Home > kehidupan, Terkenang > Cerita tentang makan

Cerita tentang makan

Tahu tak yang kita boleh kenali serba sedikit sifat peribadi seseorang tu dari cara dia makan ? Tie pernah diuji dulu…… Walaupun selalu mengelak dari makan bersama boys,  terkantoi juga akhirnya bila seorang coursemate  (memang nak kena pulas telinga Azizah nih!) ajak temankan dia makan.

Rupa-rupanya dia dah bersubahat dengan seorang lagi coursemate (Zack- nama samaran je). Nampaknya Zack  telah lama menunggu kami . Tak sampai hati nak lari meninggalkan Azizah . Err… kami order nasi goreng.

nasi-goreng-crayfish(blogresepi-Ijan)(Jangan marah Ijan ooii… kak tie pinjam gambor ni sat!)

First time makan berhadapan dengan seorang lelaki . Walaupun kami biasa bersembang di class, namun masih rasa tak selesa makan bersamanya. Nasi tu rasa macam pasir. Susah nak telan. Pegang sudu garfu pun macam pegang ranting kayu…. jari rasa keras je.

Tetiba Zack bersuara. Katanya girl dia makan berkecah,  sambil tersenyum pada Tie. Err….baru Tie sedar (kes mata rabun). Zack  sedang memerhatikan Tie. (masa tu hubby belum enterframe lagi laa….).

Beberapa hari kemudian, Tie dengar berita panas. Zack dah solo semula. Dan Tie jadi target dia ! (Amboi… senang betul, macam tukar baju!) Tapi Tie tak suka… kerana dia gemar pakai t-shirt singkat, nampak pusat!! Lagipun belum sampai seru lagi, ekekeke……..

Mula-mula Tie ingat dia tak serious tapi bila terima red roses darinya terus jadi takut. Serta merta Tie  reka cerita dah ada kekasih…hehe….dengan pertolongan seorang kawan. Dan Zack…. buat beberapa minggu tidak menyapa Tie.( Zack ni orang ganu. Adoi…. kalau dia terbaca entry ni, mati la Tie..)

red roses

Eh…….. tercerita kisah gelap pulak! Loya ke ? Waaakakakaa…………..

Sebenarnya Tie nak tekankan, betapa pentingnya adab makan.  Lelaki ni, kalau nak kenal girls mesti ajak keluar makan, kan ? Kita sebagai girls (dan makcik) pun boleh tengok cara lelaki makan… sama2 memerhati. Jangan sampai tercekik tulang sudah laa…..hehe….

Tie ni bukanlah cermat sangat (ada juga 2-3 biji nasi jatuh atas meja!), tapi kalau kita berhati-hati tentu orang akan selesa makan bersama kita (juga berkawan). Dan kalau dah biasa jaga adab makan, tentu lagi seronok.

Dari cara kita makan, orang akan tahu samada kita ni gelojoh, tamak , cermat, sederhana dan lain-lain sifat positif dan negatif. Jadi, kena kontrol juga laa…. walaupun terasa macam menipu je, sekurang-kurangnya kita hormati orang yang makan bersama kita.

Sekarang ni musim buffet. Kat kenduri kahwin pun dibuat buffet. Dan Tie perhatikan ada yang suka ambil makanan macam orang kebulur. Kalau habis, tak pe laa.. tapi kalau tak habis, membazir namanya. Sayang tengok makanan tu dibuang begitu sahaja.

Entry ni saja nak mengingatkan diri sendiri (dan terkenang kisah lalu…….uuwek !). Adab makan cara yang dipraktikkan oleh Nabi kita pun telah Tie tulis dulu ( adab makan , tapi komen dari teman-teman dah hilang).  Mungkin ada yang ingat.

Err…. ada sesiapa nak belanja Tie makan ???😆 Lapar la pulak!!!

.

.

  1. November 3, 2009 at 8:59 am

    Salam Kak Tie…..

    Bagus la bila Akak mention ttg adab makan. Sy paling mencikkk bila org makan dan bercakap sekali gus. Sambil makan,sambil bercakap!!!! Paling mencik bila makan dgn lahap dan gelojoh…….errgghhhhh.

    Kalau ada org nak ajak sy makan…..sy tgk cara dia bercakap dan berinteraksi terlebih dahulu. Sebab sy ni cepat “pancing” dgn org2 cenggini. Maksudnyer : sy akan meloya kalau makan dgn org yg tak senonoh.

    Even dgn my Hubby pun, sy suruh dia makan dulu. Cakap kemudian. Isap rokok pun kemudian. NEVER do that in front of me!!!

    Actually, susah betul nak ajak sy “date” atau makan2 di luar….sy choosy sikit. Sy lebih rela makan dlm kete atau di rumah berbanding makan di luar sembarangan.
    I`m too fussy about this part.

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:20 am

      Ha ha ha….

      Lucu la Zyma ni. Kesian hubby Zyma, kena sound pasal makan, ya…ekekeke…

      Tak suka makan di luar ? Err… tak de peluanglah kita nak makan sama-sama, yek!

      • November 3, 2009 at 7:13 pm

        Peluang tu tetap ada….tapi sy kurengg la kalau nak makan di gerai di tepi jalan. Habuk dan kebersihan agak kurengg la. Sy makan dgn Hubby di tempat tertentu je. Ayamas ke, KFC ke, Pizza ke….the rest, masak sendiri kalau nak makan sedap air tangan sendiri. 🙂

      • Tie
        November 3, 2009 at 9:23 pm

        Kak tie pun tak suka makan di gerai tepi jalan… tak selesa. Tapi, bila hubby dah bawak, diam aje laa.. takut dia kecik ati.

  2. November 3, 2009 at 9:00 am

    Sy yg 1st ke pagi ni???
    Yes, yes,yes.

    Dah lama tak jadi yg 1st dlm Kayteezee`s Blog nihhhhh.
    🙂

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:21 am

      Ye laa… Zyma first hari ni!

  3. November 3, 2009 at 9:51 am

    Fuh Zyma…giler punya laju haha :p

    Bila banyak berjalan, part makan ni akan jadi satu kenangan paling tak boleh lupa. Maklumlah lain padang lain belalang kan Kak Tie… macam tu jugak cara makan. Kita makan slow2 tersipu2, tempat lain orang makan laju sambil bunyi slurp slurp😀

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:22 am

      Oh ya.. kat mana entah, kita kena makan sambil berbunyi, ya.. Kelakor pulak!

  4. November 3, 2009 at 10:04 am

    Tie,
    Citer makan ni, macam-mcam orang..macam-macam gaya.
    tapi yang best sekali, makan kat rumah. Selesa, bersih dan boleh perlahan-lahan. Kalau makan kat restoren, kena pula ada orang tengah menanti meja, terpaksa makan laju-laju.
    ( TIe,.. ada kaitan ke komen akak ni?…)

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:25 am

      Makan di rumah memang selesa. Boleh dok bersila lagik!

      Tapi, kalau di restoren dan masa tu ada orang dok menunggu pulak, memanglah tak best. Tie tak suka makan tempat orang ramai. Kadang-kadang tak tahan tengok gelagat anak2 yang pekik2 dan ketuk-ketuk meja. Rasa nak tercekik kerana terkejut!

      ~ komen akak diluluskan sebab ada perkataan ‘makan’, waaakakaa…..

  5. Tirana
    November 3, 2009 at 10:09 am

    Paling malu nak makan depan lelaki yang tak kenal… depan suami ok la..Terketar-ketar tangan nak menyuap makanan ke mulut..hehehe..

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:27 am

      Samalah dengan Tie. Kalau suami ajak makan dengan kawan2 dia, Tie selalu menolak je…

      Kawannya yang peramah tu okay, tapi bila kena yang terlalu serious… Tie jadi tak selesa. Takut tersilap suap terus masuk bawah meja, ekekeke…….

  6. November 3, 2009 at 10:20 am

    jom kak tie….datang orkid’s cafe!:)

    hmmm…sha setuju sangat pasal buffet tuh. ada satu kursus nieh…cikgu2 adalah peserta. disebabkan dah jadi tabiat org malaysia (bukan cikgu2 je) utk amik banyak2 makanan buffet….sebelum buffet tuh macam ada taklimat dr tuan pengarah! ibu sha ada masa tu..dia balik, dia ajarkan pada anak2..

    sha rasa orang kita nieh kurang ilmu dan malu nak amik dua tiga kali..tapi tak malu nak amik banyak:)

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:36 am

      Aaiik ? Sejak bila Sha ada cafe ? Nak pergi gak!

      Memang teruk bila tengok sesetengah orang kita di majlis buffet. Kat hotel/resort pun gitu, padahal mereka tu bukannya orang yang kekurangan nutrisi pun.

      Kak tie suka ambil lauk yang kak tie minat je… satu sudu setiap jenis. Nasi pun sesudu je.. nak rasa dulu. Bila dah nak habis, baru pergi tinjau semula mana-mana yang memikat hati. Boleh top-up lebih sikit.

      Dan kak tie pastikan makanan tak dibazirkan. Anak2 kak tie pun dah diajar. Mereka pun tak suka ambil banyak2. Lagipun bila makanan bertimbun dalam pinggan, selera pun jadi terbantut.

  7. November 3, 2009 at 10:29 am

    syg sungguh tgk makanana yg di bazirkan kat kenduri kawen,patutnya masa ambik makanan tu kita sesuaikanlah dgn perut dan selera kita😀

    • Tie
      November 3, 2009 at 10:45 am

      Memang pun. Tak faham perangai orang ni. Lauk banyak dalam tray, tapi still cedok banyak-banyak, tak terfikir pun untuk orang belakang.

  8. November 3, 2009 at 11:05 am

    kak tie…sy suka mkn keropok dgn nasi, mcm mana nk control ayu kunyah keropok tu supaya tak berbunyi kruppp kruppp krupppp!!!😉

    • Tie
      November 3, 2009 at 11:12 am

      Ha ha….

      Makan keropok dengan nasi ? Ooo… best tu ! Boleh maintain ayu walaupun makan keropok. Asal jangan gigit keropok tu.., patahkan dengan jari.. walaupun guna sudu garfu. Kalau nak guna sudu garfu juga, takut2 keropok tu terbang, ekekeke…..

      Err… kak tie rasa bunyi krupp krupp… tu boleh dimaafkan, waakakakaa……

  9. November 3, 2009 at 11:06 am

    oohh, heh heh…. (perut tgh lapar, apa nak makan ni… nasik goreng kot)

    • Tie
      November 3, 2009 at 11:13 am

      Makan mak su…jangan tak makan!!

  10. ima
    November 3, 2009 at 11:42 am

    salam kak tie…amboi kak tie makan beradap gitu…hehehe, mahlah sini ima belanja makan, bukan kat kedai tapi kat umah je…sebab apa,kalau kat kedai sikecil ima ni suka ketuk2 meja kalau tak dapat makan…nanti takut kak tie tercekik pulak dibuatnya….hehehe

    • Tie
      November 3, 2009 at 11:56 am

      Alaa…. ima ni, kita mesti pandai makan beradap masa muda2 dulu… baru senang nak makan beradab dengan suami!! Uwaaaa….

      Alamak! Anak Ima suka ketuk2 meja ? Napalah tak belikan dia gendang ke, kompang ke.. boleh gak dia asah bakatnya, hi hi…

      Ima nak masak untuk kak tie ? Amboi… bestnya! nanti.. kak tie nak belek calendar… kak tie ni busy, kena buat appointment dulu, hehe…

  11. November 3, 2009 at 11:47 am

    cite pasal makan dan love story…best…

    • Tie
      November 3, 2009 at 11:57 am

      Makan dan love ni tak boleh dipisahkan laa…. Bozzo mesti tau kan ?

  12. kaktiny
    November 3, 2009 at 11:56 am

    jom kaktie.. tiny belanja steak.. takpun steambot.. tapi kaktie kena datang KL ler.. kehkehkeh

    • Tie
      November 3, 2009 at 11:59 am

      Ooohhhh!! Sat !

      Kak tie nak packing dulu. Tiny antor tiket flight pergi balik Ganu, ya… Booking hotel sekali !!

      Kak tie tak boleh naik kereta.. nanti mabuk.

  13. ain
    November 3, 2009 at 12:12 pm

    ckp psl buffet ni, teringat setiap kali bulan ramadhan, we all rajin buffet kat hotel2. apa yg kami perhatikan, ada setengah tu amik makanan mcm tak makan setahun. pas tu membazir. sayangnya. Tp kami lebih suka bersangka yg mereka ni tdk faham konsep buffet sepenuhnya. takut makanan habis pun ye gak, atau tak pernah hadiri majlis buffet pun ye gak kot!!

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:46 pm

      Kalau boleh habiskan, tak kisah laa.. Yang sayangnya bertimbun lagi dalam pinggan, dibiarkan je.. Kekadang penuh satu meja dengan makan.. Ishhh… membazir betul!

  14. November 3, 2009 at 12:12 pm

    saya sederhana je kak tie……time makan selalu sopan…ayu kan…kihkihkih.

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:47 pm

      Alhamdulillah…

      Nanti tepek gambor Shais sedang makan dengan sopan santun dan ayu , ekk! Nak bukti tau!!!

  15. November 3, 2009 at 12:41 pm

    klu makan ngan sudu garfu mesti tak amek banyak hehe😀
    sebab dah terbiasa kot.. pastu pastikan amik bahagian2 yang senang nak dimakan.. klu buffetla

    cam tak syiokla klu tgk org makan tak senonoh ni.. kita nak makan pon tak lalu

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:48 pm

      Eee….. geli tengok orang makan tak senonoh, kan… tak sanggup I, waakakaa…..

  16. November 3, 2009 at 1:19 pm

    saya kalu ada ayam seketul, konpem tak guna sudu garpu,,
    kang masuk le pinggan sebelah ayam tu,

    ecece,,terkenang memori lame nmpak..hihi

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:49 pm

      Alaa… Irfat ni, cubalah belajar, biasakan diri. Buat kat bilik, kat rumah…. Kang kalau ada dinner takkan nak meraba guna tangan.. hehe…

      Ayam tu idup lagi ke ?

  17. November 3, 2009 at 1:24 pm

    maza tiada masalah makan dgn lelaki atau perempuan (buat masa skrg la).. dulu2 memang pemalu, mcm tie gak.. nak makan depan pompuan.. aderkk.. rasa hati walang aje. hehehe

    tapi skrgn.. lantak kome ler.. kome nak tengok aku makan saper suruh… yg penting apa yg maza makan sedap dan habis licin gitew.. wakakaak

    psst Tie: teringn nak rasa masakan org ulu terengganu ni.. ala2 johor lagi ke, atau dah berubah ala2 budu lah pulak.. huhuhu

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:53 pm

      Mak aaii !! Pemalu juga ko ?

      Ooo… boleh bayangkan Maza dok bersila atas kerusi sambil singsing lengan mengongkang tulang ayam!! Haa… kalau dengan family terdekat memang seronok, makan2 dan sembang2. Cuma bila kita baru kenal seseorang atau ketika ada dinner dengan client tu, kenalah berlakun sikit, ekekeke………

      Masakan Tie ? Adoi… Tie sekarang dah confius. Masak pun dah tak ori lagi. Campur2 Kelantan dan Johor. Nasib laa… asal tekak rasa sedap!

  18. November 3, 2009 at 1:29 pm

    Satu ingatan yang baik untuk anak-anak gadis yang sedang membesar.Lelaki sangat prihatin rupanya.Ingat tu!

    • Tie
      November 3, 2009 at 1:54 pm

      Sudah semestinya. Lelaki ni suka renung2 orang…terutama orang yang menarik perhatiannya.

  19. November 3, 2009 at 4:27 pm

    erm..mcm mana saya makan yer..setakat nie..tak de org tegur lagi..tapi dulu mak selalu ckp saya makan lambat..selalu jadi org terakhir siap mkn..tapi skang dah laju sket..tak nak jadi org last lai..ekekeke..

    • Tie
      November 3, 2009 at 5:53 pm

      Orang makan lambat ni cermat orangnya . Tapi kekadang ia menandakan segala pekerjaan yang dilakukannya juga lambat. Macam siput, ekekeke….. Kak tie selalu tegur anak yang sorang tu. Dia memang lambat bila buat kerja. Terhegeh2… makan pun lambat. Tu yang buat kak tie naik angin…hi hi..

  20. November 3, 2009 at 5:42 pm

    hahaha, rasa nak gelak guling-guling sebab ada kena mengena cara sy uji kawan-kawan perempuan yang boleh termasuk dalam upacara mengorat atau episod cari jodoh.

    kalau gelojoh tu memang reject la. klu sopan tu sampai buka mulut pun lalat ak masuk baru boleh masuk dalam senarai (he3).

    sebenarnya melalui cara makan dah boleh tahu beberapa sikap atau perangai seseorang tapi perlu banyak latihan :p

    • Tie
      November 3, 2009 at 5:57 pm

      Ha ha ha…..

      Memang pun. Lelaki ni kalau nak kenal wanita, mesti nak ajak makan dulu. Atau kalau tak berpeluang, ajak minum… macam suami Tie .

      Dari situ kita akan dapat amati perwatakannya yang sebenar… walaupun mungkin dia akan nampak sopan, kalau dia ambil lauk yang jauh dulu menandakan dia gelojoh atau tak dapat kawal perasaan.

      Macam2 yang kita boleh tahu sebenarnnya. Tie juga suka tengok cara orang makan bila ada peluang.

      • November 7, 2009 at 1:25 am

        isk. suke ye kaktie??? mesti nak menolak la pasni kalu katie ajak makan. hahaha. tahan selerea makan ngn lauk pauk kaktie yg bes. huhu

        • Tie
          November 10, 2009 at 9:57 am

          Kak tie masak biasa je.. macam makcik-makcik yang lain. hehe..

    • November 4, 2009 at 6:34 am

      benar tu tuan. Kalau makan gelojoh …. nanti semuanya pakai hentamnya. Jadi gelojoh juga rumahtangga nanti.

  21. November 3, 2009 at 8:24 pm

    he he he he..// kaktie..

    betullan cara makan melambang keperibadian seseorang ?🙂

    • Tie
      November 3, 2009 at 9:24 pm

      Betul !! Tak percaya ke ???

  22. Blog Resipi
    November 3, 2009 at 8:24 pm

    Terkenang jaman dolu dolu nie…heheh.. akak makan jatuh 2-3 butir je? aish… terus terpikir kalo kite makan, pernah ke jatuh sikit mcm tue?hehehe… teruknyeee rasa.heheh😀

    • Tie
      November 3, 2009 at 9:27 pm

      Waaakakaa……..

      Ijan tahu…. kak tie memang dididik makan dengan cermat oleh mak dulu. Kak tie terikut2 bila dah ada anak. Budak2 tu sejak baya Mikael lagi dah ada hanky khas.

      Sampai sekarang ni tak jauh dengan hanky. Senakal2 mereka, bila makan kat rumah orang, siap bertadah lagi, takut habuk biskut jatuh bersepah. Yang nakal tu pun jadi baik seketika, kelakor betul.

  23. November 3, 2009 at 9:06 pm

    salam…kak tie kalau si zack tu baca mesti gempak punya…hihihi jadi rebutan juga kak tie kita ni… biasalah orang perempuan ni sentiasa control ayu gitu bila makan dengan pakwe makan pun macam tak lalu jer padahal lapo giler…

    • Tie
      November 3, 2009 at 9:34 pm

      Errr…. harap-harap Zack tu buta IT, ekekekeke…… walaupun bunyinya macam mustahil!

      Ilyn, semua girls menarik minat boys… Kak tie yang sepet ni pun jadi perhatian jugak, waakakaa….

      Adoi laa… lama tak dengar perkataan pakwe ! Dulu, sensitip betul bila orang kata sipolan-sipolan tu pakwe Tie.. sakit hati. Sebab Kak tie memang tak minat couple-couple ni. Geli gak…

      Kak tie dulu ulat buku. Semester terakhir barulah jumpa suami kak tie. Tu pun dia tak berpeluang nak belanja kak tie makan. Kak tie selalu buat excuse, hihi… Sekarang ni, pantang je kalau dia ajak keluar makan. Terus jawap, “SIAP!”

  24. November 4, 2009 at 4:56 am

    lapar la pulak sy ni… ish3

    klo nak gi mkn ngan org yg sy ade crush.. for sure takkan order makanan yg susah nak mkn, byk cili or pape yg boleh memalukan diri hehe
    kali pertama, control la kan.. bila dah dpt.. haaa baru tunjuk belang.. erkk!! WAKAKAKAKAK

    • Tie
      November 4, 2009 at 7:44 am

      Amboi….. Adila ni asyik lapar je, macam kak tie, hehehe…

      Ha ha ha…. ooo…dah dapat baru boleh tunjuk belang, ya.. Makan macam mana tu ? Bunyi slurp slurp ?

  25. November 4, 2009 at 8:26 am

    haha. panjang pulak artikel psal pengalaman lama tu. memang lawak agaknye kaktie ni d dunia nyata? isk, nak subscribe blog ni, tapi sayang kaktie lum setup. try le buat ye kaktie…

    mm..kira tgk ppuan makan tu utk menilai peribadi la ek kaktie? huh,segan tul. tak suke la orang cube baca2 pasal personaliti kita ni. dah memang diri sendiri ade kekurangan mesti la tak selesa kan?

    • Tie
      November 4, 2009 at 8:48 am

      Lawak ? Lebih kepada tingtong….hi hi…

      Boleh subscribe guna google laa… google reader. Yahoo pun boleh (jadi homepage, waaakakaa……) Klik je kat atas tu. Kak Tie dah cuba, okay pulak.

      Cara pompuan dan lelaki makan memang menunjukkan keperibadian mereka. Takkan tak tahu/perasan ? Err… masa nak pikat@kenal isteri tu macam mana ? Mesti pernah ajak keluar makan kan ? Jangan nak tipu laa…hi hi..

      Setiap orang memang ada kelemahan diri. Tapi kekadang bila makan, dia tak dapat kawal… tang tu yang orang boleh baca dan nilai. Kalau dia nampak hati-hati, kita pun boleh anggap dia seorang yang cermat. Kalau suka makan banyak2, yang dlm mulut pun tak habis kunyah, tentulah dia seorang yang tamak. Pandai-pandailah menilai. Kita pun dapat menilai diri kita sendiri.

      Bagaimanapun, jadilah masa makan sesuatu yang menyeronokan. Terutama bersama keluarga. Ia juga membantu sistem penghadaman kita berfungsi dengan lebih baik. Err.. napa pulak macam bunyi pakar makanan ni…ekekeke….

      • November 7, 2009 at 1:29 am

        Hahaha. Nasihat emak kpd anak2. hu3. mmm.. tak pernah lagi la kaktie. masih suci ni. nnti xnak ajak calon keluar makan gtu pon. nanti makan depan mak mentua dia terus. tak pon, mungkin la kan, sebelum kahwin ade la sekali kut, tu pon kalau bakal mak mentua ajak. huhuhu…

        mm.. tapi kan, kalau makan dah bersopan tapi berbunyi plak bila mengunyap, camne ye? isk susah gak tu? dah tak sengaja jadi camtu, camne nk ubah ye???

  26. November 4, 2009 at 9:45 am

    Salam Kak Tie,
    LOL selalu ada masalah nak menghabiskan makanan.
    Even dah cuba sedaya upaya..

    *makan nie merujuk makan kat restoran.
    kalau kat rumah, bantai jek.

    hehe..

    • Tie
      November 4, 2009 at 9:57 am

      Hai Pearls,

      Dalam Islam, makanan harus dihabiskan. Yang tinggal sedikit tu la rezeki. Mungkin kena order mini saiz meal kot ! hi hi…

      Kalau di rumah, terus menghadap tv sambil makan. Sedar-sedar tinggal pinggan je, ekekeke……..

  27. November 4, 2009 at 3:46 pm

    uwaaaaaaaa… cerita pasal makan pastu punya la panjang intro. huhu.

    kita pulak men makan je kak tie. dan concentrate gilerr if jumpa makanan.. hehe😛

    satu lagi, kita rs la kan, if keluar makan dengan “date” kena order makanan yang senang dimakan. jangan la terhegeh2 nak makan ketam. mati laaa😛

    • Tie
      November 4, 2009 at 6:19 pm

      Ha ha ha…..memang intronya berjela… nak ambil mood!!

      Aaa?? Ketam ? Ooo….bahaya tu. Kak tie biasa makan ketam kat rumah je, hi hi..

  28. November 4, 2009 at 10:32 pm

    Tie… itulah sebabnya selalu nekcun tengok kalau couple makan, mesti banyak tak habis dalam pinggan!… mana tidaknya, nak suap satu-satu nasi tu… so, bila nak habis satu pinggan?… rupanya nak jaga tertib makan sebab tengah kena evaluate rupanya ya?… hehehe…
    Nekcun pulak lain… kalau ada boys yang nak belanja makan, nekcun tak kasi chance punyer!… mesti kasi habis!… itulah yang buat atok berkenan kat nekcun dulu kerana dia pernah kata: “U baguslah, tak membazirkan duit I!apa yang ada dalam pinggan semua dihabiskan!” hehehe…

    • Tie
      November 5, 2009 at 8:51 am

      Hi hi hi… Yang tak abis tu membazirlah.. rugi je membayornya.

      Tie tak pernah tak abis pun… cuma kena cermat sikit laa… takut terbang pulak yang dalam pinggan tu, ekekeke…….

      Err… berapa ramai ‘boys’ yang belanja Nekcun tu, ya ? Waakakakaa…..

  29. November 5, 2009 at 12:58 am

    Hello Tie, how you doin’? Looks like you busy….anyway, keep well and have a great week, Lee.

    • Tie
      November 5, 2009 at 8:52 am

      Hello uncle…

      Ooo… busy macam biasa laa. Blogging, masak-masak, kemas-kemas dan makan-makan, hehe…

  30. nekPP
    November 5, 2009 at 8:35 am

    hehe kelakar laa mokcik..
    pepagi nie guling2 nekpp ketawa tawww…

    errr belanja bekfest buleyyyy mokcikkk?????

    • Tie
      November 5, 2009 at 8:53 am

      Err.. jangan kuat sangat buling-guling tu… kang semua screw kat badan tu tercabut!

      Nak belanja breakfast ? Boleh… sampai dinner pun tak apa, ekekeke…….

  31. November 5, 2009 at 9:08 am

    makan pun kena beradab.. sbb itu makanan tu rezeki.. akan jadi darah daging..

    tgh membayangkan waktu itu… heheh shy shy cat..

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:57 am

      err… janganlah terlalu pemalu… nanti kak tie abiskan, hehe…

  32. November 5, 2009 at 10:31 am

    Makan ikut sunnah dan beradab. Bukannya makan dengan pelahap

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:58 am

      Betul…😛

  33. November 5, 2009 at 2:06 pm

    Su kalau makan, insyaAllah licin. Hehe…
    Arwah mak ajar, jangan membazir, nanti makanan menangis.
    Jadi Su mmg kena hati-hati bila nak ambil makanan, tak boleh banyak sbb kalau tak abih nanti kecian makanan tu… Kalau terlebih makan lak, kecian perut sbb kene keje kuat proses makanan.

    Sekarang, hubby jadi mangsa, kena paksa abihkan makan sbb tak nak makanan menangis.😀

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:58 am

      Kak tie pun tak suka membazir. Masak pun berkira… kalau tak kena makan lauk recycle la jawabya, hihi…

  34. nahmy
    November 5, 2009 at 10:49 pm

    itu pslla saya suka beli mknan bawa balik rumah. org tak nampak…mula2 makan pastu jadi sental. tp tetap beradab….hehehehe

    • Tie
      November 10, 2009 at 9:59 am

      Err… teringin nak tengok cara sental cara beradab!

  35. kin
    November 5, 2009 at 11:51 pm

    bab beradab masa makan, saya kagum ngan suami saya. Dibanding dgn saya sendiri, makanan dlm pinggan dia lg kemas drp pinggan saya..hehhe..Saya tak pernah puji dia pasal tuh, tp itu yg selalu saya perhatikan. Sebelum kawen, kami tak pernah makan sekali, hari kami kawen, itulah kali pertama kami makan sekali. Mungkin betul apa yg k tie tulis nih…bg saya, suami saya org yg bertertib, dan tak gelojoh..hehhe..

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:00 am

      Tu laa… betul kak tie cakap ni. Kak tie dapat tengok cara orang makan dengan peribadinya sendiri.. Sama je.

  36. November 6, 2009 at 7:08 am

    tapi kan kak tie…kalau kita mkn depan org lg2lah masa berdating selalunya automatik kita sopan..kan? kadang penat sbb control je masa makan hihihi…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:01 am

      Serupalah dengan perangai kita depan orang… cuba kontrol je. Tapi bila depan hidangan, kekadang orang lupa, jadi dari situ timbul sifat peribadinya.

  37. November 6, 2009 at 7:40 pm

    adab makan memang penting dan perlu dijaga. bukan setakat ia boleh menggambarkan bagaimana cara didikan dari ibubapa ketika kecil dulu, namun ia juga memang melambagkan keperibadiaan seseorang. Terutama kalau seseorang itu lapar sangat, boleh control cool tak?

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:02 am

      Sebab tu biasanya kalau kita nak kenal orang , ajak dia makan bersama.. Ajak tiga kali. Bila orang dah biasa dengan kita, dia akan menunjukkan sifatnya yang sebenar ketika makan…hehe..

  38. zareda
    November 7, 2009 at 5:43 pm

    tak suka org makan bunyik.. chup chap chup chap… ada kawan saya makan konsentret giler.. sungguh sungguh menikmati makanan tu, macam sedap sangat padahal makan biasa jer.. suka tengok dia makan.. makan dengan dia kita jadi berselera sama..

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:03 am

      Ye laa… kalau makan dengan orang yang berselera, kita pun terjangkit sama..hehe..

  39. cpj
    November 7, 2009 at 10:57 pm

    Semasa makan cpj baca doa dulu, lepeh tu rasa dulu nasi tanpa lauk, lepeh tu ambillah lauk yang paling dekat sekali,lepeh tu makanlah pelan-pelan dengan tutup mulut tanpa berbunyi, lepeh tu cubalah rasa lauk yang lain pulak, tapi kalau dah makan ikan,daging tak makan, kalau dah makan daging ikan tak makan.Cpj makan satu jenis lauk saje dengan sayur.Cpj habiskan semua makanan sampai licin, lepeh tu ambil tisu bersihkan pinggan dengan tisu.Basuh tangan kemudian minum air, lepeh tu baru baca doa.Semasa makan cpj tak suka cakap, senyum jer…kawan komen cpj makan macam wali(puji diri sikit),bagus tak cara cpj makan? boleh ke jadikan menantu?kihkihkih…ekekekeee…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:04 am

      Amboi…..

      Bertuah dapat menantu @ suami macam ni…. Penyabar, cermat dan tertib sekali !!!

  40. November 8, 2009 at 7:31 pm

    Salam Tie,
    Cerita yang baik tu…boleh jadi panduan kat anak gadis kalau keluar makan, jangan suka-suka je kan…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:05 am

      Err… betul ke cerita bagus ? Yang mana satu ? Yang loya tu ke ?? Waakakaa…

  41. November 8, 2009 at 9:02 pm

    lupe lak masa bercinta dulu makan camne..yg pasti habis sbb tak nak membazir muahahaha..lapar sebenarnya sbb bukan selalu dapat makan org belanja kan hihihi…

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:06 am

      Hmm… kak tie dah dapat bayangkan cara Nrina makan!

  42. November 8, 2009 at 10:30 pm

    Kak Long datang kat sini nampak dua perkara yang kak long suka.
    1) nasi goreng
    2) bunga mawar merah

    Hehehe…
    ada kaitan ke ngan entri Mokcik comel ni???

    Kak Long pun rasa nak tegur juga bila ada majlis makan secara buffet. Kita perlu ambil sesuai dengan kemampuan kita makan kan?

    • Tie
      November 10, 2009 at 10:08 am

      Kalau sebut makan tu memang kira lulus la komen ni, ekekeke……….

      Sebut pasal buffet ni kan… ada orang siap ambil 2-3 jenis lauk, bubuh dlm pinggan berasingan.. hidang sendiri di meja.. pakat makan anak beranak. Macam kenduri sendiri, uwaaaa…..

  1. No trackbacks yet.

Tak perlu tinggalkan komen....... tapi kita menghargainya jika ada yang sudi.

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: