Terharu

Sebenarnya mokcik ni agak sibuk, dan keletihan…. (macam mana nak tingkatkan tenaga ?), tetapi dengan cerianya gagahkan jejari kontot ni…. kerana begitu menghargai pemberian istimewa dari teman2 blogger (walaupun tak pernah kenal pun).

.

.

dari-zyma7-10-09

Cenderahati comel ni dari Zyma. Dah lama dapat tapi baru sekarang nak tepek di sini. Memang mokcik ni teruk kan ? Terima kasih Zyma. Kak Tie harap Zyma terus tabah dan sentiasa menjaga kesihatan tu.Seronoknya bila ada yang sayang….. ๐Ÿ˜›

.

.

Birthday Card dari Cheryna

Kad hari jadi purple ni dari Cheryna. Memang tak sangka pun. Terbeliak mata tengok sebab cute betul ! Macam tuan yang mengirimnya….Kak Tie tak kisahlah kalau Sha lambat hantar setahun pun, ekekeke…. Suka sangat laa…… ๐Ÿ˜†

.

.

.

Mencari Tuhan yang hilang, hadiah dari Kak Long

Dan buku yang bertajuk Mencari Tuhan Yang Hilang ini adalah pemberian Kak Long. Katanya Tie adalah pengunjung pertama di blog barunya. Terharu sungguh! Tie ni jenis kepoh sikit (realitinya tidak tau!) Suka sangat sibuk-sibuk di blog orang. Dan paling suka merasmikan blog. Tapi tak sangka ada rezeki pulak, hihi…..ย  Kak Long, Tie akan baca buku ni setiap kali sebelum tidur. Itu saja masa yang Tie ada ketika ini. Entah kenapa mokcik sibuk tetiba, ya…..ekekeke…. Nanti Tie cerita laa……

.

.

Dan kepada semua teman-teman yang begitu rajin lepak di sini, walaupun Tie tak begitu aktif blogging sekarang ni (banyak sebab laa…), terima kasih banyak-banyak. Insyaallah, Tie akan cuba luangkan masa untuk merempit ke blog teman-teman.

.

.

76 Comments (+add yours?)

  1. cheryna
    Oct 24, 2009 @ 19:19:26

    alhamdulillah…sha ingatkan kak tie tak dapat lagi! errr..malunya…sorilah, hanya kad yang tak seberapa je kak tie…

    sha pun bertuah dpt kenal kak tie dalam dunia blogging nieh..
    sedar tak sedar dah lebih setahun:)

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 12:46:22

      Sha… yang penting ingatan tu… Tapi kalau nak bagi emas setongkol pun tak apa.. Kak tie terima dengan senang hati !!

      Reply

  2. Kujie
    Oct 24, 2009 @ 19:33:47

    itulah indah dunia blog Tie…

    Ada blogger dr Australia blk bawa cenderahati, yg pergi melancong pun belikan cenderahati.. yg jauh sabah pun ada yg berkirim

    kadang2 mcm tak percaya, tapi itulah

    Tie baik tentu orang sayang…ramah tamah pula tu

    Reply

  3. ain
    Oct 24, 2009 @ 19:46:03

    bestnya dpt hadiah dr teman bloggers. tu lah baiknya tang blogging ni!! wlupun tak kenal rupa tetapi mesra mcm sudah kenal lama!!!

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 12:50:13

      Ain, celoteh dari bloggers di blog ni pun kak tie dah rasa bahagia. Macam dah lama kenal. Boleh gurau-gurau lagi !! Padahal tak tahu pun ujung pangkal orangnya, ekekeke…..

      Reply

  4. Tirana
    Oct 24, 2009 @ 19:53:27

    Wahhhhh…seronoknya dapat hadiah. Saya pun tak pamerkan lagi apa yang Zyma bagi..Aduhai..macam tak appreciate la pulak padahal buahtangan tu saya bawa ke hulu ke hilir dalam beg tangan. Nanti satu hari kena pamerkan jugak..Jangan marah ye Zyma..

    Reply

    • Zymazara
      Oct 24, 2009 @ 21:49:33

      Hihihhi…..
      It`s OK,Akak Tirana.
      Sy sayangkan semua org….apa yg sy berikan, itu tanda kasih sayang sy utk semua org.
      ๐Ÿ™‚

      Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 12:52:01

      @Tirana,

      Tu laa.. kekadang terlalu sibuk sampai tak sempat nak pamirkan penghargaan kita, kan… Bukan niat nak menunjuk-nunjuk, tapi hendak berkongsi rasa suka bersama teman2 yang kita hargai.

      Reply

  5. nazilyn
    Oct 24, 2009 @ 20:59:35

    salam… amboiii bertuahnya badan dapat kad ucapan kat blog dapat hadiah kat tangan n dunia blogger tak kenal tapi mesra.

    Reply

  6. kenari
    Oct 24, 2009 @ 21:31:05

    kak tie…org memberi kita menerima kan, niat baik dan ikhlas dalam bersahabat

    Reply

  7. wanie
    Oct 24, 2009 @ 21:44:57

    bes nyer dpt adiah….huhuhu

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 12:57:13

      Ooo… wanie bila pulak nak bagi kak tie hadiah ??

      Uwaaa…….. kak tie gurau aje laa… Hadiah tak penting, yang paling manis ialah persahabatan yang ikhlas, tanpa ada perasan curiga….. ๐Ÿ˜›

      Reply

  8. Zymazara
    Oct 24, 2009 @ 21:52:14

    Comel la gambar yg paling atas tu.
    Huhuhuhuu…

    Akak Tie sihat ke???
    Jari-jemari montok Akak sihat tak?? Hihihihi….
    Cayang Akak Tie….

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 12:58:38

      Err… comel tang mana tu ?? Waakakaa…..

      Kak tie sihat tapi selalu je sakit lutut. Kena bandage lutut ni baru laju jalannya, hehe… Jari-jari ni masih gemuk lagi. Belum ada tanda-tanda untuk slim, ekekeke…..

      Reply

  9. iza~de~bintang
    Oct 24, 2009 @ 22:34:36

    Ramai yang sayang kat Kak Tie tu maknanya. Meriah dunia maya ni ๐Ÿ˜€

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 13:01:40

      Sayang menyayangi, itulah yang diharapkan.

      Tetapi, bila tengok akhbar tu, rasa sedih sangat. Si isteri disimbah asid hingga menyebabkan kematian ketika tidur….. sampai hati suaminya buat gitu, kan…

      Reply

  10. maza
    Oct 25, 2009 @ 00:36:49

    aduhaiii..

    Tuah ayam nampak di kaki..
    Tuah org.. tak semestinya nama dia Hang Tuah kanzz..

    Hang Tie pun boleh!

    wakakakkaak
    psst!.. hadiah utk maza yg cute lagi comel dan encem ni tak der ke Tie?!

    wakakakakka

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 13:04:36

      Uwaaa…………

      Kat sini orang panggil Che Tie (sejak jadi bini orang klate ni..)

      Hadiah ? Err… entahlah.. Tie sendiri tak dapat nak balas pemberian dari teman2 kita ni.. malu gak. Tapi nak buat macam mana, Tie ni bergantung kat suami. Elaun dapur pun cukup makan je.. Nak pergi pos office pun tak tahu, ekekeke…..

      Macam ni laa… lagi senang Maza kirim je ayam togel Nara tu… teringin lak nak makan…

      Reply

      • Zymazara
        Oct 25, 2009 @ 18:38:47

        Kanda Maza…

        Den ghaso le…Kak Tie ni tgh peknen la. Byk kali dia dok request AYAM NARA kek ekau. Haaaaa,ekau belum pun pos kek Akak Tie nun di sana…

        Den takut2 Kak Tie mamai tgh malam….
        Baik ekau pos AYAM NARA tu…den pun boleh tumpang makan samo….

        Itu la MOTIF den sebenornyer…
        ๐Ÿ™‚

        Reply

  11. hashim habeed
    Oct 25, 2009 @ 02:00:55

    Bagi saya terima komen pun dah cukup bagus apatah lagi terima cederamata ops cenderamata…. dari rakan blogger…

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 13:06:25

      Betul tu.

      Komen yang ikhlas amat bermakna bagi Tie. Bukan saja puji pujian tetapi teguran yang membina itu menandakan seseorang itu ambil berat terhadap kita, kan…

      Reply

  12. zino
    Oct 25, 2009 @ 07:53:49

    banyak dapat hadiah… itu tanda blogger ingat dan sayang kaytee tu..

    Reply

  13. nrina
    Oct 25, 2009 @ 11:48:53

    wah bestnye dapat hadiah je..
    eh ada muke kak tielah..hihihi..dapat jugak akhirnya tengok wajah kak tie yg sepet tu..

    pasal nak kene kreatif tu..saya ni kekurangan brg kat rumah..meja satu je..itupun utk makan..kosi..boleh kira jugak hehe..jadi mcm takde benda lain yg nak diguna utk jemur bantal tu..kang jemur kat lantai ni..jadi tempat tido kucing plak hehe..
    tapi kalau dah nak tu…mcm2 alasan bagi sbb nak jugak hehe..

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 13:10:02

      Err… ingat mata je yang sepet. Wajah pun sepet jugak ke ?? Waaakakaa….

      Hmm… kak tie pun terfikir gak, kalau bubuh meja atau tikar tentu jadi tempat kucing tidur. Atau silap2 anak2 nrina yang tergolek2 kat situ, hi hi…

      Cari buluh panjang beberapa batang tak boleh ke ? Kalau ada tempat sangkut boleh gak buat para untuk jemur bantal2 tu…

      Reply

  14. nahmy
    Oct 25, 2009 @ 11:55:46

    salam…biasale tuh kita ni mmg ada psg surutnya…cuma dlm bab beribadah shj yg kena ‘psg’ selalu (tak boleh ada surut). kekadang dlm hidup ‘penghargaan’ tu dpt sikit2 berikan kita semangat dan energi..

    Reply

  15. ima
    Oct 25, 2009 @ 12:07:24

    salam kak tie…
    amboi!!! banyaknya dapat hadiah…itu tandanya kak tie memang disenangi…
    siannya kak tie…kepenatan ye…nak tak ima picitkan…hihihi

    Reply

    • Tie
      Oct 25, 2009 @ 13:13:11

      Alaaa Ima ooii…

      Bila Ima sebut tang picit tu, tetiba pulak sakit satu badan. Meh laa… tolong picik kak tie ni. Tapi nak warning dulu, kak tie ni banyak isi.. kang Ima pulak yang lenguh-lenguh !!! Uwaaaa………..

      Reply

  16. Blog Resipi
    Oct 25, 2009 @ 19:11:14

    Salam Kak Tie,
    Orang kate kalau nak tingkat tenaga minumlaa air kacip fatima. hehhee… kalo takde redbull pon buleh…hehehe ๐Ÿ™‚
    Cian dia penat… sibuk ape lah agaknye tu ye…

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2009 @ 10:06:32

      Kak tie ada gak minum kacip fatima tu.. kekadang je. Tak boleh minum kerap sangat. Kang susah nanti, ekekeke…

      Kak tie sibuk buat kerja makcik-makcik. Nanti bila projek berjaya baru boleh cerita kat sini. Tak berani beritahu sekarang. Kalau tak menjadi malu sendiri pulak, waakakaa….

      Reply

  17. abu muaz
    Oct 25, 2009 @ 22:48:40

    saya akan pinjam perkataan “merempit blog ” boleh kan?

    Reply

  18. cpj
    Oct 25, 2009 @ 22:53:32

    bertuah badan bila ada orang yang sayang…

    Akar keladi melilit selasih,
    Selasih tumbuh di hujung taman;
    Kalungan budi junjungan kasih,
    Mesra kenangan sepanjang zaman.

    ekekekekekekeeeee……

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2009 @ 10:10:48

      Adoi…. berpantun pulak cikgu ni, hi hi

      Akar keledek bersimpul mati
      Pucuknya sedap dimasak lemak
      Seronoknya dapat teman sejati
      Walaupun hakikatnya tak pernah nampak!

      Lantaklah… kak tie pantun hentam-hentam je… ๐Ÿ˜›

      Reply

  19. syayassir
    Oct 25, 2009 @ 23:14:40

    syoknya kak tie,
    untung kan berkawan melalui blog ni..
    tak sangka boleh jumpa kawan yang baik.. ๐Ÿ™‚

    Reply

  20. Adila
    Oct 26, 2009 @ 05:53:23

    peweeeet~
    stori la ape yg membuatkan kak tie bz sgt skrg ni
    rindu woooo~

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2009 @ 10:12:45

      Shhhhh…….

      Tak boleh cerita sekarang. Kena tunggu bulan depan, hihi…

      Adila rindu kat sapa ? Pokcik tu ke ?? Waakakaa….

      Adoi… adoi.. jangan pukul kak tie !!

      Reply

  21. JHafiz
    Oct 26, 2009 @ 08:44:19

    kacip fatimah dok leh tamboh tenaga ke? mnum air manis la etek. gula tu mbekalkan tenaga. mmm.. hadioh yg kak tie bulih tu hadioh sempena besday ke? hmm.. brp tarikh lahir cikgu ye?

    Reply

  22. chekdenoor
    Oct 26, 2009 @ 09:20:31

    Salam…. waduh…sure tie adalah eman bloggers yang disayangi ramai….. tahniah…..

    Chekdee pun sejak kebelakangan ini…penat memanjang dalam kesibukan ini….. makan tonik tak tentu pasal…takut juga akut ada stearoid…….. minum 100plus je lah…..

    Reply

    • Tie
      Oct 26, 2009 @ 10:15:45

      Salam chekdee,

      Tie selalu gak minum 100plus tu, tapi dengar kata ianya taklah baik sangat.. entah betul ke ?

      Reply

  23. Aykay
    Oct 26, 2009 @ 11:39:12

    kak tie,

    org melayu lama berkata; org berbudi kita berbahasa, org memberi kita merasa ๐Ÿ™‚

    – betul ke, tak kisah la, janji dapat lebarkan silahturahim… itu tuntutan

    salam. saya akan lebih kerap balik tganu, ada perkongsian bijak di sana. boleh la melawat2

    Reply

  24. Mak Su
    Oct 26, 2009 @ 15:56:35

    ramai kenalan :), murah rezeki ๐Ÿ™‚

    Reply

  25. kutaksempurna
    Oct 26, 2009 @ 16:33:40

    waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa… peeeeeeeeewwwwwiiitttt… sapekah itu…

    mama dah reveal muka eh….
    baru perasan..

    sbb skrg ni pun angie kurang aktif kat blog… jadi silent reader je..

    hihihi…

    .
    .

    jom cari tenaga!!! takpun curi tenaga sesape yg bertenaga tu…
    hikksssss

    .
    .

    Reply

    • Tie
      Oct 27, 2009 @ 14:11:30

      err… comel tak mama ??
      .
      .
      napa jadi silent reader ? Jari dah gumuk ke ??
      Mama memang selalu letih..
      Terlebih muatan…oppps….. ๐Ÿ˜ณ

      Reply

  26. cikwan
    Oct 27, 2009 @ 00:39:28

    kak tie apsal tetiba sunyi lak ni…merempit kemana la agaknyer tu…mhahahhaha…semOga sehat2 selalu Ok.

    Reply

  27. cikwan
    Oct 27, 2009 @ 00:45:59

    happy belated birthday buat mOkcik kak tie ,maafla..saya pn dh lama x merempit ke blOg kenkawan..lambat sangat nk wish besday kak tie ni..mOga dipanjangkan umOr dan diberi kesihatan yg baik buat ka tie..aminnn

    Reply

  28. pakcikli00
    Oct 27, 2009 @ 00:55:59

    Asalamualaikum

    maaflah kunjungan kali ini membuat pakcik teringgin sangat singgah diruangan komentar,

    orang berbudi kita berbahasa
    banyaknya hadiah tie selepas hariraya.

    Terima kaseh salam hormat.

    Reply

  29. kin
    Nov 06, 2009 @ 03:10:53

    bertuah kak tie nih..ramai yg sayang :).

    Reply

Leave a reply to iza~de~bintang Cancel reply