… Entah manalah pergi iman, ya..

  13. Tirana
    November 9, 2009 at 10:26 am

    Banyaknya hilang…. Kalau toyol, dia ambil duit aje, barang kemas dia tak ambil. Tak tahu la pulak kot toyol zaman moden ni dia rembat semua..tapi ada lagi ke toyol zaman sekarang? Saya rasa pencuri masuk rumah kot..dia pukau Tie dan family sampai tak sedar…tapi tak ada kesan pencerobohan pulak ye..kot2 ada pintu or tingkap yang terkopak..atau pun dia masuk ikut bumbung rumah. Rumah atap genting ke? Kalau atap genting, memang mudah untuk pencuri masuk.

    Pengajaran untuk kita semua, jangan simpan duit banyak2 di dalam handbag atau di rumah. Biar aje duit itu di bank.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:20 pm

      Pukau ? Adoi…. pulak tu kita ni tido pakai ikut suka je….

      Terima kasih atas nasihat tu…😛

  14. November 9, 2009 at 11:41 am

    salam kak tie….

    kesian kak tie…mudah2an adik kak tie cepat sembuh ye. tak taulah nak kata samaada pencuri masuk atau ada toyol…kak tie mesti lebih tau kawasan tempat tinggal kak tie. pencuri atau toyol sama jer…kerja mrk mmg mencuri harta benda org! Semoga usaha kak tie sekeluarga berjaya dptkan semula apa yg hilang ataupun sekurang2nya berjaya tangkap ‘pencuri’ tu.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:21 pm

      Err… rasa-rasanya tak boleh nak tangkap laa.. tak cukup kuat. Kak tie serah pada tuhan je…

      Adik kak tie, dah ada sedikit perkembangan…

  15. November 9, 2009 at 11:43 am

    Cuba amalkan bacaan surah Al Baqarah dan ayatul Kursi. InsyaAllah.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:21 pm

      Insyaallah… kami akan buat tu. Terima kasih.

  16. November 9, 2009 at 4:13 pm

    salam… macam kekwn lain cakapkan seeloknya simpanlah kat bank kak tie… rasanya kalau dikira banyak juga kerugian kak tie ni… sabarlah kak tie semuanya adalah milik Dia… kalau semua ni angkara toyol cubalah iktiar cari tuan toyol tu… harap-harap adik kak tie baik-baik jer janganlah risau sangat.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:22 pm

      Memang berhasrat nak simpan duit tu semula, tapi tak sempat laa… dah nasib badan….

  17. November 9, 2009 at 4:41 pm

    assalamualaikum kak tie,
    terasa semacam je membaca cerita kak tie ni. banyaknya duit tunai di tangan yang kak tie simpan, beraninya. kakchik kalau beribu kalau boleh secepat mungkin nak masukkan dalam bank, risau diri sendiri terlalai terguna tersalah letak dan sebagainya.
    semoga misteri kehilangan duit kak tie akan terungkai juga nanti. banyakkanlah berzikir amalan spt yg abang long cadang tu sebagai pendinding diri, keluarga dan rumah kita. yakinlah dengan pertolongan Allah. Semoga kak tie tenang menghadapi ujian ni.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:23 pm

      Terima kasih kakchik. Nasihat tu amat berguna.

  18. November 9, 2009 at 10:15 pm

    Tie…patut la dah lama tak update apa2 kat sini, rupanya tie dlm kesusahan. insya allah adik tie dlm jagaan doktor, doakan dia segera sembuh dan pulih. tntg duit yg hilang tu sy turut simpati, tp knp simpan tunai kat rumah sebegitu bnyk. mgkin ada yg tau tie simpan duit sebanyak tu. ada buat repot polis tak?

    p/s tq sgt2 tie bantu upgrade blog sy wlpun tie sendiri dlm situasi yg tidak tenang, rasa bersalah la pulak huhuhu….

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:24 pm

      Report polis ? Ehehehe….. tak ada kesan… tu yang malas nak buat. Macam lenyap begitu saja…

  19. nahmy
    November 9, 2009 at 11:53 pm

    toyol?? kemungkinannya ada tu…cari sesapa yg pandai utk menanganinya. org tua saya pun ada kena kes yg sama dulu.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:24 pm

      Hihi… Tie rasa ini lebih dari toyol….

  20. cpj
    November 10, 2009 at 12:13 am

    kekadang Allah nak menguji kita dengan sedikit rasa takut dan bimbang dan juga kekurangan dari mata benda dan wang serta penyakit dan kesakitan.tetapkanlah hati dengan iman yang kukuh, bersabarlah dengan penuh ketakwaan…hadapilah ujian ini dengan rasa redho dan penuh pergantungan hanya kepada Allah.InsyaAllah…sesungguhnya Allah itu Maha Melihat lagi Maha Mendengar akan hamba-Nya…

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:25 pm

      Insyaallah… Kak Tie terima ujian ini dengan redha. Terima kasih cikgu.

  21. November 10, 2009 at 12:47 am

    toyol? huh,seramnya. moga2 berjya dgn ikhtiat kaktie tu ye… mnunggu berita seterusnya. banyak betol hilang duit tu. isk2. sian.

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:25 pm

      Alaa…. janganlah takut kat toyol tu… budak kecik je…hehehe…

  22. November 10, 2009 at 1:45 am

    hmm. rasanya confirm toyol tu!
    takkan hantu penanggal lak yg mencuri, kanzz..

    bacaan Yassin juga tidak mencukupi!
    kena cari org pandai…

    pernah berlaku kat Kluang, di Taman Gunung Lambak… toyol bermaharaja lela.. bermacam2 diusahakan tetapi masih berleluasa..

    rupanya antu toyol ini pun ada beberapa tingkat & tahap!
    ada yg senang atasi
    ada yg buat perjanjian sampai mati!

    akhirnya tuan yg bela toyol ditewaskan
    bandanya hangus, rentung!!!!

    Pandai ubat pun tak duduk kampung tu lagi, sbb masing2 panassss.. huhuhhu

    psst: kena tengok2an jari kaki

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:26 pm

      Hantu penanggal ? Alamak ! Tu yang tie takut ! Rupa hodoh !!

      Bukan toyol la Maza…. ada lebih dari itu. Tak boleh cerita lanjut. Nanti dia mengamuk lagi!!

      • November 10, 2009 at 7:11 pm

        kalau bukan toyol kalu, mesti jin lain kanzz.. huhuhuhu

        kot2 antu tetek kot..
        antu tetek pun suka main sorok2an barang2.. huhuhu

        tapi rasanya antu tetek takkan sorokan Tie nyer… sbb tak maut gitew!

        wakakakakka😀

        • November 10, 2009 at 7:12 pm

          maut=muat.. tersilap tulis lah.. hehhhe

        • Tie
          November 10, 2009 at 7:16 pm

          Antu tetek ?

          Uwaaa… antu tetek tu suka sorok budak lelaki.. terutama yang pokcik encem….waakakaka…

  23. nekPP
    November 10, 2009 at 2:42 pm

    salam k tie..mak aiii mokcikkk…bank dalam rumah!!! ishh ishhhh…

    tak dapat nak bantu ape2..sekadar simpati aje..insyAllah Allah akan permudahankan segala2nya…

    utk adik k tie..moga cepat sembuh!

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:27 pm

      Err… tak sempat nak hantar ke bank laa… baru balik dari kampung. Dah tak de rezeki la tu….

  24. November 10, 2009 at 4:31 pm

    opocot!!!!

    sebut nama toyol je pun, angie dah berderau darah…

    haaaaiiiiiihhh!!!
    sape la yg mengada2 lepas toyol kat umah mama ni…
    pergi la lepas kat bank.. lagi berbaloi kan.. ;D hikkssss

    .
    .

    take care mama…
    buat sementara waktu ni jgn smpn duit dlm umah

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:28 pm

      Err…. ni Angie ke Juliet… atau toyol ??

      Uwaaa… bengong mama dibuatnya!!

  25. November 10, 2009 at 4:33 pm

    aiyooooooookkkk…

    nape kuar nick juliet ni??

    ni angie tau mama..
    bukan juliet…

    camane nak tukar ni??

    peliknyaaaa

    mesti angkara toyol ni

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:30 pm

      Huh ? Angie guna laptop Juliet eh ?

      Lain kali guna laptop sendiri..

      Aaa…?? Tak ada ??

      Duit yang mama bagi tu pergi mana ?

      Aaa?? Toyol ??

  26. kutaksempurna
    November 10, 2009 at 4:34 pm

    haaaaaaaaa…

    dah tukar pun..

    sorry atas kekeliruan…

    err??

    kompius laaaa…😀

    • Tie
      November 10, 2009 at 6:30 pm

      Aderk ! mama pun konfius !!:mrgreen:

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: